Showing posts with label Trio. Show all posts
Showing posts with label Trio. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Betulkah Najib simpan Anwar dan KJ...

Sudah diperkatakan ada angin untuk Muhyiddin menggantikan striker utama Najib kerana sudah banyak kali gagal menjaringkan gol walaupun secara terbuka mendapat ruang dan peluang di depan pintu gol lawan.


Walaupun tidak ketara secara pressure group tetapi sudahpun tersimpan di naluri ahli UMNO,  puncanya  apabila melihat Najib gagal memberi persembahan terbaik ketika seluruh ahli UMNO merasakan  Najib sebenarnya mampu membuat lebih baik dari sekarang, tetapi kenapa tidak?


Dengan Rosmah selalu mencelah dan menonjol ke depan menyebabkan bertambah jelek dan pelek. Dengan kelibat Hisham yang hanya sekadar memukul angin dan tidak pernah melibas menjunam pada sasaran walaupun nyata, kenapa tidak?


There is no Muhyiddin-Ku Li-Anwar Ibrahim troika and there is no Mahathir-Muhyiddin-Mukhriz troika - Rocky's Bru sedikit sebanyak penafian yang terselit kebenaran tentang adanya. Begitu juga ulasan A dangerous Troika, to get rid of Najib, is in the making??! Barking Magpie juga memberi gambaran yang sama.


Antara lain kemungkinan, jika Paklah melepaskan Anwar untuk menimbulkan kesukaran kepada Mahathir, kesempatan yang sama digunakan Najib untuk menghilangkan peluang Muhyiddin untuk kalau cuba2 menggugatnya. Dengan adanya Rosmah dan Hishammuddin, mereka menjadi trio yang cukup serasi.

Begitu juga kenapa KJ dikekalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO walaupun terpalit dengan isu beli undi??? sekaligus mengenepikan Mukhriz? Sebaliknya  jawatan Timbalan Menteri sebagai tukar ganti.


Permainan memujuk ala-najib lebih terserlah juga kepada Presiden MIC sekarang yang ditawarkan senator dan Timbalan Menteri kerana tidak terpilih mewakili BN di Hulu langat dan kemudiannya Menteri Penuh untuk MIC terus memberi sokongan dan setia pada BN?

Zahid Hamidi yang punya rangkaian yang lebih baik dari Muhyiddin juga dipujuk supaya tidak bertanding Timbalan Presiden UMNO dan sebagai gantinya diberi Menteri Pertahanan.


Begitu juga rangkaian kombinasi Paklah-Najib-Hishammudin, Najib-Hishammudin-KJ, Najib-Kj-Anwar antara gabungan yang dibina secara senyap dan nyata untuk menghalang mana2 pihak termasuk pengaruh Mahathir yang cuba menggugat Najib.


Siapa pula yang menggunakan Trio-T dan untuk kepentingan siapa?


“Saya tidak tahu (akan dicalonkan atau tidak), Perdana Menteri kena nilai sama ada saya calon boleh menang atau tidak. Mungkin laporan saya bukan calon boleh menang, kalau saya bukan calon boleh menang, saya kena terima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

“Yang penting siapa saja yang jadi penyandang hari ini atau siapa ada jawatan dalam parti kalau sekiranya Perdana Menteri bagi tahu awak bukan seorang calon boleh menang maka kita kena terima jangan anggap diri terlalu hebat atau tidak boleh diganti kerana sikap seperti itu mungkin boleh menjejaskan jentera sekiranya tidak dipilih,” - KJ.

6ANGKA