Saturday, January 31, 2015

Kalau MIC nak lingkup..perlu ke UMNO sebok sangat.

Dalam pilihanraya, calon MIC bertanding di majoriti Melayu, UMNO juga lah jadi pecacai haprak ke hulu ke hilir berkempen..untuk menangkan.

Di kawasan calonnya UMNO, Melayu jugalah layan minoriti puak ini, bagi itu ini atas dasar mengemis undi.

Hari ini kalau MIC nak lingkup, perlu sangat ke UMNO nak pecahkan kepala hotak nak fikir cara nak selamatkan..di akhirnya dua puak ini tetap tidak boleh bersatu, mabuk mereka bukan sekole dua..mana ada kepuasan mutlak. akhirnya UMNO juga disalahkan...

Ingat lagi tuduhan  ketika mereka hancus di PRU14....MCA dan MIC kata kekalahan disebabkan pemimpin UMNO bongkak !!!

Dan akhirnya UMNO sendiri dengan kepimpinan sekarang belum pasti survivenya, dan setakat manalah MIC dan MCA serta komponen lain akan setia dan hormat dengan Najib, kalau adapun hanya di depan, bermuka-muka.


Politik sekarang..politik yang perlu menunjukkan kekuatan untuk mereka yang lemah berteduh....Kalaupun Mahathir itu dicop ultra Melayu  di eranya dan secara terbuka menyokong Melayu, tetapi kenapa cina berkerumun...sebab kekuatan Mahathir diperlukan untuk mereka aman berurus niaga.

Dalam ketika Najib kononnya liberal dan terbuka..apakah cina menderu di belakangnya, mereka tidak lebih dari menunggu masa dan peluang untuk memijak kepala..

Contoh terbaik ialah PAS, walaupun dilayan seperti anjing kurap, masih nak bersekedudukan lagi dengan DAP.....sebab apa...sebab kemaruk undi cina, masih berangan..

Ketika masih ada masa..Nik Aziz elok betulkan kesilapan dengan tindakan bukan sekadar minta maaf secara umum...

Friday, January 30, 2015

Tidak Mustahil Anwar pun pernah kena warning dengan Lim Guan Eng...

Apabila Lim Guan Eng yang pada asalnya dilabelkan " Umar Aziz" oleh PAS dan selepas itu sebagai "tokong" oleh PKR kini jadi hantu yang suka menyampok dan menjadi king of the hantu apabila mencampuri semua urusan lain.

Bukan Lim Guan Eng namanya kalau bukan anti Melayu dan anti Islam dengan keterlibatannya apabila memperjuangkan samarata, mencampuri keputusan Fatwa malah mengetuai dan dalang dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Dan yang terbaharu memperlekehkan PAS Kelantan yang masih terhegeh-hegeh minta Lim Guan Eng mohon maaf (ada dia kesah) dan paling panas memberi amaran dan katadua kepada Azmin supaya tidak mengubah pendirian. Jika inilah sikap Lim Guan Eng, mungkin Anwar pun pernah kena warning sebelum ini.

Kalau Lim Guan Eng takut dengan Anwar, hormat dengan Anwar tentulah pendirian DAP terhadap Azmin disalurkan secara sopan kepada Azizah atau Anwar terlebih dahulu... bukannya terus warning macam kepala samseng !!!

Lim Guan Eng juga sedang menghalau kaum miniroti secara halus atas nama pembangunan dari PP untuk memastikan terus berkuasa.

Bukankah kaum cina termasuk MCA, Gerakan dan NGO malahan mungkin MIC cukup bangga apabila ada seseorang di kalangan mereka yang lantang sebegini...ada mereka kritik ?

Tapi malangnya orang Islam dan bangsa Melayu kalau Ibrahim Ali dan Perkasa lah yang vokal.... Melayu liberal lah, tukang ampu tukang angguk yang mendahului mengkritik..

Thursday, January 29, 2015

Saolan lama belum habis jawab..Mahathir setuju pula dengan satu lagi cadangan..

2. I read in the paper someone suggesting that Government should have an external auditor so that there would be more credibility in the eyes of the public.
3. I think it is a good idea. But it should be extended to other Government agencies, including those which are not governed by Government General orders or Salary Scheme.

Detail...layari blog che det

------------------------------------------------------

Pemikiran rakyat mendahului........Mahathir hanya menjadi penyampai yang berkesan dan berpengaruh.
Cadangan di atas harus disambut pembangkang dan laksanakan segera di Selangor dan PP untuk menjadi contoh kepada Pusat dan sebagai pembangkang yang tidak berpenyakit (sihat)....ada berani ?

Tuesday, January 27, 2015

Anwar Tak Bercakap Kosong.. Ini Anwar lahh..

Sudah tentu Anwar telah melakukan pelbagai usaha termasuk hubungan diplomasi samada di padang golf, di belakang kuda atau di mesyuarat tertutup dan tawar menawar yang relevan untuk membebaskan dirinya. Sesuatu yang logik untuk di lakukan oleh mana-mana pihak. 

Mahkamah sudah tentu dilihat dan dilihatkan langsung tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku di luar !!!

Tanpa Anwar, individu lain atau parti lain akan tampak buruk...Kemungkinan besar Anwar masih diperlukan untuk berada di luar untuk meletakan semua kejahatan kepadanya.

Jika Anwar bebas, itu bukan bererti dia bersih...
kerana mereka mengamalkan politik kotor.

Dalam apa jua keadaan sudah tentu Anwar memilih untuk berada di luar.

Apakah kemungkinan ada dalang yang akan membocorkan keputusan mahkamah ... (!!??)

Meraikan Imelda..versi cina

Kita ada imelda versi Melayu dan yang terbaru, sedang hot...versi Cina..

Lost control isteri, lost control negeri dan negara, semuanya kerana bersebab beb..






Azmin mengadap 5 penjuru..

Isu berdentum Datum Jelatek - Azmin mengambil sikap mahu menilai dulu siapa punya angkara  - sudah tentu bukan orang Azmin.

Ertinya Azmin memberi keutamaan untuk melihatnya dari kacamata politik bukan isu kepentingan rakyat.

Kemungkinan itu ada kerana Azmin tentunya tidak dibiarkan aman sebagai MB selepas ramai dikecewakan.
Antara yang pasti mendatangkan sasaran kepada Azmin ialah
UMNO Selangor
Orang Khalid Ibrahim
Musuh lama yang sentiasa mengekorinya
Kumpulan yang dikencingnya dalam isu MB Selangor
Rakyat Keramat itu realitinya (parah kalau azmin tidak hiraukan)

Sunday, January 25, 2015

Satu Demi Satu Makan Diri.. Tak Perlu Korek Kesilapan..Ada Depan Mata....

Najib dah tegur blogger bangang...

Setakat ini Najib belum tegur Menterinya yang bangang..tak pasti Najib sedar atau tidak, atau mungkin kerana penyokong kuat, ia dibiarkan...

Mungkin juga Najib tidak dikhabarkan oleh konsetan, pmo atau apa saja kejadah nama yang ada di sekelilingnya...

Tapi kena ingat...yang buruk, yang huduh, yang silap, yang malapetaka tidak boleh menuding kepada Najib, tidak boleh letakan tanggungjawab itu kepadanya..Najib kalis.

Najib dah ada Menteri Ayam, Menteri GST, Menteri Zumba, Menteri Jet dan terbaru Menteri Rotan.. belum cukup koleksi tersebut untuk dianggap kerajaan sekarang lemah..

Masih ada 3 tahun lagi untuk kita terus mengumpul koleksi...

Dalam hal sebegini, kita rindu untuk mendapat pandangan bernas dari wardina !!!


Lim Guan Eng dan DAP jadi beban Pakatan Haram

Blogg ini tidak berminat untuk senaraikan rentetan peristiwa dan tindakan lim guan eng dan kerajaan pulau

Lim Guan Eng ke arah diktator (?) Siapa lagi..

Saddam Husien dan Muammar Gadafi antara dua contoh manusia paling berkuasa pada suatu ketika dulu tetapi akhirnya jatuh jelepok dalam keadaan yang cukup hina.

Dipermain dan diperangkap oleh Yahudi.

Itu sejarah, dan boleh berulang bukan sahaja di sana tetapi juga di Malaysia. Kekuatan di kalangan kroni tidak akan berpanjangan.

Saturday, January 24, 2015

Zam nak puasa yangyok kot..

Zainudin Maidin atau blognya Zamkata mengambil keputusan untuk berhenti  fokus menulis secara langsung politik semasa kerana tersinggung dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya dan merasa bersalah kepada kawan karib yang dikritiknya. Mungkin ini satu kesimpulan kasar hasil dari bacaan di media. Secara detailnya semua sudah tahu dan sudah baca.

Dunia kewartawanan dan politik yang Zam ceburi mungkin tidak memberi kesan kepadanya selepas bersara.

Kegetiran asam garam sebagai wartawan dan ahli politik seolah dengan sendirinya tamat bila sudah tiada jawatan dalam kedua-dua bidang. Sedikit persepsi sahaja zam sudah terasa hati, merajuk dan membuat keputusan api-kereta.

Menulis untuk kebenaran atau menulis untuk memuaskan hati semua orang !!!

Posting terbarunya tentang rita Rudani - masih berbau politik..

Zam mungkin memerlukan sedikit masa untuk berehat dan kemudiannya kembali semula dengan sebab musabab untuk lebih 'ganas' ...




Ayat Power dari Najib..

Ucap tahniah pada Najib walaupun masih terlalu awal kerana ia sekadar kenyataan.. tapi aku rasa kurang lebih kenyataannya sama dengan Anwar ketika mula dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor kononya pak arab dah bersedia nak melabur ribu juta..
Sampai la apa sudah jadi..

Gambar tu aku kutip dari blog blogger yang sudah semestinya tinggi kreditbilitinya !!!!

Thursday, January 22, 2015

Semalam tibai - esok kena lambung...Haruuu



Perkembangan  politik semasa:

Cuma nak ingatkan para blogger dan cai yang sering dok belasah Anwar dan DAP kaw kaw supaya elok bersederhana mulai sekarang.


Bukan apa - takut tauke hampa beralih angin, lawan jadi kawan.
Semalam hampa tibai esok hampa kena lambung..

haruu...


Wednesday, January 21, 2015

DAP ganti MCA..landskap politik negara bisa U Turn..

Angin sepoi sepoi bahasa sedang bertiup, menggoyangkan daun dan ranting, sesekali menggoncang dahan
dan batang - jika kena percaturan beruk dan monyet bisa keguguran.

Selepas bertahan kurang lebih dua tahun, kerajaan diketuai Najib kini mula keluar dari kepompong membisu kepada menyerang balas yang bermula dari penyokong yang kurang jawatan tetapi bernafsu.

Tidak jelas itu arahan Najib tetapi kebebasan bersuara boleh dijadikan alasan dan Media Prima dilihat berperanan untuk menjadi urusetia serangan. Mungkin selepas ini diikuti dengan suara-suara yang lebih pengaruh dari kalangan pemimpin negeri dan kanan.

Anwar diberi peluang tumpang semangkuk melampiaskan apa yang terbeku dengan melepaskan tembakan angin.

Yang mula kena serang adalah Pak Kadiaq, diikuti Daim dan melihat rentetan, tidak mustahil, sasaran utama seterusnya ialah Mahathir.

Angin sepoi juga membawa perkhabaran kemungkinan besar Anwar dan Najib akan bergabung fikiran dan tenaga dan Nurul jadi bahan cagarannya...jika benar, ini satu hasil kerja tangan dari orang yang berpengalaman, kecewa dan dendam.

Jika itu satu realiti, mustahil DAP dibiarkan... elok sangat menggantikan MCA dan diberi ganjaran dan tempat dengan mengorbankan beberapa keistimewaan atas dasar samarata, samarasa mengikut selera Lim Kit Siang.

Sepatutnya game ini mudah dan beres kecuali dan cuma Perkasa perlu dijinakan  !!!!

Tuesday, January 20, 2015

PM hebat Ketua Pembangkang pun hebat - Negara ?Tak berganjak juga..

Setakat mana negara berganjak, lebih hebat dan maju dari era 15 tahun yang lalu ketika Mahathir menjadi PM?
Pengurusan negara Mahathir selama 22 tahun ketika mengambilalih dari Husien Onn telah melakukan banyak perubahan yang ketara dalam semua jurusan ekonomi, politik, perpaduan, cara berfikir dan banyak lagi perkara baru yang diterokai hingga nama negara cukup harum dan terkenal.
Sejak Paklah ambil alih dan sehingga PM sekarang sudah pun hampir 12 tahun masa berlalu dan tinggal lagi 10 tahun menyamai tempoh masa Mahathir mentadbir - apakah negara sekarang berada di landasan yang cukup bagus..

Salah seorang yang memberi komen di blog ini memberi kesedaran bahawa keadaan negara yang membangun dan maju seperti sekarang seadanya yang dinikmati  masih hasil tangan semasa Dr Mahathir dan Daim menerajui negara.

Apa sumbangan Anwar dan Najib setakat ini bukan sahaja tidak ada yang boleh dibanggakan sangat, malahan gelagat dan sikap keduanya hanya merosakan negara. Apakah alasan Najib perlu diberi lebih masa "warm up time" masih relevan..



Monday, January 19, 2015

Ini Senarai Orang Yang Tidak Dibenarkan Kaya Raya Di Malaysia..

1. Daim
2. Syed Bukhari
3. Mahathir anak beranak
.....
senarai menunggu..
4. Ibrahim Ali







Orang lain dibenarkan tetutama yang bukan Melayu dan Islam.


Tidak menyokong UMNO bukan lagi sesuatu yang tidak normal..

Setakat ini tidak ada tanda-tanda Najib akan berundur malah tampak semakin kuat kerana mendapat sokongan setia pelbagai pihak terutama di kalangan pemimpin untuk terus kekal.

Anwar juga turut memberi sokongan secara tidak langsung.

Pembangkang juga tidak menunjukkan kemampuan sebenar untuk mengkritik kerajaan secara keras kerana pilihanraya umum masih jauh dan menyimpan segala kelemahan di pihak kerajaan untuk dipergunakan kelak menjelang PRU dalam tempoh 3 tahun lagi.

Slogan pembangkang tidak mempunyai isu tidak lagi boleh digunapakai kerana rakyat yang buta politik pun sudah celik.

Pengalaman orang Melayu termasuk ahli UMNO memberi undi kepada pembangkang di era paklah sebagai protes boleh berulang di masa hadapan.

Tidak menyokong UMNO bukan satu lagi yang tidak normal kerana sekarang pun Melayu dan Islam dibiar terkapar oleh parti itu !!! Parti itu merasakan dia perlu disokong tanpa perlu mengharap balasan (?) dan tidak boleh dipertikaikan (?)

Menyerang idola kekuatan Melayu seperti Daim dan Mahathir tanpa segan silu dari kalangan pemimpin hingusan UMNO pun sudah jadi normal dan seolah diarah..
Inilah kejayaan terbesar UMNO sedang dipecahkan kerana sayangkan jawatan di satu pihak...dan gila jawatan di satu pihak lagi.


Sunday, January 18, 2015

Berapa lama lagi Najib boleh bertahan..

Apabila serangan bertalu kini dibuat ke atas Daim dan Mahathir dalam mempertahankan Najib itu merupakan petanda kritikan Mahathir dan Daim sudah menepati sasaran, menembusi dada dan merobek...
Pokok takkan goyang setakat angin sepoi-sepoi bahasa...

Ada pendapat serangan ini akan turut disertai oleh blogger yang dulunya dipanggil bangang kini bangkit dari jaga dan disertai pemimpin dungus kroni yang banyak bergantung dan menerima habuan, mereka dilantik kerana kuat kipasssss.......

Ini juga petanda pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim lebih banyak fokus dan menguruskan soal peribadinya dan Lim Kit Sial  anak menantu sedang mengkayakan diri menguasai negeri dan lebih sebok menguatkan partinya. PAS langsung tidak berbunyi.

Rakyat ditinggal bersendirian dan terdedah kepada apa sahaja dasar kerajaan tanpa pembelaan sewajar dari pembangkang.

Situasi semasa menunjukkan juga Anwar mempunyai potensi dibebaskan (?) dibersihkan !! jika memenuhi terma dan syarat...

Friday, January 16, 2015

Kita boleh menipu rakyat...

Kita perlu PM yang bijak, berwibawa, dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Kita tidak perlu PM yang lemah, yang berjanji bulan dan bintang, yang lari dari masalah, yang membisu dalam persaolan, yang merayu dan mahu disimpati dengan lakonan dan skrip murahan...

Kita pernah ada PM yang sejarahnya melambangkan kejayaan, kita pernah ada PM yang lemah dan hancus...dan lebih penting kita tidak rela kita akan ada sejarah yang lebih teruk dari itu...

Kita boleh berpura-pura, kita boleh menipu pemimpin, kita boleh menipu rakyat, bolehkah kita menipu diri sendiri, bolehkah kita padam sejarah yang telah dibina...

Pandang cermin, kita kenal wajah kita,  banyak kesilapan, banyak penipuan, banyak masalah, keluh dan kesah, tidor yang tidak lena....apakah kita fikir orang lain tidak nampak (?)


Thursday, January 15, 2015

Ahmad Shabery gatal mulut..

Ahmad Shabery Cheek tawar debat Eric Paulsen dengan JAKIM di RTM  !!! Bukankah itu mengganggu siasatan PDRM

So special barua tu...kalau gitu kenapa perlu dia disiasat di bawah Akta Hasutan (?)

Bukankah itu satu prejudis @ kebodohan @ pandai yang tidak bertempat... Nak bagi muka, konon kebebasan bersuara..

Friday, January 9, 2015

Amaran Hishamuddin buat apek Dyana kepanasan..

Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa apa yang berlaku kepada Charlie Hebdo Paris kerana mempersendakan kenabian dan kitab pelbagai ugama mengakibatkan kematian 20 orang  boleh juga berlaku di Malaysia sangat relevan dan tepat.

Itu peringatan untuk kerajaan dan rakyat !!! - khusus kepada yang DAP yang kepanasan...(baca blog Lim Kit Siang)

Boleh faham kot.


Thursday, January 8, 2015

Sekadar denda - apa barang !!!!!

Hina sultan - denda
Hina bendera - denda
Hina lagu negara - bagi geran, bagi pinjaman
Hina Agong - denda
Hina Islam - bagi passport lari ke luar negara
Maki polis - denda
Hina Melayu - dalam siasatan
Hina mahkamah - penjara

Itulah Malaysia...
Duit adakah raja !!?

Mangsa Banjir Wajar Saman Kerajaan

Untuk mengembalikan segala kemusnahan yang melanda mangsa banjir seperti kehilangan nyawa, harta benda, trauma dan masa depan yang tidak menentu adalah wajar mangsa banjir di seluruh negara khususnya di kelantan mengambil tindakan saman ke atas kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Mahkamah harus dijadikan medan untuk menilai setakat mana ianya bencana alam semulajadi atau sebenarnya lebih kepada kelalaian kerajaan menyediakan prasana yang sesuai dengan pembangunan termasuk penghapusan kawasan tadahan hujan dengan kegiatan tamak dan ganas pembalakan.  Tuntut pampasan yang setimpal sebagai hak rakyat.


Isu pembalakan di kelantan jangan sekadar dijadikan bahan politik saling tuduh menuduh sesama mereka yang akan berakhir dengan "nothing" sedangkan hakikatnya segala kemusnahan dasyat itu tidak mampu dipulihkan oleh mereka.

Mangsa banjir jangan terpedaya dengan janji pemimpin yang datang duduk bersila di depan mereka dengan muka simpati kerana wajah ini akan lenyap sebulan lagi tanpa khabar berita.

Situasi di kelantan hanya akan menyaksikan adengan saling tuduh menuduh antara pusat dan negeri yang berterusan dalam membina semula kehidupan mangsa banjir. 5 tahun lagi pun, menjelang 2020 mangsa banjir belum tentu kehidupan terpulih sediakala sedangkan negara sudah didendangkan negara maju.

Rakyat kelantan perlu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak ke arah itu. 

Tuesday, January 6, 2015

Memburukkan..umno tak cantik secara auto

secara ikhlasnya nak tanya - apa cara untuk menjadikan umno lebih baik (?)
mahathir sendiri dah tegur secara berhemah, secara tetbuka dan akhirnya tarik  balik sokongan kepada Najib.
Mahathir tu bangun semula untuk apa - untuk rampas kuasa nak jadi PM semula (?) atau boleh juga fitnahkan untuk angkat Mukhriz jadi TPM (?)
Tentulah bersebab Mahathir terus bersuara....

Kesimpulannya memang umno merasakan perjalanannya sekarang di landasan yang betul..Najibs way...

Satu lagi kegemaran penyokong umno ialah memburukkan pembangkang, dilondeh segala hal, tak mungkin tak ada sedikit sebanyak yang mereka reka dan fitnah, dibesar dan dilebihkan...diulangtayang.
contoh ulangtayang terbesar ialah vedio anwar...

Aku setuju satu perkara, pembangkang itu memang sudah huduh dan buruk, tak war-warkan pun, memang pembangkang kaki busuk...

Tetapi adakah memburukkan pembangkang secara lebih-lebih, besar-besaran yang sudah sedia huduh itu menjadikan umno itu molek secara auto (?)

untuk menjadikan umno molek, apa kena buat (?)
Ampu (?)

Monday, January 5, 2015

Ujian Kerajaan Berterusan..mulakan dengan TNB

Penurunan harga petrol tidak disusuli dengan penurunan harga barang seperti sebaliknya menunjukkan
mekanisme harga barang tidak berfungsi kerana dipengaruhi faktor tamak di kalangan peniaga dan kelemahan kerajaan mencorakan ekonomi domestik.

Kerajaan sendiri harus menunjukan contoh terbaik dengan mengurangkan kadar tarif elektrik sebagai langkah permulaan diikuti dengan penurunan harga barang terkawal lain seperti gula, gas dan sebagainya.

Keputusan semua itu perlu dibuat segera tanpa menunggu Najib pulih dari ecoli.

Sunday, January 4, 2015

Banjir juga menghanyutkan hudud (?)

Rakyat Kelantan kena lebih terima bahawa banjir besar yang berlaku di sana adalah satu peringatan supaya jangan salah pilih pemimpin dan parti untuk menjadi kerajaan negeri. Islam jangan jadi alat, hudud jangan jadi mainan bibir.

Sampai ke takat ini mereka masih hipokrik untuk mengaku pemabalakan yang berleluasa adalah punca utama penghapusan kawasan tadahan hujan yang menurunkan banyak lumpur ketika hujan lebat. Keadaan banjir lebih sederhana jika bukan atas faktor tersebut.

Rakyat tidak didahulukan, tidak diutamakan..tetapi PAS masih mahu berpolitik untuk menjaga kepentingan DAP, melindungi pentadbiran lalu dan kepentingan mereka sendiri kononnya untuk menang lagi di PRU akan datang.

Apakah salah tadbir dan rasuah serta penyelewengan hanya berlaku di negeri lain tetapi tidak di Kelantan (?)

Apakah kemenangan mereka ditentukan oleh mereka sendiri semata-mata (?)

Soal Najib tidak berada di dalam negara ketika banjir bukan satu isu besar negara, masalah kredibiliti Najib adalah masalah dalaman UMNO itu sendiri. UMNO juga akan senasib dengan PAS jika terus mengkhianati rakyat.

Saturday, January 3, 2015

Desakan Untuk Najib berundur sudah tidak relevan

Persaolan masih berlegar samada umno masih mahukan Najib sebagai Presiden dan PM (?)... Dari reaksi
pemimpin UMNO setakat ni jawapannya sah and yes mereka menyokong kuat Najib sepenuhnya.

Oleh itu persaolan dan desakan untuk Najib berundur sudah tidak relevan, tidak mewakili ahli umno, elok hentikan sebarang gesaan tersebut.

Tetapi kritikan terhadap Najib atas kelemahannya sebagai PM masih boleh diteruskan atas kapasiti rakyat dan pengundi.

Menolak Najib sudah tidak sesuai, yang perlu ditolak adalah umno keseluruhannya sepertimana PKR ditolak kerana Anwarnya, DAP ditolak kerana rasisnya yang melampau.

Thursday, January 1, 2015

Doakan Kebebasan Anwar 2015

Begitulah sikap yang wajar kita tunjukkan jika dalam masa yang sama kita diminta doakan dan bercakap yang baik-baik belaka untuk Najib oleh para penyokongnya yang budiman dan bijak-bijak belaka.

Adalah salah mengkritik Najib kalau sekadar persepsi tanpa bukti atau andaian - itu fitnah. 
Kalaupun fakta - jangan persoalkan, tutup mulut - jangan kritik, jangan bagi pendapat.

Oleh itu method yang sama perlu digunapakai untuk semua pemimpin..

Doakan kebebasan Anwar.. Usaha membebaskannya secara diplomasi di peringkat antarabangsa  sedang dilakukan..

Berbaiksangka dengan Lim Guan Eng...dia tak ada jentik pun telor kalian

Muliakan Lim Kit Siang....dia juga turut membangunkan negara tanpa rasis

Ziarahlah kubur Karpal Singh..penentang hudud tegar.

Bagaimana sikap pemimpin dengan rakyat.....kategori pembohong atau penipu. atau mereka memang jadi pemimpin yang cukup bermaruah dan amanah.

Banjir besar dan ribut taufan yang melanda adalah kejadian alam sebagai satu tanda peringatan secara langsung dari Penciptanya.
Masihkah perlu dapatkan pandangan dan nasihat dari Obama !!


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...