Sunday, April 30, 2017

SEPERTI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT

Sebagai penulis kecil,  untuk merumuskan ahli pas akar umbi ditipu hidup hidup oleh pimpinan atasnya mungkin agak keterlaluan tetapi tidak dapat tidak ia memang menjurus ke arah itu. 

Yang belum terpacul dari mulut Hadi ialah mengistiharkan kerjasama dengan umno sepenuhnya.

Jika disebut sekarang, PAS sedar ia akan hilang sekali lagi ribuan penyokong dan hanya menguntungkan musuh ketatnya AMANAH yang mampu menghidupkan semula semangat dan roh PAS Nik Aziz.

Tetapi kalau diteliti sikap tingkah laku dan perangai Hadi dan beberapa pengikut setianya, terkadang lebih dari perangai umno itu sendiri hingga ada lebai yang sanggup menyatakan rasuah itu tidak sampai memusnahkan negara. 

Kalau bukan ada agenda lebih besar,  mana mungkin PAS sanggup memutuskan hubungan dengan PKR dan BERSATU sekaligus dengan bersendirian. Kalau tidak ada "penyelamat" mana mungkin PAS dengan angkuh sanggup gantung diri. 

Ada penulis besar merumuskan Muktamar yang berlangsung sekarang adalah kemuncak PAS menggali lubang besarnya sendiri kerana tergoda dalam perangkap gula dan madu si bibir merah.  

Matematik dan sempua logik mana yang dipakai oleh PAS untuk mengharung PRU14 sendirian untuk 80 kerusi dan dari mana sumber kewangan terbesar yang akan ditanggungnya sedangkan tin milo bergerak sudah lama dihentikan. 

Tidak boleh tidak, kerjasama ini terpaksa diistiharkan juga mengikut skrip yang disediakan apabila sampai masanya. Dalam soal berdalil,  itu memang kepakaran lobai lobai PAS.   

Melepaskan anjing tersepit adalah dasar dan halatuju PAS,  ianya bertentangan sama sekali dengan halatuju BERSATU untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 


(The Sun Daily) – A PAS parliamentarian thinks that the party seemed to have “shrunk” itself by breaking the “tahaluf siyasi” (political cooperation) with PKR.
Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar said severing ties with PKR showed delegates had chosen to move away from the mainstream political flow where voters wanted to see an opposition “grand coalition” to take on Barisan Nasional (BN) in the upcoming 14th General Elections.





# PAS hanya diperlukan di Selangor untuk tawan semula ngeri tersebut untuk diserah kepada Noh Omar, tempias tempias dapatlah juga PAS dalam pembahagian harta Qarun.
Banyak lagi asset di Selangor bakal dijual untuk bayar hutang (?)





JANGANLAH TARAFKAN MEREKA SEBAGAI ULAMA

Cukuplah Mufti setiap negeri dianggap mewakili bijak pandai ugama samada untuk menasihat Sultan dan  Raja Melayu serta Yang Di Pertua Negeri. 

Cukuplah setakat kita ada sedikit perbezaan pengurusan dan pentabiran antara negeri dengan negeri. 

Jangan iktiraf sesiapa atau kumpulan manapun dari mana-mana pihak hingga mengatasi Sultan dan Mufti lebih lebih lagi mereka dekat dengan kuasa dan pengaruh. 

Jika tidak dibendung,  kumpulan ini kelak akan menjadi pelampau dan menjejaskan keharmonian kaum.

Cegah sebelum parah. 


Saturday, April 29, 2017

BERSIHKAN DULU NAMA SEBELUM MERABAN LAGI JAUH...

Hailing Hadi as the ‘second highest ulama leader in the world’, the member from Johor says he is qualified to advise the Yang di-Pertuan Agong.
(FMT) – A Johor PAS delegate has proposed that party president Abdul Hadi Awang be appointed as the adviser to Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Nazari Mokhtar today said he hoped that the royal adviser to the King would be an ulama (Islamic scholar).
Describing Hadi as the “second highest ulama leader in the world”, he said the Marang MP was the most appropriate person for the job.
“The most suitable person is our president,” he said at PAS’ 63rd Muktamar (general assembly) at the Kedah PAS Complex in Kota Sarang Semut near here today
Nazari said Hadi, who is a vice-president of the World Ulama Congress, is suited due to his religious and educational background, and his experience as a Muslim scholar and leader.
He also said Hadi’s ability to speak Malay meant that what he said could be understood by people in the region, including in Indonesia.
“I would like to remind all of you that the words spoken by Hadi are the words of an ulama and are analysed by experts in the world who can understand Malay,” he said.
Hadi has recently been highly glorified by PAS supporters who have defended him strongly against recent criticism.
Earlier this month, PAS members held demonstrations against the publication of a caricature on Hadi by the Nanyang Siang Pau newspaper.
On April 11, Penang PAS commissioner Muhammad Fauzi Yusof warned media outlets, reminding them of what had happened to Paris-based satirical publication Charlie Hebdo whose office was attacked by terrorists in January 2015 after it published cartoons depicting Prophet Muhammad.
Fauzi had described Hadi, being the vice-president of the World Ulama Congress, as a revered Muslim figure across the world.
“This man is a leader among ulama worldwide. If this cartoon is circulated worldwide, it would only anger the Muslim world again,” Fauzi had said after leading a delegation to register the state party’s complaint at the Nanyang office in Penang.
The current PAS muktamar is the party’s second assembly since its elections in 2015 which saw the defeat of several veteran leaders who contested top posts.
These leaders later set up Amanah, which is now part of Pakatan Harapan together with PKR, DAP and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Many PAS leaders have described the two muktamars that have taken place since then as “peaceful”.




http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/04/sabarlah-dulu-wehhhmasuk-bn-dulu-kalau.html



# Orang politik bab belit cukup bijak, besok nama kalau dah terpalit skandal, mula le gunakan kekebalan untuk melindung diri. Cukuplah seluruh Mufti atau Pegawai Istana Negara menjadi rujukan, jangan dibawa masuk politik gila walau dari parti mana pun.

LEBAI LEBAI DAH BUAT KEPUTUSAN

PAS sudah membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan PKR dan BERSATU dan sedari awal lagi menolak AMANAH dan DAP. 

Keputusan sudah tentu atas dasar merasa diri lebih betul,  lebih suci dari pihak lain dan sekaligus yakin diri boleh bersendiri atau lebih banyak faedahnya jikapun bekerjasama dengan umno. 

Tidak mungkin Hadi tidak punya strategi awal dan berpakat dengan umno dalam pembahagian kerusi untuk kuasa negeri dan pusat. 

Akan ada pertandingan dua penjuru diantara pas atau umno menentang pembangkang tetapi penyokong akan berpakat mengundi calon yang di endorse oleh kedua dua parti tersebut. 

Jika pun ada tiga penjuru,  akan ada calon umno atau pas akan tarik diri di saat akhir dan mengistiharkan sokongan kepada calon bukan Pakatan Harapan. 

Apapun strategi pemimpin di peringkat atas,  tidak akan ada 100% penyokong dan akar umbi akan ikut,  masing masing ada otak dan penilaian tersendiri. 

Pendirian terbaru PAS antara lain mencemar imej ulama yang dibawanya dan adalah wajar imej baru "lebai" lebih sesuai. 

Bukan dasar ulama memutuskan ukhwah dan ulama tidak bersubahah dalam kemungkaran sekadar untuk keuntungan dunia. 

Keputusan PAS tidak langsung mengejutkan kerana pendedahan Rafizi telah menunjukan tembelang sebenar sikap sesetengah pemimpin PAS.



# Keputusan tersebut disambut dengan ribut taufan.. 



Semoga semuanya selamat dan insaf akan ingatan.. 


# Berbaloikah jerit dan laung JAHANAM pada pihak lain. 
http://greenboc.blogspot.my/2017/04/video-pas-sedang-menuju-jahanam.html?m=1


Thursday, April 27, 2017

Wednesday, April 26, 2017

CHICKEN II

Kita ni zalim sungguh ...zalim sebab diberi amanah kita tak tunaikan. 

Kita ni bodoh sungguh ... bodoh kerana diberi peluang beramal utk dpt ganjaran yg besar kita abaikan. 

Sorry bukan ana kata .... ini mafhum dari ucapan Ustazah Maznah baru2 ini. 

Biasanya kita kata dlm ayat dari Surah Al Ahzab ayat 72..  amanat tu tak sanggup di pikul oleh gunung ganang.. manusia terima. Manusia itu zalim dan bodoh. 

Bila dengar kupasa ustazah Maznah baru tahu... kita zalim dan bodoh bukan sebab kita terima amanah tu... tapi tak laksanakannya dan pandang ringan ganjaran di sebalik perlaksanaan amanah ini. 

Silakan dengar sendiri kupasan dari beliau

Hishamuddin Alham:
https://youtu.be/0-ZDKHj__8Q


Ia merujuk kepada yang berkenaan sahaja, yang makan nangka..

CHICKEN



During the Soviet dictatorship of Stalin, he (Stalin) came to one Politburo meeting with a live chicken. 

He started to pluck its feathers one by one off.

The chicken quacked in pain, blood oozing from its pores. 

It gave out heartbreaking cries but Stalin continued without remorse plucking feather after feather until the chicken was completely naked. 

After that, he threw the chicken on the ground and from his pockets, took out

some chicken feed and started to throw it at the poor creature. 

It started eating and as he walked away, the chicken followed him and sat at his feet feeding from his hand.

Stalin then told members of his party leadership "This chicken represents the people, you must disempower them, brutalise them, beat them up and leave them. 

If you do this and then give them peanuts when they are in that helpless and desperate situation, they will blindly follow you for the rest of their life.They will think you are a hero forever. 

They will forget that, it is you who brought them to that situation in the first place."

Does this sound familiar?

Tuesday, April 25, 2017

CERITA PAS DALAM KOCEK MAHFUDZ






Mahfudz dihalau oleh Nik Amar,  disokong Hadi.. 
Tanda tanda kejatuhan PAS makin ketara.. 

RAFIZI NAK JATUHKAN AZMIN MELALUI ADAM

Setakat tu je cerdik puak pecacai dalam cubaan mereka melagakan pemimpin pkr dengan harapan umno dapat untung. 

Dapat hp canggih tapi otak kalau dah berkarat,  idea tetap ke longkang.. 




Apabila pemimpin gagal memainkan peranan untuk majukan bangsa dan ugama, sebok dengan korup - beginilah jadinya,  dah ada yg naik tocang

RAKYAT DAN PEMIMPIN SAMA "BIJAK" MENJELANG PILIHANRAYA


Ingatkan di airport pulau pinang je bermasalah,  rupanya 2x5

Monday, April 24, 2017

PAS WAJAR MINTA 80 KERUSI DARI ABANG KAWASAN

Berdasarkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,  calon PAS dan AMANAH mempunyai kekuatan seimbang dari jumlah undi yang diterima tetapi jika dicampurkan pun,  masih tidak dapat mengatasi jumlah undi yang diterima oleh calon umno. 

Ertinya,  pembangkang kena kerja keras tiga kali ganda jika mahu menang dan dalam keadaan sekarang,  pembangkang masih tidak tersusun dan kerenah PAS akan menggagalkan dan memusnahkan segalanya. 

Tidak ada kemenangan jika parti utama pembangkang tidak bekerjasama dan keinginan pas untuk hanya calonnya di 80 kawasan adalah permintaan orang kurang siuman. 

Berdasarkan situasi Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga,  Kalaupun dipersetujui PAS bertanding di 80 kawasan,  kemenangan hanya terjamin jika undi penyokong DAP menyebelahi PAS. 

Mahukah PAS menerima undi penyokong DAP tanpa segan silu tetapi begitu sombong untuk kerjasama antara parti dengan parti.  Mustahil orang beriman muflis idea dan cara untuk bekerjasama dengan orang kafir di sebuah negara realitinya majmuk. 

Jika kesesuaian ini pun tiada pada PAS,  jangankan negara,  negeri pun tidak mampu dikuasainya lagi selepas ini,  selepas tertubuhnya AMANAH dan BERSATU. 

Hakikatnya di Malaysia tiada satu parti pun boleh berdiri sendiri tanpa kerjasama dengan parti lain walaupun akhirnya kerusi Melayu menjadi majoriti. 

Adalah lebih baik PAS yang sedang bernafsu tinggi dengan integriti dan pengaruh kuat Hadi ke atas Najib membuat permohonan yang sama (80 kerusi) kepada umno,  biarlah kali ini dua penjuru di 80 kawasan antara PAS dengan Pakatan Harapan sahaja. 

PAS ganti umno,  itu lebih masuk akal. 



TOLAK PEMIMPIN KORUP



Saturday, April 22, 2017

KERAJAAN ATAU RAKYAT YANG HIPOKRIK EKONOMI (?)

Secara ikhlas tiap seorang samada yang makan dedak atau tidak,  cuba buat pengakuan di sini tentang status ekonomi peribadi atau seisi keluarga.

Secara purata ekonomi aku jatuh 60% dan untuk bangkit semula,  sudah hampir setahun belum berjaya kerana persekitaran,  prospek,  rakan kongsi,  pelanggan,  pembeli, end user tidak mempunyai kuasa beli yang secukupnya. 


Sebab itu aku yakin ekonomi majoriti individu tidak stabil walaupun segelintir kesan penurunan sekadar 10-15%...


Ini soal ekonomi,  soal realiti yang akan datang dan menimpa atau risikonya tidak memilih anda dari parti politik mana. 

Tidak perlu hipokrik.

Thursday, April 20, 2017

SISTEM PM, HANYA YANG LAYAK, BUKAN IKUT KUOTA


Kalaupun sistem PM tanpa kuota dan di buka kepada semua kaum,  Pemimpin Melayu yang layak masih lagi mendahului.. 

Kalau dari umno,  lebih baik Hishamuddin dari Zahid tetapi lebih baik Kj dari Hishamuddin. Tak perlulah ikut sangat senioriti atau undi terbanyak. 

Kalau dari BERSATU,  lebih baik Mukhriz dari Muhyiddin. 

Kalau dari PAS,  lebih baik Tuan Ibrahim dari Hadi Awang.

Kalau dari DAP,  kedua duanya tidak layak. 

Berbanding Kj,  Mukhriz dan Tuan Ibrahim,  yang paling layak tentulah Azmin.

Kalau tidak dipenjarakan,  Rafizi tentulah yang paling utama layak.  Rafizi mampu mengulangi kecemerlangan negara setaraf dengan Tun Dr Mahathir. 


MISKIN TEGAR DI MALAYSIA MAKIN TERHAPUS - PM

PM BERIKRAR MEMAKMURKAN NEGARA SEHINGGA BERADA DI TEMPAT ANTARA 20 NEGARA MAJU..

Tanda tanda kemajuan memang dah nampak,  petrol naik setiap minggu..

Wednesday, April 19, 2017

TOLAK UMNO BUKAN SEMESTINYA SOKONG DAP

Nak cuci sikit otak-otak yang dah berberkarat..

Minoriti Melayu yang ditemberang umno dan pas supaya takut dengan DAP.. Yang kena takut dengan Allah sahaja.. Yang kena sayang pun Allah sahaja,  jangan sayang wang ringgit,   puja pemimpin dan berlindung jawatan dan kuasa atas nama parti..

Amboi admin,  riak dan sombong,  jadi warak pula..
Habis?  Takkan aku nak ikut perangai syaitan macam kau..
Habis?  Takkan aku sebok nak hitung rumah urut pagi sampai petang..

Kena mengaku,  kalau selalu sumbat benda haram,  otak jadi karat.. Sebab tu perjuangan tak ikhlas,  tak dapat jawatan,  merajuk...
Kena pujuk,  istihar keluar parti..

Malu sikit dengan Rafizi,  boleh selesa senang lenang dengan anak bini tapi pilih risiko ke penjara sekadar "dedah"..
Yang bunuh orang,  yang rasuah,  yang jual ugama. yang jual tanah jawi,  yang kelepek duit rakyat.. Masih bebas di luar sana.

Balik pada tajuk,  tolak umno tidak bermaksud setuju dan sokong DAP,  jauh sekali jadi barua,  samada Melayu PKR,  AMANAH dan dulu PAS belum dan tidak pernah jadi barua DAP.

DAP sebuah parti yang sah di sisi perlembagaan,  kena dihormati dan boleh berkawan (bukan bersahabat) dengan sempadan,  had, susila.
Bekerjasama selagi tidak meudaratkan atau menzalimi rakyat.

Kenapa umno ditolak?
Nak cerita lagi ke a sampai z?






PERSIAPAN HARI RAYA TAHUN INI LEBIH MERIAH

Anak bulan Ramadhan anak bulan Syawal belum nampak,  apa perayaan yang disambut awal oleh pembesar Teluk Kemang..


Asal taraf ketua cawangan,  Istihar keluar parti di hotel 5 bintang,  kaya nya.. 

# Mukhriz berceramah pun tumpang kaki lima restoran tepi jalan.. 



Tuesday, April 18, 2017

ISH ISH RAFIZI NAK FITNAH LAGI, HEH..

KEMASKINI.. 

SIapakah 17 penerima bertuah yang mendapat derma dari seorang penderma mistri budiman hasil celok wang negara. 

Harap harap itu fitnah le ye.. 


JANJI MANIS VS PENDEDAHAN

Musim menabur janji manis, bina lebuhraya hingga ke bulan dan terharu simpati sana sini sudah bermula dan di satu pihak lagi akan melondeh membongkar jubah  serban dan apa yang tersimpan dalam tas tangan. 

Hamba rakyat diminta memerhati mana satu tiba-tiba,  realiti, drama dan mimpi. 



# pembangkang dah kena serang auwww..lum (?)

Monday, April 17, 2017

KERAJAAN JANGAN CAKAP KOSONG...

Rakyat dihidangkan dengan tembak kosong bila PM menggesa rakyat jangan pilih pembangkang  yang tidak menyokong pembangunan Melayu dan Islam..

Islam bukan milik ulama,  individu atau kumpulan secara semborono. Islam milik mereka yang beramal dengan isi Al Quran dan berakhlak Radulullah. Islam is the way of life,  mulut hati akhlak.. Bukan alat atau perhiasan.

PM seharusnya memberi bukti yang jelas tentang apa yang dimaksudkan ataupun namakan individu,  kumpulan atau parti yang terlibat.

Definasi tidak menyokong kemajuan Melayu dan Islam sangat luas dan boleh juga ditafsirkan bahawa Melayu yang rendah akhlak,  tidak amanah,  penyamun juga sebagai sebahagian menghalang kemajuan Melayu dan Islam.

Boros,  bermewah,  zalim dan menyusahkan rakyat juga bukan tuntutan Islam malah memberi imej yang buruk terhadap Melayu,  Islam dan Negara.

Begitu juga dengan dakwaan sabotaj ekonomi,  harus diambil tindakan pada mereka yang terlibat tanpa berlengah atau bercakap kosong untuk melindungi kegagalan sendiri menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang.

Kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk siasat dan dakwa. Kerajaan harus menunjukan tauladan dan tindakan yang betul dan jangan sekadar menuduh  pembangkang membuat dakwaan palsu sedangkan kerajaan pun bersikap yang sama jika tanpa susulan dakwaan.

Samada kerajaan bersikap bertahan atau serang balas ia hanya akan berkesan jika kerajaan berada dalam kedudukan yang betul dan benar.

Jika kerajaan tidak amanah,  berlaku penyelewengan yang disengajakan,  zalim dan boros samada bertahan atau serang balas - tunggulah hari kemusnahannya.



#

Takkanlah nilai diri boleh dibeli dengan harga seketul hp korea., agak-agaklah sikit.

SIAPA PEMIMPIN MELAYU PEMBANGKANG YANG ANTI ISLAM..



Pemimpin Pembangkang yang tidak suka Islam dan
Melayu membangun (?)

Ada ke pemimpin pembangkang yang berbangsa Melayu dan berugama Islam akan bersikap demikian (?) Namakan (?)

Bagaimana sikap pemimpin bukan Islam (?)
Dari kalangan MCA,   MIC dan tidak ketinggalan DAP (?)
Apakah mereka sokong Islam dan Melayu membangun..  (?)

Bagaimana pula sikap kita apabila mereka mahu Kristian,  Budha dan Hindu serta bangsa Cina dan India maju (?)

Apakah isu dan sentimen PAS lebih Islamik dari umno sudah tidak timbul lagi sekarang (?)

Yang patut diberi perhatian ialah pemimpin Melayu mana,  parti mana yang hipokrik dan memperalat Islam (?)

Tak perlulah siapa pun mendabik dada dan mengaku terbaik kerana rakyat akan beri jawapan di peti undi..

Kerajaan perlu menunjukkam keyakinan dan menghentikan segala kemelut politik berpanjangan ini dengan mengadakan PRU secepat mungkin.
Berusahalah untuk menang secara bersih..


# Satu perkara tentang Rafizi,  apabila dia bercakap atau tuduh,  dia namakan,  dia ada bukti,  dia buat Akuan Berkanun.
Jadi kalau bercakap sangat umum sekadar nak tunjuk baik,  kena malu dan hormat lah dengan Rafizi.

Sunday, April 16, 2017

SAY NO TO LEBAI

KEMASKINI




PADA LEBAI INI KITA KATA #YES#
CAKAPNYA ADA SEDIKIT MASUK AKAL









Pilih umno atau pas,  dua parti yang diselubungi dengan isu duit, terbesar,  termistri dan belum terjawab..

Aku syorkan, lupakanlah sahaja kedua duanya,  biarlah kalah di pilihanraya secara bermaruah dari turut bersetuju dan bersekongkol.

Cukuplah pas membenar diri mereka diperalat umno,  tidak perlulah cuba menjerat pihak lain juga. 


Add caption

Pendedahan dan penat jerih Rafizi mesti dihargai dan dihormati.  Walaupun mungkin dipenjara biarlah ada solidariti yang ikhlas ke atas perjuangannya. 

Hadi Awang tidak mempunyai locus standi untuk membuat tawaran tersebut, Kelantan ditawan hasil kerjasama dengan Semangat 46 itupun kekal atas nama Nik Aziz, Terengganu ditawan sepenggal hasil kerjasama dengan PKR...

Untuk PRU akan datang,  tidak ada satu analisa atau ramalan pun PAS mampu menang lebih dari 10 kerusi Parlimen dan Kelantan terlepas jika bersendirian.. 
Jumlah kerusi Parlimen PAS sekarang tercorot berbanding dengan DAP,  PKR dan hanya setaraf AMANAH.

Kalau Hadi benar hebat,  dah lama DAP tunduk dan lim kit siang cium tangannya... 

Saturday, April 15, 2017

UMNO MEMERLUKAN MELAYU, TETAPI TIDAK BAGI MELAYU..

Istihar tukar mode dari bertahan kepada serang pembangkang seperti yang diarahkan kepada cyber trooper umno sekadar psikologi kerana ia tidak akan memberi kesan.

Hakikatnya mereka sudah menyerang sejak awal lagi, tapi useless..
Ahmad Maselan panglima awal terkubur tanpa nesan...

Shahrir, Nazri, Anuar Musa sudah tidak berkokok lagi..
Sekali sekala Salleh Kruak terbatuk..

Jika diambil istilah pembangkang, apa isu yang cyber trooper umno nak serang?
Kalau Pakatan Harapan belum menamakan Perdana Menteri atau membahagikan kesrusi itu satu petanda baik untuk BN, kenapa pula perlu diserang (?)

Yang wajar diserang dan dicari kesalahan adalah kerajaan Negeri Selangor dan PP yang dikuasai pembangkang. Itu sahajalah yang boleh diserang tetapi apa sangat isu yang ada.

Di Pulau Pinang, laranngan azan hanya pembohongan... Malah PP satu satunya negeri yang azan subuh sebanyak dua kali (!) bagi menyuburkan lagi sunnah Rasullullah (!)

Begitu juga Selangor yang mempunyai pelbagai imbuhan, bantuan dan elaun kepada rakyatnya mengikut kategori. Sesuatu yang TIADA semasa BN perintah..

Kalau bukan cyber trooper umno yang serang, jembalang mana agaknya yang pagi petang siang malam menfitnah dan memburuk dan cuba melaga lagakan Tun Dr Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin, Azmin, Wan Azizah, Anwar, lim kit siang dan lim guan eng.
Syaitan mana agaknya yang bertalu talu menyerang Rafizi (?)

Sesungguhnya serangan cyber trooper umno sentiasa di alu alukan, Apakah akan berterbangan selepas ini video sexs demi video yang menjadi kegemaran mereka.

Sesungguhnya orang kampong, orang felda sentiasa menantikan rombongan milo, tepung, beras, gula menjenguk mereka.







Mesyuarat cawangan meriah dengan karaoke, otai masih berbisa dan dangdut..


UMNO DAH TUKAR "MODE"





Jangan minta apa-apa kalau tak sokong BN - Najib
  
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.

Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahupun yang menentang. 

Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkan nya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..." 

Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?" Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri. 

"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua. 'Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya. 

Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya. "Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya. 

Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia. 

"Kalau sesuatu komuniti atau individu terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai. 

"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya. 

Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar. "Beliau selalu berkata begitu kepada masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan. 

Beliau sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu." Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri. 

Antara pengguna media sosial yang memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina. "Anda sepatutnya seorang PM sebuah negara berbilang etnik. 

Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk Ipahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu. 

Seorang lagi pembaca D1_Only menulis: "Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya." 

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana 'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan. 

Beliau menafikan laporan awal hari ini dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat.

Friday, April 14, 2017

CERITA SEBENAR

Yang melantik adalah Najib
Yang recomment Zahid
Yang dilantik Hishamuddin

Jangan lagi ada salah faham k..
No heart feeling..

Zahid still in power

# Satu pamiran politik yang licin, cantik dan terurus. Tugas tugas khas yang sudah diperbincangkan berbulan bulan belum juga kita ketahui "apa" dan mungkin dalam.kateggori rahsia..
Adakah Malaysia terjerumus ke satu masalah sangat besar, sangat sulit. Jika ia, rakyat perlu digerak untuk bersama memahami dan menghadapinya.

Tetapi kalau itu masalah sulit seorang PM, wajar dirahsiakan dan wajar juga Zahid selaku TPM setia menunggu kalau kalau dia diperlukan untuk memangku jawatan tersebut sebagai satu proses membantu PM. Ini pun sudah tentu mereka perbincangkan berbulan lamanya.

Jika kenaikan pangkat kepada Hishamuddin itu atas cadangan Zahid, nyata dia mengamalkan politik lurus bendul, suci hati dan bersih fikiran.

ASAL LANUN. JANGAN PILIH BULU, SPRM SILA TERUSKAN

Siasatan,  penangkapan dan dakwaan SPRM ke atas ahli politik secara langsung atau tidak langsung yang berkait dengan parti sangat di alukan.

Terbukti dalam kerajaan sekarang banyak korupsi bertaraf mega dan tunas kaki kencing,  kaki penipu dalam pembangkang pun tak kurang, di Pulau Pinang seperti ada sarang yang perlu dijolok habis-habisan.

Apa latarbelakang mereka,  asal namanya korap,  elok sangat SPRM bertindak..

Walaupun bapak segala lanun masih bebas,  walaupun ada kes kes utama yang belum lekat,  tetapi lambat laun akan masuk jaring juga selepas mereka penat berlari..

Lebih utama pegawai kerajaan yang turut bersekongkol jangan dibiar bebas bersara mewah dengan wang subahat. Bina bungalow mewah mereka di Sungai Buloh.

Thursday, April 13, 2017

BAGAIMANA MAHU RAKYAT LUPAKAN 1MDB (?)

PERADUAN TULISAN KREATIF

Mungkin ada pihak sanggup menjadi penganjur dan tawarkan hadiah lumayan. 

APA KAITAN PENDEDAHAN RAFIXI DENGAN PERLANTIKAN HIXHAM

Jika ada yang menjangka pendedahan Rafizi akan membuatkan mereka yang disebut akan kesipuan, nyata meleset. 


Sebelum didedah pun,  Hadi dah kata 300% bohong.. 

Jika Allah pun mereka tak takut,  apalah si rapiji (?)






PAS alu alukan siasatan tetapi menegaskan Nasharuddin ahli biasa dan tiada langsung kaitan dengan parti - Tuan Ibrahim

Adalah wajar Timbalan Ptesiden ini bertanya dulu kepada Presideng kot kot Nasha terderma. 
Lagipun pendedahan Rafizi belum lagi lengkap kerana terhalang dengan OSA dan Bafia. 

Era sekarang, sukar lagi untuk berlaku rasuah kerana istilah derma sudah diterima pakai secara sah dan bukan jenayah. 

NAJIB TERDESAK ATAU HISHAMUDDIN YANG MENDESAK..

Sejarah politik Hishamuddin tidak pernah menunjukkan sebarang kecemerlangan dan kebolehan luar biasa untuk diberi tugas-tugas khas.

Seksdar kepetahan bercakap MH370 tetap tidak muncul hingga sekarang.

Hishamuddin merupakan pelopor Ketua Pemuda yang auwww...dan kini diwarisi.

Menteri KDN yang memandang remeh dan lekeh pencerobohan tentera asing hingga terjadinya kehilangan nyawa anggota polis Tragedi Lahad Datu setaraf peristiwa memali Ibrahim Libya semasa Musa Hitam Menteri KDN.

Jika Musa Hitam mahu menyalahkan Tun Mahathir apakah Hishamuddin juga layak menyabitkan Najib.

Oleh itu perlantikan Hisham sekadar masalah peribadi najib atau masalah dalaman rumahtangga umno.

Tidak ada tambahan kekuatan,  tidak ada penambaikan, tidak ada apa perubahan pun pada wajah umno.

Gambaran umno tetap sama: http://puteramariam.blogspot.in/2017/04/the-promised-land-kerana-umno-terlalu.html?m=1

Wednesday, April 12, 2017

BUKANLAH SATU KEKUATAN ATAU SIHAT UNTUK MENJANGKAKAN NAJIB BERUNDUR DALAM WAKTU TERDEKAT

# Pembangkang mesti menang melalui PRU  ketika Najib masih seorang PM..

...



Perlantikan Hishamuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah isyarat Najib akan berundur daripada jawatan PM dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan mengambil alih jawatan PM untuk memastikan kesinambungan dan talian hayat Umno dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
12 April 2017



# Strateginya Najib mungkin hanya bercuti dan PRU diadakan.  Hishamuddin sebaik calon untuk memangku dan mengembalikan jawatan tersebut selepas PRU.

PERLANTIKAN HISHAM UNTUK APA

Perlantikan Hisham dialu-alukan, sekadar menguatkan kerajaan lebih lebih lagi dalam mengeratkannhubungan luar negara dan  proses penyediaan kerjasama dengan PAS selepas muktamar dan jangkaan PRU sebelum Ramadhan..

Hisham juga sesuai untuk berintraksi dengan pihak luar dalam sebarang rundingan membersihkan nama negara

Zahid mengalukan tanpa rasa terkejut,  sudah tentu sebagai TPM kemungkinan besar sudah dimaklumkan.

Bukanlah dasar Najib menyingkirkan musuh dalam selimut yang tidak mengeluarkan kuku.


Tuesday, April 11, 2017

LEBAI MALANG DULU DAN SEKARANG 2017




Pesan Lebai Malang
jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.

Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijemput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.

Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang
diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
diam diam membayangkan hidangan
kenduri lebih enak lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.

Lama juga berkira-kira
auk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh ke hulu mengejar kenduri
pantang menolak rezeki

Waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke hilir pula
berkayuh sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.


Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik menongkah arus 
hilir menongkah pasang
di sana tak dapat nasi
di sini tak dapat makan
ke hulu terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.

Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana mengejar peluang
ke sini mengira untung.
Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak bermimpi kurang strategi.


PESAN SI LEBAI MALANG
Nukilan
ZURINAH HASSAN
31 Mac 2017

Monday, April 10, 2017

BAWA PISANG.. JAGUNG.. TUN TERIMA JUGA??? TAK RASUAH KE TU



Political mileage atau nawaitu mana mana pemimpin boleh bermula sejak azali. 

KENAPA PAS PULA YANG GEMBIRA PERBAHASAN DAN UNDIAN DITANGGUHKAN SPEAKER..

Seperti juga rakan komponen BN yang sudah awal mengetahui hanya pembentangan akan dibuat dan akan ditangguhkan Speaker apakah pemimpin PAS  juga mengetahuinya.

Kenapa ada drama air mata tetapi langsung tiada bantahan ahli parlimen PAS bila Speaker tangguhkan (?)

Kenapa tiada kerahan demo memperlihatkan kekecewaan (?)

Kenapa PAS lebih layan isu remeh tetapi mengenepikan isu pokok dan isu besar vissi dan missi RUU355 itu sendiri.

Jangan main politik dengan Yang Maha Mengetahui..

Sunday, April 9, 2017

MAHFUZ KACAU DAUN PERCINTAAN UMNO PAS



Beza Mahfuz dengan pemimpin PAS lain dia jarang berjubah berserban tetapi yang paling ketara tidak mesra penyamun.

Sepanjang sidang parlimen selepas PRU13, ribuan kali Mahfuz menyebut 1MDB tapi Hadi Awang hanya sekali.. Sedangkan dunia menterjemahkannya sebagai skandal terbesar dunia. 

Orang yang tidak peka kepada rompakan duit rakyat tiba tiba bercakap beratus kali tentang RUU355 tentunya musang berjanggut atau musang berbulu ayam.

RUU355 KENYATAAN PRESIDEN BERSATU DENGAR.. DENGAR.. DENGAR

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016

Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak membenarkan perbahasan selepas Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat pada 6 April 2017 adalah tidak munasabah. Sebaiknya Ahli-Ahli Parlimen diberi peluang untuk memberikan pandangan dan pengundian dilakukan pada hari tersebut sebagaimana yang menjadi kelaziman dalam setiap pembentangan usul dan Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat.

Saya kerap ditanya oleh pelbagai pihak mengenai Rang Undang-Undang ini dan saya nyatakan bahwa saya akan memberikan pendapat saya semasa ia dibahaskan di Parlimen. Oleh kerana perbahasan tidak dibenarkan dan isu ini telah berlarutan sejak sekian lama serta menjadi polemik dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan umat Islam, maka saya berasa terpanggil untuk memberikan pandangan mengenainya.

Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang ini adalah satu usul untuk memperluaskan bidangkuasa jenayah mahkamah syariah dalam menentukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang melanggar perintah agama Islam dalam kalangan penganut agama Islam. 

Seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk mengujudkan kesalahan dan hukuman bagi pelanggaran perintah agama Islam adalah kuasa negeri. Namun begitu, kuasa ini boleh dihadkan oleh undang-undang persekutuan iaitu Akta 355.

Pada ketika ini, Akta 355 menghadkan hukuman yang boleh dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan enam kali sebatan. Jika usul pindaan kepada Akta ini diluluskan, DUN boleh meningkatkan had hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang telah ditetapkan oleh undang-undang jenayah syariah kepada tiga puluh tahun penjara, seratus kali sebatan dan denda RM100,000.

Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanyalah dalam perkara-perkara yang disenaraikan di dalamnya dan tidak termasuk bidangkuasa jenayah mahkamah sivil yang dinyatakan di dalam Senarai Persekutuan. Maka dengan itu, DUN tidak boleh menggubal undang-undang untuk mewujudkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang tersenarai dalam bidangkuasa legislatif persekutuan seperti mencuri, merompak, membunuh dan kesalahan-kesalahan lain yang terkandung di dalam Kanun Keseksaan yang sebahagiannya juga tergolong di dalam jenayah hudud.

Berdasarkan apa yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, saya melihat RUU 355 masih tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang ini tidak mewujudkan kesalahan-kesalahan baharu tetapi hanya meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan sedia ada dalam kalangan orang Islam sahaja. 

Rang undang-undang ini tidak terpakai ke atas orang bukan Islam sebagaimana diulang-ulang di dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan, juga disebut di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Akta 355 sendiri. Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa undang-undang Islam di Malaysia hanya terpakai ke atas orang-orang Islam sahaja dan prinsip ini tidak berubah dengan pindaan yang dicadangkan.

Rang Undang-Undang ini juga bukanlah satu Rang Undang-Undang untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Malah ia hanyalah pindaan kepada undang-undang sedia ada sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun 1984 dan 1989. Bezanya sebelum ini pindaan dilakukan menerusi Rang Undang-Undang Kerajaan, bukan Rang Undang-Undang Persendirian.

Berkenaan pindaan ini saya ingin membuat sedikit pemerhatian bahawa keselahan jenayah dan hukuman yang disenaraikan di bawah undang-undang sedia ada sebahagian besarnya adalah hukuman ta'zir yang mana penetapan had hukumannya adalah tertakluk kepada budi bicara pemerintah. Bahkan, terdapat pandangan para ulama' yang mengatakan bahawa had hukuman bagi kesalahan ta'zir  tidak boleh melebihi hukuman bagi kesalahan hudud.

Dalam Islam, setiap hukuman yang ditetapkan mestilah adil dan setimpal mengikut Hukum Syarak dengan kesalahan yang dilakukan. Lebih-lebih lagi tujuan hukuman di dalam Islam bukan semata-mata untuk menghukum pesalah, tetapi juga untuk membangkitkan kesedaran di dalam dirinya supaya bertaubat, menyucikan jiwanya dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.

Antara kesalahan yang terkandung di dalam undang-undang jenayah syariah sedia ada misalnya ialah seorang lelaki Islam tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar'ie. Hukuman yang dikenakan di sesetengah negeri pada masa ini ialah penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1000 atau kedua-duanya sekali. Hukuman ini dianggap setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan boleh menjadi pengajaran kepada pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. 

Namun apabila Rang Undang-Undang ini diluluskan, perlu ada jaminan bahawa pesalah bagi kesalahan ini dan yang seumpamanya tidak dikenakan hukuman penjara atau denda yang terlalu berat dan tidak setimpal apabila had hukuman penjara dinaikkan ke tiga puluh tahun dan denda sehingga RM100,000. Satu lindung jamin mestilah diadakan di dalam Rang Undang-Undang ini untuk memastikan pesalah menerima hukuman yang adil dan setimpal berlandaskan Hukum Syarak.

Pindaan ini juga masih lagi mengikat DUN untuk mengadakan hukuman dalam tiga bentuk hukuman sahaja iaitu pemenjaraan, denda dan sebatan. DUN masih tidak boleh mengadakan hukuman lain seperti mewajibkan hadir solat berjemaah di masjid untuk suatu tempoh tertentu atau melakukan kerja-kerja amal bagi orang yang melakukan kesalahan seperti tidak bersolat Jumaat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan atau seumpamanya yang saya fikir lebih sesuai untuk tujuan mendidik daripada dikenakan hukuman denda atau penjara semata-mata.

Saya menyebut perkara ini kerana saya bimbang jika kita tidak berhati-hati dalam hal ini berkemungkinan akan berlaku sikap melampau (overzealous) dalam fahaman dan amalan agama yang akan mewujudkan kecenderungan untuk menghukum pesalah jenayah syariah secara semberono tanpa mengambilkira aspek keadilan dalam Islam semasa menjatuhkan hukuman yang nantinya akan menimbulkan fitnah kepada agama Islam sendiri. Untuk itu, wajarlah bentuk dan had hukuman yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang ini dikaji semula untuk tujuan penambahbaikan.

Selain itu, saya juga ingin menegaskan bahawa pemerkasaan mahkamah syariah tidak seharusnya hanya terfokus kepada pemeluasan bidangkuasa jenayah mahkamah sahaja, tetapi juga mestilah secara pentadbirannya mencakupi usaha-usaha untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai-pegawai mahkamah, termasuk hakim-hakim, pendakwaraya serta pegawai dan kakitangan mahkamah. Peningkatan kecekapan dan profesionalisme mahkamah syariah adalah amat penting untuk menjamin  mahkamah syariah dapat melaksanakan fungsinya sebagai penegak keadilan, khususnya untuk umat Islam di Malaysia. 

Untuk tujuan ini, kerajaan mestilah menyediakan sumber-sumber yang mencukupi kepada mahkamah syariah, baik dari segi kewangan, kepakaran dan sumber manusia. Sudah sampai masanya Hakim-Hakim Syarie Mahkamah Tinggi ke atas tidak lagi tertakluk sebagai penjawat awam dan satu skim khas sebagaimana hakim mahkamah sivil dibentuk bagi Hakim Syarie seluruh Malaysia.

Saya juga ingin menegaskan bahawa pelaksanaan dan penguatkuasaan mana-mana undang-undang Islam hendaklah sentiasa berlandaskan prinsip keadilan dan rahmah, selaras dengan Islam sebagai agama rahmatan lil alamin atau agama rahmat untuk sekalian alam. Mahkamah syariah adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan menerusi pelaksanaan undang-undang.

Sebagai sebuah negara yang menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pelaksanaan Akta 355 ini juga mestilah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Sekiranya pandangan-pandangan yang saya kemukakan ini diambilkira, saya tiada halangan untuk menyokong Rang Undang-Undang ini apabila ia dibahas dan diundi dalam sidang parlimen akan datang. Yang penting bagi saya ialah pembentangan Rang Undang-Undang ini mestilah untuk kebaikan umat Islam dan saya tidak melihatnya dari perspektif lain termasuk politik.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

9 April 2017

KEJAHILAN DAP TERHADAP MURTAD

Jika itu pendirian peribadi atau DAP dan tidak disalahpetik,  ia wajib ditentang habis habisan.

Untuk menentangnya secara berkesan ia memerlukan pemimpin yang bersih akhlak.

Pemimpin yang bersih akhlak boleh mengajar atau mendidik golongan biadab ini dengan menunjukan contoh tauladan yang baik dalam kepimpinannya.

Keadilan mengikut hukum Islam akan diberi ganjaran kepada yang mutad.





Saturday, April 8, 2017

BAB HUKUM, SEKARANG UMNO. DULU PAS


Segelintir puak seperti kacang lupakan kulit,  hakikatnya setiap peneroka felda sedang berhutang.  Dengan keadaan berhutang apakah tanah rumah dan kebun sekarang milik mutlak mereka... 



Sekitar Konvensyen Warga Felda di Kluang,  Johor

DUN Mahkota yang disandang Exvo Kanan YB Jais hampir pasti ditandingi Ketua Bahagian BERSATU,  Cg Razali mantan Timbalan Ketua Bahagian Kluang. 
Sudah pasti PAS akan turut bertanding bagi memberi lebih peluang kepada calon umno. 

Konvensyen merupakan sumbangan idea untuk membantu wargafelda ke halatuju yang lebih baik dan kenapa jumud benar puak ini untuk bersikap terbuka.  

Tiga empat ekor ini tidak mewakili majoriti warga felda



Friday, April 7, 2017

PENDEKAR PALING BANGANG DALAM DUNIA

Bangang tahap jamban sebaik bahasa menggantikan bahasa omputih bladiful.

Memang akan jadi sejarah sebab belum pernah ada paling vangang  macam tu. 

Dan akhirnya di ketahui,  ia sudah diatur dan di arah. 

Puppet dalam bahasa bugisnya. 


# akhirnya keris menikam bontot sendiri.
# dituruti komen bangang dibawah oleh penyokong

KONVENSYEN WARGA FELDA


PAS MELUKUT TEPI GANTANG

Gelagat komponen BN secara konsensus akan memastikan umno tidak bekerjasama dengan PAS ...



TELAN WALAUPUN PAHIT

_Kenyataan Media_
*RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN*

_7 APRIL 2017_

*SPRM SUDAH ADA KERTAS SIASATAN PEMINDAHAN WANG DARI AKAUN PERIBADI DATO’ SERI NAJIB*

Saya sedia maklum jawapan rasmi Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan kepada kenyataan saya mengenai dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang. Beliau menyeru supaya saya menyerahkan bukti yang saya ada kepada SPRM supaya SPRM boleh segera menyiasat.

Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa SPRM sudah pun menyiasat aliran dana dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dari siasatan itu, satu aliran dikesan sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS itu.

Oleh itu, tidak timbul soal segera menyerahkan bukti kepada SPRM seperti yang dinyatakan oleh Datuk Takiyuddin itu. Namun, saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan selepas itu, saya akan membuat laporan SPRM supaya SPRM dapat merujuk kembali kepada kertas siasatannya sendiri.

Setelah saya menamakan tokoh tersebut, ia akan menjadi ujian besar kepada UMNO dan PAS seperti berikut:

1.   Pimpinan UMNO akan bergelut sekali lagi dengan isu campur tangan dalam pentadbiran keadilan negara sekiranya Peguam Negara sekali lagi menutup kes walaupun kertas siasatan telah selesai dan bukti telah dikumpul oleh SPRM;

2.   Pimpinan PAS di segenap peringkat perlu menyemak sama ada mereka pernah sekali-kali menerima bantuan kewangan, derma, infaq atau dana (dalam apa jua bentuk dan bagi apa jua tujuan) dari tokoh yang saya namakan itu kerana ada kemungkinan besar ia dana dari wang rakyat yang dibelanjakan melalui 1MDB. Sebagai sebuah parti yang mengaku mengangkat Islam, setiap pemimpin PAS perlu lebih teliti dari semua parti lain mengenai asal usul sumber kewangan mereka untuk mengelakkan sumber yang disifatkan syubhah (diragui).


Saya pada mulanya tidak berniat untuk membawa isu ini tetapi episod di Parlimen semalam mengesahkan bagaimana isu penambahbaikan mahkamah syariah telah dimainkan lebih dari setahun demi memberi ruang bernafas kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setelah ditangguhkan 3 kali, jelas bahawa isu yang dibawa oleh PAS melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 (RUU355) akan terus dijadikan umpan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sementara saya bersedia untuk berbahas sepenuhnya dan memberikan pandangan bagaimana cara terbaik menambahbaik mahkamah syariah, persetujuan di luar dewan di antara Dato’ Seri Najib dan PAS (seperti yang disahkan oleh Dato’ Seri S Subramaniam, presiden MIC bahawa keputusan itu telah dipersetujui lebih awal di Majlis Tertinggi Barisan Nasional) menunjukkan Dato’ Seri Najib tidak berniat pun untuk menambahbaik mahkamah syariah.

Isu RUU355 telah dijadikan umpan untuk memastikan PAS kekal berkecuali sebagai blok ketiga dan tidak bersuara dalam isu-isu penting seperti 1MDB. Jika Parlimen bersidang untuk Belanjawan 2018 dalam bulan Oktober, saya yakin PAS sekali lagi akan berkecuali semasa pengundian belanjawan kerana bimbang akan menjejaskan persefahamannya dengan Dato’ Seri Najib yang berkisar mengenai RUU355.

Oleh itu, selagi polemik isu RUU355 ini tidak diselesaikan, selagi itulah kelebihan berada di tangan Dato’ Seri Najib untuk bermuslihat politik dari semasa ke semasa dengan menggunakan PAS.

Setelah saya bersangka baik lebih setahun dan berharap agar RUU355 ini dapat dibahaskan sama seperti semua rang undang-undang yang lain, saya yakin segala yang berlaku di Parlimen, bila diambil kira pula soal dana 1MDB yang mengalir ke tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS, mewajarkan saya memutuskan bahawa PAS akan terus “dipegang” Dato’ Seri Najib selagi isu RUU355 ini dibenarkan berpanjangan.

Oleh sebab itulah, saya berpandangan adalah menjadi tanggungjawab saya berdepan terus dengan PAS dan UMNO sekaligus mengenai kedua-dua isu ini supaya rakyat boleh kembali kepada isu yang paling penting iaitu kebajikan rakyat yang terlalu terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang sempit dan gaji yang berkurangan.

*RAFIZI RAMLI*
*AHLI PARLIMEN PANDAN*
*NAIB PRESIDEN KEADILAN*

--

*Sumbangan* | Anda boleh menyumbang kepada INVOKE melalui invokemalaysia.org/contribute/

*Sukarelawan* | Untuk menyertai INVOKE, lawati invokemalaysia.org untuk mendaftar. 

*Media* | Hantar email ke rafizi.ramli@invokemalaysia.org untuk mendapat makluman mengenai sidang media dan kenyataan media Rafizi Ramli.

Thursday, April 6, 2017

FIKIR YANG BAIK, SANGKA YANG BAIK, BUAT YANG BAIK, DAPAT YANG BAIK


HARAPAN DAN DOA DI PAGI JUMAAT INI

RUU355 akan jadi topik politik oleh PAS sebagai tema perjuangannya yang baru bagi menghidupkan harapan politiknya.

Sama seperti hudud yang dipertemakan dan mereka sendiri yang kuburkan.

RUU355 juga akan jadi jambatan kerjasama PAS dan umno.

Zahirnya inilah kekuatan tetapi mereka bukan sahaja terpaksa bertentang dengan Pakatan Harapan tetapi juga berhadapan dengan Allah SWT.

Jika hudud,  RUU355. 90J, 2.6B, 1MDB dan rentetannya bukan satu drama, pembohongan, hipokrik, jenayah dan maksiat serta kerjasama mereka bukan satu perjanjian syaitan - insyaAllah Allah juga bersama mereka.

Aamiin.


PERHATIKAN APA YANG MEREKA TUNGGANG

Di zaman Rasululullah S.A.W kita diperlihatkan unta, kuda dan kaldai adalah antara pengangkutan utama. 

Begitu juga disebut tentera bergajah yang ingin menyerang Kota Mekah digagalkan oleh burung Ababil. 

Manakala dicatatkan pada kejadian Israk Mikraj, Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril menunggang sejenis burung bernama Buraq untuk bertemu Allah SWA di Arasy. 

Sejarah Nabi-Nabi sebelumnya terutama Nabi Noh disebutkan tentang bahtera atau kapal. 

Mungkin juga di zaman sebelumnya,  dinasour dan anakonda adalah alternatif. 

Zaman berubah, manusia menggunakan atau tunggang kenderaan seperti kereta, kapalterbang dan kapal laut dalam pelbagai bentuk dan model yang canggih dari masa ke semasa. 




Malangnya kini di kalangan ahli politik Islam Malaysia dalam banyak-banyak pengangkutan, mereka tetap memilih ugama (RUU355) sebagai tunggangan politik dalam mencari nama. 



𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...