1) Kematian dalam perhimpunan haram - syahid ke tidak
2) Siapa mulakan keganasan - polis ke BERSIH
Yang biasanya akan mula menunding jari, mempertikaikan, mengomel, membebel, cari salah, cari sebab, asyik tak puas hati, asyik tak reda, sugul dan berdendam, mengadu seluruh dunia biasanya adalah perangai orang yang kalah dan salah, perangai nak cover diri, perangai tak mahu mengaku lemah, kekurangan, kalah dan salah akibat rasa malu, jaga ego tetapi terpukul sebab sebelum ini bercakap besar berdegar degar dan rasa hebat dan kuat.
Sementara pihak yang LEBIH BERSIH sekadar menjawab pertikaian mereka. Jawapan orang yang selalu benar, menang dan hebat tetapi masih sopan dan merendah diri.
Inilah yang berlaku kepada BERSIH yang membuat pengakuan berjaya, hebat dan menang semata mata mahu menjaga hati dan semangat penyokong dan rakan2 seperjuangan.
Kalau dah rasa menang dan berjaya kenapa pula dalam masa yang sama merungut, komen dan mengadu kepada satu dunia macam budak kecik. Orang yang menang takkan ada perangai macam tu...
Sebenarnya apakah yang mereka harapkan dalam satu perhimpunan haram yang dilarang dan tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?
Apakah mereka terlalu dungu untuk memikirkan bahawa memang akan berlaku satu pertembungan dengan pihak keselamatan dan sebahagian lain penyokong anti perhimpunan haram?
Dalam pertgembungan itu, apakah mereka mengharap diberi sejambak bunga dan layanan karpet merah, salam dan berpelukan??? - apakah itu gambaran yang diberi oleh pemimpin pembangkang kepada penyokongnya???
Apa yang mereka dapat pada hari itu adalah minima dan setimpal atas profesionalnya pihak keselamatan dan jika 'tidak' mereka akan dapat yang lebih maksima.
Apabila anwar gagal membangkitkan kemarahan penyokongnya (rakyat tak kesahpun, ada yang kata biar mampussss lagi bagussss ..) atas kecederaannya yang dramatik kini anwar dan juaknya cuba membangkitkan kemarahan penyokongnya sekali lagi dengan kematian Baharuddin Ahmad yang cuba dikaitkan dengan kekejaman polis . Setakat ini adalah respon dua tiga ekor yang setuju dengan statement bodoh macam tu termasuklah doa Tukang Karut yang dibawa khas dari kelantan.
Kena ingat apa yang keluar dan terhasil dari perhimpunan haram hukumnya tetap haram samada peluh yang keluar, kaki yang lenguh, pembaziran masa dan tenaga, selipar yang hilang, sakit dan cedera badan termasuk kematian.
Doa ulama penipu, munafik dan double standard macam Nik Aziz hanya syaitan yang dengar...