Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Guru dan sekolah menyusahkan..


Persekolahan baru bermula, yang memeritkan...

Soal yuran yang kena dijelaskan serentak dan beberapa yuran yang ditarik balik kerajaan cukup menyeksakan ibubapa.


Kerenah sekolah makin bertambah terutama melibatkan pertukaran anak ke sekolah lain. Sekolah begitu berkuasa penuh untuk menyatakan 'ya' atau 'tidak' ketika ibubapa ingin membuat pilihan menempatkan anak mereka di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka.


Banyak masa terbuang dengan procedure antara sekolah dan antara PPD yang tidak pernah seragam, itu belum diambilkira kerenah perkeranian yang memberi peraturan 'ikut sedap mulut' masing masing.


Yang jadi mangsa ialah ibubapa dan anak anak sekolah. Ibubapa terpaksa bercuti atau sebagainya untuk menguruskan hal anak anak sekolah dan dan pelajar dinafikan kebebasan mereka memilih sekolah untuk belajar.


Banyak sekolah yang dianggap 'elit' hanya menerima murid yang cemerlang kerana bagi mereka pencapaian akademik semata mata adalah lambang dan status.


Guru dan sekolah ******* ini cukup menyusahkan ibubapa.

6ANGKA