Friday, August 31, 2018

LEGACY TERAKHIR TUN DR MAHATHIR...MALAYSIA BARU

Dalam masa yang sangat terhad dan atas keperluan negara yang paling utama, Tun telah membuat pilihan rule of laws sebagai legacynya yang terakhir.

Seperti Malaysia Boleh!  Legacy ini akan menjadi ingatan dan juga sebutan untuk generasi akan datang malah akan menjadi garis panduan kepada pemimpin dan rakyat.

Pertikaian  sudah tidak lagi boleh berasas kepada sentimen bangsa dan ugama sebaliknya kembali kepada asas undang² supaya semua pihak memiliki peluang yang sama untuk mempertahan dan menegak keadilan.

Jika prinsip ini dipegang dan menjadi asas yang kuat,  ia menjadi kayu ukur kepimpinan akan datang termasuklah menerima secara terbuka seorang PM yang tidak semestinya Melayu.

Pemimpin tidak lagi boleh menggunakan terlalu banyak kuasa yang menjurus kepada salahgunakuasa dan dia terbuka untuk ditegur dan disingkir berasas kepada peraturan dan undang².

Tidak ada sesiapa patut berada di atas dan mengatasi undang² termasuk Sultan dan Raja²..

Hanya berpegang kepada Rule of laws negara akan lebih gemilang di masa hadapan dan kecurigaan kaum akan berkurangan.

SALAM SST


Bagi yang masih tidak puas hati atas kekalahan lalu,  kini perlaksanaan (SST)  boleh jadi bahan baru untuk dicipta pelbagai isu.

Salah satu manifesto PH - Sistem percukaian yang lebih rasional dan adil serta salah satu faktor keruntuhan Barisan Nasional. 

SST boleh juga disimpulkan sebagai GST dengan kadar 3%. Satu kadar yang boleh diterima dan kurang membebankan malah tidak semua barang dikenakan SST,  tidak overlaping dan ada pilihan kepada pengguna. 

Dijangka perlaksanaan ini akan meningkatkan harga barang tetapi lebih competitif dan lebih penting dari itu rakyat mahu melihat hasil cukai tersebut dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai kaedah dan bentuk. 

Keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan undang² perlu seiring mengelakan penyeludupan,  lari cukai dan peniaga mengambil kesemapatan menaikan harga. 

Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi,  rakyat juga sangat sensitif jika kerajaan bermewah dan boros. 


MAHATHIR TEKANKAN PERLAKSANAAN RULE OF LAWS UNTUK SIAPA?

BILA NAJIB AKAN MULAKAN SAMAN KE ATAS MAHATHIR MENUDUHNYA PENCURI, PEROMPAK...

Masa untuk membuktikan Najib bersalah dalam semua tuduhan sebelum PRU14 sudah mencukupi untuk kerajaan berbuat demikian terutama dengan lantikan AG yg dikatakan super-superman dan perlantikan pesuruhjaya SPRM yang dramatik. 

Malah Rosmah langsung tidak disentuh? Sedangkan ia merupakan sasaran figure yang paling popular. 

Apakah berbaloi untuk kerajaan memberi alasan siasatan masih berjalan atau sebenarnya siasatan menemui jalan buntu?

Apapun kerajaan masih mempunyai alasan yang kuat kerana tertangkapnya lagi beberapa individu yang dianggap team najib. 
Lebih dari itu jo lo juga belum dapat disiasat dan didakwa menyebabkan kedudukan najib belum cukup selamat. 

Dalam situasi ini,  jika Najib benar yakin,  dia di pihak benar,  sudah sewajarnya mula mengatur langkah untuk saman mereka² yang berkaitan. Gunakan peluang sebaik mungkin membersihkan diri. 


Thursday, August 30, 2018

MOD KEMERDEKAAN HILANG SELEPAS SEDAR NEGARA MASIH DIJAJAH DENGAN LEGACY BEBAN HUTANG TERBESAR DAN PERJANJIAN PALING BANGANG DALAM SEJARAH BANGSA.


Pemimpin yang terlibat macam tak pernah pergi sekolah,  tak tahu baca,  tak lulus periksa... 

Pemimpin Terlibat dan Sekutu yang masih hidup mahupun yang sudah mati, di sisi mereka sudah bukan lagi gambar lusuh keluarga,  rumah pusaka, suasa,  perak,  ratus atau ribu tapi potret antik monalisa, condo agam, intan,  permata,  juta dan billion - wang dari  langit. 

Hancur luluh pejuang² kemerdekaan dan pembangunan  terdahulu melihat negara kini tercorot di rantau.
Remuk redam hati perwira negara melihat pengganas dan komunis yang dulunya diusir diburu kini dijemput sebagai tuan,   bertapak dibumi pertiwi. 

Untuk bina semula jalan ke syurga,  ia tidak semudah seperti dahulu kerana musuh dan pengkhianat berada sangat dekat dengan kita. 

















TERIMA KASIH NAJIB, RAKYAT BOLEH URUSKAN SENDIRI..


Masa memerintah,  nak dapat jawapan dari mulut sendiri,  sangat susah,  Jawapan datang dari mulut orang kedua dan ketiga kononnya takkkan PM nak jawab semua soalan,  wartawan nak tanya pun ada yg dihalang.. 

Di Parlimen ada pula larangan tanya soalan,  akhirnya rakyat tanya dalam jamban.. Maka jawapannya tentulah najis. 

Dulu rakyat ditipu umno,  dan sekarang ni rakyat diipu PH? Apa bezanya? 


Kalau dulu kamu ignore suara rakyat?  Apa yang kamu bimbang sangat sekarang? 


Hakikatnya rakyat sedang pantau kerajaan baru, tidak ada 100% sempurna,  tidak ada 100% buruk.. Mereka layak diberi tempoh masa sekurang kurangnya 2023.

Cuma rakyat lebih legaa.. Lanun sudah tiada.


AMANAH PARTI YANG PALING KUAT KENA FITNAH..

Nasib AMANAH lebih kurang BERSATU,  paling kuat kena fitnah,  diperleceh kerana ia sebuah parti kecil,  parti miskin.

Berbanding PKR,  ada nama besar seperti Anwar dan dari segi penajaan,  tidak ada masalah malah banyak mendapat sokongan dari dunia antarabangsa.

BERSATU pun bernasib baik,  Mahathir tahan badannya untuk segala fitnah dan tohmahan,  melantun lantun musuh makan kaki sendiri.

Parti  seperti umno,  memang yang paling banyak disebut, tetapi sukar untuk dikatakan fitnah kerana hari ini satu demi satu terlondeh.

Isu lgbt dan syiah antara isu yang dilibatkan kepada pemimpin AMANAH, isu hanya sekadar desperado keugamaan yang disalut missi politik. Isu yang sudah lama menapak,  isu yang gagal ditangani sebelum ini dan isu ini akan gagal juga ditangani akan datang kerana sikap kita sendiri.

Kalau AMANAH,  paling kuat kena firnah tentulah kerana keberadaannya,  keistimewaannya yang tidak dapat diukur pada asset dan nama tetapi pada keikhlasan perjuangan mereka.

Seperti DAP,  parti AMANAH akan muncul sebagai parti yang tersusun,  disiplin dan paling padu akar umbi dan gerakerja yang mantap. Setakat ini tidak ada yang gopoh,  tamak haloba dan tikam belakang sesama mereka.

Hari ini penat lelah mereka berbaloi,  semua ahli parlimennya ada jawatan,  melimpah hingga kepada Speaker Parlimen,  Senator seperti Husam Musa yang kesemunya berperanan utama dan penting dalam mencorakan negara.

Bagaimana pula nasib dan imej kaki kutuk AMANAH?  apakah mereka lebih baik,  lebih beriman,  lebih bertaqwa. Siapa kawan² mereka.









Wednesday, August 29, 2018

ANWAR LEBIH SESUAI MENJADI PM SECARA KERJASAMA DAN PAKATAN DENGAN UMNO, DAN PAS..

Selera pemimpin ketiga-tiga parti ini lebih cocok,  sama perangai. Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin² lain. 

Pengalaman malu² kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya makan diri, gagal membentuk kerajaan.  

Kerjasama di Sungai Kandis dan Seri Setia telah dijadikan titik permulaan dan apapun keputusannya selepas ini, PKR jangan berlengah lagi untuk berbincang dengan umno pas jika sangat berhajat segera menobatkan Anwar. 


Dua tahun atau lebih adalah tempoh yang sangat lama untuk seseorang seperti Anwar yang sudah menanti terlalu lama dan mengidam menjadi seorang PM. Begitu juga dengan orang kiri kanannya yang berhajat sesuatu.  
Johari sendiri tanpa segan silu mengidam sebagai MB Kedah.. Dia ada tongkat ajaib membangunkan Kedah tanpa ingin kongsikan rahsia tersebut. 

Lagipun Hishamuddin Rais sudahpun membuka pekung dan songel PKR satu demi satu sebelum dan sesudah Tun angkat sumpah sebagai PM?

Apakah Anwar teragak agak dan tidak yakin boleh membentuk kerajaan bersama umno dan pas sekaligus menyingkirkan Mahathir? 

Cubalah... 

Mahathir pun dah 93, baling kaca pun tak pecah. 


PERNAH TENGOK, MONYET NAK AJAR ITIK BERENANG???

Aku siarkan satu komen "win"...



Cuma,  Tun seorang uang cukup tenang menerima kritikan lebih lebih lagi berhadapan dengan ular lidi yang cuba nak telan naga. 


Dan satu lagi kelebihan Tun,  dia tak pernah mengamuk dengan wartawan bila ditanya dalam apa jua bentuk soalan...  Itu baru betul,  gaya seorang PM. 





AZMIN BOLEH TAWARKAN KERUSI PARLIMEN KEPADA ANWAR KALAU ABDULLAH SANI, NURUL IZZAH DAN WAN AZIZAH ENGGAN...


Kasih mereka kepada Anwar hanya manis dibibir,  masing² tunggu habuan menanti Anwar jadi PM (?)

Kalau bukan,  kenapa liat sangat? 

Anwar,  desperado kamu sedang dibogelkan oleh kerabat PKR kamu sendiri? 

Tuesday, August 28, 2018

PERTANDINGAN DI PKR TIDAK SAH..

Pertandingan tidak sah bukan kerana layak atau tidaknya Rafizi. .katanya dia sudah mendapat kelulusan dari ROS dan tiada halangan dari Presiden?

Kalau Abdullah Sani Ahli Parlimen Kapar,  calon Naib Presiden (?) tidak bersuara,  ertinya semua betul semua suci..

Team Rafizi bertanding 100% guna banner Anwar (?), tak mungkin kalau mengaku atas tiket Presiden boleh kalah (?) dont drop my waterface.

Azmin,  Zuraidah jadi sasaran..
Team Azmin belum kempen belum serang balas sebab ada jawatan,  ada tugas.. Air di sana masih tenang!!!

Jadi, apa yang tidak sahnya?
Tak sah kalau tak sebut dan kaitkan Tun.

Itulah dotdotnya ahli² PKR, bergaduh hal atas katil dalam kelambu nak dilibatkan ipar duai jiran dan sekampong.

Anwar?  Kelemahan dan desperado kamu dilondehkan..


BAPA BOREK ANAK RINTIK...

 🇲🇾 PEGAWAI SPRM membawa tujuh pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang bertugas di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk ditahan reman berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.



Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Sumber:
#beritaharianonline





HARI INI TAK ADA TOPIK, TAK ADA ISU, CUMA NAK NYATAKAN KESAL UNDI..







Monday, August 27, 2018

BERHENTI MEMINTA, FOKUS MENDAPATKAN..


Kerajaan akan membuat penilaian sewajarnya dalam pemberian tunai program Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) kepada individu yang berkelayakan.

“Kami tidak boleh menamatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), namun kami perlu membuat penilaian sewajarnya, sama ada kami perlu menyalurkannya kepada orang yang benar-benar miskin atau kepada yang lain juga,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menambah, hasrat kerajaan adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, bukannya memberi wang secara percuma.


"Strategi kami adalah untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan supaya mereka tidak perlu meminta wang. Mereka peroleh apa yang sepatutnya mereka dapat."

Perdana Menteri bercakap kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada pembukaan Persidangan Bandaraya 4.0 dan Perniagaan 4.0 di sini semalam.

Dr Mahathir menegaskan, mana-mana kerajaan pun akan mengambil berat terhadap rakyatnya, tetapi mereka prihatin tentang orang yang benar-benar memerlukan, seperti orang kurang upaya atau tidak berpendidikan.

Katanya, memberikan wang percuma hanya kerana sesetengah individu itu berpendapatan di bawah RM4,000, tanpa penilaian sewajarnya adalah salah.

Kerajaan, kata Dr Mahathir, mahu rakyat merasa mulia, terutama bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan hasil usaha sendiri dan bukannya mendapatkan wang secara percuma.

Sebelumnya dilaporkan, kerajaan sedang merangka strategi ekonomi baharu, yang mana antara langkahnya adalah untuk menggantikan BR1M.

Strategi ekonomi baharu itu akan menumpukan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin juga menyokong pendapat Perdana Menteri bahawa BR1M, inisiatif yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional itu patut ditamatkan kerana ia berbentuk sogokan tunai untuk mendapatkan sokongan politik daripada rakyat.

Beliau menambah, rakyat seharusnya didayakan dengan program khusus yang mana boleh meningkatkan ekonomi mereka.

JANJI DITEPATI...

TERKINI: FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA  

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail. 

2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV).  Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd. 

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd. 

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan.  Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.  

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.  

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.  Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8.  Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing.  Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan.  Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-1.612797) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-jawab-sultan-johor-isu-forest-city-1.613190).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeloi kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina.  Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China.  Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul.  

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? Apakah masa depan projek Melaka Gateway? Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19.  Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?  Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)





ARTIKEL TERBAIK DUNIA DAN AQIRAT..

Agak mustahil Tun Dr Mahathir akan beserban ketika mengajak rakyat tentang korup.
Agak kekok untuk Hadi Awang tanggalkan serban untuk berkuliah ☀ di Rusila.
Tetapi mungkin biasa sahaja bagi Najib atau Zahid untuk berserban atau tidak bergantung kepada keperluan.

Apa moral of mungkin dan kalau ini?

ARTIKEL TERBAIK DUNIA DAN AKHIRAT?

Sunday, August 26, 2018

APA SUDAH JADI NI, SEMUANYA TIDAK BENAR..

Lim Guan Eng dilarang masuk ke China - tidak benar.. 

Hubungan Malaysia/ China tidak baik - tidak benar.. 

China marah kerana ECRL dibatalkan - tidak benar.. 






Sampai bila orang Melayu Islam nak berhenti bawa fitnah..  



China akan marah lagi? 



LAWATAN TUN KE NEGARA CHINA DENGAN CEPATNYA MEMBAWA BANYAK HASIL PATRIOTIK DAN BERMARUAH UNTUK NEGARA. MENEPATI SUARA DAN KEHENDAK RAKYAT.. . 











APA ULASAN DUTA ARAB SAUDI? APA TINDAKAN WISMA PUTERA? DI ATAS KENYATAAN NAJIB?

#  https://www.thethirdforce.net/raja-arab-saudi-kesal-dengan-tindak-tanduk-kerajaan-ph/

# Campurtangan Arab Saudi ke atas Malaysia? 

# Arab Saudi tidak hormati undang² negara dan keputusan hal ehwal dalaman dan dasar luar negara kerajaan Malaysia? 

# Atau ada yang terdesak sengaja untuk mengeruhkan hubungan dua negara? 


Belum pernah terjadi dalam sejarah negara kita sejak merdeka. bilamana pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi

Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara

Baginda turut kesal terhadap kerajaan PH hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu 

Ramai tidak tahu hubungan saya dan baginda bagaikan anak dan bapa. Sebab itu segala perancangan saya akan ditanggung oleh baginda sendiri untuk saya. termasuklah isu perangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia barat

Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya

Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan

Apapun saya ucap tahniah kepada DS Ahmad Zahid Hamidi bagi mewakili saya.

Datuk Seri Najib Tun Razak

PENULIS DAN PENGKAJI SEJARAH, PENERBIT DAN PENGARAH FILEM.. DAH BOLEH MULAKAN USAHA MENULIS DAN MENERBITKAN FILEM SKANDAL 1MDB..

Ramai pelakon berbakat dan watak² utama yang terlibat masih hidup. 

KALAU ADA FAKTA SALAH TOLONG NAFIKAN?


Meor Fauzi:

Koleksi 'MUDHARAT KECIL' UmnoBN - 100 hari  kerajaan PH

1. Aset bernilai RM1.04 billion hasil gubahan wang haram dirampas dari rumah Najib/Rosmah.

2. Najib didakwa di mahkamah atas 7 pertuduhan.

3. Najib guna RM7 billion wang negara bayar hutang 1MDB.

4. RM19.2 billion duit refund GST lesap.

5. Najib luluskan gaji Arul Kanda RM5 juta untuk perkhidmatan 6 bulan.

6. Najib bayar RM8.3 billion (88% kos projek) kepada kontraktor China walaupun hanya 13% kerja siap.

7. Najib minta share/komisyen 30% dari syarikat China bagi kelulusan projek2 mega.

8. Bekas Pengerusi PAC mengaku edit repot PAC siasatan 1MDB.

9. Rosmah Mansor tidak diistihar barang kemas kepada jabatan kastam bernilai puluhan juta ringgit.

10. Khazanah rugi RM80 juta kerana gagal dalam bisnes menjual coli dan seluar dalam wanita.

11. Dana LTAT berjumlah RM555 juta digunakan untuk membayar kos 40 buah kamera AES yang menguntungkan 2 kroni Najib.

12. Harga sebenar kamera AES RM25 ribu sebuah, Najib beli harga berjuta sebuah.

13. Perjanjian bodoh dengan syarikat2 China Komunis : nilai projek melebihi kos sebenar & perjanjian tanpa exit clause.

14. LHDN tidak refund RM16.04 billion kutipan lebihan cukai kepada pembayar...wang lesap.

15. Dana reserve Felda RM9 billion hangus.

16. Dana reserve Felcra RM1.5 billion hangus.

17. Dana KWAP RM4 billion hangus ditelan 1MDB.

18. Kapal 'Equanimity' bernilai RM1 billion diserahkan kepada Malaysia.

19. Akaun bank Umno pusat & beberapa negeri dibekukan. Akaun bank beberapa pemimpin Umno & Pas dibekukan.

20. Beberapa individu termasuk Najib Razak dilarang keluar negara (senarai hitam Jab Imigresen).

21. Kebanyakan pegawai elit utama kerajaan korup (lihat video).

22. Beberapa pemimpin tertinggi Umno mahu Najib menjauhi Umno, KJ menyesal pertahankan Najib (lihat video).

Jika ini semua adalah 'mudharat kecil' hasil kerja kerajaan UmnoBN, maka rakyat tertanya-tanya apakah 'mudharat besar' yang kerajaan PH telah lakukan ??

Kedudukan agama Islam & keistimewaan kaum Melayu/Bumiputra telah terjamin dalam perlembagaan.

Kedudukan Raja2 Melayu tidak tergugat.

Jadi mengapa Pas mahu bekerjasama dengan pelaku 'mudharat kecil' bagi menjatuhkan kerajaan PH ??

Adakah kerana Pas kuatir skandal 'ana tahu...ana tahu' RM200 juta dibongkar & terdedah kelak ??

LONDON MELAMBAI SANG LEBAI, SEGALANYA NANTI BAKAL TERBURAI.

BENARKAH PH TAKUT UMNO DAN PAS BEKERJASAMA?

Soalan syok sendiri dari macai umno? 

Aku pun takut juga,  takut tak jadi...
Sembang dah lama,  kahwin dah,  nikah je belum. 

PAS dan UMNO perlu bekerjasama, tiada pilihan untuk pemimpin² mereka survive. 
Bangsa Melayu dan Islam akan berdepan dengan cabaran baru dan pendekatan baru. 






Saturday, August 25, 2018

JANGAN KASI MUKA PADA ITU BETINA ?

Dia bukan bercakap secara individu. Dia boleh siasat terlebih dahulu kebenarannya.

Maaf itu maaf tapi kena ada contoh tauladan AMARAN kepada yg lain.. damage has been done.


Betul ke ekonomi kita makin teruk?

NAJIB dah ulas panjang, aku setuju ekonominya yang paling teruk, selain hilang kerja, duit juga kena rampas..
Tapi dia belum jatuh miskin hingga perlu pindah ke rumah PPRT.
Anak dia juga kahwin bukan dengan penerima BRIM.

Sebagai blogger cabok  bagaimana aku tahu sangat pasal ekonomi negara, tetapi aku setuju merosot kerana angka² menunjukan sedemikian.

Kalau ada perjanjian.bodoh bangang sebelum.ini, kalau  harta dan duit negara dirompak - mana datangnya negara nak kaya?
Memang akan miskin pada kedana.

Yang berhutang keliling pinggang, siapa?
Yang kena bayar siapa?
Jadi tak peliklah ekonomi menurun.

Di era NAJIB figure cukup bagus, negara makmur tetapi rakyat bawahan tidak merasakan begitu, setiap minggu tensi dengan harga petrol turun 1 sen naik 20 sen, tensi dengan cukai baru, tensi dengan kadar baru..

Sekarang ekonomi negara dikatakan menurun, tetapi jauh lebih baik kerana rakyat "tidak naik darah" setiap minggu atau setiap hari.

Harga barang turun sikit (tiada gst 6%), memang betul..
Ikan masih mahal dan.makin mahal, betul..
Harga bergantung kepada permintaan, itu teori ekonomi asas..Sebagai pengguna kena pandai jaga ekonomi sendiri terutama ketika sst.
Back to original, back to sebelum gst...

Teori ekonomi dunia, harga barang tidak akan turun selepas (once) naik walau apa dasar digunapakai kerana PENIAGA sentiasa ada alasan dan ambil kesempatan..
Yang kaya belanja mewah, yang miskin belanja berhemah.

Ekonomi negara, biarlah kerajaan teruskan usaha² mereka..

Brim bakal dihapuskan elok sangatlah tu, pemberian yang sekadar kosmetik untuk menutup penyamunan mereka.
Bayaran SETAHUN sekali tetapi iklan NAJIB dengan satu jari SETIAP JAM di kaca tv.. terlebih propaganda.

Brim bukan penyelesaian kemiskinan kerana angka menunjukan permohonan bertambah.
Brim lebih kepada mendorong harga barang naik.

Paling penting, kalaupun miskin, rakyat tidak rasa dizalimi..
Peningkatan semula penonton di semua saluran tv terutama "berita" petanda sihat untuk kerajaan..

Rakyat dalam mood lega, STANDBY wait and see..baru 100 hari, hilang akal kalau komplain kecuali busuk hati, meroyan kalah tak habis lagi..






# yang bankrap hujah tapi copy paste tak ikut tajuk, aku tak layan, tak siar
# yang kata blog ini fitnah, kau tak payah masuk, pergi main jauh²




BELENGU DENGAN NEGARA CHINA SUDAH TERUNGKAI..

Keberanian Tun menyatakan pendirian Malaysia di hadapan muka PM dan Presiden China merupakan titik lega permulaan negara sudah tidak perlu menoleh belakang tetapi langkah ke depan dengan berani malah bersiap sedia dengan segala tindak balas China,  sekurang kurangnya itulah zikir tukang ramalan. 

Pembatalan ECRL atau apapun adjustment yang bakal dibuat dan meruntuhkan Tembok  Besar China Kuantan antara tindakan pendahuluan Mahathir yang diisi pada bulan kemerdekaan. 

Mengurangkan dan secara beransur menghapus BRIM adalah keputusan tidak popular ketika kempen PRK Balakong dan Seri Setia sedang berlangsung. Mahathir sedang menguji dan mencabar minda subsidi khususnya pengundi Melayu. 

Kalau itu pun PH boleh menang di kedua dua tempat ia akan membawa maksud rakyat meletakan sepenuh kepercayaan kepada Tun dan kabinet untuk terus memacu negara. 
Sekaligus petanda umno dan pas bakal pupus. 
Sama samalah kita tunggu keputusannya nanti. 

Akan ada banyak lagi keputusan dan dasar yang akan diputuskan dan sesuatu yang tidak patut terlepas pandang ialah bersihkan talibarut dan pengkgianat yang masih ada di Penjawat Awam,  PDRM,  SPRM, ATM dan juga lain² agensi.


PENYEMBAH PEMUJA JO LO MERAUNG.


Friday, August 24, 2018

KAMU MELAYU YANG MACAMANA? YANG LAMA HAPRAK ATAU YANG BARU..



30% TAK PERLU BUKTI...

Kontrak billions 30‰ aku punya..
Bagaimana mahu di realisasikan..
Bayar ikut tempoh,  kerja siap tak siap belakang kira..
Bila payment lesap kerja terbengkalai..
Terminate kontraktor lama dengan alasan bodoh..
Lantik kontraktor baru... 30% lagi masyuk..

SAMPAI KIAMAT BUAT KERJA PELAHAP.. .

KEUPAYAAN CYBERTROOPER UMNO MAKIN BEROTAK LEMAH..

Serangan ke atas kerajaan PH kini sudah muflis hujah lalu mereka dibekal skrip copy and paste untuk melokman ke semua blog sasaran.



Serangan paling bebal dalam sejarah malaysia.





Thursday, August 23, 2018

ANTARA UMNO DAN PAS, MELAYU KINI SOKONG SIAPA (?)

PRK Sungai Kandis,  walaupun umno bekerjasama dengan PAS,  nyata jumlah undi kepada calon umno tidak mencerminkan sokongan padu dari kedua dua pihak.

Lebih ramai Melayu mengambil pendekatan,  tidak keluar mengundi.

Ini juga berlaku kepada PKR,  tetapi calonnya menang atas undi bukan Melayu.

Apa yang akan berlaku di PRK seri setia (?) Tuan Ibrahim ulas,  wait and see?
Apakah umno akan bersungguh membantu calon PAS untuk menang sekaligus mengesahkan PAS lebih disokong Melayu?

Najib sendiri mengesahkan umno berbaik dengan PAS atas dasar sokongan Melayu yang konservatif?
Tuan Ibrahim ulas dan menafikan - PAS FOR ALL.

Apa sikap Melayu selepas PRU14 (?)
Tiada siapa dapat mengaku,  partinya disokong hebat.

Kecuali umno,  terang lagi bersuluh
Orang Melayu beransur pinggirkan....

Kini Melayu beransur fokus kepada Tun terutama gerakannya selepas balik dari China,  membina negara secara bermaruah bukan menjarah.
Ini akan membangkitkan patriotik rakyat malaysia menentang penjajahan negara melalui ekonomi - kerja bodoh umno.

BINA NEGARA SECARA BERMARUAH BUKAN SAMBIL MENJARAH

PROJEK ECRL SUDAH DIBATALKAN
(Penerangan cukup jelas mengapa UMNO meroyan)

Yang batal itu ialah kontrak pembiayaan dengan Bank Exim dari China sebab syarat berat sebelah dan merugikan Malaysia dalam jangka panjang. Bila batal dengan pihak China, Malaysia kena bayar pampasan. Pampasan yang tinggi. Siapa punya kerja buat syarat bodoh macam ni?

Ingat ya... bila kontrak projek ECRL dibatalkan dan Malaysia dikehendaki membayar pampasan akibat Malaysia membatalkan projek tersebut, Malaysia dan China sudah tidak ada kena mengena lagi dalam perancangan ECRL. Pampasan yang kita kena bayar, Dr Mahathir dah fikir jauh nak korek dari mana untuk bayar. Kontra dari mana mana perolehan perdagangan dengan China sama macam kita beli jet pejuang MIG29 dari Russia dulu. Kontra pakai dagangan minyak sawit. Malah program Malaysia ke angkasa lepas pun tidak mengeluarkan sesen dana negara dan semuanya dalam kontra perolehan dagangan dengan Russia pada masa tersebut.

Apa-apa keputusan yang dia buat selalu fikir BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DANA PERBENDAHARAAN MALAYSIA. 

Mahathir tidak mahu keluarkan wang tunai atas nama rakyat Malaysia untuk beli mana-mana aset dari mana-mana negara melainkan kontra pakai barangan dagangan (sistem barter) jika perlu berbuat demikian. 

Bab ECRL. Bila kita dah cakap kita persetujui nak bayar pampasan akibat kita batalkan projek ECRL dari China, secara automatik China dah tiada hubungkait dalam urusan ECRL. China boleh bawak balik semua barang-barang dan jentera mereka dari tapak kerja berkenaan. Tapak itu tetap milik Malaysia dan di bawah pengurusan ECRL cuma tiada pembiaya untuk teruskan kerja-kerja berkenaan kerana Malaysia telah batalkan projek serta dana dari China dan telah bersetuju membayar balik pampasan. 

Apa sebab sebelum Dr Mahathir ke China, dia ada buat lawatan ke pusat operasi Shikansen (kereta api laju Jepun - siap ada video dia dalam koc pemandu keretapi laju tersebut)?

Ada satu mesej yang dia nak sampaikan kepada China: Bend to us (re-nego bab ECRL ini), kalau tidak.....

Ingat Mahathir ini otak budak-budak? Sebab tu dia tidak takut nak guna perkataan 'colonialisme' (penjajahan) dalam sidang media bersama dengan PM China Li Keiqang dan di hadapan media antarabangsa.

Dia pun tak takut nak batalkan atau nak bayar pampasan sebab dia dah ada back-up plan untuk mengatasi masalah ECRL jika China berkeras, sebab awal lagi Mahathir dah pun pergi Jepun sebelum ke China. Jepun selalunya berpihak kepada Malaysia dan selalu memberi pertolongan tanpa mengambil kesempatan sepertimana yang China buat dengan menjajah negara-negara Afrika melalui kuasa ekonomi yang akhirnya terkena kepada negara disebabkan kelemahan dan kebodohan Najib Razak.

ECRL milik Malaysia. Tapak dan jajaran landasan itu milik Malaysia. Jajaran yang dah ada milik Malaysia. Kita cuma perlu perhalusi balik apa yang perlu dan apa yang tidak. Kebanyakan kertas kerja ECRL semua Najib sengaja naikkan kos dan masukkan dalam bajet ECRL untuk kepentingan politiknya (ketua-ketua bahagian UMNO ada saham dalam bentuk projek). 

Ketua-ketua bahagian ini akan dapat pembayaran bila Bank Of China (BoC) keluarkan bayaran kemajuan projek mengikut masa, bukan peratus kemajuan binaan dan daripada jumlah tersebut (RM81 bilion), sebanyak 30% akan disuap balik kepada syarikat kontraktor-kontraktor UMNO ni.

Contoh mudah.
Kos tulen: RM50bil
Keuntungan kroni UMNO: RM30bil
Berapa duit perlu dikeluarkan dari poker rakyat? RM50bil + RM30bil = RM80bil

Bagaimana kroni UMNO menerima RM30 bilion ini? Dengan cara kerajaan meminjam sejumlah wang yang banyak dari Exim Bank China bagi membiayai projek ECRL. Kemudian kroni-kroni UMNO akan dianugerahkan kerja-kerja ECRL. Kononnya nak bagi 'syarikat tempatan', tapi umum mengetahui syarikat-syarikat inilah syarikat-syarikat yang dimiliki kroni-kroni UMNO. Ingat syarikat anak tempatan biasa boleh dapat?

Namun, perlu diingati. Wang yang dipinjam akan dituntut. Siapa nak bayar? Rakyat kat bawah lah. Maksudnya rakyat keluarkan duit, Najib buat projek mega, syarikat kroni UMNO dapat kontrak berpuluh juta, kroni kaut untung besar. Wang rakyat pusing-pusing akhirnya masuk kocek UMNO.

Bayangkan kalau keuntungan kroni UMNO disekat, kerja-kerja ECRL dianugerahkan melalui open tender, mana-mana syarikat tempatan berpeluang walaupun tidak mempunyai kabel politik. Banyak duit kita boleh jimatkan tahu? Beban hutang tidaklah begitu berat.

Sebab itulah Mahathir batalkan terus perjanjian dengan syarikat dari China ni. Sekat lubuk emas UMNO, cari pembiaya yang tidak menyebelahi kroni-kroni UMNO. Terlalu mahal dan tidak menguntungkan negara tapi dalam masa sama yang kaya cuma sekelompok manusia yang ada kepentingan politik dalam UMNO.

Selepas diperhalusi dan disaring ketat, mungkin Malaysia akan dapatkan pembiaya baharu sama ada dari Jepun atau Eropah (syarikat yang dah buat projek serupa dengan kos yang rendah). Pastinya semua ini nanti akan mengambil kira segala pampasan yang perlu dibayar pada China. Yang penting kos pembinaan lebih murah, syarat pembiayaan projek tidak menekan Malaysia dan kos operasi jangka panjang tidak membebankan rakyat serta menguntungkan negara.

Apa-apa perancangan pembangunan pun mestilah demi Malaysia dan bukan seorang individu sepertimana yang telah berlaku pada zaman Najib menzalimi rakyat dan negara.

Faham? Yang sibuk pertahankan ECRL, pernah tak terfikir dari mana negara perlu cari duit? Pernah tak terfikir siapa bakal untung besar? Bukan kita berdendam. Hakikatnya kos ECRL melambung tinggi sebab ini mangkuk nasi kroni-kroni UMNO. Apa salahnya kita turunkan kos?

MCA PARTI CAP AYAM DAGING, eat dedak meh...?#@$* ¢?!

KA SIONG,  AWAK TAU KA TAK TAU...
Ini Mahathir punya komen kasi hadiah sama lu punya kempen Balakong, jangan hilang deposit meh...

YOU’RE WORKING WITH WORLD’S BIGGEST THIEF NAJIB RAZAK & YOU DARE TO QUESTION DAP?’ – DR M FLAYS ‘UMNO APPENDAGE’ MCA



1.The MCA President has expressed his disgust at what he calls the lack of principle on the part of DAP.

2. He seems to think that DAP’s working together with me is all wrong.

3. But MCA’s working together with a known kleptocrat who has stolen billions of Ringgit is the worst example of a lack of principle. Or is the MCA unaware of what Najib has done to UMNO, BN and the nation. If he is not, I would like to tell him that under Najib Malaysia has been classified as one of the ten most corrupt country in the world.

4. The American Dept. of Justice has reported that Najib, who is Malaysian Official 1 (as confirmed by Cabinet Minister Abdul Rahman Dahlan), has stolen billions of Ringgit of the Malaysian people’s money, and 2.6 billion Ringgit of this is in Najib’s personal bank account. Of course the MCA thinks this is okay. That is the MCA’s principle which it must cling to. It must be proud that it is supporting Najib who is involved in the world’s biggest fund case as alleged by the Department of Justice.

5. Now Najib considers the contest is between UMNO and DAP. This means Najib believes in racism because to him Malaysian politics is about Malays versus Chinese. Towards that end he has redrawn constitutional boundaries to separate Malays from Chinese.

6. Perhaps this accords with MCA as an ethnic Chinese Party. DAP is a multi-racial party which supports all the provisions of the Malaysian Constitution, namely
I. The monarchical system
II. Malay Special rights
III. Malay is the national language
IV. Islam is the official religion of the country.

7. Accordingly the DAP celebration of its 50th anniversary was conducted completely in the national language.

8. The DAP Secretary General categorically stated in his speech that DAP had never asked to have a Chinese Prime Minister in answer to Najib’s claim that if the DAP wins the next election Kit Siang would be P.M. DAP’s choice is Anwar Ibrahim, a non-Chinese.                                      
9. MCA obviously supports Najib’s racist play by saying that if UMNO loses to DAP, there would be a Chinese as PM., or maybe MCA just wants to bodek Najib, principle be damned.

10. MCA should not talk about principle as it is just opportunistic. It is not the MCA of Tun Tan Cheng Lock. It is just an appendage of
Najib’s racist UMNO now.

11. I am with DAP and the other opposition parties because I don’t want to be associated with Najib and his kleptocratic government. Until he can prove beyond reasonable doubt he did not steal 1MDB money, I will still say he has stolen money from the people of Malaysia.

12. For MCA everything that Najib has done is okay. So stay with him. And that means MCA has no principle. DAP has upheld its principle to have clean election, to have democracy and to fight for a clean Government. MCA is as kleptocratic as Najib.

13. Shame on you MCA.

*WRITER: MAHATHIR MOHAMAD*

-http://chedet.cc/?p=2363

*ALONG* MASALAH YANG TIDAK SELESAI²

Dalam kegawatan ekonomi,  iklan² ahlong berleluasa,  di mana kempen PDRM dan PBT untuk membenteras,  hangat² tahi ayam?

Rule of laws?  Menteri KDN,  KPN?


Klik untuk sertai group wassap

GROUP UNTUK MENCAMBAH IDEA BAGAIMANA INGIN MEMBANTU MEREKA YANG BERADA DALAM CENGKAMAN AHLONG,  JOM SAMA² KITA SUMBANG FIKIRAN DAN TENAGA

Ikut pautan ini untuk menyertai grup WhatsApp saya: https://chat.whatsapp.com/0sKtgpKv05D5F37CPHXPZr

Wednesday, August 22, 2018

UMNO MAKIN SERASI JADI PEMBANGKANG...

Tidak sia sia umno kalah,  negara beruntung,  rakyat gembira umno makin serasi jadi pembangkang,  makin pandai makin mahir membangkang terutama sejak rapat dengan PAS yang lebih berpengalaman. 

Sebagai pembangkang,  kemungkinan besar isu korup dan salahguna kuasa yang dulunya sinonim dan dikaitkan dengan umno  akan makin berkurangan dengan banyaknya  di masa hadapan.

Di sessi parlimen akan datang sewajarnya pembangkang mencadangkan ternakan lembu dikondo kepada Menteri Pertanian bagi tingkatkan pendapatan dan ekonomi petani dan nelayan. 

Semoga kekal lama di situ demi bangsa, ugama dan negara. 







Sisipan malam untuk mancai renungkan... 


MUNGKIN HASILNYA LEBIH BAIK JIKA ZAHID ATAU HADI YANG JUMPA PRESIDEN DAN PM CHINA...

Tuesday, August 21, 2018

UMNO DIKORBANKAN UNTUK SELAMATKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA..




Apakah negara kita masih dikenali sebagai kleptokrasi?
Apakah rakyat kita masih dianggap berkompromi dengan rasuah? 
Apakah pemimpin² politik kerajaan dan penjawat awam sekarang berani mengamalkan rasuah sewenangnya? 
Apakah kita masih malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara??

Bukankah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Tun berani menyatakan dan menuntut kebenaran dan  keadililan hak Malaysia  kepada pemimpin² kuasa besar seperti China di hadapan mereka. 

Alhamdulillah,  doa rakyat dizalimi, Allah makbulkan.
Tiada daya dan upaya kecuali dengan bantuan dan Izin Allah. 

Hari ini satu demi satu kemungkaran muncul dan didedahkan,  kerja siapakah ini yang mengkhianati anak bangsa dan negara? 
Satu demi satu topeng yang memperalatkan atas nama Melayu dan Islam tercabut mendedahkan wajah sebenar mereka. 

Sesungguhnya Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar.





SESUATU YANG TUN GAGAL LAKUKAN DI CHINA...



Yang Mulia Tuan Presiden, Bersama Ini Saya Bawa Wang KWSP Untuk Membantu Ekonomi Negara China.. 
Kikikikikik... 

Haaaa.ah..tepukkkk




Monday, August 20, 2018

NO ECRL - ITU JAWAPAN BERANI KERAJAAN KEPADA CHINA


PEMBANGKANG DAN PIHAK² YANG PERNAH BERSEKEDUDUKAN TERLEBIH DAHULU PERLU ADA INTEGRITI UNTUK RAKYAT BANGKIT SOKONG...

Di era rakyat cerdik,  isu harga barang naik atau cukai tinggi bukan isu utama. 

Umum tahu rakyat gembira seumur hidup bila Najib dan umno bukan lagi kerajaan,  kezaliman mereka terhenti... 

Apakah kerajaan sekarang zalim atau terlebih zalim?  Kalau ada akal jawapannya,  terlalu awal untuk dinilai. .

Julai dan Ogos tanpa gst atau sst?  Zalim kah itu?  Tak ada pun dalam manifesto tapi kerajaan lakukan.. 

Saman AES dibatalkan dan dedahkan dasar kerajaan lama yang tidak langsung mendatangkan hasil kepada kerajaan sebaliknya mengkayakan syarikat kroni dan memangsakan Tabung ATM apabila gunakan duit tabung untuk membayar kepada syarikat tersebut..  
Kerajaan secara ehsan akan pulangkan kepada Tabung ATM. 

Zalim kah itu,  tidak ada pun dalam manifesto? 

Kini Tun di China untuk mendapatkan kerjasama negara tersebut untuk satu justifikasi yang lebih adil dalam semua projek mereka yang ada di Malaysia, untuk kebaikan siapa itu? 

Cubaan untuk sentimenkan harga barang naik atau harga barang tidak turun,  awal² lagi ingin dinyatakan akan gagal,  sepertimana mereka gagal mengelirukan rakyat dan menghasut rakyat dalam isu perkauman,  ugama dan raja²...

Gagal kerana people dont buy, rakyat masih terasa jijik untuk mempercayai atas segala bohong dan tipu mereka sebelum ini..  

Rakyat bersedia dengan segala kemungkinan termasuk harga barang tinggi...dan rakyat sedar kerajaan sekarang memerlukan sedikit masa kerana kesan urus tadbir buruk kerajaan lama untuk dibaiki... 

Selagi kerajaan tidak zalim,  tidak korup, tidak berbohong, tidak boros dan telus dalam perbelanjaan... Rakyat akan terus sokong. 

Selagi zahid dan hadi menerajui umno dan pas, selagi kelibat najib tidak dipadamkan segera,  ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk rakyat percaya semula parti tersebut.

THAEIK UMNO

Dr M hopes 'sympathetic' China will help M'sia fix fiscal woes https://www.malaysiakini.com/news/439695

At his age, he still need to kaotow to China n begged on all our behalf, felt so sorry for Tun. Knowing his Ironman attitude, he did it all for us!






# Pemimpin BN mana yang minta 30% dari Pelabur China?  No wonder setiap kali diumumkan jumlahnya tak pernah sikit,  billions dengan harga yang melebihi paras pasaran,  logik jika tujuannya untuk 30% yang dimaksudkan Tun.
Sekarang dah kantoi,  tentu kita boleh dapat gambaran pemimpin mana?
Tanpa Tun menyebut nama,  tapi Najib dah ulas,  why?  Apa kaitan?

JANGAN AMAL POLITIK HIPOKRIK DENGAN SENSASIKAN RACIS DAN UGAMA




Sunday, August 19, 2018

BERSATU GAGAL JADI MELAYU DI PERAK


https://www.amenoworld.org/2018/08/pajakan-tanah-999-tahun-orang-melayu.html


MB wajar letak jawatan,  keluar parti.

Kerajaan negeri baru diterajui UMNO wajar dibentuk. 

Banyak lagi pilihan yang boleh dibuat.  Kerajaan Negeri PH tiada kaitan dengan kerajaan pakatan rakyat sebelum ini. 



# Kau orang percaya ke MB akan lepaskan jawatan dan kuasa demi Melayu?? 



TENTANG DAN BANTAH KERAJAAN NEGERI PERAK JIKA MENGKHIANATI MELAYU


Muhyiddin dan Mukhriz kena beri perhatian  isu ini dari sudut politik kerana melibatkan MB dari BERSATU. 
Jangan psndang remeh dan semua mengharapkan Tun sahaja. 

Isu yang panas di Perak,  agak sempit kalau kita nak bercakap pasal cina + dap yang dikhabarkan membuat beberapa tuntutan melampau melangkau kebiasaan terutama soal pajakan tanah kekal.

Oleh kerana ini memerlukan kelulusan negeri terutama Exco Tanah @ MB sendiri,  wajar fokus dan tekanan diberi kepadanya.

Jika secara pentadbiran masih gagal,  peralihan kuasa kepada kerajaan negeri yang baru adalah wajar dan sokong 100%.

Berdasarkan kedudukan kerusi di negeri Perak sekarang,  di masa akan datang,  PAS @ UMNO tidak boleh tidak, wajib diberi kemenangan. Kemudaratan jika ada tidaklah seteruk dan berisiko seperti sekarang.

Jangan menang sorak,  kampong tergadai.

PAS PERLU MINTA PEMIMPIN UMNO BERTAUBAT SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KERJASAMA

TUN KE CHINA, JANGAN JANJI JUTA² PEKERJAAN SEPERTI NAJIB...TAPI HABUK PUN TAK ADA...

Dalam negara pengantin baru di raikan..


Bapa pengantin tak datang... 



Saturday, August 18, 2018

KERJASAMA UMNO PAS DIRESTUI

Sebagai manusia aku antara rakyat yang sokong jika umno pas bekerjasama,  bersatu,  kahwin atau apa sahaja istilah yang mahu digunakan.

Yang penting biarlah kerjasama itu jelas,  diumumkan,  ada satu bentuk ikatan atau perjanjian,  apa vissi dan missi.

Khususnya jadi gabungan yang kuat sebagai pembangkang,  bertanggungjawab ke atas rakyat dan negara.

Pantau PH,  kritik PH dan gunakan parlimen semaksima untuk menentang sebarang dasar yang merugikan rakyat dan Islam.

Lebih penting pemimpin tunjuk contoh tauladan yang baik.

Yang aku tidak setuju jangan jadikan kerjasama ini membesarkan lagi fitnah,  bercakap bohong dan kencing rakyat,  lain cakap lain buat.

Rakyat boleh menilai mana satu "peralatkan", mana satu "perjuangan" ke atas bangsa dan ugama.

Tak perlu sebutlah pangkah PAS masuk syurga sebab pas sendiri belum jumpa pintu syurganya.
Tak perlulah kata tanpa umno melayu akan bangsat kerana yang jadi bangsat dan mengemis sokongan melayu sekarang adalah umno.

AHLI DAN PENGUNDI PAS KENA LEBIH BERHATI HATI DI PRK SERI SETIA..


Ku sangka undi PAS masuk syurga.... Rupanya masuk umno.. 
Kikikikiki.. ..

PUTRA PERKASA IBRAHIM ALI

Mungkin pada pandangan Ibrahim Ali mana² wakil rakyat bebas atau melayu umno yang sudah bosan dengan umno atau melayu² yang sudah bosan dengan parti yang sedia ada,  boleh sertai PUTRA.

Mungkin juga yang sedang bercadang nak lompat parti selepas kecewa dengan Presiden sekarang atau kalah merebut jawatan.

Friday, August 17, 2018

SIASATAN KEATAS BANGKAI HIDUP DIBUKA SEMULA (?) CARI KEBENARAN...

Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan siasatan terbuka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana menyifatkan mereka tidak lagi mahu mengusung 'bangkai hidup'.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, beliau menyokong penuh usul yang difailkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) membuka semula penyiasatan mereka kepada 1MDB, membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Bahkan menurut mantan Menteri Belia dan Sukan itu, ia juga akan membuka mata BN sendiri sekiranya terdapat perkara-perkara yang tersembunyi selama ini.

"Siasatan terbuka bagus kerana kita mahu rakyat tahu kebenaran tentang 1MDB. BN tidak mahu usung bangkai hidup ni lagi. Kita nak pastikan kita bebas daripada beban ini. Biar siasatan terbuka dan menyeluruh ini dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)  atau sebagaikan.

"Kami pun nak tahu juga. Sebagai bekas anggota Parlimen mungkin ada perkara yang kami tidak diberitahu jadi kita pun nak tahu juga. Orang kata kenapa sekarang baru cakap begini adalah kerana sebelum ini kita tidak tahu ..ada benda-benda yang disembunyikan daripada kita juga," katanya ditemui sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk, di sini, hari ini.

Terdahulu, Lim, bercakap mengenai perkara itu di Dewan Rakyat semalam, memfailkan usul untuk membuka semula siasatan 1MDB kepada orang ramai.

BAGAIMANA PENCAPAIAN FITNAH PEMBANGANG KE ATAS KERAJAAN (?)

Apakah fitnah
itu 100% kekal fitnah
atau ada kebenaran...

....

#100 Hari Pencapaian PAS/Umno Sebagai Pembangkang. 

1. Fitnah PH Perintah,  Lim Kit Siang Jadi PM. 

2. Fitnah Jakim Nak Tutup.

3. Fitnah MARA Hendak Dibuka Kepada Semua Kaum. 

4. Fitnah MRSM Hendak Ditukar Nama. 

5. Fitnah Tahfiz Nak Tutup.

6. Fitnah Menteri/PH Sokong/Iktiraf LGBT. 

7. Fitnah Malaysia Nak Jadi Negara Kristian. 

8. Fitnah Sultan Tidak Setuju Lantikkan Peguam Negara. 

9. Fitnah PH Nak Hapuskan Kuasa Raja2.

10. Fitnah Seorang Muslimat PAS,  Dr. Ilyani Dikenakan Tindakan Tatatertib. 


#Maka,  Pencapaian PAS/Umno Ialah 100peratus Dalam Membawa Fitnah. Gred A.

C&p

DUDUK DAN TIDAK LARI, TUN MENGAKU...

Di sidang Parlimen,  antara yang Tun akur dan mengaku adalah kedapatan janji manifesto 100 hari yang tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan kewangan.

Kerosakan urus tadbir negara di era Najib seperti jangkaan awal sangat meleset.. Rosak bukan setakat di bahagian tertentu tetapi sudah berkuman bernanah serata tubuh, total damage termasuk sistem.

Budaya korup begitu terserap sehingga sukar mencari penjawat awam profile tinggi yang benar² dedikasi lilla hita'ala.

Kata Mahathir,  jika janji tidak tertunai biarlah PH tanggung dosa.

Pengakuan ini sangat jelas dan berani.

Bagaimana umno dan pas,  apakah mereka ada pengakuan berdosa sepanjang menjadi kerajaan dan sepanjang menjalin kerjasama secara gelap.

Apakah mereka cukup yakin tiada masuk sedikit pun benda haram ke dalam perut anak isteri,  ibu bapa dan tanggungan.

Sekadar bertanya...


# Menjelang PRU15 semua janji PH akan dibuka dan dinilai semula, tiada lagi alasan pada masa itu, rakyat akan memberi markah prestasi.
Ini juga satu ingatan kpd mana² lain parti yang bertanding dan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan.

Majoriti juga yang memilih PH tidak fokus kepada manifesto tetapi lebih kepada matlamat cegah, stop kemungkaran NAJIB dan umno sangat bersyukur di atas kejayaan ini.



AHLI BANGGA KEMBANG KEMPIS HIDUNG ATAS SIKAP PEMIMPIN DAN PARTINYA... PAS FOR ALL...

Mudahnya duduk dalam parti politik berjenama agama...

Bila bermusuh dengan UMNO...begini dalilnya.

Bila berpeluk dengan Umno... begini dalilnya.

Bila sekelambu dengan DAP...  begini dalilnya.

Bila bermusuh dengan DAP...  begini dalilnya.

Bila turun BERSIH...  begini dalilnya.

Bila anti BERSIH... begini dalilnya.

Bila bantah GST...  begini dalilnya.

Bila sokong GST... begini dalilnya.

Rasa nak makan dedak... begini dalilnya.

Rasa nak buat hudud... begini dalilnya.

Rasa nak tangguh hudud... begini dalilnya.

Nak bentang RUU355... ini dia dalilnya.

Bila parti lain letak calon bukan Islam, dia tentang... mcm ni dalilnya

Bila parti dia letak calon bukan Islam... Lain pulak dalilnya

Bila kena kencing ...ini dia dalilnya.

Semua ada hujah dan dalil agama....tak ada ruang
untuk masuk neraka melainkan syurga belaka...

Inilah yang dikatakan penunggang agama...
itulah yg org panggil PAS




# sokong yang berjubur pun ada dalilnya. 

MANIFESTO PH 100 HARI BAGI MEREKA YANG KATA PALSU, TIPU ETC.. INI JAWAPANNYA...

Terkini !!!

Semua saman AES di BATALKAN!!!! HIDUP PAKATAN👌





Kita jangan buang masa xplain....



KAMI UNDI PH KRN NAK JATUHKAN UMNO JE...

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.




Thursday, August 16, 2018

SKRIP UNTUK ANWAR DI PAGI JUMAAT...

Berdasarkan persetujuan bersama sebelum ini, saya akan menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM.

Proses itu memerlukan masa dan saya perlu bertanding di kawasan yang ada kekosongan untuk Parlimen mengikut kesesuaian dan saya tidak perlu terburu buru .

Negara masih berada pada tahap pemulihan dari kerosakan dan urus tadbir yang tidak bertanggunjawab oleh kerajaan BN sebelum ini dan semua pihak dalam PH perlu fokus dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Tun untuk keluar dari krisis ini.

Jika saya mempunyai idea dan pandangan tertentu, ianya akan disalurkan mengikut proper channel seperti menarik rambut di dalam tepung.

Semua pihak perlu memberi masa yang secukupnya kepada Tun untuk selama mana beliau perlu berada di kerusi PM dan saya sangat terhutang budi jika mengambilalih negara dalam keadaan tersusun, kukuh dan maju.

Kita akan meneruskan semua perancangan yang telah diputuskan kerana ini adalah keputusan bersama, keputusan kabinet dan restu Majlis Presiden.

Bagaimana jika ditakdirkan Datuk Seri tidak dapat menjadi PM selepas Tun (?)
Bagi saya, saya tidak penting, saya hanya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan Negara.
Jika rakyat berfikiran dan memilih tokoh lain, saya akan turut sokong dan menerima keputusan secara berlapang dada.
Keputusan rakyat adalah yang paling betul.

Lagipun kerusi PM hanya satu pada sesuatu masa, adalah tidak matang untuk berkelahi, berebut dengan politik KOTOR, fitnah dan sebagainya untuk jawatan tersebut.

Kena ingat, Tun sendiri tidak pernah terfikir untuk kembali menjadi PM kali kedua dan saya juga bersikap tidak akan mendahului masa.

Best tak kalau macam tu..

SEPANDAI PANDAI RAFIZI RUPANYA ADA JUGA KELABU ASAP...



Selepas PH tawan Puterajaya,  Rafizi dan invoke mungkin mengharap dijulang disanjung peranannya. 
Menjadikan dirinya sunyi dan rendah diri tidak dipeduli malah seperti mengemis untuk tidak disumbat ke sungai buluh. 
Lentingan pertamanya ke atas Mahathir kerana susunan kabinet awal tanpa tunggu dan rujuk Anwar adalah satu dosa besar Tun??? Lebih lebih lagi lim guan eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden seolah memberi notis gunung berapi akan meletup, laharnya laju membuak segala isi perut... Akhirnya sekali lagi diberi peringatan,  keceluparan ada hadnya..  Menang Timbalan Presiden hari ini jangan mimpi esok Anwar akan jadi PM,  kena ada kesabaran... Simpan sikit gelojoh. 



Begitu juga apabila mendedahkan keaiban pegawai kanan Mat Sabu yang sepatutnya boleh mendapat penjelasan awal jika guna sedikit diplomasi dan baiksangka sesama komponen. 

Ulasan Timbalan Menteri Pertahanan ke atas Rafizi mencerminkan lulus tinggi² pun akhirnya kelabu asap individualistik apabila tidak pandai menyesuaikan diri dalam semangat kesepakatan.

Cukuplah dalam umno sudah ada lokman adam, jangan pula rafizi melokmankan dirinya dalam PH.


Pesan orang Kedah pada rafizi: Jangan "merak" sangat nak jadi orang kanan Anwar. 

JANGAN.BUANG MASA DENGAN LOKMAN ADAM, JOM BANTU TURKI..


Atas level seorang rakyat Malaysia yang menetap di İstanbul Turki dan melihat setiap detik krisis ini dengan mata kepala dan linangan airmata sendiri, Ayah ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama membantu Turki di dalam PERANG EKONOMİ yang sedang Washington lancarkan ke atas İstanbul sekarang.

1.  Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan anda kepada Turkish Lira. Untuk yang belum kenal bagaimana lambang yang represent Lira, ini adalah lambang Lira 👉 '₺'

2.  Pertukaran anda ini akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan RM0.80sen. Sejak serangan Washington, Lira telah drop sejauh RM0.59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

 3.  Komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki ketika ini [mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah  pemerintahan Turki Ustmaniyyah] adalah bangsa Arab kawasan Teluk. Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu. Sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di money changer mereka untuk membeli Lira [rujuk gambar-gambar].

5. Bangsa Arab jugalah yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh İstanbul sekarang. Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdoğan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, "Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro." Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira.

6. Jika anda was-was dan merasakan bahawa usaha anda ini mustahil akan membantu - Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdoğan dan Turki semalam. Tindakan bijak Emir Qatar ini terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada RM0.69sen selepas investasi itu berlaku [saat catatan ini ditulis, nilai Lira adalah bersamaan RM0.68sen].

 7. Krisis ini adalah real!!! İni bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi - Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaks-nya, semua Döviz [money changer] di seluruh İstanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi. Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang currency trade di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di İstanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana Döviz-Döviz di Airport semuanya tutup. Bahkan, İmam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

 8.  Pesanan İmam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdoğan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka.

9. Anda kena ingat! Turki adalah kubu terakhir umat İslam ketika ini. Ketika Trump mengumumkan Jurusalem sebagai ibu negara İsrael, siapakah yang bersungguh-sungguh memanggil dan mengumpulkan semua pemimpin dunia İslam untuk bersidang di İstanbul demi menyatakan bantahan kepada tindakan sembrono Amerika itu? Tidak lain dan tidak bukan - adalah Recep Tayyip Erdoğan!

10. Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib, turut dihubungi Erdogan melalui panggilan telefon peribadi - menunjukkan bahawa jemputan itu adalah sesuatu yang serius. Jika Turki kalah dan jatuh müflis dengan serangan Washington kali ini, anda rasa, siapakah pemimpin Dunia İslam sekarang yang mampu untuk buat perkara yang sepertinya? Tidak ada! Maka, jelas lah kita sangat-sangat memerlukan Turki untuk terus kuat seperti biasa.

11. Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan! Jika anda mahu kubu terakhir umat İslam ini kukuh kembali,  tukar semua matawang asing di dalam simpanan anda kepada Lira. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

12. Dan yang paling penting - hubungi Mak dan Ayah anda dan terangkan kepada mereka dengan cermat perkara ini. Tanyakan kepada mereka adakah mereka menyimpan Dollar & Euro. Jika ada, rayu kepada mereka supaya menukarkannya kepada Lira dengan segera.

13. Generasi İbu & Ayah kita ini adalah golongan yang paling banyak menyimpan matawang asing kerana mereka saban tahun melancong ke luar negara. Selama Ayah hidup di İstanbul ini, golongan pelancong yang paling banyak Ayah temui adalah mereka yang berumur 55 ke 75 tahun dan ke atas ini lah. Semalam saja, lebih 20 orang dari kalangan generasi ini yang Ayah santuni di sini. Generasi tua ini mempunyai kuasa yang sangat leluasa, dan ini lah masanya untuk kita gunakan kekuatan mereka.

14. Jangan terpedaya dengan mereka yang berpesta dan bergembira dengan kejatuhan Lira saat ini, kononnya rakyat Malaysia akan lebih seronok untuk melancong ke Turki kerana nilaian Lira sekarang adalah lebih murah. Jika krisis ini berlanjutan, harga barangan di Turki akan mencanak-mencanak naik, bahkan harga barang boleh jadi lebih mahal daripada sebelum ini. The inflation will take its place, guys!

15. Tukar matawang asing anda sekarang dan upload gambarnya ke dalam FB seluas-luasnya. Biar satu Malaysia tahu tentangnya pun, tidak mengapa! Tindakan anda itu akan memberansangkan orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Tag Ayah! Dan Ayah akan share posting anda tersebut seluas-luasnya. Sosial media adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan saat ini.

16. Dengan ramainya masyarakat dunia membeli Lira, maka demand kepada Lira akan meningkat. Apa yang kita mahukan sekarang adalah demand kepada Lira melebihi supply. Dan apabila demand telah melebihi supply, nilai Lira akan sekelip mata meningkat! [sila pergi ke wall Ayah selepas ini, Ayah telah upload gambar rakyat Malaysia yang telah membeli 200 Lira di Kota Bharu].

17. Dan cara untuk membeli Lira ini adalah dengan beratur beramai-ramai di semua money changer seluruh Malaysia. Paksa mereka jual semua Turkish Lira yang mereka ada. Jika telah habis, pergi pula ke semua head quarters syarikat-syarikat travel di Malaysia kerana mereka memang ada menyediakan khidmat menukar wang kepada Lira. Ayah sudah bertahun-tahun deal dengan travel-travel agen di Malaysia itu. Mereka menyimpan sangat banyak wang Lira dan pekerja-pekerja mereka bertebaran di Turki sekarang. Dengan hanya satu panggilan telefon, bos mereka boleh menelefon pekerja-pekerjanya di Turki dan mengarahkan mereka membawa pulang Lira.

18. Demi sesungguhnya, anda wajib membantu kubu terakhir umat İslam ini dengan setiap titisan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat İslam di akhir zaman. Selama ini, Erdoğan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga İslam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang. Tetapi, setelah İslam di Turki kembali mekar, Erdoğan terpaksa pula berhadapan dengan serangan dari Barat yang tidak putus-putus menyerang. Lalu, marilah buat kali ini, bantuan dari Nusantara pula yang kita hantar datang!

Tukar semua matawang asing anda ke pada Lira. Beli Lira dengan sebanyak-banyaknya. Jangan risau! Wang Lira yang bakal anda simpan itu akan anda gunakan kembali di Mekah & Madinah ketika Haji & Umrah.

------
Mehmet İzudin Gül
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.
------

[Sila sebarkan!






Wednesday, August 15, 2018

LOKMAN ADAM CALON MCA DI BALAKONG

Politik serba mungkin. LOKMAN pun masih merayau-rayau dan meracau di media sosial...

Sebelum PRU14, Hadi Awang tak sanggup pikul biawak tetapi selepas PRU14, semangat pembangkang, babi pun sanggup dikendong...


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...