Kemaskini 27hb 8.00mln: Lembu cuba dekati "PM saya" ditahan dalam kandang . Dah terdesak mengaku pula "Nak jumpa PM saya salah ke?" - Memang salah, sebab PM awak adalah Ambiga.
''Apa selepas 9 Julai? - Lembu masih lapar???
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang sepatutnya hadir dalam majlis Wacana Ilmu Apa Selepas 9hb Julai anjuran Karangkraf telah tersalah masuk dalam satu dewan yang dipenuhi dengan lembu.
Atas dasar berani kerana benar, tidak juga minta tangguhkan majlis, beliau terus berusaha juga untuk bercakap termasuk menggunakan bahasa isyarat tetapi malangnya lembu2 yang kurang bersekolah ini terus menunjukkan keintelektualan kelembuan semulajadi mereka yang tidak dapat dikawal oleh lembu betina yang mengetuai mereka.
Wan Ahmad sewajarnya menyalahkan diri sendiri kerana sanggup hadir dalam satu majlis yang kotor sebegini. SPR tidak wajar mengadakan dialog dengan lembu, kalau sekadar mendapat pandangan, wajar ditemui oleh wakil2 parti politik kerana hanya mereka yang berkepentingan secara langsung. NGO'S lebih sesuai melihatnya dari sudut keselesaan, kemudahan, infrastruktur dan keselamatan pengundi pada hari kempen dan hari mengundi dan bukannya lebih berminat kepada soal teknikal.
Wan Ahmad sendiri kini sedar dan belajar dari majlis itu bahawa lembu yang datang bukannya mahu mendengar penjelasan untuk dibahaskan secara ilmiah tetapi lebih kepada seronok membunyikan suara buruk mereka dan memaksa SPR menrima bunyi itu sebagai yang paling merdu.
Majlis sekecil itu, tertutup pun gagal dikawal oleh ketuanya, lembu betina, apalagi pembohongannya menyataka BERSIH akan adakan perhimpunan yang aman. Tidak mungkin Wan Ahmad memulakan provokasi pada majlis sebegitu sebaliknya lembu2 itulah yang mula bising bila jawapan SPR tidak sealiran dengan otak lembu mereka.
SPR wajar tidak lagi melayan kumpulan haram ini sebaliknya menumpukan perhatian kepada perlaksanaan biometrik dan memperbaikinya dari masa ke semasa. Kerenah pembangkang menjadikan isu ini digembar gemburkan sekadar mahu alihkan pandangan apabila janji pilihanraya mereka gagal dilaksanakan kepada rakyat.
Penganjur patut berterima kasih kepada Wan Ahmad kerana tidak menggunakan kesempatan ketegangan itu untuk merekayasa atau bercerekarama dengan mendakwa dirinya sesak nafas, dilanggar lembu hingga terpaksa dibedah atau terpaksa menggunakan pendakap leher yang sering menjadi taktik suci sohor bengkek pembangkang.
SPR jangan tersilap langkah masuk dalam perangkap pembangkang dan menjadikannya beban kepada kerajaan untuk dikait dan disalahkan.
Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...