Thursday, April 30, 2009

Veteran UMNO nak jadi sayap..

Tan Seri Ahmad Rithaudin nak mansuh sayap, vateran UMNO pula minta sayap?
(Utusan Malaysia 30/4/2009)Veteran UMNO mahu status sayapKUALA LUMPUR 29 April - Kelab Veteran UMNO yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk memohon status sayap seperti diberikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

.....................................................................................

Sikap ayah dan ibu memang macam tu, selalu bimbang pada keputusan dan pilihan anak2, walaupun anak2 dah cukup panjang lebar, takut terjun ke parit.
Hasrat Veteran UMNO wajar dihargai cuma kurang sesuai berperanan sebagai sayap sebaliknya memadai sebagai kelab penyokong atau dirujuk (saikologi) dalam beberapa hal untuk mengambil hati mereka.
Menuduh dan prasangka secara keterlaluan hasrat mereka itu tidak menyelesaikan masalah, perabot antik kalau di letakkan di satu sudut di ruang tamu akan menyerikan lagi suasana tetapi jika diletakkan di ruang dapor atau dekat setor tentulah akan menjadi rendah nilainya.
Kita di ajar berbudi bahasa pada mereka yang berjasa.

Wednesday, April 29, 2009

Anwar makin cemas..1Malaysia Najib.

http://anwaribrahimblog.com/2009/04/30/1malaysia-sekadar-kosmetik-dan-laungan-retorik/
1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar
“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”
………
Laungan di atas cukup melunakkan satelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!
Satelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.
Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.
Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.
Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.
Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.
Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!
Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?
Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat satelah diperintah Umno selama satengah abad.
Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!
ANWAR IBRAHIM
..........................................................................................................

Satu cubaan Anwar Ibrahim yang terdesak dan sedikit cemas ialah samatarafkan dirinya dengan Nik Aziz untuk mendapat simpati ahli PAS.

Lebih kalut lagi, beberapa cadangan pembaharuan ekonomi semasa memungkinkan kaum India dan Cina kembali beralih menyokong BN.

Anwar makin kekurangan peluru...

Tuesday, April 28, 2009

KJ sebagai Penanti..


KJ disimpan beku - sampai bila?

Najib terlupa atau terpaksa lupakan....

Faktor X atau faktor Mahathir !

Monday, April 27, 2009

Relevankah lagi ISA dalam Kerajaan Perpaduan.

PAS mahu melaksanakan pentadbiran cara Islam dalam Kerajaan Perpaduan jika Kementerian Kewangan dan Pendidikan diserah kepada mereka - apakata DAP ? Kenapa PAS tidak minta Kementerian Kehakiman - jenayah kini semakin tidak terkawal, relevan lagikah ISA ?

Apakah kerajaan Kelantan setakat ini di bawah PAS sudah cukup Islamik?

( Pada hari kiamat akan dikatakan kepada orang orang kafir apakah kamu ingat bahawa ) Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba hambaku berdoa " Ya Tuhan kami, kami telah beriman, oleh kerana itu ampunilah kami dan berikanlah kami rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat yang sebaik baiknya"
Tetapi kamu menjadikan mereka buah ejekan sehingga kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka.
Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang orang yang menang.
(surah Al-Mukminun Ayat 109-111)

Thursday, April 23, 2009

KJ menyusup ..

“I will do my level best to recucicate KJ back into Najib’s favour, through Muhyiddin’s office”.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Sunday, April 19, 2009

Tun kata lawan..


Penanti -
Tun kata, lawan
Samy - kata lawan
MCA, PPP - tak payah lawan
Menteri di JPM DS Nazri Aziz kata BN perlu letak calon pada p/raya kecil DUN Penanti. Katanya BN tidak boleh beri kemenangan percuma pada pembangkang.
Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan setuju BN tak letak calon tetapi minta pimpinan tak sekat mana2 ahli BN nak tanding calon bebas di situ.
WANITA BN harap semua parti komponen sokong cadangan PM hari ini BN mungkin tak letak calon dalam p/raya kecil Penanti.
Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis DS Shahidan Kassim sokong penuh tak letak calon
Ketua Pemuda - APA KOMEN !!!!

Saturday, April 18, 2009

babi + arak

Waspada serunding babi di pasaran
http://www.malaysiakini.com/news/102589
Apr 17, 09 5:13pm
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babidalam lima jenama."Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah: Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu) Abon/dendeng sapi asli cap ACC Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya) Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang). Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.


Cadangan kawal jualan arak di MPK
http://www.malaysiakini.com/opinions/93877
Mohd Termizi Ismail Nov 27, 08 5:56pm
Berikut sedutan cadangan seorang aktivis PAS untuk mengehadkan jualan arak dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK), asalnya dirancang untuk dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November.Hukuman dan penalti bagi peminum arakPara ulama fekah bersependapat menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang minum arak ialah dirotan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Walaupun demikian boleh juga pesalah itu dikenakan rotan sebanyak lapan puluh kali jika pada pendapat pemerintah pesalah itu patut dirotan sebanyak tersebut. Jadi hukuman hadnya ialah empat puluh kali, manakala yang selebihnya adalah dianggap sebagai hukuman ta'zir. Punca perselisihan di kalangan mereka ialah disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis dan athar (pendapat) para sahabat. Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan tentang pengharaman arak tetapi tidak menetapkan hukuman had kepada peminum-peminum arak. Begitu juga Nabi Muhammad tidak menetapkan kadar yang tertentu. Ada kalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Sayidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Apabila tiba pada zaman Sayidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata (maksudnya): Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.Undang-undang kesalahan jenayah syariah bagi peminum arak di SelangorPeruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat dua insitusi seperti jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan. Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2):Seksyen 18 (1)Mana-mana orang Islam yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 18 (2)Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing. Pihak jabatan agama Islam tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan, menyita dan lain-lain lagi. Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan premis adalah di bawah bidang kuasa PBT. Justeru, PBT adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk membuat segala peraturan dan kawalan yang berkaitan dengan kaedah jualan, pengeluaran lesen jualan, bilangan premis yang dihadkan dan peraturan-peraturan lain yang dilihat bercanggah dengan hukum syarak, khususnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang beragama Islam.Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor walaupun pada hakikatnya terhad dan sempit, namun berdasarkan kepada peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membuat serbuan di kilang-kilang arak yang besar di sekitar Lembah Klang yang difahamkan ramai pekerjanya yang terdiri daripada masyarakat Islam. Begitu juga boleh dicadangkan Jabatan Agama Islam negeri mengambil tindakan ke atas premis yang menjual arak, yang turut membabitkan orang Islam, sama ada di hotel, kelab-kelab eksklusif, pasar raya, begitu juga di kedai-kedai serbaneka seperti 7-Eleven, pasar mini 99 dan lain-lain dan yang mencampuradukkan arak dengan minuman ringan lainnya. Peruntukan ini terdapat dalam Seksyen 18(2) yakni menjual atau mempamerkan minuman yang memabukkan adalah satu kesalahan.Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan ke atas umat Islam. Antaranya ialah arak. Bagi umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak. Namun perlu diketahui bahawa agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya minum secara berlebihan, biarpun mereka tidak mengharamkannya. Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam adalah diharuskan kerana ia adalah minuman bagi mereka. Agama Islam tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam sama ada menjual atau meminumnya. Kerajaan Islam yang memerintah tidak boleh menghentikan atau menyekat penjualan arak di kalangan masyarakat bukan Islam. Malah minuman keras itu dibenarkan diimport oleh orang bukan Islam. Namun pelaksanaannya hendaklah disesuaikan dengan undang-undang negeri berkenaan di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat. Aktiviti mengambil minuman keras mestilah dikawal PBT di premis yang tidak bercampur dengan aktiviti perniagaan untuk orang Islam. Kaedah dan peraturan penjualan arakMemandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat. Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan. Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam. Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi. Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza. Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah. Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan. Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak. Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven. Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut. Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam. Cadangan 1. Penjualan arak juga hendaklah dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan memaparkan dengan jelas papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan.2. Manakala kaunter penjualan arak hendaklah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam. Mereka juga hendaklah memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.3. Mengeluarkan lesen perniagaan daripada MPK dengan syarat tidak menjual arak kepada premis seperti berikut: a. Kedai 7-Elevenb. Kedai runcit/pasar mini (seperti 99 )/kedai ubatc. Restoran /kedai makan yang terbuka (restoran yang tertutup sahaja dibenarkan)d. Kiosk stesyen stesyen minyak.Mohd Termizi Ismail seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sedutan cadangan beliau mengehadkan jualan arak dalam kawasan MPK asalnya dirancang untuk dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November. Bagaimanapun ia tidak dibentangkan. Ia diterbitkan di sini dengan kebenaran penulisnya: Editor

Friday, April 17, 2009

Perlu umum sekarang..


Kemaskini 20/4/09
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/04/the-crooked-bridge.html#comments
Post asal 17/4/09
Johor yang aman damai merupakan kubu kuat UMNO dan setakat ini belum mampu ditembusi virus phd pembangkang kecuali satu dua kerusi.

Jambatan Bengkok mungkin suntikan antibody yang perlu diumum sekarang dan bukannya menunggu semasa keadaaan sudah diluar kawalan.
SINGAPURA 17 April - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Selepas menyampaikan ucaptama pada penutupan Forum ASEAN dan Asia Kedua di sini hari ini, Muhyiddin ditanya mengenai banyak gesaan terutamanya daripada kalangan ahli politik dan perniagaan Johor, supaya kerajaan menimbang semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

pas + umno


Bila ??? ilaB??? liBa??? aliB???
Harapan generasi Islam baru Malaysia..

Wednesday, April 15, 2009

ADUN 10 sen

3 ADUN Terengganu dapat sms 10 sen mendapat simpati 7 ADUN keparat.
Mereka bukan wakil rakyat cap ayam tetapi wakil rakyat cap nate, banyak bercakap - kurang kerja.
Rancangan hebat hebat, nak usul undi tidak percaya pada MB tapi kena ugut sms 10 sen dah masuk selimut, jadi kura kura, nyorok kepala.
Jika MB buat dosa kepada rakyat Terengganu, elok hurai dan jelaskan.
Jika MB Terengganu tak bahagi projek samarata sesama mereka - elok teruskan niat undi tak percaya.
Pokok takkan bergoyang kalau tak ada beruk di atas sana.
Atas kepentingan diri, takut mati - mereka yang dipilih rakyat lari dari tugas.
Atas kepentingan diri, takut miss surru - hadir dewan bila PM suruh mari.
Inikah menu dialog yang dipertontonkan kepada rakyat.
Bila ditanya - Idris kata tak tahu.
Bila ditanya - Md Said kata tak tahu.
Bila ditanya - Idris kata jangan 'paranoid'
Bila ditanya - Md Said kata jangan desperado
Bila ditanya - Idris kata ikut pandai kamulah
Bila ditanya - Md Said kata memang kamu pandai
Begitulah senario dan menu huduh perangai orang Melayu Terengganu khususnya orang UMNO - buat malu company - no wonder kalah pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebab bercakaran.
Kesimpulannya, semacam ada satu mastermind didalam UMNO yang sedang mengatur strategi untuk membuat dalaman BN dan UMNO bercelaru sokmo bagi memperlihatkan Najib lebih lemah, hilang pengaruh dan sokongan, hilang fokus kepada ekonomi dan kekucaran politik yang berterusan.
Situasi ini diharap membuatkan Najib gentar mengambil tindakan drastik kepada seseorang atau sekumpulan yang sedang berada di ambang siasatan.
Dalam hal ini ada yang tumpang tui.
( "Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"- Alias Abdullah, Adun Alor Limbat, Terengganu dalam kenyataan menyanggah dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh mendalangi 10 Adun yang memulaukan sidang Dewan kelmarin dulu (Selasa). (Nak baca seterusnya klik tang ni) )

Tuesday, April 14, 2009

Najib kena sekaligus, cepat dan tepat.

Dalam keadaan ekonomi semakin goyah dan politik dalaman UMNO dan BN makin kusut, Najib akan membawa negara ke arah yang lebih tidak menentu terutama ketika keserasian PM dan TPM belum senada.
Dalam hal ini Najib perlu tangani kedua duanya sekaligus, cepat dan tepat. Jawapan politik harus menjadi keutamaan untuk mengawal ekonomi menjadi lebih buruk kerana ia berkait dengan keyakinan pelaburan dan rakyat Malaysia sendiri untuk harus tidak panik atau tiba tiba merudum.

Perpecahan Melayu dan Islam terutama di antara PAS dan UMNO yang menunjangi politik Malaysia harus diselesaikan terlebih dahulu, bukan untuk ego dan kepentingan mereka tetapi untuk rakyat Melayu dan Islam dan paling utama untuk rakyat malaysia.

Kelemahan penyatuan PAS, UMNO dan ketidaktentuan Melayu di PKR diambil kesempatan oleh parti2 komponen BN dan pembangkang yang berteraskan ras masing2 untuk terus bersikap perkauman dan budaya mengugut.

Sudah sampai masanya Najib mengisitiharkan persetujuan dan sekaligus pelawaan lepada PAS untuk duduk bersama dalam situasi menang menang untuk terus mentadbir negara. Muhyiddin yang keliohatan lebih bersih harus diberi peluang lebih baik untuk memsbawa UMNO dan PAS duduk semeja.

Jika ini berlaku:

Sedikit kekecohan di UMNO antara yang tidak bersetuju dan bersetuju dan sebahagian kecilnya akan menyertai PKR.

Kekecohan lebih besar berlaku di dalam PAS dan membahagikan kepada dua kumpulan besar (sekarang pun sudah ujud gerakan seperti itu) dan senarionya PAS akan bergabung dengan UMNO dan sebahagian besar (45%) akan menubuhkan parti Islam baru dan sedikit sangat bersama PKR.

Kekecohan tsunami akan berlaku di dalam Pakatan apabila PAS keluar. Riuhnya seperti di pasar, ada yang kena lelong, ada yang kena rebut, ada yang kena jual, ada yang kena beli - senario akhirnya beberapa orang Wakil Rakyat Parlimen dan DUN akan melompat masuk PAS atau UMNO.


Senario itu lebih baik dari sekarang.

Lim Kit Siang - Timbalan..kalau Karpal menolak.

Ketika Anwar sebok dengan kabinet bayangannya, PAS pula sedang berayun angan menubuhkan kerajaan di PRU13 nanti bersama kekasih hati - DAP.

Nik Aziz yang makin uzur disaran melangkah ke depan bersiapsaga menjadi PM (tidak mungkin) atau lebih sesuai Mursyidul Pakatan ...hehehehehe Lim Kit Siang Timbalan Mursyidul kalau Karpal tak sudi.

Lebih lazat di dunia ini jika PAS bersanding dengan DAP dan tukang kipasnya PKR. ://kickdefella.wordpress.com/2009/04/14/masanya-bagi-nik-aziz-melangkah-ke-hadapan-untuk-rakyat-malaysia/


Walaupun mungkin impian sebahagian untuk menyatu dengan UMNO di era Paklah kini sudah goyah kerana Najib dilihat kurang berminat, maka golongan ini akan terus terpinggir di Muktamar PAS nanti dan kelak menjadi duri dalam daging. Bermulalah PAS dengan era retak menanti belah apabila kuasa hampir ke genggaman.


Islam tanpa Melayu atau bersama Melayu tetap rugi di persada politik sekarang.




Muhyiddin kena serang..



Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO diserang bertubu tubi dalam kenyataannya berkaitan isu kaum China dan India yang tidak kenang budi di pilihanraya kecil - di mana UMNO dan Melayu untuk mempertahankan Muhyiddin, di mana Pemuda UMNO yang setiakawan. http://anwaribrahimblog.com/2009/04/14/cina-india-bukan-peminta-sedekah/

Wednesday, April 8, 2009

Mat Hasan bodek Rosmah..kabinet Najib.

Terbaharu: 12hb April
Hari ini , sekali lagi di Utusan, muka surat penuh, Mat Hasan membazir lagi, kali ini bodek Najib dan Muhyiddin - tahniah dari rakyat N9 katanya...

Posting asal: 8hb April
Muka surat 15, Utusan Malaysia, Sabtu 8hb April 2009 - Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Rosmah bini Najit dari MB N9 - satu muka surat penuh.

Apa kejadahnya Mat Hasan ni nak mengampu dan membodek Rosmah dengan menggunakan duit cukai rakyat membayar iklan sebsar itu - Ini ke perubahan yang mahu dimulakan oleh UMNO ??????????????????????????
Sehari selepas menjadi PM, Najib turun dan mahu tanpa kompang, tanpa bunga manggar, tanpa permaidnai merah (saranan yang sama macam paklah mula pegang jawatan) tapi hari ini Ahli Majlis Tertinggi dah mula bodek bini Najib.

Agaknya rakyat N9 semua dah kaya raya, tidak perlu diberi perhatian, banyak sangat ke duit kerajaan negeri untuk bayar iklan sebesar itu ???

Tuesday, April 7, 2009

Mengaku sahaja lah dah kalah..

Semuanya masih analisa karat, beralasan bagi yang kalah dan ego bongkak bagi yang menang.

Hormati keputusan rakyat, balik dan buat kerja masing masing, yang menang cara menang , yang kalah cara kalah - dunia belum kiamat tak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah.

Pilihanraya 5 tahun sekali bukannya panjang, kena berjumpa lagi.

Yang kalah, kena banyak berubah. Yang menang buka masanya bersenang lenang.

Monday, April 6, 2009

Mahathir yang kalah sorak..







Apa yang penting sangat dengan Mahathir, dia cuma roti canai teloq berbanding dengan roti canai kosong yang baru bersara dan roti bom yang terlepas jawatan idaman.

BN kalah atau memang, apa sangat yang jadi kudis kepada Mahathir, dia datang berkempen sekadar nak cuci dan rawat kurap peninggalan bapa mertua dan anak menantu.

Tapi kalau BN menang - yang dapat piala bukannya Mahathir tapi Najib, yang di usung ke Tanjong Rambutan bukannya Zambri tapi Nizar dan Anwar.

Mahathir tidak relevan sebab dia sudah menang banyak kali, Paklah terpelanting, Anwar tertiarap dan KJ kepanasan.

Ignore Mahathir - kata2 orang yang kecewa, ye ke???? Habis tu kenapa sebok, kenapa beri komen panjang, kenapa gentar!!!

Sunday, April 5, 2009

Tak cukup tanah untuk berlari..

Dalam kecelaruan Anwar ke atas perlantikan Najib sebagai PM dan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO - Anwar gentar dan dengan tergesa gesa mengumumkan sesuatu yang kononnya gempaq tetapi nyata mungkin satu pembohongan.

Anwar dapat merasakan detik saat begitu cepat datang dan menghimpitnya.

Satu pembohongan besar-PPP Kedah
05/04/2009 1:58pm
SUNGAI PETANI 5 April - Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah menyifatkan pengumuman pembangkang kononnya seramai 6,000 ahlinya meninggalkan parti itu merupakan satu pembohongan semata-mata.
Timbalan Pengerusi PPP negeri, K. Vadi Veloo berkata, kekuatan PPP di negeri ini masih utuh dengan tiada satu bahagian pun dibubarkan.
''Ia merupakan satu pembohongan dan dibuat demi kepentingan sendiri,'' katanya kepada pemberita di Cinta Sayang Resort di sini hari ini.
Dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng malam tadi, Naib Presiden PPP, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai PKR.
Kira-kira 6,000 ahli parti itu di Kedah didakwa turut mengikut jejak langkah Nadarajan. - Utusan

Friday, April 3, 2009

Wisel awal


Wisel mula permainan baru saja ditiupkan, tapi Najib sudah mendahului 2 - 0

1. Pembebasan 13 pesalah ISA
2. Harakah dan Suara Keadilan ditamatkan pergantungan 3 bulan

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...