Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

Muhyiddin hilang suara..


Saranan TPM, Muhyiddin supaya tindakan di ambil ke atas 'pembohongan' Anwar yang melibatkan Agong dan ATM...

PM, Menteri sahut tawar..
.

Kesian Muhyiddin, bersendiri dan suaranya terpinggir..

Terkini:
1. The Information Communication and Culture Minister said the Dewan Rakyat can determine whether or not Opposition leader Anwar Ibrahim had falsely invoked the King and armed forces.

2. Umno Youth lodged three police reports today over the intended takeover of the federal government on Sept 16, 2008 by the opposition.

Tuesday, December 8, 2009

Muhyiddin, TPM yang tiada pengaruh..



Tidak seperti Najib menjadi TPM di zaman Paklah, dia kelihatan begitu dihormati dan digeruni...
Tidak seperti Anwar sebagai TPM di zaman Mahathir, berpengaruh, bertenaga, berwibawa dan berkuasa...

Tidak seperti Paklah sebagai TPM di zaman Mahathir...masih dilayan dan dihormati

Tidak seperti Ghafar sebagai TPM di zaman Mahathir...masih berpengaruh dan disegani lawan dan kawan...

Musa Hitam walaupun singkat sebagai TPM masih mampu mengukir nama...

Kenapa Muhyiddin sebagai TPM kini kelihatan sayu, lemah, keseorangan, terpinggir, kurang kuasa, tidak diharapkan, tidak digeruni...Pendapat dan saranannya juga sering disanggah oleh Menteri yang lebih bawah seperti Nazri.

Apakah kerana dia dijangka tidak akan dan tidak mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan PM untuk mengganti Najib !!??
Apakah sudah ada usaha usaha untuk menyingkirkan....

Apakah Zahid yang menarik diri dari pencalonan jawatan Timbalan Presiden meneruskan impiannya, sedang berkira kira membawa masuk KJ sebagai Timbalan Menteri untuk memperkuatkan jenteranya...

Dengan Razak Baginda yang sudah bebas dan JJ di London ...semuanya bereh.


http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/12/najib-minum-arak-secara-terbuka.html



Tuesday, April 14, 2009

Muhyiddin kena serang..



Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO diserang bertubu tubi dalam kenyataannya berkaitan isu kaum China dan India yang tidak kenang budi di pilihanraya kecil - di mana UMNO dan Melayu untuk mempertahankan Muhyiddin, di mana Pemuda UMNO yang setiakawan. http://anwaribrahimblog.com/2009/04/14/cina-india-bukan-peminta-sedekah/

Tuesday, November 11, 2008

Kamalia..oh Kamalia..

Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.

Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.

Di Wanita UMNO, Sharizat yang kelihatan 'selamat dan tenang' kini resah dan cemas. Rafidah yang cucu kata mari, akar umbi kata pergi pun masih mahu 'berlakon' walaupun sekadar watak nenek.

Di Pemuda UMNO, keceriaan Mukhriz tidak lama kerana saat akhir diburu 2K dan mereka di simpang tiga yang berbeza laluan walaupun sama haluan. Siapa yang akan setia kawan jika kawan makan kawan, bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Inilah nama nama hebat yang kini sedang berhadapan dengan mainan politik mereka sendiri dan akhirnya mereka akur, kuasa akhirnya di tangan perwakilan.

Bagi yang menggunakan wang, jika mereka tewas, mereka hilang wang dan jawatan, jika mereka menang, mereka sekadar daging busuk dan bukannya pejuang.

Bagi yang menang tidak bertanding..mereka akan berhadapan dengan diri sendiri untuk menyelewengkan kuasa atau menggunakannya dengan baik..

Sunday, October 26, 2008

Khaled Nordin dan Zahed Hamidi - Bekas Boss Jais Sarday

Kluang calonkan Najib - Muhyiddin
26/10/2008 4:42pm


KLUANG 26 Okt. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Bagi kerusi Naib Presiden, para pemimpin yang dicalonkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - Utusan

6ANGKA