Showing posts with label Jambatan Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Jambatan Rosmah. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Jambatan menggantikan Tambak Johor.... Tukar nama "Jambatan Rosmah" ??!! pun kami terima...



PRU13 sudah hampir dan kami rakyat Johor mahu mendengar keputusan Najib berhubung pembinaan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang telah dibatalkan oleh bekas PM ke5 yang disingkirkan. 

DYMM Sultan Johor sudah pun bertitah, hasrat Almarhum Ayahanda Baginda perlu ditunaikan dan yang lebih penting itu adalah hasrat rakyat Johor melihat ianya menjadi kenyataan.


" 5. Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun 3 hari sebelum kenyataan ini dibuat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Perdana Menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.
6. Soal yang ditanya oleh ramai kepada saya, dan saya yakin yang tertanya-tanya oleh majoriti rakyat ialah kenapakah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini? Apakah beliau terikat janji dengan PM ke-5? Apakah status janji ini?
7. Dengan itu banyaklah tuduhan-tuduhan di buat yang mungkin akan memedihkan telinga pihak yang berkenaan " - Mahathir

" Mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor " -  Pemuda UMNO Johor



Ianya juga menjadi tanggungjawab TPM, Muhyiddin dan naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Razali selaku rakyat Johor untuk mendesak dan mendapatkan penjelasan PM secara langsung. Andainya perlu ditukar nama kepada "Jambatan Rosmah"  pun kemungkinan rakyat Johor dapat terima asalkan pembinaannya disegerakan. "Rakyat Johor Didahulukan" dalam kes jambatan ini mesti dibuktikan oleh PM tanpa banyak alasan.


Jika pengembalian tanah KTMB kepada Singapura boleh diselesaikan kenapa tidak soal jambatan dalam situasi yang sama? Apa muslihat Najib dan Muhyiddin? Mahu tunduk dan takut lagi? Mahu mewarisi alasan Paklah dan anak menantu samalah seperti mahu mewarisi dan mengulangi kubu kuat UMNO di Johor bermasalah lagi.



Kami sedang menunggu.

6ANGKA