CANTON, Ohio 2 Sept. - Seorang hakim yang tidak gembira dengan gangguan berkali-kali daripada tertuduh rompakan mengarahkan polis menampal mulut tertuduh dengan pita perekat.
Hakim Mahkamah Perbandaran Canton, Stephen Belden berkata, tindakan itu adalah cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam perbicaraan yang melibatkan Harry Brown dari Canton, lapor akhbar The Repository.
Brown mengadu peguam yang dilantik oleh mahkamah tidak bersedia dan menimbulkan kemarahan hakim selepas berulang kali mengganggu perbicaraan.
Selepas memberi amaran, hakim mengarahkan polis menutup mulut Brown dengan pita perekat. - AP

Kemaskini:
Si Pembelit terpaksa pula menipu di surau, lafaz konnnya nak tinggalkan DAP - padahal nak menyejukkan puak PAS Selangor yang dengar khabarnya nak lompat keluar pembangkang, Hassan Ali pun dah kena mengadap Sultan !!!
Alangkah bagusnya jika hakim di Malaysia lakukan perkara yang sama kepada bukan sahaja kepada yang kena tuduh tetapi juga kepada para peguamnya yang terlalu banyak 'melatah' dan berkarenah sehingga kes yang patut dibicarakan telah ditangguh dan ditunda berkali kali sekadar membeli masa dan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku.
Yang peliknya, selepas beberapa kali dia buat hal untuk ditangguhkan tiba tiba hari ini dia kata, pihak pendakwa yang sengaja melengahkan kes perbicaraannya.
Setakat yang diketahui ular pun tak lah membelit seperti si pembelit ini.