Showing posts with label Musyidul Am PAS. Show all posts
Showing posts with label Musyidul Am PAS. Show all posts

Monday, October 26, 2009

Wan-tu-sum..siapa yang keluar - Hadi atau Nik













Pemimpin pemimpin maksum dalam PAS akhirnya terpaksa wan-tu-sum sesama sendiri untuk menerima nasib siapa yang terkeluar.
Bertungkus lumus juga pemimpin PAS yang lain 'menenangkan' orang tua nyanyuk yang minta EGM walaupun muktamar agung baru saja beberapa bulan yang lepas.
Mana depa nak letak muka sebagai pemimpin yang berwibawa jika perangai mursidul tidak matang, panas baran, melenting dan cacing kepanasan - memang tak ada dalang tapi siapa tukang tiup..

Hadi patut memberi kata dua kepada Nik Aziz samada berhemah atau duduk di luar khemah..


Jika dalam MCA, yang terlibat dengan skandal seks dan yang dituduh penyelewengan dalam pelabuhan pun masih boleh bermuafakat, apakah dalam PAS, nak buat macam tu, duduk berbincang suatu perkara yang mustahil.

Sebusuk busuk UMNO, mereka tidak sanggup untuk melihat PAS pecah, apatah lagi akan jadi kerdil dan diperkudakan pembangkang lain.

Nik Aziz kena tunjuk bijaksana dan matang untuk dijadikan contoh tauladan kepada orang orang seperti Nasaruddin dan golongan yang lebih muda.

Kalau penat, berehatlah, jangan mengamuk..

Friday, October 23, 2009

EGM PAS - faktor penentu kepada Cikgu Zizan.



Terkini: 25/10/09
PAS Kedah:
Pas tak perlu ada EGM



PAS menjerit perjuangannya berlandaskan Islam meredah global tanpa kaum, untuk semua bangsa dan bahasa...tapi belumpun sempat diberi kuasa penuh memerintah negara PAS kini mempamirkan corak politik sebijik Melayu tanpa ugama - terlalu banyak rupanya Phd di PAS dari UMNO.






Bagaimana mungkin sebuah parti yang maksum dan dijanjikan syurga kepada ahlinya oleh Mursidul Am tiba tiba mempunyai masalah dalaman yang serius dan serabut.






Soal semangat bekerjasama atau musyawarah pula menjadi isu dan halangan. Apakah dalam Islam bermesyuarat dengan kafir (DAP) lebih utama dari bermesyuarat sesama saudara Islam (UMNO) walaupun mungkin ada sedikit perbezaan pendapat.






PAS Selangor sudah kata 'tak kebuloq' dengan EGM dan hampir pasti ialah PAS Terengganu. Soal penentu di dalam PAS sekarang lebih terserah kerapa kredbiliti Cikgu Zizan, PAS Kedah yang nampak lebih stabil dan berwibawa dalam meneraju Kedah setakat ini.






Nik Aziz yang terlalu yakin dan mungkin terlalu didesak oleh Husam pro Anuar sebenarnya mengorek lubang kuburnya sendiri terlebih awal, jika EGM tidak menjadi - di mana Nik Aziz nak letak mukanya...






Andai terjadi pun EGM dan Hadi Awang tetap kekal sebagai Presiden apakah orang seperti Nik Aziz ini akan akur dan berpuashati.. Kalau Nik Aziz mempunyai sikap sedemikian tentunya dia akur bahawa serangan awalnya terhadap Hadi Awang dan Nasharudin sebelum muktamar lepas juga tidak memberi kesan. Perwakilan tetap memilih Hadi Awang sebulat suara dan ayam tambatannya Husam Musa melayang keluar gelanggang dengan libasan Nasharudin. Malah pemimpin PAS Kelantan juga tidak mendapat tempat kerana perwakilan 'jengkel' dengan gaya Nik Aziz.






Cadangan EGM merupakan serangan kedua Nik Aziz terhadap Hadi Awang secara terang dan besar besaran dan ini adalah hidup mati moral dan maruah Nik Aziz yang merasakan PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.






Apa pendirian PAS Kedah ..

Sunday, July 26, 2009

UMNO dibuai mimpi lagi...

Kemaskini 27Julai...

SAH - nIK aZIZ tAK kEBULOQ dENGAN uMNO.

Mursyidul Am Pas sedia lupa sengketa demi perpaduan Islam.

"Kami mengambil sikap terbuka terhadap apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu. Dalam hal berkaitan agama dan bangsa, tidak harus ada percanggahan pendapat, sebaliknya harus ada perpaduan.

DAP dan PKR restui tindakan Nik Aziz ???!!! Adakah Husam Musa sudah mempersembahkan niat tokgurunya itu

Apa kaitan dengan cerita ini:

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam
Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine
ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab
suaminya sambil membisik manja.
Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul:Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

p/s Apakata kalau pilihanraya PRU13 dipercepatkan sempena perpaduan UMNO/PAS.

6ANGKA