Showing posts with label Dolah. Show all posts
Showing posts with label Dolah. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Ohhh tidak..

Abdullah diberi ucap selamat bersara - Titah Agong.

Abdullah yang pada awalnya 'putih' menjadi 'hitam' dihujungnya..kita cuba Najib di awalnya 'hitam' mungkin 'jadi 'putih' dihujungnya.

Tidak salah mencuba seperti kita mencuba Pakatan untuk memerintah beberapa negeri dan kita sedang menilai mereka.

Tidak salah kita mencuba Najib kerana setiap pintu hadapan ada pintu belakangnya.

Tuesday, October 14, 2008

Sokongan kepada pembangkang merosot.

Adakah pembangkang semakin kuat sekarang ini berbanding dengan sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Melihat kepada pihak pembangkang, Anwar yang munafik dengan memutarbelitkan tarikh pengambilalihan kerajaan dan peristiwa celupar Teresa Kok dan banyak lagi insiden mempengaruhi suasana rakyat yang pembangkang terutamanya harus menilai semula pengaruh mereka di kalangan majoriti rakyat yang mempunyai kuasa mengundi yang kuat.

Kekuatan mereka kini lebih bergantung kepada PAS yang agak stabil dari segi pendapat dan tindakacara, lebih sederhana dan realiti.

Kalangan penyokong2 pembangkang juga tidak banyak menyokong pembangkang dalam ertikata mempengaruhi pengundi untuk terus setia dengan pembangkang atas sikap mereka yang perkauman tebal, egois dan melampau, kebanyakkan mereka lupa asal usul nenek moyang mereka, mereka yang dulunya merempat kini bercakap tentang hak melebihi sempadan dan tanpa berlapik.

Melihat sikap mereka di blogg Rockys Bru sehari dua ini menggambarkan penyokong pembangkang sudah tidak melihat 'isi' tetapi lebih kepada kulit dan luaran serta lebih menggunakan nada ugutan dan paksaan terhadap penulis supaya lebih memihak kepada kita. Mereka menjadi fobia dan ketakutan yang amat sangat, cemas tidak menentu bila mendengar nama dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan kepimpinan baru sekarang.

Walaupun berita itu tidak mungkin betul tetapi jelas pembangkang dan penyokong pembangkang sudah merasai nyawa mereka cukup terancam, impian mereka menjadi kabur dan rakyat sukar diperbodohkan lagi jika Mahathirism kembali menjadi ideal dan idola rakyat.

Untuk memenuhi cita cita mereka, Dolah masih kasih dan sayang untuk memberi mereka masa sehingga Mac 2009 untuk melakukan sesuatu jika mahu mengambialih kerajaan, sebab itulah Anwar yang kena sumpah kembali memberi janji untuk nafas baru kepada Pakatannya dengan disokong lebih kuat kali ini dari PAS dengan Nik Aziz terpaksa turun padang dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyokong Pakatan. Nik Aziz begitu kemaruk mendapatkan kuasa kerajaan sehingga tatasusila Islam untuk membentuk kerajaan sudah terpesong dan cacat. Hadi Awang hanya memerhati bagaimana liciknya Anwar memberi gula gula dan mempengaruhi Nik Aziz dengan begitu mudah. Begitulah kecilnya Nik Aziz yang terperangkap dengan mainan politik kulit yang menjanjikan 'Islam' diberi tempat.

Selepas mac, selepas Najib menjadi PM, jika pembangkang masih gagal, anggaplah mereka gagal selama lamanya kerana mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan parti kerajaan sekarang sedangkan Dolah sudah membuka pintu besar seluasnya untuk mereka masuk.

Nama Mahathir - menjadi igauan dan ketakutan yang amat sangat bagi mereka. Nama Mahathir merupakan satu kekuatan kerajaan.

Blogg ini mengalu ngalukan penyokong pembangkang untuk meluahkan rasa isi hati mereka secara melampau tetapi segala pendapat dan tulisan adalah tanggungjawab sendiri. Tiap daerah ada sempadan, tiap kubur ada dua batu nesan.

Wednesday, October 8, 2008

Fikiran ke 2 yang difikirkan...

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden adalah keputusan tubuh badan individu yang dipilih tanpa pertandingan suatu ketika dulu. Hari ini beliau mengumumkan atas dasar desakan dan cakap cakap bahawa itu adalah kemahuan akar umbi dan Dolah secara lakonannya akur dengan 'suasana' tersebut.

Tetapi pengumuman itu tidak total dan tidak membuat apa apa kondisi sebaliknya dilapik dengan 'kerja kerja murni yang akan diteruskan' senada dengan hasrat dan matlamat pembangkang. Dolah terjun dari bangunan yang tinggi tetapi dalam masa yang sama meraih simpati dan psikologi kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa cita cita murninya untuk bangsa, ugama dan negara telah disabotaj.

Berhati hatilah dengan permainan cantik politik ini.

Peerhatikan selepas ini adakah ada suara suara yang mengatakan bahawa Bahagian si fulan dan si fulan tetap mencalonkan Dolah untuk jawatan Presiden kerana jawatan itu adalah hak dolah untuk mempertahankannya dan demokrasi tidak menghalang sebarang pencalonan walaupun si fulan telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya. Berdasarkan ketekunan dan iltizam Dolah meneruskan kerja kerjanya tidak mungkinkah si musuh akan jadi kawan dan yang lain lain merasa kesihan dan simpati kepada si lembek yang sedang diganyang.

Karpal Singh jika dibenarkan sebagai ahli UMNO sudah tentu menawarkan diri menjadi Pengurus Kempen untuk mempertahankan Dolah semata mata memastikan mimpi partinya menjadi sebahagian kerajaan tercapai. Zaid Ibrahim mungkin sanggup mendermakan seluruh hartanya untuk kos kempen Dolah.

Kewaspadaan harus sentiasa berada di tahap tertinggi bagi yang merasakan kegembiraan melampau atas pengumuman dolah tersebut kerana 'musuh akan membiarkan dirinya nampak lemah sebelum dia kembali menyerang' terutama jika di dapati lawannya terlalu asyik bergembira atau ketika dia mendapat senjata baru serta bisikan bisikan bakal lebai lebai malang.

Sudah pasti demokrasi menghalalkan cara, termasuklah UTurn untuk Dolah membiarkan dirinya dicalon, cukup kelayakan dan bertanding. Tentunya tidak ada perbezaan dalam pengumuman samada mempertahankan atau tidak mempertahankan jawatan Presiden.

Individu Ke 2 yang Perlu Disingkirkan..

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO disambut dengan rasa lega oleh minoriti rakyat (akar umbi UMNO) dan sebak oleh majoriti rakyat ( pembangkang dan segelintir kroni UMNO). Sebak kerana mereka kehilangan 'individu' yang boleh menjadikan impian mereka untuk menjadi kerajaan akan terus hancai. Mereka boleh terus mengekalkan status 'pembangkang yang kuat' untuk musim ini.

Dalam ranking, Dolah adalah pemimpin pertama dan utama yang perlu berkorban untuk turun dari atas bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahu mencuba nasib dengan pemimpin baru seperti Najib atau yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun tidaklah semudah itu kerajaan hari ini untuk tangani pelbagai masalah yang telah ditinggalkan Dolah dengan segala kerenah dan masalah.

Adalah menjadi satu lagi missi kepada rakyat untuk terus meminggirkan individu kedua yang dianggap penting untuk disingkirkan, iaitu musuh dalam selimut yang sama statusnya dengan Dolah malah lebih teruk, iaitu pengacau dan mampu menjual negara kepada kuasa asing, individu yang mengetuai pembangkang ini mampu menjadi pengacau kepada kestabilan negara untuk terus harmoni dan makmur.

Kerajaan harus bertindak tegas, once for all.

6ANGKA