
Antara sumbangan terbesar Anwar kepada PAS ialah meruntuhkan martabat dan akhlak Nik Aziz yang sebelum ini dihormati, dipandang tinggi serta saranannya ada nilai.
Sebagai pakar rujuk parti, Mursyidul Am yang di amanahkannya telah terburai dan tergelincir semata mata dipergunakan untuk mempertahankan Anwar dan DAP.
Siapa Nik Aziz kalau dia tidak diangkat menjadi Mursyidul dan Menteri Besar? Siapa Nik Aziz untuk tidak akur dan overuled kepada Hadi selaku Presiden parti? Siapa Nik Aziz yang MENGAIBKAN Timbalan Presiden PAS di khalayak ramai? Siapa Nik Aziz yang berlagak seperti Nabi dan Penjaga Pintu syrga? siapa Nik Aziz yang memberi syurga kepada ahli dan penyokong PAS?
Sebagai MB Kelantan, Nik Aziz gagal memberi sejahteraan kepada rakyat Kelantan malah ada yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat Kelantan dalam isu2 tanah, prasarana, projek dan bazaar.
Nik Aziz setakat dilantik Mursyidul telah banyak melangkahi dan mencampuri banyak urusan parti yang sepatutnya di bawah bidang kuasa Presiden. Nik Aziz mempamerkan individu yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh dibawa berbincang.
Hari ini Nik Aziz dilihat sebagai beban berat yang terpaksa dipikul oleh PAS dan penghalang kepada penyatuan ummah.
Tanpa Nik Aziz, PAS di bawah kepimpinan Hadi sepatutnya sudah mampu mengantikan UMNO bila2 masa.
Masa masih ada untuk PAS membetulkan keadaan.
Petikan dari laporan kenyataan Nik Aziz terbaru:
“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).
“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.
“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.
Adakah dosa mendedahkan Anwar lebih besar dari melakukan zina? Maqasid memelihara zuriat campak ke mana, Tok Guru?
SESUATU YANG NIK AZIZ KENA FAHAM, KALAU UMNO YANG KONSPIRASI UNTUK BUAT VIDEO SEKS DAN LIWAT ANWAR, KENAPA TIDAK UMNO JUGA BUAT PERKARA YANG SAMA KEPADA NIK AZIZ???