Ramai yang memberi pendapat di sini tersasar kepada tajuk Judi - apahal kita sebok (I) , mereka terlebih emosi dan begitu yakin lebih patriotik dan Islamik.
Apa yang di utarakan bukan sama sekali mempertikaikan tentang hukum judi, itu haram bagi umat Islam tetapi apa yang disyorkan kenapa kita terlalu terlampau mempertikaikan lesen yang mahu dikeluarkan kepada judi bola yang tentunya untuk yang bukan Islam, malahan lesen itu bertujuan mengawal perjudian sambil ada percukaian yang boleh digunakan semula untuk pembangunan.
Fokus utama patutnya membahaskan mana satu yang lebih baik: Membiarkan judi bola haram berterusan atau mengawal judi bola itu dengan perlesenan.
Takut orang Islam turut berjudi bola adalah subjektif seperti juga judi judi lain yang sudah dilesenkan. Telahpn dicadangkan langkah pencegahan ialah kita minta penguatkuasaan dipertingkatkan dengan hukuman yang lebih berat bukan sahaja kepada judi bola tetapi kepada semua judi termasuk pelacuran, sumbang mahram, rempit dan lain lain maksiat dan larangan.
Islam berkembang di celah celah jahiliyah, berkembang bukan kerana melarang orang bukan Islam itu dan ini dengan hukum Islam, tetapi berkembang dengan dakwah dan peraturan hidup yang lebih sempurna tanpa judi, pelacuran dan sebagainya. Mereka tertarik lalu masuk Islam, bukan kerana pedang atau hukum larangan.
Ada yang copy and paste petikan AlQuran menyentuh dan menyebut tentang hukum perjudian yang haram. Untuk apa? Tiada sesiapapun megnatakan judi itu halal, kerajaan pun apabila memberi lesen tidaklah sampai ke tahap mengata judi itu halal sebaliknya bertujuan mengawal.
Malang sekali tidak ada pula yang dapat menunjukkan bukti dalil dan nas bahawa cukai yang diambil atas perjudian dan aktiviti larangan Islam lain tidak boleh digunakan semula. Mereka lebih asyik bertanya mana dalil dan nas yang Islam membenarkan cukai tersebut digunakan. Bukankah dua perkara itu adalah benda yang sama secara kasarnya.
Jika kita terus mendalami Islam, nyata 'percukaian' di dalam Islam sangat luas, adil dan lengkap sehingga tidak ada satupun tertinggal termasuklah segala aktiviti bukan Islam yang akan dikenakan cukai dalam rangkuman Pengambilan harta (dari orang Islam) yang disebut sebagai dharibah dan rangkuman pengambilan harta dari orang bukan Islam sebagai Jizyah dan Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :
"Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)
Bukan juga bermaksud bahawa orang Islam merelakan perlesenan ini dari segi hukum tetapi soal melampau lampau membantah biarlah diserahkan kepada orang bukan Islam kerana lesen judi bola ditujukan dan dibenarkan kepada mereka. Baik atau buruk biarlah mereka yang lebih berkata kata.
Sebagaimana kita yang tidak mahu mereka mencampuri soal Islam, wajar juga kita tidak mencampuri budaya hidup mereka. Banyak lagi kepincangan umat Islam yang sedang diperlakukan oleh orang Islam yang menjadi bahan sinis dan ketawa yang bukan Islam.
Fokus kita dimana?