Showing posts with label Nazri. Show all posts
Showing posts with label Nazri. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Nazri sertai DAP...

Nazri: Saya tak pelawa DAP - Apakah DAP ada pelawa Nazri???

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

Jawapan Nazri mengundang kepada persepsi dia mempelawa DAP untuk menyertai BN juga sekaligus mengundang pula kepada persepsi Nazri kini tertarik dengan DAP yang berjaya mengaut undi dan sokongan kaum Cina dan faktor ini tidak ada pada MCA.

Jawapan sengaja Nazri yang teknikal dan taktikal itu membayangkan dalam politik segala keberangkalian boleh berlaku, tidak terkecuali kepada Nazri.

Atas faktor ini adalah lebih baik Nazri yang menyertai DAP dan kemudiannya boleh cuba membawa DAP untuk menyertai BN adalah jalan yang lebih praktikal. 
Malahan dalam ketika pembangkang sedang ketandusan pemimpin peneraju menggantikan Anwar, Nazri dilihat mampu mengisi kekosongan itu dan memeriahkan lagi pertambahan sokongan Melayu kepada DAP + PAS + PKR  lewat kebelakangan ini.

Bukankah sebahagian ahli UMNO sudah lama mendesak Najib singkirkan Nazri kerana dilihat liabiliti kepada UMNO sebelum ini?






Thursday, July 16, 2009

Nazri The Working Junior Crook.........


Kenapa setiap kali menjelang hari raya puasa, terlalu banyak harga barang naik termasuk tambang pengangkutan awam - tahun lepas tambahan surcaj di naikkan sebelum hari raya juga atas alasan kenaikan petrol dan jika tidak dinaikkan persatuan bas express tidak akan mengadakan bas tambahan.

Tahun ini, menjelang hari raya puasa, sekali lagi orang Islam (ini untuk diperjuangkan oleh PAS) dan orang Melayu (ini sudah tidak diperjuangkan oleh UMNO malahan Nazri sedang menekan) ditekan dan dibebani dengan kenaikan tambang pengangkutan awam.


Tahniah Najib, rakyat didahulukan, dan keberkesnannya rakyat yang keluar wang dan hebat sekali ia diumumkan selepas pengundian di manek Urai!?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...