Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Marina Mahathir. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Ganti Ku Li - Marina Mahathir .

Walaupun Ku Li masih beluim 'bersuara' tentang perkabaran sebenar samada dia ditawarkan menerajui Pakatan Pembangkang melalui 'pintu belakang' oleh PAS atau tidak masih lagi menjadi tanda soal besar walaupun di beberapa pihak UMNO cuba menyata dan meyakinkan bahawa itu hanya khabar angin dan bukannya realiti.

Ada  anehnya bila Ku Li sendiri belum bersuara dan jika ada pun kenapa begitu lambat menafikannya sekurang kurangnya menolak pelawaan itu jika pun ada.

Bila ada sikap membisu, itu lebih membawa kepada jawapan bahawa memang benar ada pihak terutama PAS yang berjumpa dan bercakap dengannya soal itu. Kalaupun Nik Aziz menafikan, tentu wakilnya, orang kuatnya, ayam tambatannya dengan mudah dikenalpasti sebagai 'dalang' dalam perkara ini.

Tidak mungkin tidak ada pertemuan, cuma PAS mungkin agak terkilan dan malu untuk berkata 'ya' apabila Ku Li menolaknya?? Atau ada kemungkinan, Ku Li sedang memerhati suasana sebelum membuatt pertimbangan dan keputusan ???

Karpal yang menafikan perkara ini mendahului Ku Li agak melegakan anwar dan sudah tentu tidak akan ada satu umatpun di PAS yang berani dan sanggup menyanggah.  Tetapi jangan istilahkannya sebagai PAS takut, sebenarnya mereka lebih kepada sangat menghormati kata2 keramat benggali itu.


Walaupun ada sedikit penafian dan dolak dalik yang dibuat, nyata perkara mengenai siapa yang mengetuai Pakatan Pembangkang selain Anwar sekarang sangat relevan dan perlu difikir secara meluas di kalangan pembangkang jika benar2 mahu memenangi pilihanraya.


Pendekatan ala- najib, calon yang boleh menang mestilah mengatasi calon yang sekadar popular atau merit boleh ditiru oleh pembangkang. Anwar sehebat manapun belit  dan hujah pidatonya kini semakin hari semakin hambar dan basi ekoran peribadinya sendiri yang penuh dengan 'teori konspirasi' UMNO. 

Selain dari nama2 yang sudah kurang komersial dan tidak lagi digeruni  seperti Kit Siang, Eng Guan, Nik Aziz, Hadi, Azmin dan yang sedia ada, pembangkang sangat benar2 memerlukan nama lain, seseorang yang diluar tetapi agak berpengaruh untuk masuk ke dalam pembangkang dan mengetuainya untuk menambah sokongan dan kekuatan. Tanpa tokoh tertentu pembangkang berada di dalam keadaan moral yang sangat rendah untuk meyakinkan rakyat tentang kebolehan mereka memerintah negara sekaligus rakyat akan menolak mereka di PRU13 kelak.


Anwar sudah berada dalam 'nasib malang yang bertimpa timpa' dan sesuai untuk diketepi dan rehatkan seketika di luar gelanggang politik sebenar membolehkan pembangkang memberi fokus sebenar untuk menang majoriti di PRU13.

Marina Mahathir antara nama kudangan yang boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas serta tenaga baru dan menarik lebih ramai wanita moden menyokong Pembangkang. 
" Numerous people are praising Marina Mahathir for being very vocal, even if it is after Bersih 2.0, with some claiming that she is a righteous person, a great leader and a potential PM. It looks like that Datuk Marina Mahathir is ready to enter active politics in the light of growing support from Bersih supporters as well as UMNO/BN members who would surely not want to displease Tun Dr. Mahathir, knowing the Tun’s powers and influence "

Anwar tentunya tidak bermasalah untuk memberi sokongan kepada Marina malahan 'sentuhan' mereka bersama tentunya membawa 'spark' yang nyata berbeza.


Ianya juga akan jadi 'kesukaran berganda' kepada UMNO untuk menghadapinya ketika kepimpinan Najib sedang dilanda gelombang baru memintanya berundur.

6ANGKA