Showing posts with label ahli UMNO. Show all posts
Showing posts with label ahli UMNO. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Ahli UMNO berpaling tadah...

"Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu? - UMNO 65 tahun

Najib mengharapkan kesetiaan kepada UMNO bermula daripada ahli2nya sebelum berharap orang Melayu amnya akan menyokong. Bermula pada pilihanraya yang lepas, atas sebab benci kepada Presiden UMNO pada masa itu yang gagal mendengar keluhan umum orang Melayu, ramai ahli UMNO berpaling tadah dengan memangkah pembangkang atau merosakkan undi seperti yang ketara di johor.

Ketidaksetiaan ini akan berterusan pada pilihanraya akan datang dan ini paling merbahaya jika ahli sendiri menikam belakang, sebesar dan sekuat manapun empayar dibina, ia tetap akan runtuh jika ada gunting dalam lipatan. Di manakah kumpulan Bloggers yang ditubuhkan UMNO dulu untuk memantau dan memberi penjelasan? Mereka sudah berkubur? Dimusnahkan oleh UMNO kerana percaya dan yakin facebook dan twitter Najib dapat mengatasinya?

Saya selalu juga memberi komen dalam blog Anwar dan seperti biasa tidak akan disiarkan kerana tidak ada yang untung padanya jika dksiarkan tetapi segala persaoalan dan kritikan saya dijawab oleh kumpulannya ke email saya, mereka cuba memberi penjelasan walaupun kadang2 tidak masuk akal, lain ditanya lain dijawab. Tetapi sebagai pengkritik yang mendapat jawapan, kadang2 ini boleh mempengaruhi untuk menyokong selepas 'puas hati' dihargai dan dilayan. Inilah psikologi yang dijalankan oleh Anwar dan dianggap berjaya.

Di dalam beberapa blog yang agak anti atau kritikal terhadap UMNO, kedapatan agak ramai ahli UMNO yang bangganya mengistihar akan memangkah pembangkang dengan rasa tidak bersalah, mereka rasa berbaloi kerana itulah sahaja cara mereka mahu mengajar UMNO? Mereka menganggap pemimpin UMNO rasuah dan sudah tidak boleh dipercayai.

UMNO harus melihat perkara ini sebagai serius, ahli UMNO yang berpaling tadah seperti ini sebenarnya tidak mempunyai isu besar, mereka sekadar terpengaruh dengan dakyah pembangkang, mereka mengambil pendekatan menyokong pembangkang selepas gagal mendapat jawapan dari UMNO dan selepas mereka gagal memberi jawapan kepada rakan2 yang mengejek. Apabaila mereka tidak boleh 'lead' mereka akan 'follow'.

Mereka ini sepatutnya diberi jawapan dan penerangan, UMNO wajar menjadi pendengar yang baik untuk kembali menawan mereka ini yang haus dan dahaga perhatian UMNO. Jika mempunyaui maklumat tetapt UMNO bahagian dan Cawangan wajar membuat lawatan dan berjumpa mereka. Ahli adalah aset utama UMNO.

Blog terpencil ini sekadar meluahkan, sesiapa yang mempunyai hubungan rapat di peringkat atasan harap dapat bawa keluhan ini untuk perhatian, terlambat asal jangan terlewat.

6ANGKA