( Dan ini pemuka pemuka Nik Aziz: Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Pemimpin UMNO seperti Muhyiddin, Mukhriz kenapa terlalu galak sangat, hemoi, terkinja kinja, tergedik gedik nak tunjuk ikhlas...
Rakyat benci UMNO bukan kerana dia berkawan atau tidak berkawan dengan PAS tetapi lebih kepada sikap dan perbuatan UMNO itu sendiri yang bermula dan berpunca dengan Paklah dan anak menantunya... Itu yang UMNO harus perbetulkan dan bukannya sebok dengan kerajaan perpaduan bersama PAS.
Kerjasama UMNO dengan PAS tidak akan merubah kebencian rakyat kepada UMNO malah PAS yang lebih mendapat kepercayaan dan undian yang meningkat di pilihanraya akan datang.
Kini UMNO tetap tidak berubah, perjuangan untuk orang Melayu masih terabai, jauh dan samar sebaliknya yang sedang digilai ialah jambatan ketiga. Kenapa perlu Najib buat kajian fleksibiliti sedangkan secara mudah ia tidak diperlukan dalam masa terdekat ini.
Apakah ada udang disebalik batu sehingga Sultan Johor terhidu - menolaknya.