“Saya kira orang miskin terpaksa ke gereja untuk terima wang. Di sini, wang zakat diguna biaya Menteri.
“Ia disahkan sendiri Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim di Parlimen,” kata Anwar.
Anwar sewaktu mengulas berkata Zainul Rijal sebagai seorang peguam syariah menghina mahkamah syariah apabila melambat-lambatkan perbicaraan kes itu dan mencampuri perjalanan kes Fitnah II di Mahkamah Sivil.
“Kes ini kita majukan sebab sejak 2008, pendakwa, Menteri Agama Umno, halang pendakwaan dari berlaku. Sebagai seorang yang mengaku sebagai peguam Muslim, dia sibuk (mengganggu) kes mahkamah sivil.
“Semua ulama meminta saya bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Peguam saya dah ulang alik ke Mahkamah Syariah kerana sebelum ini kes ini ditolak atas alasan teknikal sahaja.
“Satu penghinaan terhadap mahkamah syariah tetapi orang yang sama mendesak kes mahkamah sivil dipercepatkan,” kata Anwar.
Semua orang hina mahkamah, dia tidak?