Terkini: 12/5/10 8.00ml
Polis Selangor tubuh pasukan khas siasat insiden lelaki terkena peluru sesat
Elok siasat, betul ke peluru sesat, atau ada insiden lain sebelum ini.
Dalam agenda 'memburukkan' PDRM oleh sesetengah pihak, segala kemungkinan boleh terjadi.
PDRM kena dedahkan kepada umum apakah terma dan syarat serta procedure yang kena dibuat oleh seorang anggota polis sebelum melepaskan tembakan ke udara dan sebelum melepaskan ke arah sasaran.
Situasi juga harus adil kepada keluarga dan anggota polis yang didakwa, keadilan bukan setakat kepada keluarga mangsa yang kena tembak.
Keadilan harus lebih kepada anggota polis dan keluarganya kerana lazimnya polis tidak menembak seseorang atau sekumpulan manusia yang patuh kepada undang2.
Apabila sesoerang anggota polis didakwa, dia juga digantung pekerjaan, semua ini memberi kesan besar sosial dan ekonomi kepada keluarganya. Proses mahkamah yang makan masa bertahun menambah perit dan sengsara.
Kecuali terkena peluru sesat, sesiapa sahaja yang menjadi sasaran buruan dan tembakan polis adalah kerana 'ada sebab' .
Mangsa lari dan mengelak dari polis kerana menyedari mereka melakukan kesalahan undang2.
Apakah rakyat sedang menyokong kepada mereka yang tidak mematuhi undang2 ini.???? Terpengaruh dengan provokasi media...
Adalah tidak logik polis perlu bertanyakan umur si mangsa, jenayah si mangsa, bawa senjata ke tidak atau terlalu berprasangka baik kepada si mangsa dalam keadaan diri mereka sendiri terdedah dan berisiko kepada penjenayah.
Dalam lain perkataan apakah penjenayah akan mengamalkan procedure yang sama sebelum menembak polis.
Apakah penjenayah akan bertanya polis, pangkat mereka, berapa isteri ada, berapa gaji dapat, berapa anak ada sebelum membuat tembakan amaran diikuti dengan tembakan membunuh.
Apakah ada laungan penubuhan siasatan Suruhanjaya Diraja atau campurtangan Suhakam apabila ada polis yang mati ditembak, atau cedera ditembak. atau kemalangan jalanraya ketika mengejar penjenayah dan menjalankan tugas.
Apa yang berlaku lewat kebelakangan ini akan menimbulkan kesan moral dan semangat kepada semua anggota polis lain untuk 'bersabung nyawa' dalam mencegah jenayah dan secara langsung semua ini akan memberi ruang kepada penjenayah untuk terus bermaharajalela apabila polis sudah tawar hati.
Jika suatu masa anda terserempak dengan penjenayah, mungkin dalam bank ketika berlaku rompakan, cuba cubalah beramah mesra dengan penjenayah2 ini.
Showing posts with label penjenayah. Show all posts
Showing posts with label penjenayah. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...