Di blog2 ahli dan penyokong pembangkang cukup riuh dikatakan Najib kritikal sedang disisih dan dalam proses penyingkiran oleh ahli UMNO sendiri yang diketuai oleh Muhyiddin dan disokong oleh mantan PM malah dikatakan rakyat juga sedang ke arah yang sama dan buktinya ialah dari pengundian di FB dan lain lain sumber.
Tetapi apa yang peliknya, berita yang mereka sendiri sebarkan itu seolah menjadi 'ketakutan' kepada mereka sendiri sedangkan pada hakikatnya jika itu suasana benar2 berlaku bukankah itu satu berita yang cukup gembira dan menguntungkan pembangkang kerana UMNO semakin tidak bersatu.
Hakikatnya Anwar yang terancam dengan isu ura2 perlantikan Ku Li mengetuai pembangkang yang diusahakan oleh PAS dengan dalangnya DAP sendiri. Anwar tidak sangka 'perangai dan tingkah lakunya tradisinya' menikam belakang di tiru dan diamalkan oleh rakan sebantal, setilam dan sekatil dengannya.
Mereka cuba menunjukkan simpati kepada Najib walaupun pada yang sama mereka cukup benci dan bimbang kepada Najib yang dilihat sebagai satu ancaman dan benteng kepada cita2 Anwar Pembangkang cukup berharap Najib lemah dan banyak melakukan kesilapan seperti di era Paklah untuk menjadi faktor rakyat memihak kepada mereka sekali lagi secara nasib seperti pilihanraya yang lepas.
Pembangkang dan Anwar sendiri sedar dirinya menjadi liabiliti terkotor dalam sejarah pembangkang dan tidak mungkin rakyat akan memilih mereka jika di pihak kerajaan sekarang Najib dan UMNO terus kukuh. Sesuatu mesti dilakukan untuk meruntuh kekuatan itu dan salah satunya ialah cuba melagakan atau mengujudkan puak dan kelompok di dalam UMNO itu sendiri.
Muhyiddin tidaklah serakus Anwar semasa menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri untuk cuba merebut kuasa dengan agenda dan strategi jahat. Muhyiddin sendiri sedar di dalam keadaan politik semasa, berebut untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri yang berniat baik bukanlah sesuatu yang seronok tanpa sokongan yang kuat dari ahli UMNO dan seluruh rakyat
Muhyiddin tidak terdesak atau mempunyai agenda peribadi khusus untuk merebut jawatan yang disandang Najib sekarang.
Muhyiddin tidak memerlukan jawatan Presiden atau PM untuk membersihkan nama atau mengelak disumbat ke penjara dan Muhyiddin juga tidak berhutang dengan mana2 kuasa asing??!!
Lebih penting, ahli2 UMNO sendiri melihat tidak ada keperluan besar dan tidak akan ada banyak perbezaan besar untuk Najib digantikan dengan mana2 pemimpin lain buat masa terdekat ini sekurang kurang nya sehingga PRU13. Ahli2 UMNO hanya mahu melihat sedikit rombakan dan pembaikan dalam kabinet Najib dan selebihnya ahli2 UMNO mahu melihat ketegasan dan kebijaksanaan Najib seperti di era Mahathir atau Razak dilaksana dan diteruskan untuk tidak memberi peluang komponen atau pembangkang bertindak memijak Kedaulatan dan Perelembagaan Negara.
Mengurangkan kesilapan, menguruskan isu dengan bijak hanya akan membisukan dan mematikan pembangkang itu sendiri. Itulah sebenarnya yang mereka takut.
Showing posts with label Kepimpinan Negara. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan Negara. Show all posts
Tuesday, August 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...