Showing posts with label Isu Negara dan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Isu Negara dan Melayu. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Isu Rosmah.......Tun terlepas pandang

Kegagalan 1Malaysia dan Melayu dipinggirkan merupakan dua perkara pokok yang telah disuarakan oleh Tun mewakili pandangan umum orang Melayu yang 'kerugian' atas dasar Najib dan sekaligus sekali lagi UMNO tidak akan mendapat sokongan padu dalam PRU13 nanti menampakan seolah olah pembangkang itu kuat.

Ini seakan tamparan yang hebat kena ke muka Rais yang menggembar gemburkan 1Malaysia mudah difahami oleh rakyat sehingga ke tahap 90%. Satu perangkaan dan kajian yang dibuat ke atas budak tadika agaknya dan Rais sendiri tidak dapat lari dari 'syok sendiri'  sepertimana menteri2 penerangan yang lalu. Sikap bodek melampau Rais tidak lebih dari 'senjata makan tuan' bukan sahaja kepada Rais tetapi lebih parah kepada UMNO dan kerajaan itu sendiri. Rais boleh dikategorikan kini sebagai menteri yang sudah tidak lagi berpotensi untuk menang dalam PRU13 kelak.

Adalah agak terlewat untuk Najib membetulkan 'kerugian' Melayu dalam pendekatan 1Malaysia dan itu tidak boleh dimenangi dengan mudah kecuali membatalkan slogan tersebut secara perlahan-lahan dengan menggantikan suatu slogan lain yang lebih seimbang. Pendekatan 'hidup berugama dan saling menghormati' perlu lebih diterapkan kerana ia ada kaitan dengan pengurangan jenayah dan sensisitiviti keugamaan selain dari menanam ciri-ciri kemanusiaan yang lebih baik.

Pendckatan itu kelak sekaligus menempelak PAS yang dilhat menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan yang tidak disenangi oledh ramai ahlinya sendiri walaupun dapat menawan segelintir pengundi bukan Islam.

Pendekatan Najib yang terus merugikan Melayu bermula seawal dia menjadi PM dengan membatalkan beberapa peruntukan berbentuk geran dan pinjaman dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi khusus untuk usahawan Melayu dan begitu juga dengan kegagalan penambahan kuota biasiswa dan kemudahan pendidikan ke atas pelajar Melayu sebaliknya terdapat pertambahan ketara bagi bukan Melayu. Sikap lembut dan tewas kepada beberapa tuntutan bukan Melayu banyak mengguris hati orang Melayu untuk terus memberi kepercayaan kepada UMNO.

Lebih teruk lagi kerajaan Najib didapati sangat lemah dalam menguruskan dan menjamin kedudukan Melayu dan Islam seperti termakstub dalam Perlembagaan di mana tidak ada tindakan keras di ambil bagi yang menggugat dan mencabar keistimewaan tersebut. Belum pernah terjadi sebelum ini Melayu, Islam dan Sultan yang berkait dengan keamanan dihina, dikritik secara terbuka tanpa tindakan keras kerajaan.

Apa yang Tun suarakan adalah perkongsian dan pandangan sebenar dari majoriti Melayu yang suara mereka ditenggelamkan oleh bisikan dan pembohongan pemimpin2 Melayu di sekeliling Najib dan jika suara Tun tidak diberi perhatian, UMNO akan tenggelam sekali lagi, lebih teruk dan tidak terduga kerana derhaka kepada Melayu dan Islam.

Najib jangan ingat orang Melayu sudah tidak ada pilihan selain UMNO, Najib jangan ingat Melayu mudah lupa pada pemimpin Melayu yang lupa daratan dan Najib kena ingat darah bangsawannya tidak akan menjamin kedudukannya yang sentiasa bernasib baik dan selalu duduk di atas. Najib perlu ingat dia bakal meruntuh UMNO dan mencoreng arang di wajah bapanya jika dia menjadi 'Melayu yang mudah lupa'.

Satu lagi isu yang Tun terlepas pandang dan tidak sentuh ialah soal Rosmah, adalah diharapkan Tun sempat membisikannya kepada Najib kerana ia tidak wajar dibuat secara terbuka.

Walaupun Tun dilayan baik dan sewajarnya sebagai mantan PM oleh kepimpinan Najib berbanding kepimpinan Paklah tetapi ia bukanlah satu 'jaminan' untuk merasakan UMNO bebas dari mendapat kritikan keras Tun di  masa akan datang.

6ANGKA