ISA akan dimansuhkan, lagak dan gaya kerajaan Najib selari ke arah itu.
Tanpa ISA, kebebasan bersuara, kebebasan berugama, keterbukaan untuk meminda Perlembagaan Negara semuanya akan menjamin kepada kestabilan ekonomi, politik, keadilan sosial, kesamarataan status dan hidup harmoni pelbagai kaum.
Peristiwa 13Mei1969 tidak akan berulang lagi kerana rakyat Malaysia sudah bijak pandai sekarang ini dan pemimpin2 politik semuanya berkualiti, berhemah, bertanggung jawab dan tidak perkauman.
Tanpa brain drain, Malaysia akan mencapai negara maju sebelum 2020.
Najib layak menjadi Ketua Pembangkang yang pertama era baru selepas pilihanraya ke 13 kelak. Tahniah UMNO.
Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts
Saturday, May 14, 2011
Wednesday, January 13, 2010
Kenapa kerap sangat ugut dengan ISA...
Kalau dilihat kepada kecuaian dan tiada tindakan pencegahan KDN dalam menghentikan isu 'Allah' diheret ke mahkamah ia boleh dilihat sebagai (persepsi) memang satu agenda yang sengaja dirancang oleh UMNO secara tidak langsung kerana 'tindakan susulan' seterusnya (seperti sekarang) dilihat menguntungkan UMNO dari segi dilihat sebagai memelihara Islam.
Isu ini buat seketika menenggelamkan semua agenda dan isu pembangkang dan kalau dilihat kepada 'popular', UMNO sedang mendahului walaupun suasana ini kurang baik untuk BN Sarawak.
Hishammudin tidak wajar menawarkan ISA kepada mana mana pihak dalam isu ini kerana menggunakan ISA sebagai amaran dan ugutan seolah kerajaan sudah tidak ada mekanisme pengawalan ke atas isu sekarang. ISA akan dilihat sebagai jalan paling mudah sedangkan masih banyak akta akta lain yang boleh digunakan untuk membendung masalah ini.
Malaysia mempunyai banyak akta untuk digunakan dalam isu sebaran sms palsu, pembakaran dengan tujuan khianat, hasutan dan sebagainya.
ISA jika selalu digunakan sebagai amaran tanpa tindakan, maka kerajaan akan dilihat sebagai tidak berani dan tidak tegas..
Undang undang bukan satu jalan terbaik dan juga bukan lagi menjadi 'takutan' pada mana mana pihak jika sikap hotmat menghormati sudah tidak ujud di Malaysia malahan kadang2 undang2 dijadikan senjata oleh sesetengah pihak untuk menggugat ketenteraman demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak.
Kita sudah mencapai perpaduan maksimum di zaman Mahathir dan kini kembali 'terlepas'.. dan sudah sampai masanya Hishammudin menjadi 'juara rakyat' - juara menyelesaikan masalah.
Adakah dia 'fit' untuk jawatan tersebut...
ISA adalah untuk pencegahan - kenapa yang macam ni, jika salah fakta, tidak di ambil tindakan atau itu sebenarnya fakta??!!
Wednesday, October 7, 2009
Kenapa Isa terpaksa dipilih..
Kekuatan UMNO pada keseluruhannya jatuh merudum dan untuk menghadapi pilihanraya kecil sebegini, calon tempatan yang 'mampu' diperlukan.
Di Bagan Pinang, hanya Isa atau faktor Isa sahaja yang mempunyai potensi untuk menang, calon lain walaupun mempunyai rekod paling bersih pun tidak mampu mempertahankan kubu UMNO ini.
Situasi UMNO ini menyebabkan Najib tidak dapat mengikut nasihat Tun supaya Isa tidak dicalonkan..
Jika UMNO sudah di ICU, tentulah ISA sudah tidak berguna lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...