Keadilan melalui Anwar gagal mengawal dua exconya membawa padah kepada Nizar (PAS) yang hilang jawatan.
Tingkah laku Nizar semasa menjadi MB hinggalah ke saat saat akhir pemecatannya, gagal adalah disebabkan dia begitu menjadi telunjuk kepada orang lain hingga hilang pertimbangan dan kewarasan sendiri dan UMNO menggunakan kesempatan tersebut. Satu kesempatan yang akan dipergunakan oleh sesiapa sahaja, hatta siput b.a.b.i sekalipun.
Nizar yang berlandaskan PAS hilang cara dan watak sebagai seorang PAS - malah tidak langsung ada bayangan keIslaman seperti Ustaz Azizan di Kedah yang menjadikan Kelantan sebagai rujukan kasar. Nizar tenggelam dan lemas dengan kuasa yang datang bergolek seumpama menang loteri dalam hidupnya.
Kesilapan demi kesilapan NIzar dalam tindakannya 'mendeharka' kepada Sultan sekali lagi di eksploitasi UMNO melalui media dan membawa persepsi buruk kepada rakyat yang mula hilang simpati sebaliknya memperlihatkan Nizar lupa asal usul malah rakus dalam kuasa.
Tindakan membawa ke mahkamah hanyalah tindakan untuk menutup malu atas kekecewaan dan kegagalan pakatan Rakyat. Lim Kit Siang, Karpal Singh termasuk Anwar adalah watak watak lama dan desprate dalam tiandakan mereka, strategi dan idea lapuk. Skrip lama dan tahap membosankan.
Kesimpulannya, Najib yang sering diperlekehkan, dipersenda kerana tewas di pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akhirnya muncul dan menang di satu negeri Perak selepas beberapa jam sahaja menjadi Pengerusi BN Perak.
Anwar sudah ketinggalan 2-10..terkejar ke..