Showing posts with label PM 40. Show all posts
Showing posts with label PM 40. Show all posts
Monday, June 20, 2011
Jalan pintas sudah tiba buat KJ - PM pada usia 40?
Hari ini kalau anda terutama nonbumi, nonperkasa, antiM, korporat tersepit, Melayu pengkhianat ada apa jua masalah yang boleh disensasikan, jumpalah KJ bakal PM kita.
Kejayaan terbesar KJ sejak dua menjak ini adalah melonjakkan namanya untuk sama2 kecoh dalam beberapa isu penting, agak tetiba KJ masuk campur dan bercakap dalam semua hal hingga menenggelamkan nama Rosmah di media2 arus perdana.
Kebanyakkan isu menunjukkan KJ berlawan arus dengan kerajaan dan UMNO, berlawan arus dengan selera Melayu majoriti, banyak membela kapir dan pengkhianat Melayu, berlagak 'dewa' merestu sesuatu perkara dan isu, berlagak kalau Pemuda kata 'ok' bermaksud semua itu ok.
Tindak tanduknya seakan Pemuda sebelum zaman Anwar, Pemuda sebagai pendesak dan barisan hadapan mula dinampakkan semula tetapi bukan dengan semangat juang Harun Idris tetapi dengan gaya baru, gaya ala-KJ, bermaksud 'ada udang sebalik mee' .
Apa sebenarnya KJ mula melatah sebegini rupa umpama tikus membaiki labu?
Apakah Anwar sudah memberi lampu hijau kepadanya untuk bertindak sekarang dan segera demi talian hayat Anwar yang makin kritikal?
Apakah KJ sudah terhidu masa depannya dalam politik UMNO akan dipancung tidak lama lagi?
Apakah KJ ingin menunjukkan dia merupakan 'aset' penting dalam UMNO dan jika diketepikan mampu menjejaskan UMNO?
Apakah semua tingkah laku KJ sekarang sebagai menebus dosanya melatah ketika twit berhubung lawatan Najib ke Kazakhstan?
Atau KJ sengaja menguji kesabaran Najib untuk bertindak ke atasnya?
Atau kerana remeh temeh? Sedih dan marah sebab Paklah jarang diberi keutamaan seperti Mahathir?
Apapun, latah kecoh serata tempat KJ hari ini memang ada kaitan dengan sesuatu? agenda tertentu? saya tak tahu.
Dengan perkembangan pembangkang yang merasa yakin menawan Putrajaya dan selari dengan hasrat Kj mahu menjadi PM pada usia 40 ianya seperti satu kebetulan yang betul betul kebetulan. KJ mampu dan dengan mudah mencapai hasratnya jika hari ini dia melompat ke DAP yang sedang kehausan calon boneka Melayu, atau masuk PKR sebagai proxy Anwar dan tidak mustahil pakai serban dan masuk PAS selepas balik Gaza nanti. Semuanya serba mungkin dan jalan pintas buat KJ.
Dalam hal ini Kj tidak berseorangan, bersamanya beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang sekian lama menjadi juaknya, beberapa pemimpin UMNO proPaklah dan antiMahathir dan sudah pasti beberapa Pemuda MCA yang selalu dibelanya.
KJ memang hebat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...