Showing posts with label Anjing DAP. Show all posts
Showing posts with label Anjing DAP. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Layanan buruk seperti anjing..


Di dada akhbar sekarang terlalu banyak dakwaan dibuat menyatakan secara amnya PKR (sebuiah parti) dilayan seperti anjing malah lebih teruk dari anjing oleh Lim Eng Guan - DAP.
Tentulah kenyataan semua itu tidak benar dan Lim Eng Guan tidak perlu menafikannya.

Setakat ini Presiden dan Penasihat PKR parti yang dianjingkan ini belum lagi menyalak, melalak atau memberi apa apa komen.

Monday, June 29, 2009

Malaysia perlu tambah 2 lagi mahkamah khas..


Malaysia patut ada dua mahkamah khas:

Satu Mahkamah Tinggi yang mempunyai 9 hakim tetap pada setiap kali perbicaraan - namakan mahkamah ini sebagai Mahkamah Nizar.
(
Datuk Seri Nizar Jamaluddin kesal dengan keputusan Ketua Hakim Negara hanya memperuntukan lima hakim Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuannya bersabit krisis Perak. )

Keduanya satu mahkamah sesyen untuk kes liwat - namakan mahkamah ini sebagai Mahkamah Anwar.
(
Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan berhubung pemindahan kes beliau dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi. )

Inilah dua insan yang istimewa yang mahkamah perlu mendengar cakap mereka dan sekaligus mahkamah akan adil jika mereka menang dalam setiap kes.

Thursday, February 26, 2009

DAP kena cari anjing baru


Apa yang berlaku di bangunan Parlimen semalam memerlukan DAP mencari anjing muda dan baru untuk mengawal keselamatan ahli ahli Parlimennya terutama yang bermulut celupar.
Tidak tahu samada undang undang membenarkan anjing di bawa masuk ke dalam bangunan Parlimen dan diiktiraf sebagai Pengawal Keselamatan.

Pemuda UMNO Selangor wajar diberi penghormatan atas sikap mereka "Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam.
"Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya. - Karpal hanya mendiamkan diri.


Komen Nik Aziz ( dikosongkan sementara waktu)


Komen hadi Awang ( dikosongkan sementara waktu )


Komen Karpal "Saya mungkin duduk di atas kerusi roda tapi saya tidak takut kepada sesiapa pun."


Komen Lim Kit Siang "Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.
"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.


Komen Anwar Ibrahim "Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

6ANGKA