Thursday, November 30, 2017

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل ِسيّدنا مُحَمَّد.






BIODATA RASULULLAH S.A.W


🖌 Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 Tarikh lahir : _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



 USIA 5 TAHUN

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



 USIA 6 TAHUN

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



 USIA 8 TAHUN

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.



 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.



 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.



USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '



ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

_SAUDARA SUSUAN_
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia Paling Agung

 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



 KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Wallahua'alam.

Wednesday, November 29, 2017

KAWASAN PARLIMEN MANA YANG PALING GRACE UNTUK ROSMAH..



Kalau PM minta awak bertanding, terima je lah..
Lagi pun dah alang alang.

UMNO MESTI ADA MENTALITI MENANG PRU


Ketika PAS yakin tawan Puterajaya walaupun tanding 40 kerusi dan Pakatan Harapan mempunyai harapan yang sama, umno dilihat sudah putus asa dan tewas.

Saranan Annuar Musa julung kalinya tepat, umno kena bangkit semula dengan mentaliti untuk menang dan moral itu hanya terdapat di PAU2017 yang dianggap ibu segala perhimpunan selepas ungkapan "kepala bapak" oleh Presiden parti dikritik teruk netizen.

Untuk menang, pemimpin² umno wajar tenang dan tidak mengeluarkan ungkapan² kasar yang tidak berbudaya Melayu dan salah disisi ugama serta bijak menghormati
mantan pemimpin² yang sudah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

Secara serius umno kena fikir, segala usaha, segala peluang, segala kemudahan telah digunakan untuk mempengaruhi rakyat tetapi hingga ke saat ini tidak ada tanda besar umno boleh menang pru.

Umno mempunyai asas yang lebih kuat dan wajar ada keberanian mencontohi parti pemerintah Zimbabwe, ZURA-NF yang memecat Presidennya.

Jika ini pun umno tak mampu lakukan, bagaimana umno masih berangan dan berfantasi orang Melayu masih memerlukannya.






MEREKA YANG KUAT FITNAH TUN DR MAHATHIR SATU DEMI SATU KUNCALANA DAN TERBARAI DENGAN SKANDAL DAN PELBAGAI ISU..

Tak yah sebut le nama, siapa dan apa yang berlaku.

Pejam mata pun boleh nampak....

Yang belum sampai habuan, tunggu je lah...









# Tun tidaklah sempurna tapi sebagai negarawan sekadar menasihat dan menegur " jangan korup jangan zalim" tetapi dikutuk diburuk tanpa sempadan oleh parti asalnya sendiri memanglah biadap.
Rakyat hanya taksub pada perjuangannya.

Tuesday, November 28, 2017

KU NAN DISEKOLAHKAN... I AM SORRY....next (?)





Siapa pula di sebelahnya, kuat betul dia mengangguk anguk atau masih lagi sebahagian yang slow learner @ lembam...


Lepas tu ni pula...





Belum sempat bernafas, ini pula...





Si annie menghidu lebih awal....






Umno oh umno...




Tangguh lagi le pilihanraya gamaknya...

WANITA PUAKA AKHIRNYA TERIMA PADAH



NO WONDER PECACAI PENDEDAK SUNYI SEPI, MASUK AIR, BERASAP KEPALA...



Sudah tiada hujah, semua isu kena kepala bapa sendiri..

Mulanya bising gempaq ROS nak batal BERSATU..tunggu punya tunggu tak ada...malahan pro Tun mentali sudah bersedia dengan segala kemungkinan kerana perjuangan tidak berlandas kepada parti semata mata...

Procedurenya: Jika masih dalam perbincangan, mana mungkin dibatalkan kecuali satu notis dan surat tunjuk sebab dikeluarkan terlebih dahulu.

Kebenarannya apakah umno cukup berani membatalkan BERSATU (?)

Tup tup tiba tiba Ketua Pembangkang DUN Kedah merangkap ADUN PAS Anak Bukit keluar PAS masuk BERSATU..
Berdikir baratlah pula pemimpin PAS menepis..

Kemudian muncullah pula ku nan mengaku sebagai mantan kaki berpoya poya sebelum terjebak dengan umno..
Selang sehari dilembamkan pula budak budak itm uitm sebagai kurang iQ @ slow learner..

Terbaharu...ini lagi power







# Sumber - ada lagi ADUN dan MP dari PAS dan umno akan keluar parti mereka satu demi satu sehingga menjelang pilihanraya.



Monday, November 27, 2017

MAN OF THE WEEK

Manusia paling panas di muka bumi minggu ini...









"KU NAN TERLANGGAR TIANG GOL"

Kenyataan paling win dari penulis veteran...



Bila agaknya graduan ITM nak buat demonstrasi reformasi di hadapan bapa kepala PWTC (?)









# Pilihanraya tangguh lagi le gamaknya.



Sunday, November 26, 2017

KALUT POLITIK - KALUT LAGI KEHIDUPAN RAKYAT

(1) Assalamualaikum sahabat ....


Saya nak mintak tolong jika sahabat sudi beli sambal kacang ikan bilis saya..
Saya perlukan sedikit dana utk saya beli stroller utk anak saya adam..
Harga stroller ni rm3600
..

Tak beli pun tak apa.. Tolong share utk kawan2 yang lain dapat menolong saya..
...
Sambal kacang ikan bilis..
👉1kg Rm25
Pos Rm11
👉1/2kg Rm13
Pos Rm8

Pm/whssap 0149123844

#Terimakasihsuditolonganaksyurgasaya
#adam






# INFO, PENGESAHAN, LOKASI - HUBUNGI TERUS



(2) Kelantan mula dilanda banjir (gambar terkini)


Saturday, November 25, 2017

PERJUANGAN KINI LEBIH BERBALOI


KEMASKINI:

No wonder umno mati kutu

Calon PAS Kedah jika nak menang kerusi, sama juga seperti di Kelantan dan Terengganu kenalah duduk bincang baik² dengan umno untuk pembahagian kerusi.


Kalaupun BERSATU dibatalkan, tanpa parti, tanpa jawatan tentunya lebih bebas dan ikhlas perjuangan ini.

Di harap pemimpin² BERSATU yang tulin sanggup menjadi askar biasa di bawah panji² AMANAH untuk meneruskan perjuangan yang semakin manis ini.

Inilah perjuangan yang ditungu tunggu seperti menentang malayan union, menuntut kemerdekaan dan menentang komunis dulunya dan kali ini perjuangan selamatkan Malaysia dari kleptokrasi.

Mereka yang beriman akan menentang kezaliman walau dengan sepatah perkataan dan bukannya senjata yang perlu dipikul, sekadar sebatang pensil.

Apakah kita gentar jika gugur.
Asal bukan umno..
Aamiin.


JASA UMNO DIRUJUK KEPADA KEPIMPINAN TERDAHULU.........SEKARANG NI GST - JASA ATAU CELA



Sebaik baik manusia apabila buat sesuatu, baik atau buruk tak perlulah mendada, mendabik.. Aku orang bugis, aku pahlawan jawa, aku panglima banjar...

Mendabik dada sambil menyebut asal keturunan seolah menidakkan sumbangan pihak lain lebih lebih lagi kalau kejayaan tertentu berasas kepada teamwork.
Sangat huduh kalau sendiri mengaku pandai, sendiri masuk bakul sendiri angkat.

Apabila dipulang balik paku buah keras...dah nak nangis, angkat gang..

Dalam berakhlak keutamaan wajib dijaga..
1) sebagai orang Islam
2) sebagai orang Malaysia
3) sebagai orang Melayu

Jika akhlak Islam dijaga, eloklah akhlak bangsa negara dan negerinya..

Begitu jugalah dengan murka..
Jaga kemurkaan Allah
Itu yang utama
Itu yang penting

Jika mahu dihormati, tunjuk dulu hormatkan orang lain dan jangan berlindung dengan pangkat jawatan dan kasta.
Lubang kubur kita sama sahaja cuma bila ditinggalkan, tahulah luas atau sempitnya.

Kemurkaan sesama manusia lebih emosinya sahaja, betul dan benar belum tentu.







TONGAS


umno adalah sebuah parti, jasa dan budinya tidak secara otomatik, sebaliknya bergantung kepada kepala kepimpinan.

Sebab itulah kita di erakan dengan satu kepimpinan dengan satu kepimpinan yang lain.

Oleh itu bila disebut dengan "jangan lupa jasa umno", itu bererti merujuk kepada kepimpinan terdahulu.

Kepimpinan sekarang, samada ada jasa atau ada cela biarlah generasi akan datang menilainya.





PRU terdekat juga boleh diambilkira sebagai "report card rakyat'.

Friday, November 24, 2017

LU-MAY-AN...



JAWAPAN ISU TUDUNG TUN DR SITI HASMAH AKAN MENGUNDANG KERESAHAN PADA WANITA LAIN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA...



Kita tahu, saolan yang sama juga patut di tanya kepada beberapa nama lagi... Saolan pada wartawan: ada berani ke?

Isu bertudung bukan perkara baru, sudah disentuh diperbincang di kalangan umat Islam dan acapkali para penceramah ugama dan mufti akan turut diminta dan memberi jawapan.

Kita pun sudah ada jawapan pada diri sendiri..





Thursday, November 23, 2017

JOM SAMA² KITA JANGAN RIAK DAN SOMBONG..





Hadi Awang tidak perlu bersedih, PAS tidak keseorangan dalam isu "kerusi lebih ramai dari orang".. Tun, Anwar, Lim Kit Siang turut pernah mengalaminya...

Hadi dan pas lebih bernasib baik dan wajar bersyukur, cerita ini tidak keluar di utusan atau tv3, tidak diheboh pecacai dan pemimpin cap ayam......kenapa???
Hadi sendiri lebih tahu jawapannya...








KERJA KERAS PH, AKHIRNYA MINYAK TURUN 8 SEN SEMALAM..

Bantahan demi bantahan yang dibuat oleh pembangkang tidak sia-sia, minyak turun 8 sen mulai khamis minggu ini.

Kenapa pula minyak turun 8 sen perlu berterima kasih kepada kerajaan sedangkan bila harga naik, kerajaan tidak mahu dipersalahkan?








MUKHRIZ BIKIN PENDEDAK SAWAN

Tanpa perlu saputangan untuk lap mulut yang berbueh, atau angkat satu jari, atau angkat kedua dua tangan, tanpa perlu pusing seluruh badan atau pusing muka, juga tak perlu bahasa kasar..

Dengan ayat yang pendek, Mukhriz buat pendedak naik sawan...









Wednesday, November 22, 2017

KENA HALAU PUN DAH NANGIS, MACAMANA NAK JADI KERAJAAN.. ELOK BIARKAN JE PAS PERINTAH KELANTAN..

umno kelantan disaran bukan setakat boikot persidangan DUN akan datang tetapi boikot juga  pilihanraya, jangan bertanding.

Norzula yang menangis juga dianggap lakonan oleh Speaker mungkin ada kebenarannya.

Norzula dijangka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU akan datang kerana masalah kesihatannya.





Bila kena batang hidung bukan main rasa kejinya. Speaker Kelantan mungkin sekadar menjadikan Pandikar Amin idolanya.







Tuesday, November 21, 2017

BELAJAR DULU MERANGKAK SEBELUM BERLARI..

Dua cabaran utama Najib perlu tempoh sebelum dinobatkan pahlawan bugis...

1) Menang dua pertiga majoriti dalam PRU tanpa perlu salahkan tsunami cina atau bangsatkan melayu.

2) Menang jawatan Presiden parti dalam pertandingan dan bukanya atas laluan, ehsan atau alasan tidak mahu perpecahan.

Jika ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya, tak perlulah banding diri dengan Tun, umpama langit dengan bumi.

Orang bugis tak perlulah buat perhimpunan membantah, bukan setakat Tun, seluruh pelusuk dunia pun kenal dan tahu apa Najib buat.

Lebih baik gesa Najib membaiki diri supaya dunia tahu.





SUCI DAN BERSIHKAH HIDUP NAJIB DAN ROSMAH (?)


Sudah tentu yang hidup dengan dosa noda dan kotor adalah Tun Dr Mahathir (?)

Apakah itu mesej yang mahu disampaikan oleh pemimpin umno kepada rakyat (?)

Jawapannya:

Dan ini lah perbezaan yang akan dihitungkan oleh rakyat di PRU yang sedang ditunggu.

Ketika pendaftaran Pakatan Harapan dipersukarkan rupanya Najib sendiri dalam persukaran menentukan tarikh pihanraya.

Bagi pemimpin yang tidak amanah dan mengkhianati akhlak Rasullullah, kita doakan kemusnahan untuknya.

Aamiin.









Tidak siapapun percaya Tun Dr Mahathir mampu singkirkan Najib.







Tidak ada satu pun dalil dari Al Quran atau Hadis yang menyebut tentang situasi itu.












Kekuasaan tidak ada pada manusia.


# Syaitan dan iblis sendiri takut dan gentar ketika berhadapan dengan ayat suci Al Quran tetapi  manusia, mereka masih mampu ketawa dan persenda.




𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...