Revoke Nasir Safar's citizenship: Indian NGOs
A group of Malaysian Indian NGOs led by Hindu Sangam Malaysia will initiate legal action against Nasir Safar, demanding that his citizenship be revoked.
........................................
Ada mana mana Melayu nak sokong cadangan ini. Mungkin Nazri boleh bercakap bagi pihak Hindu Sangam.
Nampaknya 'kaduk dah naik junjung'!!!
Apa kata Melayu Pontian, Melayu Johor ?!
Showing posts with label Nasir Safar. Show all posts
Showing posts with label Nasir Safar. Show all posts
Friday, February 5, 2010
Tuesday, February 2, 2010
Jom kita ( ramai2 ) kutuk Nasir Safar...
Tahniah dan syabas kepada Nasir Safar atas keberaniannya menyatakan kebenaran walaupun mungkin terdapat sedikit salah fakta sejarah, tetapi tidak ada mustahilnya antara mereka memang datang mengemis dan melacur seperti senario yang ujud sekarang (kenapa tidak mungkin berlaku di masa dahulu cuma tidak dicatitkan sejarah)
Sudah tentu pengemis dan pelacur di India dan China datang ke Tanah Melayu pada masa itu bersama rombongan. Bukankah mat mat salleh pada masa itu memerlukan pelacur sebagai budaya kehidupan mereka sekarang dan masa lalu. Bukankah pada masa ini juga begitu ramai pelacur dan pengemis datang dari India, Nepal, Rohingya dan China. Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan sejarah.
Nasir Safar mempunyai fakta yang logik dalam hal ini. Siapa yang mahu menafikan sejarah sebenarnya???
Tahniah dan syabas Nasir Safar kerana ada keberanian di tengah tengah ketandusan pemimpin Melayu untuk bersuara menyatakan kebenaran dan hak anak bangsa. Tun Dr. Mahathir juga telahpun melahirkan kekecewaannya di PERKASA Selangor.
Dan 'KITA' secepat kilat berduyun duyun mengutuk Nasir Safar hari ini untuk apa? Kita pun nak jaga hati bukan Melayu?, nak jaga ketenteraman? Memang tepatlah sebuah akhbar Cina yang menulis anekdot bahawa Melayu itu seumpama lembu? Di mana Rocky dan Pasquale pada masa itu, apakah mereka tidak berminat memberi komen? Apakah mereka juga jadi tukang jaga hati dan naluri bukan Melayu?
Tahniah dan syabas kepada anak Johor Nasir Safar yang mempunyai jiwa Hang Jebat lebih dari Ali Rustam anak Melaka, berani menyatakan kebenaran. Cukup cukuplah Melayu Melaka 'dibabikan' sejak sekian lama oleh ketua Menteri.
Apalah sangat ucapan Nasir Safar jika dibandingkan dengan Lim Eng Guan yang sedang meranapkan Melayu Pulau Pinang?
Apalah sangat ucapan Nasir Safar jika dibandingkan dengan Khalid Samad yang menghina Sultan Selangor? Apakah sebab Sultan Selangor itu Melayu, Khalid itu Melayu, maka tak perlu dihebohkan. Mungkin Khalid akan dibelasah teruk jika Sultan Selangor itu India atau Cina?
Apalah sangat ucapan Nasir Safar itu jika dibandingkan dengan Anwar dan konco2nya yang mahu Chin Peng kembali ke tanah air? Bukankah mereka mengguris perasaan ramai tentera kita? Tetapi mungkin tidak mengapa sebab tentera pun Melayu?
Apalah sangat ucapan Nasir Safar jika dibandingkan dengan keceluparan Nazri? Kenapa Najib tidak pula bertindak? Sebab Nazri tahu banyak rahsia? Jawablah untuk kepastian.
Nasir Safar mungkin selepas ini miskin wang dan hilang jawatan, tetapi dia tidak miskin maruah dan harga diri Melayunya.
Apapapun yang hendak dikatakan silap dan salah Nasir Safar, sebenarnya dia lebih baik dari kita, seribu kali lebih baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...