Showing posts with label demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Kerajaan yang galakkan rakyat berdemonstrasi...

KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.
– BERNAMA

Rakyat berterima kasih di atas keputusan kerajaan itu.

Cuma diperhatikan kelulusan atau tidak kenaikan 'harga' sesuatu barang atau perkhidmatan oleh kerajaan biasanya disebabkan oleh rungutan yang begitu banyak atau desakan bertalu talu oleh rakyat, jika tidak ada desakan yang ketara, 'harga' mungkin dinaikkan dengan pelbagai alasan 'bodoh'.

Sikap kerajaan yang hanya akan rasional, prihatin dan peka kepada rakyat lebih bergantung kepada respon yang rakyat berikan dan bukannya atas pertimbangan yang lebih ikhlas. Jika tidak ada 'desakan' kerajaan sewenang-wenangnya menaikkan harga. Sikap inilah juga menggalakkan rakyat untuk bangun mendesak kerajaan dan salah satu caranya ialah dengan demonstrasi bagi menyuarakan isi hati.

Demonstrasi suara rakyat kemudian dijadikan alat serta didalangi politik pembangkang yang ada kepentingan lain. Tetapi adakalanya juga didalangi oleh pemimpin politik dalaman untuk menonjolkan diri termasuk beberapa NGO yang ingin meraih populariti.

Pihak polis wajar memberi permit demonstrasi atau perkumpulan rakyat jika perhimpunan itu tidak didalangi oleh pihak2 lain yang tidak kena mengena yang akan membawa kepada huruhara. Demokrasi wajar terus subur dengan cara yang betul.

Demonstrasi - pilihan rakyat atas kesilapan kerajaan juga?

Renung2kanlah.


........

Kerajaan dan BN mungkin berasa lega dengan kutukan massa terhadap penganjur tunjuk perasaan seperti yang dicanangkan oleh media massa arus perdana dan blog-blog partisan prokerajaan, pro-BN dan pro-Umno. Tetapi kerajaan dan BN tidak akan menjadi lebih kuat hanya dengan memburukkan pembangkang dan penunjuk perasaan.

Ya, tindakan mereka akan mengganggu ketenteraman, keselesaan dan keselamatan awam. Tetapi kerajaan dan BN juga wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.

Siapakah yang membuka pintu kuala atas nama keterbukaan, liberalisasi, globalisasi dan pelbagai jargon lagi kalau bukan kerajaan BN pada era Abdullah?

Siapakah yang menyebabkan begitu ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, meluat, menyampah dan benci kepada Umno dan BN? Orang Melayu marah kerana berasa kepentingan mereka diabaikan manakala beberapa kerat “lembu suci” diberikan keutamaan dan perlindungan.

Orang bukan Melayu pula marah kerana berasa janji-janji kepada mereka tidak ditunaikan.

Abdullah membebankan Umno, BN dan kerajaan dengan beberapa kerat suku sakat, sahabat dan budak-budak Tingkat Empat. Soalnya, apakah Umno, BN dan kerajaan pasca-Abdullah bersih daripada ciri-ciri yang memualkan ini?

Siapa Yang Menonjolkan Ambiga?

Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam.

Jadi, jangan marah kepada Ambiga jika hari ini dia begitu berkuasa, berpengaruh, dicintai pembangkang dan diyakini oleh Melayu, Cina dan India, haji dan lebai. - A KADIR JASIN


6ANGKA