SPRM tutup 3 kertas siasatan berprofil tinggi
KUALA LUMPUR 21 Julai - Panel Penilaian Operasi SPRM bersetuju dengan cadangan SPRM untuk menutup tiga kertas siasatan kes berprofil tinggi dan tidak ambil tindakan lanjut.
Tiga kes itu adalah kes melibatkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ( isu pembelian Alphard), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (isu jamuan Aidilfitri 2008) dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (RM10 juta oleh Kuala Dimensi).
Panel bersetuju kertas siasatan berkenaan ditutup kerana faktor-faktor tertentu, antaranya tiada saksi. - Utusan
Dua untuk Barisan Nasional.
Satu untuk Pakatan Pembangkang.
Adil dan saksama untuk tidak perlu ada sesiapa pun nak pertikaikan. Zaman serba canggih ni memang saksi sukar nak didapatkan.