Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing dilanjutkan
29/07/2011 11:36am
KUALA LUMPUR 29 Julai- Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia bagi membolehkan proses pendaftaran oleh majikan, pekerja asing sah dan tidak sah berjaya diselesaikan secara keseluruhannya. - Utusan