Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Anwar sudah ada pengganti Azizah??!!..ohh azizah...

Perkembangan politik semasa dan cabaran2nya terutama menjelang pilihanraya umum sebelum 2013 menunjukkan Azizah sebagai Presiden PKR dilihat tidak mampu mengemudinya, tidak bernafsu dan tidak menghidupkan suasana PKR untuk menjadi parti yang lebih kedepan, lebih baik dari DAP dan PAS.

Azizah makin tidak bernafsu dengan perkembangan suami tersayangnya yang kini berdepan dan dilihat makin menghampiri 'kekalahan' untuk berulang kalinya. Anwar sendiri walaupun nafsunya tinggi untuk terus mara ke Putrajaya tetapi tersekat kerana kaki ditambat rantai besi, muka sudah tak tahu nak letak di mana kerana vedio yang 'lelaki' menyerupainya berselerak sehingga budak tadika pun dah boleh tonton. Trio T sudah terhukum di mahkamah dengan fakta vedio itu tulen. Kini masa sahaja menunggu Anwar untuk diseret ke mahkamah untuk membuat pengakuan samada lelaki itu tulen atau tidak.

Berbalik kepada Azizah yang tidak bernafsu,  dan kita melihatnya pun tidak ada nafsu,  untuk meminpin PKR sewajarnya dia berundur untuk memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memimpin.
Anwar sudah lama memberi signal kepada Azizah untuk berundur kerana calon yang sesuai sudah ada, Anwar sudah test, sudah cuba, sudah uji, memang ada perbezaan dan hari ini makin terserlah.

Ambiga satu satunya calon yang Answar rasa paling cocok, paling berperisa, paling tahan lama, paling liat dan mempunyai ciri2 ketahanan yang luar biasa dan mempunyai nafsu juang yang sangat tinggi, malah mungkin Anwar sendiri sudah terasa betapa hebatnya nafsu Ambiga melebihi dirinya sekarang.

Dalam sekelip mata Ambiga jadi hebat dan terkenal, paling cepat mengadap SPB dan dapat pula berulang kali jumpa KPN malah dapat juga menarik perhatian dan selera Najib. Anwar mungkin sedikit terasa hati dan cemburu kalau wanita yang hebat itu terus dapat perhatian dan manatau disambar pula oleh MIC dengan pengaruh romantik Samy Vellu yang sudah lama simpan kuku.

Dengan jangkaan apa yang akan berlaku kepada Anwar dengan sendirinya akan melemahkan Azizah maka Ambiga dilihat satu2nya pemimpin yang boleh menerajui PKR jika mahu parti itu tidak terus terkubur bersama nasib Anwar.

6ANGKA