Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Isu Mat Sabu - UMNO untungnya di mana?

Sejauh mana untungnya kerajaan dan UMNO dalam soal memberi liputan yang meluas kepada Mat Sabu dalam mewirakan penyerang Balai Polis Bukit Kepong?

Sejauh mana pandangan peribadi Mat Sabu menjadi satu kesalahan dari segi undang2? Sejauh mana polis boleh bertindak sedangkan sebelum ini isu mempermainkan lagu negaraku, menghina sultan dan sewaktu dengannya, malahan isu murtad yang terang2an dan sebagai nya pun - tidak ada tindakan berkesan dari PDRM dan Peguam Negara? Laporan polis yang dibuat sekadar jadi wayang..siasatan tanpa penghujung ?!

Kesan yang nyata Mat Sabu terus lebih popular dari sebelum, Karpal juga dapat mencuri peluang membaikinya imej DAP dikacamata Melayu dan kenyataan Anwar membela Mat Sabu terus relevan dan mendapat penghargaan PAS, Pembangkang saling membantu dan erat bersatu....UMNO untung dimana atas publisti berlebihan dan kian menjadi murah itu?

...............................

Breaking News - wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.

Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.
Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.
Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.
Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.

Al Fatihah.........

Karpal dan Anwar bertelagah

Karpal  minta Mat Sabu tarik balik kenyataannya berhubung isu 'bukit kepong' sementara Anwar mempertahankan Mat Sabu sekurng kurangnya tunggu sampai Mat Sabu memberi penjelasan.

Walaupun Karpal dan Anwar dilihat berbeza pendapat tetapi visi mereka hanyalah satu iaitu menyelamatkan Pakatan Pembangkang dari dicemuh rakyat dan dalam masa yang sama mengekalkan semangat penyokong mereka sendiri.

Nyata dengan perbezaan pendapat ini menyebabkan Mat Sabu dalam kedudukan yang lebih selesa dan selamat. Mat Sabu tidak akan ulangi seperti kesilapan Hishammuddin yang meminta maaf kepada kaum cina dan india kerana menghunus keris di perhimpunan agung UMNO.

Mat Sabu samasekali tidak akan tunduk kepada desakan tersebut, satu permainan politik yang 'betul' walaupun menyedari dirinya 'terlanjur dan tersalah ' cakap.

Mat Sabu mempunyai hak untuk memberi pandangan peribadi dalam semua isu dan samada benar, betul atau salah bukanlah memerlukan Mat Sabu meminta maaf, apatah lagi kalau 'minta maafnya' akan dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan maruah PAS.

Biarlah polis siasat, kerana PDRM memang terkenal dengan 'siasat' yang tidak ada penghujungnya.

Friday, July 8, 2011

Mat Sabu - tiada maaf bagimu

Anwar tu memang dah tertulis dalam sejarah dengan dakwat kekal sebagai peliwat, penzina dan perosak bangsa. Nak suruh dia nafi pun dia minta tangguh, nak suruh dia mengaku pun dia minta tangguh - jawapannya berani kerana benar, takut kerana salah.

Tapi ada satu lagi makhluk yang sukar juga untuk dimaafkan, samada b**** atau tak cukup ****, termakan nasi ******** atau dah memang suka jadi kuda tunggangan selamanya - maaflah aku geram sangat.

Sedegil senyanyok Nik Aziz pun, dia pandai melarikan diri jauh2 dalam keadaan yang begitu memerlukannya. Bapa Kebajikan pun pandai menyorok kepala macam kura2. 

Tapi yang sekor ni sanggup jadi pecacai mengajak ribuan ahli PAS dan Melayu untuk berhimpun atas nama BERSIH dan akhirnya akan bertembung pula dengan sebangsa dan seugama. Dia tak sedar ke rakan bangsat dia apa pendirian mereka:

geram pun ada kesian pun ada kat mamat ni, berani tak bertempat... 

Dan yang paling peliknya, dalam ribuan ahli PAS tu, aku tak minta ramai, memadailah kalau ada 'seorang' pun cukuplah untuk bangun dan bersuara kepada Hadi, Ajih, Mat Sabu bahawa mereka telah terpesong...tapi sekor ahli PAS pun tak berani bersuara, demokrasi dalam PAS sudah mati, dayusssss sangatkah mereka ni???

PANAS BERAPI! GUAN ENG ARAHAKAN KAUM CINA JANGAN TURUT SERTA DALAM PERHIMPUNAN ESOK!

Wow, ada satu sms yang sedang beredar (circulate) di kalangan orang-orang Cina dalam bahasa Cina yang telah member Cina aku terjemahkan dan berbunyi seperti berikut:

"Lim Guan Eng telah mengarahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dalam perhimpunan tersebut (Beershit La). Biar melayu gaduh sesama sendiri."

Best kan SMS dia? Akhirnya melayu jugak yang jadi mangsa sebab emo tak kena tempat dan yang paling best sekali bila tanya kenapa nak demo? Mereka pun sebenarnya tak tahu tapi disebabkan ramai yang join so mereka pun join sekaki!

Serius beb, aku sedih melihat bangsa aku menjadi kaldaian kaum DAP!

Thursday, June 9, 2011

Mat Sabu bercakap tentang bisnes dan ekonomi...


SHAH ALAM 9 JUN : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

Penulis: Kalau begitu, elok hari hari dibuat demonstrasi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Wednesday, June 8, 2011

Hadi malu2 anjing...



KUALA LUMPUR 7 JUN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Hadi Awang tidak perlu malu malu anjing untuk membuat pengakuan berminat untuk jawatan PM jika benar benar mahu menang pilihan raya ke 13 ke arah Negara Kebajikan seperti yang diperjuangkannya. Tidak mungkin Negara Kebajikan akan ujud jika Anwar atau Bedul bin Lim Kit Siang yang menjadi PM kerana mereka mempunyai cita dan selera yang berbeza.

Sekurang kurangnya Hadi boleh tawarkan kepada Mat Sabu bagi pihak PAS sebagai PM atau ajak ajak ayam pada Nik Aziz. Hadi perlu serius kerana orang Melayu sudah nak beralih kepada PAS dari UMNO.


ATAU PENGAKUAN ITU SEBAGAI MAKSUD PEMBANGKANG TIADA PELUANG KE PUTRAJAYA, SEKADAR ANGAN ANGAN.

6ANGKA