Showing posts with label terselak. Show all posts
Showing posts with label terselak. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Mahathir terselak kain poknik..

Sudah tentu Tok Garu marah dengan DAP pasal hal lain sehinggalah mendapat peluang untuk membelasah DAP dalam isu hudud sebagai galang ganti dan peluang keemasan terbaik.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau. “Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.
“Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Tentulah Tok Garu mengamuk sebab DAP demand kerusi lebih dan mahu meletakkan calon Melayu DAP untuk menggantikan calon Melayu PAS di beberapa kawasan terutama di Perak dalam persediaan menawan Perak dan MB nya kelak Melayu DAP dan bukan lagi Nizar.

Tindakan Tok Garu untuk meneruskan hudud bertujuan sebagai ugutan kepada DAP untuk lebih bertolak ansur terhadap pembahagian kerusi dan jika DAP tidak memujuk tetapi sebelaiknya untuk mendesak, jawapan Tok Garu ' dia punya pasallah '

Begitulah juga anu-war yang tergesa-gesa dan secara tiba-tiba bersetuju hudud dilaksanakan di Kelantan semata mata keperluan untuknya memastikan ehsan pemimpin PAS untuk terus menyokongnya terutama dalam memberi 'support' di kalangan ahli PAS kalau demosntrasi jalanan diperlukan lagi.

Saksi luar negara yang dianggap pakar rupanya badot sarkas  makin menghilangkan keyakinan ahli2 PAS terhadap Anu-war dan bergantung kepada 'yes' or 'no' dari Tok Garu sahaja untuk mereka menyisihkan diri dari PKR dan Pakatan Pembangkang.


PAS sudah melihat 'kerugian' jika terus bersama Pakatan Pembangkang sedangkan kalau kembali ke jalan asal, bersendirian, akan lebih menguntungkan dan mudah berkempen untuk mereka tidak terbeban dengan masalah DAP dan Anu-war yang kini liabiliti kepada Pakatan. 

Tok Garu juga terkilan dengan Mat Sabu yang lebih berkiblatkan Anu-war dan DAP dari partinya sendiri.


Ketika mereka saling menyelak kain sesama sendiri, akhirnya mereka terlondeh dan untuk menutup kemaluan, UMNO dipersalahkan...

6ANGKA