Tuesday, December 31, 2013

Sunday, December 29, 2013

gomen dah betul...rakyat yg songel

kenapa perlu 'perang' dengan najib? bukankah kenaikan harga barang dan perkhidmatan merupakan sebahagian manifesto dan aku janji BN di pru13 yg lepas? bukankah semua janji itu sdg dalam proses ditepati.

jika dulunya najib jadi pm dan presiden umno atas ihsan paklah maka dia perlu berhati-hati. kini dia sudah 'dipilih' oleh rakyat - tidak wajar najib merasa gentar dengan usikan rakyat yg tidak mengundinya.

lagipun menteri2nya tidak ada yg mengadu keluh kesah rakyat kpd najib. yg najib mungkin tahu ramai rakyat buat repot polis kerana membantah tindakan pihak2 yg nak gulingkan kerajaan, ertinya najib berterusan dapat support rakyat? mana ada rakyat komplain pentadbirannya?

bagaimana pula dengan komen tun mahathir, kerajaan mambazir dan patut kurangkan kos? komen tu najib tak baca - dlm keadaan dia tak tahu, bukan jadi kesalahannya.

lagipun, kalau mahathir tak setuju itu ini, elok Tun balik India kalau dia tak setuju dng malaysia - sesetengah menteri najib suka guna ayat2 lagutu.

di india - kerajaan galakkan pengeluaran dan penayangan filem bollywood untuk rakyat berhibur dan melupakan kemiskinan.

di amerika - kerajaan serang negara2 tertentu untuk menambah pendapatan hasil penjualan senjata, juga menjadikan rakyat amerika rasa bangga  kuat, perkasa, hero dan polis dunia.

di malaysia - kalau rakyat tension - tengoklah maharaja lawak atau uai.

rakyat jangan emosi

Wajar kah Najib berundur, letak jawatan secara gentleman, mulia dan hormat sekadar atas permintaan seorang rakyat?

apakah najib dilihat sudah anti-klimaks dlm tahap maksimanya seorang pemimpin, presiden dan perdana menteri.

Saturday, December 28, 2013

Betul ke orang PAS tak mahu pangkat..

Kalau nak pangkat datuk , pemimpin Pas pun berebut nak pergi depan istana-Mat Sabu

'Kalau Pas tak ambil, Umno akan ambil'-Malaysiakini


PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Berebut untuk dapat 'Datuk'
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.

Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.-Malaysiakini

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...