Terima kasih kepada ibuku yang melahir dan membesarkan diriku, memberi didikan ugama dan dunia. Bersama ayah, ibu menghantarku ke sekolah dengan pesanan kepada cikgu: "Kalau anak saya nakal, pukullah dia asal jangan patah dan cacat". Sepanjang persekolahan memang sering kena cubit sampai berbekas dan sesekali dirotan dengan pembaris panjang kerana berkuku atau berambut panjang. Sekalipun tidak pernah mengadu kerana jika ayah dan ibu tahu, yang dapat hanyalah 'tambahan'.
Sebelah petangnya, ibu menghantar pula mengaji AlQuran dengan pesanan yang sama. Disitu memang lebih kerap dapat 'roti panjang' kerana suka bergurau dan menyakat budak perempuan. Akhirnya khatam juga sampai 3 kali.
Terima kasih kepada ayah dan ibu kerana mengajar menghormati orang yang lebih tua, menghormati guru, menghormati undang2 (polis) dan menyayangi diri sendiri.
Ibu dan ayah telahpun tiada, semoga roh mereka diicucuri rahmat dan ditempatkan Allah disisi para aulia, al-Fatihah.
p/s Tugas ibubapa kini menjadi lebih mudah, segala didikan anak diberi tanggungjawab kepada pihak sekolah dan jika ada yang tidak kena, guru akan dipersalahkan.
Menjadi juga lebih mudah, kalau anak melanggar undang2 pihak polis yang dipersalahkan. Kalau agak agak lawyer kata boleh menang, saman kerajaan.
Yang ini nak salahkan bomba pula ke?
KOTA KINABALU 10 Mei – Mayat Lester Chong, 14, yang tergelincir ke dalam sungai di Kampung Kionsom Lama dekat sini petang semalam ditemui pukul 9.07 pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohamad Nor Amit berkata, mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh 11 anggota bomba. – Utusan
Hebatkan !!!