Google+ Followers

Sunday, September 30, 2018

DUA PERKARA CONFIRM TUTUP

Anwar ganti Tun,  itu yang sudah dipersetujui dan persetujuan itu telah ditutup,  tiada lagi Azmin,  Rafizi hanya temberang untuk menghalalkan niatnya bertanding Timbalan Presiden.

Rafizi masih terus layak bertanding Timbalan Presiden atas sijil SPM nya yang cemerlang,   kalau menang dilantik Senator jadi Menteri Ekonomi.
Kalau kalah,  kena tunggu Anwar PM untuk habuan.
Jangan lupa kes Tabung Haji? Nasib baik dan ehsan tak pasti berulang lagi atau tidak!!!

Apabila Anwar ganti Tun sangat jelas kukuh,  kerajaan perpaduan idaman zahid dan umno turut punah binasa hancur berkecai. Bukan bulan yang jatuh ke riba tapi bala yang jatuh ke riba.

Ini semua gara² mempertahankan lanun.



# sebagai ahli umno, aku anggap pemimpin yang khianat kepada amanah dan perjuangan parti ssebagai bangsat sehingga mengheret umno hilang kuasa dan hilang maruah .....









Lawak September 2018








JUMPA PEMIMPIN DUNIA UNTUK APA?

Aku tak go trough news dalam seminggu cuma terbaca hanya beberapa... 

Antaranya Trumph tak nak jumpa Tun?! 
Big story ke? 
Tun request nak jumpa ke? 
Atau Tun yang tak nak jumpa? 

Bagi aku pertemuan mesti ada sebab dan hasil,  kalau setakat nak selfi,  tak perlulah... 
Setakat nak... merapu cakap nak bantu ekonomi amerika,  tak perlulah. 

PH GOYANG - UMNO TUNGGU BULAN JATUH KE RIBA

Sebagai ahli umno,  kena sabar seperti saranan Zahid,  umno akan jadi rebutan sebab Kerajaan PH tidak stabil. 

BERSATU dan PKR akan bergocoh dan memerlukan sokongan umno untuk bentuk kerajaan. 

Begitulah mudahnya umno akan jadi kerajaan semula. 
Ahli umno tunggu sahaja bulan jatuh ke riba. 

Tidak seperti najib,  cash is king, Zahid hanya bermodal air lior untuk dapat semula kerajaan. 

Saturday, September 29, 2018

BEBERAPA CALON² PRK PD MASING² ADA REKOD YANG TIDAK DAPAT DIPADAM OLEH SEJARAH....

Calon PAS adalah yang terbaik walau diramal sukar menang. 

Tetapi berdasarkan rekodnya, sewajarnya kita doakan kemenangannya. 

Lebih berbaloi daripada subahat atau kita masih was was dengan status calon yang lain.

Friday, September 28, 2018

MISSI SAIFUL DI PRK PD - MENSUCIKAN NAMA ANWAR?? POLITIK SERBA MUNGKIN..

UCAPAN TUN DI PBB SESUATU YANG AKAN TERSEJARAH DII DUNIA, MALAYSIA TELAH MEMAHAT SATU REKOD YANG SUKAR DIATASI OLEH MANA² PEMIMPIN DUNIA

BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu)

Puan Presiden,

1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73.

2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini.

3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72.

4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia.

5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari 1997 hingga 2006, yang meninggal dunia pada Ogos lalu. Malaysia mempunyai hubungan kukuh dan aktif dengan PBB ketika perkhidmatan beliau.

Puan Presiden,

6. Tema Perhimpunan Agung sesi ke-73 iaitu ‘Menjadikan PBB Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan’ kekal menjadi aspirasi nenek moyang kita. Tema ini amat relevan dan tepat pada masanya. Ia amat bersesuaian dalam konteks Malaysia Baharu. Kerajaan baharu Malaysia yang dibentuk atas mandat kukuh suara rakyat, komited dalam memastikan setiap rakyat Malaysia memiliki hak sama rata dalam perkongsian kemakmuran dan kekayaan negara.

7. Malaysia baharu terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. Rakyat Malaysia memutuskan untuk menukar kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun, iaitu sejak kemerdekaan. Kami melakukannya kerana kerajaan terdahulu mengamalkan politik kebencian, ketaksuban perkauman dan agama, selain rasuah yang berleluasa. Proses peralihan kuasa berlangsung secara demokratik tanpa keganasan atau kehilangan nyawa.

8. Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang. Mereka mahukan Malaysia yang menjadi rakan semua dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Malaysia yang kekal tidak berpihak dan berkecuali. Malaysia yang membenci peperangan dan keganasan. Mereka juga mahukan Malaysia yang berani bersuara dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan, tanpa rasa takut atau gentar. Malaysia baharu yang percaya kepada kerjasama berdasarkan sikap saling menghormati demi manfaat bersama. Malaysia baharu yang menawarkan kerjasama berdasarkan falsafah ‘hormati jiran tetangga’. Kami percaya dengan kerjasama baik, jiran yang makmur dan stabil dapat menyumbang terhadap kemakmuran dan kestabilan negara sendiri.

9. Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsa kami. Ini termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan. Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi.

Puan Presiden,

10. Kali terakhir saya berucap di sini pada 2003, saya teringat bagaimana dunia ini kehilangan arah. Saya meratapi hakikat betapa negara kecil terus melutut di kaki negara berkuasa. Saya tegaskan perlunya negara membangun mendesak supaya dunia berubah, meningkatkan pembinaan kapasiti dan mempelbagaikan ekonomi. Kita mesti kekal mengawal masa depan sendiri.

11. Namun hari ini, 15 tahun berikutnya, dunia tidak banyak berubah. Malah, boleh dikatakan keadaan dunia ketika ini jauh lebih teruk berbanding 15 tahun lalu. Hari ini, dunia berada dalam kegawatan ekonomi, sosial dan politik.

12. Perang ekonomi hebat melanda di antara dua kuasa terbesar ekonomi dunia. Dan seluruh dunia terkena perit tempiasnya.

13. Nilai sosial baharu mengurangkan kestabilan negara dan rakyatnya. Kebebasan membawa kepada terhakisnya konsep perkahwinan dan keluarga, nilai moral, hormat dan sebagainya.

14. Bagaimanapun, kegawatan terburuk adalah dalam arena politik. Kita menyaksikan perlakuan keganasan di mana-mana. Ada yang mengikat bom ke tubuh dan meletupkan diri di tempat awam. Trak dipandu merempuh pelancong bercuti. Peperangan berleluasa manakala orang dipancung sesuka hati. Perlakuan ganas disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Rakyat mempertaruhkan nyawa untuk berhijrah, sebelum dinafikan hak perlindungan suaka, tidur beratapkan langit dan kedinginan hingga meragut nyawa. Ramai menanggung kelaparan manakala ribuan lagi meninggal dunia akibat wabak taun.

15. Tiada sesiapa dan tiada negara yang selamat. Pemeriksaan keselamatan menyukarkan perjalanan orang ramai. Cecair dilarang dalam pesawat. Sedikit syak wasangka boleh membawa kepada penahanan dan soal siasat menjengkelkan.

16. Pelbagai jenis gajet dan peralatan digunakan dalam usaha menangani ‘pengganas’. ‘Kuasa besar’ sentiasa memerhati. Bagaimanapun, perlakuan keganasan terus berlaku.

17. Malaysia menentang penjahat dan pengganas untuk mencapai kemerdekaan serta mengalahkan mereka. Kami menggunakan tentera, namun apa yang lebih penting, kami berkempen untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

18. Peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, manakala hati dan pemikiran dikuasai.

19. Apakah puncanya? Pada 1948, tanah rakyat Palestin dirampas untuk mewujudkan Israel. Rakyat Palestin dibunuh beramai-ramai dan dipaksa meninggalkan kampung halaman. Rumah dan ladang mereka dirampas.

20. Mereka cuba melawan perang konvensional dengan bantuan jiran yang bersimpati. Bagaimanapun, rakan kepada Israel memastikan cubaan itu gagal. Lebih banyak tanah Palestin dirampas manakala penempatan Israel dibina secara meluas di atas tanah Palestin. Pada masa sama, rakyat Palestin dinafikan akses terhadap penempatan yang dibina di tanah mereka.

21. Awalnya rakyat Palestin cuba melawan menggunakan lastik dan batu. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan ditangkap. Ribuan lagi dipenjarakan.

22. Kecewa dan marah, kecundang dalam menentang peperangan konvensional, rakyat Palestin beralih kepada apa yang kini dipanggil keganasan.

23. Dunia langsung tidak peduli ketika Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa. Rakyat Palestin melancarkan roket biasa yang tidak mencederakan sesiapa. Israel bertindak balas secara besar-besaran, melancarkan roket dan mengebom hospital, sekolah serta pelbagai bangunan yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak dan pesakit. Dan ramai lagi.

24. Dunia menghargai Israel dan sengaja membakar perasaan Palestin dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

25. Kemarahan membuak dan kekecewaan rakyat Palestin serta rakan yang bersimpati, mendorong mereka bertindak terhadap apa yang dipanggil keganasan. Namun demikian, penting untuk kita memperakui bahawa apa juga perlakuan yang menakutkan orang ramai, turut mendorong kepada keganasan. Dan negara yang mengebom atau melancarkan roket hingga mencacatkan atau meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, juga menakutkan orang ramai. Ini juga adalah perlakuan keganasan.

26. Malaysia bencikan keganasan. Kami akan menentangnya habis-habisan. Namun kami percaya, satu-satunya cara untuk menentang keganasan ialah dengan menghapuskan puncanya. Benarkan rakyat Palestin mendapatkan kembali wilayah mereka. Izinkan pembentukan negara Palestin. Hidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Penentangan terhadap mereka tidak akan menghentikan keganasan. Cubaan untuk mengatasi mereka juga tidak akan berhasil.

27. Kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa PBB, seperti mana Liga Negara-Negara satu ketika dulu, dibentuk dengan matlamat murni untuk menamatkan peperangan antara negara.

28. Peperangan bermakna membunuh manusia. Peperangan moden cenderung kepada pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan negara. Negara bertamadun mendakwa mereka menentang pembunuhan atas apa alasan sekalipun. Apabila seseorang membunuh, dia melakukan jenayah bunuh. Dan balasannya mungkin hukuman mati.

29. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, peperangan menggalakkan dan membenarkan pembunuhan. Malah, pembunuhan itu dianggap mulia manakala pembunuh dijulang sebagai wira. Dada mereka disemat pingat manakala patung didirikan bagi mengenang jasa mereka, nama pula dicatat dalam buku sejarah.

30. Ada yang tidak kena dengan cara kita berfikir, dengan sistem nilai kita. Bunuh seorang lelaki, itu adalah pembunuhan. Bunuh sejuta orang dan anda menjadi wira. Dan kita masih percaya konflik antara negara boleh diselesaikan dengan peperangan.

31. Oleh kerana kita masih begitu, kita mesti bersedia untuk berperang. Pepatah lama mengatakan ‘untuk mendapat keamanan, siap sedia untuk berperang’. Dan kita selama-lamanya bersedia untuk berperang, mencipta lebih banyak senjata yang merosakkan. Kita kini mempunyai bom nuklear, yang mampu memusnahkan seluruh bandar. Tetapi sekarang kita tahu radiasi yang berpunca daripada letupan akan memberi kesan terhadap negara yang menggunakan senjata itu sendiri. Perang nuklear akan memusnahkan dunia.

32. Ketakutan ini menyebabkan negara Eropah dan Amerika Utara mengekalkan keamanan selama lebih dari 70 tahun. Tetapi itu bukan untuk negara lain. Perang di negara lain boleh digunakan untuk menguji senjata baharu yang dicipta.

33. Dan mereka menjualnya ke negara berperang. Kita melihat senjata mereka dalam perang antara negara kecil. Ini bukan perang dunia tetapi tidak kurang kemusnahan yang dibawa. Ratusan ribu orang dibunuh, seluruh negara hancur dan negara itu muflis disebabkan senjata baharu yang hebat ini.

34. Namun peperangan ini memberi keuntungan kepada pengeluar dan pedagang senjata. Perniagaan senjata kini menjadi perniagaan terbesar di dunia. Mereka mendapat keuntungan tak bermaruah daripada kematian dan kemusnahan yang yang berpunca daripada mereka. Malah sebenarnya, negara yang kononnya mencintai keamanan ini yang mempromosikan perniagaan memalukan ini.

35. Hari ini, senjata menelan kos berjuta ringgit. Jet pejuang berharga kira-kira AS$100 juta. Dan kos penjagaan serta penyelenggaraan membabitkan berpuluh juta dolar. Tetapi negara miskin dipujuk untuk membeli walaupun mereka tidak mampu. Mereka diberitahu jiran mereka atau musuh memilikinya, maka penting untuk mereka mempunyai senjata sama.

36. Justeru, ketika rakyat mereka kelaparan dan tertekan akibat pelbagai jenis penderitaan, sebahagian besar bajet diperuntukkan untuk membeli senjata. Hakikat bahawa pembeli terbabit mungkin tidak perlu menggunakannya langsung, tidak melintasi pemikiran si penjual.

Puan Presiden,

37. Di Myanmar, umat Islam di wilayah Rakhine dibunuh, kediaman mereka dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri, lemas di lautan, berteduh di pondok jerami, ketiadaan bekalan air atau makanan, jauh sekali kemudahan sanitasi. Namun demikian, pihak berkuasa Myanmar termasuk seorang penerima Anugerah Nobel Keamanan, menafikan itu berlaku. Saya percaya kepada prinsip tidak mencampuri hal-ehwal dalaman negara lain. Namun apakah dunia hanya memerhatikan pembunuhan beramai-ramai berlaku tanpa berbuat apa-apa? Semua negara bebas merdeka. Tetapi apakah ia bermakna mereka mempunyai hak membunuh rakyat sendiri, hanya kerana mereka merdeka?

Puan Presiden,

38. Pada masa sama, dari aspek dagangan, negara tidak lagi bebas. Perdagangan bebas bermakna negara kecil tidak melindungi industri kecil mereka. Mereka mesti mengetepikan sekatan tarif dan membuka negara mereka kepada kemasukan produk negara kaya serta berkuasa. Namun demikian, produk biasa negara kecil tertakluk kepada sekatan licik supaya mereka tidak dapat menembusi pasaran mewah. Minyak kelapa sawit Malaysia dilabel sebagai berbahaya kepada kesihatan manakala ladangnya dikatakan memusnahkan habitat haiwan. Produk makanan negara kaya didakwa bebas daripada minyak sawit. Kini diesel sawit dikecam kerana memusnahkan hutan dara. Kelompok ini terlupa pemulauan minyak sawit ini menyebabkan ratusan ribu pekebun kehilangan pekerjaan dan tidak dapat menikmati kehidupan sempurna.

39. Di Malaysia, kami amat mengambil berat perihal alam sekitar. Kira-kira 48 peratus daripada negara kami adalah hutan dara. Mampukah penentang kami membuat dakwaan sama mengenai negara mereka?

Puan Presiden,

40. Malaysia komited terhadap pembangunan mapan. Kami telah mengambil pelbagai langkah, sebagai contoh meningkatkan kaedah pengeluaran bagi memastikan pengeluaran minyak kelapa sawit dilakukan secara mapan. Menjelang Disember 2019, piawaian Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) akan menjadi mandatori. Ini akan memastikan setiap titisan minyak sawit keluaran Malaysia akan diperakui mapan menjelang 2020.

Puan Presiden,

41. Di seluruh dunia, kita menyaksikan aliran berbahaya membabitkan nasionalisme. Kerajaan cenderung menjadi populis, menjauhi kerjasama antarabangsa dan menutup sempadan kepada pergerakan bebas orang ramai, barangan dan perkhidmatan walaupun pada masa sama, mereka lantang menyebut mengenai dunia tanpa sempadan, perdagangan bebas. Pada ketika globalisasi ada manfaatnya, impaknya jelas mengancam kebebasan negara kecil. Kita tidak boleh bersuara atau bergerak tanpa ada yang mendengar dan merakam pergerakan yang diguna untuk menentang kita. Maklumat berkaitan semua disimpan dan dijadikan bahan dagang oleh negara berkuasa serta pertubuhan mereka.

42. Malaysia memuji usaha PBB ke arah menghapuskan kemiskinan, memelihara bumi dan cuba memastikan setiap orang menikmati keamanan dan kemakmuran. Bagaimanapun, saya ingin merujuk terhadap perlunya pertubuhan ini melalui beberapa perubahan. Lima negara atas dasar kemenangan lebih 70 tahun lalu, tidak boleh mendakwa mempunyai hak untuk menentukan hala dunia selama-lamanya. Mereka tidak boleh memperkudakan moral, melaungkan demokrasi dan perubahan rejim negara lain di dunia sedangkan mereka menafikan demokrasi dalam pertubuhan ini.

43. Saya pernah mencadangkan kuasa veto tidak sepatutnya dipegang oleh hanya satu anggota tetap, sebaliknya sekurang-kurangnya dua kuasa besar dengan disokong tiga negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan. Perhimpunan Agung boleh menyokong keputusan itu dengan majoriti mudah. Itu saja yang ingin saya katakan,

44. Saya akui, dunia akan kucar-kacir tanpa PBB. Kita perlukan PBB, kita perlu mengekalkannya dengan dana mencukupi. Tiada siapa berhak mengancamnya dengan kekangan kewangan.

Puan Presiden,

45. Selepas 15 tahun dan pada usia 93 tahun, saya kembali ke podium ini dengan memikul tanggungjawab berat membawa suara dan harapan Malaysia baharu ke pentas dunia. Rakyat Malaysia yang bangga dengan pencapaian demokratik mereka baru-baru ini, mempunyai harapan menggunung - untuk melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran - di seluruh dunia. Kami berharap PBB akan mendengar permintaan kami ini.

Terima kasih, Puan Presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 12:11 AM
© 2018 Harian Metro,
New Straits Times Press (M) Bhd.

MAI JUMPA AKU DI SINI...

PERJUMPAAN SANTAI MANTAN PEMUDA SEMPENA PAU2018

Dgn hormatnya sahabat2 dijemput ke majlis di atas spt berikut:
Tarikh   : 28SEPT2018 (Jumaat)
Mada    : 8.30 mlm
Lokasi  : Dewan Makan Tingkat 1, Restoran Haslam, 10 Jln Pahang Barat, off Jln Pahang KL


Kehadiran sahabat2 didahului dgn ucapan terima kasih

Thursday, September 27, 2018

YANG KENA KENCING TAK BERDOSA CUMA VANGANG JE..


Calon bebas wajar tarik diri dan memberi sokongan samada kepada Anwar atau Pas. 

KJ KEKAL SETIA BERSAMA UMNO


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengakui hampir menangis apabila mendapat tahu Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapha Mohamed mengambil keputusan meninggalkan UMNO.

Bekas calon Presiden UMNO itu mengakui amat rapat dengan Mustapa atau mesra dengan panggilan Tok Pa Pa dan mengakui tidak pernah diberitahu (Tok Pa) mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti pembangkang itu.

“Sebab utama saya mahu selamatkan UMNO dan kekal dalam UMNO adalah disebabkan kehadiran individu seperti Datuk Seri Mustapa dan apabila beliau meninggalkan parti, ia mewujudkan ruang kosong kepada parti,” jelasnya semasa ditemu bual menerusi rancangan 'The Breakfast Grille' yang disiarkan BFM pagi tadi.

“Saya sedih kerana bukan sahaja kita kehilangan sinar harapan dalam parti tetapi juga kehilangan rakan sekutu yang faham pandangan ‘centrist’ dan identiti sebenar UMNO.

Jelas Khairy, beliau bersetuju dengan Tok Pa mengenai UMNO yang berhadapan dengan defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat, malah beliau percaya UMNO berada pada kedudukan yang lebih buruk berbanding ketika parti itu kalah pada Pilijan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Jelasnya, walaupun rakyat semakin kritikal terhadap kerajaan tetapi ia tidak diterjemah kepada peningkatan sokongan untuk UMNO.

“Lihat sahaja keputusan beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, lihat sahaja prestasi kita!”.


Wednesday, September 26, 2018

PAS PERLU MELAKUKAN SESUATU YANG LUAR BIASA DI PORT DICKSON

Persetujuan PAS untuk bertanding di PRK Port Dickson metupakan satu langkah yang tepat,  penyuburan demokrasi dan berpotensi menang.

Sesuatu yang luar biasa tentang calon yang sesuai perlu diambilkira. Tidak mustahil meletakan calon dari kalangan pemimpin umno yang sesuai dengan perjuangan PAS bagi meraih undi penyokong umno di PD yang kecewa dengan keputusan umno yang tidak meletakan calon.

Calon dari bukan Melayu juga wajar dipertimbangkan kerana undI majoriti 60% bukan Melayu.

Atau seseorang pemimpin PAS Negeri Sembilan yang mempunyai nama dan ketokohan.

JANGAN TERTIPU.. PENCURI DI MANA MANA

Kes Kecoh :

BERHATI2 DENGAN LOAN AEON CREDIT..!!

kisah hr ini

Balik kg jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun Bsn miliknya, hasil jadi guru kafa bertahun2 tetiba kosong. Padahal beliau tidak pernah mengeluarkan duit dr akaun tersebut, kerana itu simpananya utk pergi haji dan umrah.  Bila pergi tanya di bsn, rupa2nya dipotong oleh AEON CREDIT secara auto debit.

Kisahnya bermula bila abah beli motosikal skuter utk kegunaan mak pada tahun 2013.
Harga motosikal = rm5760
Deposit = rm1150
Pembiayaan AEON = RM4610
Ansuran bulanan rm = 167 selama 36 bulan (3 tahun)
Jumlah keuntungan AEON = RM1402
Keseluruhan jumlah perlu dibayar kepada AEON = RM6012

 Abah diberitahu bahawa beliau perlu membayar di wakil kutipan AEON di SenHeng bandar Tanah Merah. Abah diingatkat utk membayar sebelum 2hb setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2hb, AEON CREDIT akan terus memotong secara autodebit dr akaunnya. Oleh kerana bayaran gaji guru kafa aialah di antara 15hb - 22hb, maka abah x pernah lewat membayar walaupun sehingga 30hb.

Kini menjelang April 2016, tetiba abah menerima panggilan talifon dr AEON mengatakan beliau perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Abah yg kebingungan hanya menuruti arahan dr pihak AEON utk terus membuat pembayaran di SenHeng.

Sampai satu masa abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal utk membuat pembayaran setiap bulan tanpa gagal. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah beliau sedar yg semua simpanannya telah habis kosong. Beliau diberitahu oleh pihak bank bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh AEON.

MAKNANYA, AEON CREDIT MENGAMBIL PEMBAYARAN DR ABAH MELALUI SENHENG DAN PADA MASA YANG SAMA MENCURI DR AKAUNNYA SETIAP BULAN.!!!

PEMBAYARAN DI SENHENG SELAMA 3 TAHUN
RM167 X 12 Bulan X 3 tahun = RM6012

JUMLAH DICURI DR AKAUN SELAMA 3 TAHUN
RM168 X 12bulan × 3tahun = RM6048

JUMLAH BAYARAN KEPADA AEON TERMASUK YG DICURI = RM12,060..!!!

Hari ini sy membawa abah dan mak ke Manal motor & SenHeng Tanah Merah utk mendapatkan penjelasan.

Kedua2 wakil AEON ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini. Seolah2 ini adalah perkara biasa bg mereka.

Sy bertanya, jika org kampung kurang pendidikan, x sedar perkara ini maka duitnya hanguslah?
Jawapannya YA!!

Jadi berhati2lah dgn AEON CREDIT ni. Kalau ada mak ayah dikampung atau adik beradik yg buat pinjaman, rajin2lah tanyakan kabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dr org2 kampung yang kurang faham sistem jahat mereka ini.

Kami Menuntut wang kembali adalah satu hal. Tapi bagaimana pula dengan org2 lain yg x sedar mereka ditipu?

Tlg share ramai2 supaya tiada lg yg tertipu dgn AEON CREDIT ni.

#janganTertipu
Cnp

JADUAL MAHKAMAH POLITIK

2018 / 2019 
Siasat Tangkap Dakwa

2019 / 2020 
Dakwa Bicara Tangguh

2021 / 2022 
Bicara Tangguh Hukuman Rayuan

2023
PRU15

Agak² siapa boleh menang.. 
Agak² siapa yang bangkit..
Agak² siapa yang terbenam. .

....

RAKYAT SETUJU SOKONG NAJIB BUKA MULUT SELUAS LUASNYA... Buat buku atau kerap adakan sidang akbar.. Biarlah dia lakukan sesuatu yang menyeronokan sementara masih diluar.. 




Tuesday, September 25, 2018

PENYAKIT ALA ALA NAJIB SUDAH MULA SAMPAI PADA ANWAR

Mengangkat dirinya Terlalu Melayu dan Islam.. 

MENGANGKAT DIRINYA TERLALU MELAYU DAN ISLAM

Apakah itu FAKTOR yang anwar mahu orang lain percaya bahawa itulah yang menyebabkan ramai yang tidak bersetuju dan menyerangnya..

Siti kassim mungkin percaya tetapi tidak pada yang lain.. 

Di mana melayu nya anwar?
Di mana Islamnya anwar? 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=239204493412755&id=170782270254978


Tak pasti anwar sudah di angkat taraf negarawan atau tidak tetapi ucapannya di Majlis Syarahan Negarawan DBP dengan menyerang siti kassim budak hingusan nyata tidak relevan. 
Negarawan dont talk about small kids ....

Belum ada kuasa,  sudah  keparatkan orang lain yang berbeza pendapat dengannya... 

DI MANA ADA ANWAR DI SITU KEBETULAN ADA POLITIK WANG, SATU KEBETULAN?


https://www.facebook.com/31373189944/posts/10151545675794945/




Mereka yang tertentu menggunakan wang untuk membeli undi perlu hentikan segera jika tidak berada di kem yang sama.

Pemimpin² tertentu yang bertanding juga perlu lebih berhati hati kerana mampu diperangkap,  dikonspirasi disabitkan.
Orang kiri kanan mereka mampu dibeli untuk membuat 1001 pengakuan yang mencemar menjejas imejnya dalam perebutan jawatan tertinggi.

Anwar perlu fokus bersihkan politik wang di PKR untuk dilihat mampu menjadi seorang PM yang berkebolehan mengawal korupsi..


PAS WAJAR IKUT SEMANGAT JUANG UMNO, BOIKOT PRK PD..


Inilah masanya menunjukan kerjasama yang erat,  seia sekata. 

Fatwa boleh diubah-ubah!!! 

Kalau bertanding pun ada ke zahid akan turun sokong seperti di Seri Setia. 





TIADA MAAF UNTUK RAFIZI...


Patut le pun sebok nak bertanding Timbalan Presiden dan gopoh gapah nak Anwar jadi PM... 
?

Takkan jawapan akan skema. ....sekadar bergurau dengan Tabung Haji !!!! 


Monday, September 24, 2018

ANWAR MENGUNDANG CELAAN..

Anwar sepatutnya sesudah diberi pengampunan mengambil langkah jauh ke hadapan sesuai dengan pengampunan tersebut,  jangan tergedik gedik dengan statement politik. 

Buatlah kerja² dakwah,  pergi haji, pergi umrah berulangkali, jangan tunggu macam najib,  dah tersepit baru nak ke sana berulangkali!!?? 

Jangan jatuh di lubang yang sama berulangkali,  tuduhan liwat bermula era Tun berulang di era Najib dan apakah akan berulang lagi... 

Anwar patut tinggalkan dunia politik selepas diberi pengampunan,  dibersihkan di dunia.. Politik bukan rezeki Anwar?

Cukuplah isteri TPM,  anak MP.. Biarlah politik diwarisi.

Cukuplah jadi guru politik,  siffu politik seperti Daim yang tiada jawatan tetapi selalu dirujuk,  yang masih berbisa.. 

Jika Anwar berada di kedudukan tersebut,  sudah tentu dia mampu menasihati Tun untuk berundur dan serahkan kuasa kepada generasi pelapis yang lebih muda.. Tanpa kepentingan dirinya. 


JASA BELUM CUKUP, TAPI GELOJOH BEREBUT JAWATAN YANG LEBIH..

Di dalam satu upacara rasmi dimana bila bendera negara Indonesia dinaikkan talinya telah tersangkut - seorang budak telah tampil kedepan dan terus panjat tiang bendera bagi cuba baiki tali tersebut. 

Kerana keberanian dan kerelaan budak tersebut,  upacara kibarkan bendera telah berjaya diteruskan. 

Budak tersebut telah dibawa ke jarkata utk berjumpa presiden Jokowi dimana budak tersebut dihadiahkan pendidikan percuma seumur hidup, sebuah rumah dan wang tunai rp50 juta. 

Rezeki dan kedudukan milik Allah dan hanya dikurniakan melalui pelbagai cara dan kepada seseorang atas jalan dan perancangan Allah sahaja. 

Jangan yang dikejar tak dapat,  yang dikendong keciciran. 


Aku pesan pada aku sahaja.. 




PUSAT TAHFIZ JADI LUBUK KAKI LIWAT?


Suatu kenyataan yang sangat mencemar dan pahit kerana Pusat Tahfiz membawa maksud yang lebih baik dari itu tetapi kini terselit dengan beberapa kemungkaran,  penipuan dan soal keselamatan? 

Ini bukan kes pertama dan terakhir.. 

Arahkan setiap pelajar tahfiz seluruh negara buat pemeriksaan,  kemungkinan ada lagi yang lebih mengejutkant? Atau kita rela simpan,  sapu bawah karpet? 

Yang terlibat 100% Melayu 100% Islam - hanya sekadar masih mahu jadi isu politik? Didebatkan dan kemudiannya basi.. Tunggu lagi kes baru.. Didebatkan dan basi... 

Kalau dicadangkan tutup,  lobai kata anti Islam,  lobai tunjuk kilang arak kenapa tak tutup? Penyelesaiannya di mana? 



# Sedikit response kepada komen Rahman JPC di bawah:

Klik https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=474102

Klik https://www.alinea.id/amp/nasional/keberadaan-lgbt-dalam-khazanah-indonesia-b1UsI9sY


APAKAH BENAR ANWAR DAN MAHATHIR SEDANG BERPERANG?

Sebelum menjawab soalan tersebut,  perkara pokok dan utama yang perlu diberitahu bahawa tujuan mengundurkan najib dan menewaskan umno dan pas sudah tercapai. ...

Itu satu kepuasan kerana itu kemenangan rakyat,  suara rakyat yang akan terus memainkan peranan penting selepas ini.

Suara ahli parti tidak cukup untuk memenangkan sesiapa pun.  Jika DAP dan PKR fikir kerusi mereka banyak atas kekuatan mereka, itu belum cukup terjamin akan kekal di PRU atau PRK akan datang. 

Tun atau sesiapa sahaja yang ingin menumpang nama di atas kejayaan ini adalah 2ndary. Anwar boleh claim peranannya,  bagi rakyat does mot matter. 

Setakat ini,  seburuk manapun PH,  umno dan pas tetap ditolak sepenuhnya. Setakat ini belum ada satu sebab pun untuk memberi peluang kepada umno untuk kembali menjadi kerajaan. 

Jika ada pertembungan antara Mahathir Anwar secara tertutup atau secara terbuka,  ia bukan satu masalah besar...teruskanlah. 

Siapapun yang menang akan berhadapan dengan rakyat dan jika Anwar berjaya menjadi PM ia tidaklah semudah pidatonya di pentas. 

Siapa percaya dia akan lebih baik dari Mahathir? 
Siapa percaya Mahathir hanya berserah untuk kalah? 

KATANYA PH TAKUT DENGAN KERJASAMA UMNO PAS..


Itu yang dikicau siang malam.. 

Rupanya makin bacul jadinya.. 
Kalau pilihanraya pun boikot, baik bubar je parti. .jadi persatuan bahasa ibonda..  

SENDIRI DENGAR, HIGH VOLUME, SENDIRI FIKIR??? SENDIRI PUNYA JAWAPAN


Loud and clear

PENANGGUHAN UNDI DALAM PKR


Siapa yang mengendalikan?
JIka bukan pihak luar,  JIKA BUKAN yang bertauliah audit dan akaun, berwibawa,  bebas dan adil, HENTIKANLAH... 

JIKA sistem pengundian ada button boleh menangkan,  ada button error, ada button delete,  ada button resetting, HENTIKANLAH.. 



Jika sistem sudah siap, bererti sudah ribuan running test,  dilaksanakan tetapi bermasalah, ertinya ada reconstruction dalam networking database? double id?  Double click?  Re-entry? Re-placement? 

Dalam sistem online, di peringkat awal ini,  pengundian sewajarnya boleh dilakukan serentak sekurang-kurangnya dibahagikan mengikut masa dan zone,  seluruh Malaysia memadai dalam tempoh seminggu sahaja dan keputusan hanya boleh diumumkan di semua zone pada satu tarikh sahaja atau sehari seleoas tarikh mengundi terakhir. 

Semua transaksi dan data dilakukan oleh sistem, semudah kita berurusan di ATM kiosk. 


# Rafizi sebekum ini mensyaki pengundian kacau bilau ini mungkin dicetuskan oleh pihak yang mungkin kalah. 
Setakat ini siapa yg kalah sebenarnya? 

Yang kena tangkap dengan SPRM sebelum di Kedah ini adalah orang kuat Rafizi?? 




Sunday, September 23, 2018

ARAB PUN TARIK DIRI, TAK MINAT LAGI?


PENGGANTI PAS DAN UMNO

Kekosongan cukup terasa bagi bangsa Melayu dan Islam untuk berjuang di satu wadah parti yang tidak melampau dan tidak juga songsang..

BERSATU dan AMANAH yang diharapkan jelas tidak sampai ke tahap itu,  nak kata melayu tak melayu,  nak kata Islam tak Islam.

UMNO dan PAS tersasar, malah kepimpinan sudah banyak rekod tercalar mulut,  perbuatan,  akhlak dan amanah.  Sudah sukar untuk mempertahankan mereka.

Takkan dan mustahil PKR.

Sambung...

UMNO PAS PUCAT LESI TAK ANGKAT MUKA APABILA ABANGLONG KASI WARNING...

Ayoyo!!!

MCA says would kill BN if Umno marries PAS

https://www.malaymail.com/s/1675576/mca-says-would-kill-bn-if-umno-marries-pas



tak berkokok umno pas dibuatnya...

_padan kena sekeh dgn mca jah_..

Copynpaste


PERINGATAN KEPADA BARUA² INI JANGAN BERLAGAK DI JALANRAYA




# Kalau sesiapa di sini yang makan cili,  rasa lah pedasnya,  dah lama aku nak cakap pasal puak yang perasan ni.. 
Kalau ada saudara dan kawan² yang terlibat,  sampaikan,  memang pengguna jalan raya menyumpah dan maki hamun puak ni,  kalau spontan ada yang doakan kecelakaan kepada mereka pun tidak mustahil... 
Lembu pun tahu menghormati pengguna jalanraya lain.. 

# Penunggang motorsikal kuasa besar patut dikenakan tol tertinggi sebab pengguna mereka ni majoriti tidak sengkek. 

# Penunggang motorsikal kuasa besar malaysia patut ambik contoh penunggang dari singapura yang tidak berkonvoi, sebaliknya mempergunakan kelajuan untuk sampai ke destinasi. 

# Konvoi motorsikal besar atau kecil tanpa Polis mengiring wajar diharamkan dengan denda yang maksima. 


PRINSIPNYA: HUTANG KENA BAYAR.. LEBIH² LAGI BAYARAN HUTANG ITU BAGI DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN PULA...

Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya amanah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Katanya, beliau menyokong penuh apa yang diperkatakan Dr Mahathir dimana peminjam harus bersikap amanah dalam melangsaikan hutang masing-masing.

"Manifesto satu perkara, tetapi apa yang diperkatakan ialah tentang sikap amanah. Ini yang ditekankan Tun Dr Mahathir, amanah untuk melangsaikan hutang apabila kita meminjam.

"Pembangkang semua benda nak politikkan. Politik letak tepi. Kita bicara tentang akhlak moral. Kita pinjam duit, kita bayar. Kalau boleh bayar RM50 sebulan, kita bayar lah RM50.

"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Siputeh di Padang Sera Kodiang, Jerlun Kedah hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik PTPTN menjangkau sehingga RM36 bilion.

Katanya, kebanyakan daripada peminjam mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN.

........

Perlaksanaan sewajarnya secantik perancangan.. 

Utk rakyat Perak shj - Sesiapa yg lahir/duduk di Perak lebih dari 10 tahun, tolong isi borang di pjbt ADUN kawasan anda utk permohonan beberapa jenis bantuan yg disediakan kjaan negeri spt berikut:

*SKIM-SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT Perak

Ramai penduduk tetap Perak tidak tahu bahawa ada bantuan yang sedia ada. Sila rujuk link yang tertera dibawah.  

1. Newborn/kelahiran/: RM 1,500 (TAWAS).
🌐 http://www.tawas.org.my/

2. Nursery assistance/penjagaan anak: RM100 setiap bulan. (SiKembar) 
🌐 http://e-sikembar.org

3. Pre-school assistance/pendidikan pra-sekolah RM50 (TUNAS). 
🌐 http://e-tunas.org

4. University students/bantuan pelajar university: RM1,000
🌐 https://hpipt.perak.gov.my/

5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa
🌐  http://tkwbns.perak.gov.my/portal/

6. Funeral expenses for senior citizens & OKU/perbelanjaan pengebumian : RM2,500 (SMUE) 
🌐 e-mesra.org.my

7. Free water/air percuma: 20m cube/month.
🌐 http://ipr.perak.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/

8. Microcredit business loans without interest/pinjaman mikro kredit tanpa faedah: Up to RM50,000 (Hijrah).
🌐 http://www.hijrah-perak.com/

9. Wedding/perkahwinan: RM500/person (Insentif Perkahwinan). 
🌐 https://i-kahwin.perak.gov.my/

10. Medical check up for women: (Mammogram) 
🌐 http://ipr.perak.gov.my/skim-kesihatan-wanita/

11. Free SPM tuition/tuisyen SPM percuma: (Pusat Tuisyen Rakyat SPM) 
🌐 http://ipr.perak.gov.my/pusat-tuisyen-rakyat-perak/

12. Skim Peduli Sihat
Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).
🌐 http://www.pedulisihat.com/

13. Skim Rakan Bercham Medical Center (BMC)
📌 Kad khas untuk pengundi DUN Bercham dan berumur 60 tahun dan ke atas
📌 Dapatkan borang di Pejabat Adun Bercham

14. Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp)
🌐  http://ipr.perak.gov.my/program-bantuan-food-stamp/

15. Khidmat Bas Perakku PERCUMA
🌐   http://ipr.perak.gov.my/khidmat-bas-perakku-percuma/

16. Perkhitmatan Wifi Perakku PERCUMA
🌐  http://ipr.perak.gov.my/wifi-smartperak/

17. Skim Rumah Perakku
🌐  http://ipr.perak.gov.my/skim-rumah-perakku/

18. Bantuan Kesihatan Perak: RM 5000
Percuma untuk dialisis buah pinggang/pembedahan kecil/katarak mata/kaki palsu/lain2 permohonan
🌐 http://bantuansihat.perak.gov.my/

19. Program Dana Usahawan Mikro Perak
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak

20. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Perak
Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak

21. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak

22. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Perak
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak

23. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500
📌 Hubungi Pejabat Adun atau MBI Perak

24. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000
📌 Hubungi Pejabat Adun 

25. Program Bantuan "Back To School": 
📌 Hubungi Pejabat Adun 

26. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100
📌 Hubungi Pejabat Adun 

T&C apply. For more info, please visit any of your Pusat Khidmat ADUN or log onto 
*🌐 http://ipr.Perak.gov.my/*


If you're not a Perak resident. Do help spread the information. Every bit helps.


# suharli masrop jangan malu² mohon

TUN BAWA IMEJ WIBAWA SAMPAI KE LUAR NEGARA - WARTAWAN DUNIA TERTUNGGU TUNGGU

Nampaknya PM Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke suatu tempat yang pada saya seorang tukang karut ini, beliau ada apa yang orang putih kata 'a love-hate relationship'.

Beliau akan berucap sekali lagi di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, 15 tahun setelah bersara mulanya dan kini muncul semula sebagai ketua kerajaan Malaysia.

Pada saya Dr Mahathir ini boleh terima keujudan PBB. Namun yang dia tak boleh terima ialah ujudnya ketidak adilan didalam banyak urusan PBB itu, khususnya yang mengenai kuasa veto kuasa-kuasa besar dan lumpuhnya badan dunia itu terhadap penganiayaan terhadap masyarakat lemah seperti di Palestin oleh rejim Zionis.

Pernah sewaktu saya bertugas di New York dahulu Dr Mahathir datang ke PBB selepas melawat kilang Motorola di Chicago. Tapi di PBB itu dia tidak pergi pun bertemu Kofi Annan yang ketika itu setiausaha agungnya.

Sebaliknya Dr Mahathir cuma kesana untuk bertemu rakan baiknya, Presiden Cuba, Fidel Castro. Tajuk satu berita di New York esoknya, "Mahathir snubbs Kofi Annan".

Saya jangka media asing sedia menunggu ketibaan beliau disana. Banyak soalan dia kena bersedia untuk jawab rasanya.

Sudah tentu dia ditanya tentang DS Najib dan 1MDB, tentang hubungan M'sia dan China serta juga dasar luar Malaysia dibawah pentadbirannya kini.

Tapi dari pengalaman saya buat liputan Dr Mahathir ini diserata dunia, tanyalah apa pun padanya, letaklah beratus pun microphone depannya dan silau macamana pun matanya oleh flash camera, beliau tetap akan jawab semua soalan.

Senang betul buat liputan berita Dr Mahathir itu. Banyak story boleh buat.

Mustapha Kamil 





Ex Head Chief Editor NST .....


Klik ADA YG MAHU DERMA TAPI ADA UDANG DI SEBALIK BATU

BERSATU TIDAK TERIMA BEKAS PEMIMPIN UMNO DENGAN MUDAH? ADA YG SENTAP, TAK JADI KELUAR UMNO?

Penafian demi penafian... 
"Saya masih ahli umno" 
"Saya masih setia dengan umno.."
"Itu khabar angin.. .

Kikikiki

Saturday, September 22, 2018

MELAYU DAN ISLAM KENA TUNJUK, BUKAN CAKAP BERLEBIHAN...

Bercakap tentang melayu dan Islam secara berlebihan,  berdemo setakat 30 orang,  itukah melayu dan Islam..


Alhamdulillah,  lokman jadi bodoh setakat dirinya sorang²..

Seorang pemuda melayu partime jual burger. tak tinggal solat...

Itu antara contoh terbaik, lebih melayunya dan Islamnya berpuluh kali ganda..
Dia buat kerja sebagai melayu yang tidak malas, tidak hasut,  tidak fitnah dan ikut sunnah Nabi, bisnes, dan tetap mematuhi perintah Allah.

Yang tak beli burgernya tidak pula dikafirkannya.

....

Parlimen adalah tempat terbaik,  tempat yang disediakan untuk memperjuangkan segala yang hak di sisi perlembagaan.

Hentikanlah amalan lama,  bila ada kuasa, lokman telan segala gaji dan lumayan lantikan politik, ada ingat makcik di kampong? Ada berdiri di depan sogo lebih dari dua minit??? Lebih banyak masa untuk cium tangan...

Hentikanlah amalan lama, pak pemimpin pak pementeti jangan ikut style lama,  bila ada kuasa,  jadi pencuri, salahguna kuasa.


.......................
ROS kini bertindak tegas terhadap PAS dan UMNO. Bijak...memang tindakan yg betul apabila telah meminta PAS menggugurkan perkataan ISLAM tersebut. 

Bimbang ianya mencemarkan nama baik Islam..ROS telah mengarahkan PAS menamakan atau menjenamakan semula Parti PAS itu tanpa meletakkan ISLAM di dalamnya. 

PAS di beri tempoh sehingga bulan November bagi mengemukakan nama baharu parti tersebut atau PAS akan di HARAMKAN..


UMNO turut juga di minta mengemukakan nama2 ahli kerana ROS dengan jelas menyatakan bhw UMNO telah melanggar peraturan, syarat2 ROS dan perlembagaan UMNO sendiri dengan mengambil ahli2 yg bukan MELAYU. 

UMNO di minta memberi penjelasan kepada ROS dalam tempoh 21 hari atau perlu menerima tindakan pengharaman terhadap pertubuhan tersebut. 

Jika UMNO masih mahu mengekalkan ahli bukan Melayu....mereka hendaklah atau wajib membuang nama MELAYU pada nama pertubuhan mereka itu.

ANWAR LEBIH ISLAMIK ATAU LEBIH MELAYU

Kenapa Anwar layak dipertimbangkan sebagai PM? 
Belum ada pemimpin Melayu Islam yang dapat menjuarai Melayu dan menjuarai Islam sekaligus.. Seperti Anwar. 

Hadi mungkin tertolak kerana melayunya kurang,  Tun Mahathir tertolak kerana arabnya kurang.. 
Zahid tak cukup Melayu tak cukup Islam... Tertolak sebab tak cukup Inggeris. 

Mat Sabu Melayunya pertengahan,  Islamnya pertengahan,  sesuai jadi Timbalan pada Anwar. 

Najib bugis, terlebih arab,  ditolak kerana kurang amanah. 

Tetapi ada juga pemimpin,  depan cina cakap lain,  depan india cakap lain,  depan melayu cakap lain,  depan sabah cakap lain,  depan sarawak cakap lain,  depan amerika cakap lain, belakang arab cakap lain... Ini nak panggil apa "king"?

Tetapi akhirnya,  terima atau tolak.. Kita ukur dan sabit pada akhlak dan amanah mereka untuk menjadi pemimpin kita. 

InsyaAllah. 







JANGAN LIWAT, JANGAN HAMPIRI LIWAT... NAK TIRU UNDANG² JEPUN PUN APA ADA HAL...


https://bankami.blogspot.com/2018/09/undang2-liwat-malaysia-ditiru-daripada.html

Selagi tidak berbalik dan berpandu kepada Al Quran,  tidak ada kesempurnaan pada undang² ciptaan manusia samada made in india or jepun.

Say no to liwat,  selesai masalah..
Tak perlu berbelit spin dan nak salahkan pihak sana sinun
..


PEMIMPIN MELAYU ISLAM DIKATAKAN TIDAK SOKONG ISLAM, BAGAIMANA RUPABENTUK YANG DIKATAKAN SOKONG ISLAM?


http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/cVrkTtWFgqE/tun-m-anwar-sama-saja-tak-sokong-islam.html

Friday, September 21, 2018

KICAUAN RAFIZI SAMA STANDARD KICAUAN NAJIB

Sama sahaja matlamatnya,  nafi dan kaberap..
Setakat mana sejauh mana ada integriti..

Yang melingkupkan umno adalah najib dan diwariskan beban,  malu dan percakaran sesama pemimpin dan menjurus ke arah perpecahan.
Kepimpinan zahid walaun kerusi banyak tetapi minya nyawa kepada pas sehingga terpacul dari mulut hadi,  umno dalam kawalan kita?  Begitu murah rendah dan naif.

Najib masa berkuasa,  dicabar ke mahkamah membersihkan dirinya,  tapi enggan,  mengelak,  takut.
Hari ini katanya,   33 pertuduhan merupakan satu  peluang dia membersihkan dirinya?
Peluang or lubang?

Rafizi juga dalam situasi yang sama,  bertanding timbalan presiden atas alasan yang lemah dan bergantung kepada nama anwar. Hasilnya Anwar dilihat begitu lemah,  untuk sekat Azmin,  anak didikannya,  timbalannya seolah kena pakai orang seperti rafizi?

Anwar sudah tidak mampu menghadapi dan tangini kelajuan poliTik licik Azmin?  Begitulah persepsi.
Ini gara² rafizi punya pasal.

Apabila ini hari ada cakap² pkr akan berpecah atas pertandingan ini,  rafizi cuba kaberap..sudah mula takut pkr akan lemah..
Menafikan tidak cukup.. Berilah alasan bagaimana pkr tidak mungkin pecah kalau azmin kalah?

Beri alasan bagaimana pkr tidak berpecah jika azmin menang?  Bukankah itu satu batu loncatan satu kekuatan untuk azmin terus benar² berusaha memintas anwar sebagai PM?
Bukankah Azmin lebih layak?  Bukankah Azmin lebih kenal Anwar dan keluarganya?
Bukankah azmin lebih banyak "senjata" untuk menidakan anwar sebagai PM.

Mempergunakan Rafizi intuk menyerang Azmin merupakan satu kesilapan besar...





HUBUNGAN DENGAN UMNO - HANYA JADI BAHAN SENDA PAS



Cakap² sebelum ini mereka intim,  berkhalwat,  kahwin sudah nikah belum,  nyata bohong dan fitnah.. 

Nik amar kata,  baru keluar sekali,  baru minum semeja... Mengorat pun belum, bertunang jauh sekali... 

Hampeh!!!!! 



Nik amar mengorat tok pa... Masih ada harga! 


Thursday, September 20, 2018

PEMIMPIN BERSATU DIBUAI KUASA DI SINGGAHSANA MEREPUT..

Itu persepsi yang paling tepat,  boleh jadi 100% betul pun..

Ketika peningkatan ahli PKR dan AMANAH naik mendadak,  Tun asyik memberi statement ke arah menghalang kemasukan pemimpin.

Kemasukan pemimpin akan membawa bersama penyokong dan meramaikan ahli yang boleh menggerakan parti di akar umbi. 
Pemimpin akan keluar dan pergi,  parti memerlukan pelapis. 

Pemimpin dan ahli BERSATU sekarang ini pun merupakan sebahagian pihak yang kalah dan kecewa semasa di umno dan mereka juga tidak sesuci mana pun. 

Sokongan ikhlas dan padu kepada BERSATU datangnya dari luar, atas pagar dan pemerhati politik,  non partisian,  tiada baju politik,  colourless. 

Mana² pemimpin yang mahu join BERSATU hendaklah diletak kepercayaan dan prasangka yang baik,  soal niat mereka,  itu tak nampak dan bukan kerja Tun untuk menilai. 

BERSATU harus cepat keluar dari bayangan Tun,  harus berdikari dan ada identiti sendiri.. Ramai masuk parti AMANAH bukan kerana mat sabu tapi kerana kesederhanaan pemimpin parti tersebut. Itu cara yang sihat dan jangkapanjang. 

Masuk pkr kerana anwar atau masuk bersatu kerana Tun adalah satu kesilapan besar dalam jangkamasa panjang, manusia dan pemimpin boleh rosak dengan cepat dan mudah. 

(Muncul parti baru  PIBM yang kecil tetapi kaya,  kuat dan berpengaruh) 





Sebelum PRU15 kita berharap parti² mewakili melayu dapat dikecilkan atau disatukan... 

DAP dan PKR tidak boleh disatukan,  salah satunya mesti jadi pembangkang...

BERSATU dan AMANAH perlu cepat bersatu,  jika tidak,  parti ini akan mewarisi umno dan pas, macam kucing dengan anjing. 

Pas dan umno perlu dibubarkan...

Selepas 2020 cukuplah anwar dan mahathir sebagai sejarah,  bukan lagi coach atau pengurus, kami mahu yang baru. 


# Kelayakan anwar bertanding di PD dan status pengampunannya sedang dipertikai? - Gara² kalut. 


MALAYSIA BELUM SELAMAT... THE LAST BATTLE..

Malaysia belum selamat,  cuma mampu tarik nafas dan sedikit legaaa..
Penyatuan dan kekuatan Melayu Islam bukan sekadar parti besar tetapi mesti dibina atas kuasa yang diuruskan secara berakhlak dan beramanah..

Asas berakhlak dan beramanah sudah dibina sebelum ini tetapi runtuh apabila pemimpin² itu sekadar berkulit Melayu dan Arab tetapi hatinya tidak Islam.. Allah dibibir tetapi tiada getaran,  tiada rasa takut, tiada rasa malu. ..
Senang cakap,  lupa daratan macam si tanggang!

Umno itu melayu
Melayu itu umno

Alhamdulillah makin terhakis

Umno itu najib
Najib itu umno

Itu lebih tepat
Umno belum keluar dari bayangan najib,  zahid gagal meremajakan umno malah makin nanar tanpa halatuju jelas...

Pas itu islam
Islam itu pas

Jika ada yang setuju,  terjejaslah akidah kamu. Lebih merbahaya dari apa yang umno bawa.

Tetapi kepahitan yang telah rakyat dan negara lalui belum lagi tamat,  belum lagi penghujung kerana satu lagi malapetaka bakal muncul kerana perebutan kuasa terpaksa ditempuh..

Mari kita hadapi. Kalau keras rakus dan jahat yang datang begitulah juga kita lawan tapi jangan sampai lupa,  tidak ada manusia pun walau sehebat mana pun pakatan dan strateginya akan mampu mengubah dan mendapat apa² pun jika tidak disertai La haulawalla qhuwatailla billahila'azim.

Siapa yang menang bakal menjadi payung Melayu dan Islam dibumi bertuajh ini,  the last battle?

Jangan lupa solat Jumaat,  awal sampainya,  doakan segala yang baik, termasuk doakan juga mana² pemimpin mungkarr yang tersurat yang tersirat Allah gagalkan kemaraan dan niat tamak haloba mereka.

PESANAN ANAK KETAM KEPADA ABG² BAPAK² MAK² KETAM...


https://www.amenoworld.org/2018/09/rayuan-terbuka-untuk-semua-ahli.html


Apakah umno masih boleh bermimpi untuk menang puluhan kerusi jika PRU atau PRK di adakan sekali lagi dalam masa terdekat ketika najib sedang berhadapan dengan 33 pertuduhan?? Dan puluhan lagi sedang menunggu...

Menang dulu tu,  nasib..




MAJLIS DAKWAH NEGARA - RAPATKAN SAF.. KURANGKAN POLITIK.. COLOURLESS


Jadilah pendengar yang baik...dengar sampai habis.. masuk telinga,  simpan dalam otak kanan,  kiri,  tengah.... Hadam.... InsyaAllah selepas itu kalau sempurna  akan lahirlah  komen yang bermoral dan beretika.... 

RAIS YATIM DILANTIK




MAKCIK FELDA TANYA APA ITU AMLA?



Amla bukan filem hindustan,  bukan shahruk khan atau deepak

How to explain? 

Memiliki sejumlah wang secara tidak sah? 
Tiba² wang dimiliki,  dalam akaun,  bawah bantal..
Kalau secara sah... Jawablah nanti di mahkamah, sumbernya. 
Beban bukti mengesahkan itu wang sah terletak pada OKT untuk memanggil saksi²nya... 

Selain memiliki apa² transaksi mengesahkan lagi wang itu dikawal,  diguna,  dalam pengetahuan... 

Bagaimana jika wang itu telah dibelanja habis atau dipulangkan?
Itu mengesahkan lagi bahawa wang itu pernah dimiliki,  dalam pengetahuan dalam kawalan.. 

Kalau ada yang berdongeng di luar mahkamah selepas kena tuduh di bawah AMLA,  kita dengar je lah,  dia sendiri pun tak faham.. .

Makcik felda dah clear belum?

AMLA sangat luas liputannya dan sangat sukar OKT bebas kecuali membuktikan wang yg pernah dimilikinya datang dari sumber yang sah. 

HARAPAN PENYOKONG SENDIRI.. PULUHAN TUDUHAN BERBALOI DENGAN TAMAK HALOBA MELAMPAU..

Apa lagi nak complain,  sendiri tagih..

Wednesday, September 19, 2018

UMNO CAWANGAN BAHAGIAN KAKU BEKU BILA ZAHID TAK ADA HALATUJU...


Censored.. 
Hanya dipaparkan 2-3 minit sebelum dipadamkan


Censored... 
Hanya dipaparkan 2-3 minit sebelum dipadamkan


Hakikatnya selepas kalah umno hanya buat tiga urusan sahaja sampai sekarang... 
1) peringkat awal  masih sebok mempertahankan najib
2) berpaut dengan PAS macam belangkas..makin hanyut   
3) tawar diri sana sini untuk jadi semula kerajaan ikut pintu belakang.. 

Halatuju sendiri? 


DAN SATU HAL LAGI... 


Malam ini aku nak berkongsi satu kisah yang pernah diceritakan kepada aku tentang dua kumpulan seni pertahankan diri..

Satu kumpulan dari Amerika pakar seni bela diri berbagai cabang dengan setiap ahli adalah pemegang talipinggang hitam bertaraf jurulatih..

Satu kumpulan lagi adalah peninju Muay Thai dari Thailand yang hanya tahu tomoi...dan tiada lain.

Hampir setiap tahun selama 5 tahun berturut turut dua kumpulan ini akan mengadakan pertandingan antara mereka dan selama 5 tahun berturut turut ianya dimenangi oleh Kumpulan Muay Thai..

Ianya amat membingungkan Grand Master Kumpulan dari Amerika ini kerana setiap ahlinya adalah pakar paling kurang 7 jenis seni bela diri dan mereka bertaraf jurulatih tapi tetap tewas dengan kumpulan yang hanya tahu menggunakan Muay Thai..

Tahun ke-6 tiada lagi pertandingan sebab Grand Master US tidak sanggup lagi dimalukan jika kalah lagi..

Tahun ke-7 Sifu dari Kumpulan Muay Thai pergi ke US untuk melawat Grand Master tersebut untuk kunjungan hormat dan bertanya khabar...

Dalam pertemuan itu barulah Grand Master US tahu akan RAHSIA kekalahan anak didik dia selama 5 tahun berturut turut setelah diberitahu oleh Sifu Muay Thai...

Rupa rupanya punca kekalahan Kumpulan US adalah kerana mereka hanya diajar menyerang dan memukul selama ini dan tidak belajar rasa sakit dipukul atau kena pukul..manakala latihan Muay Thai tertumpu kepada menahan sakit dipukul sebelum bertindak memukul kembali..

Jadi setelah penat memukul dan tidak mendatangkan kesan terhadap ahli Muay Thai yang dah lali dengan pukulan..counter strike dari kumpulan Muay Thai akhirnya menumbangkan mereka sendiri...

Itulah UMNO yang dah 60 tahun asyik memukul dan tidak pernah rasa sakit dipukul...

Baru dipukul sekali 9Mei lalu semua pakat biul otak nampak bintang The Flintstone...😝😝😝


Fb Azmi ibrahim

ISU KELUAR UMNO PALING MENARIK..

Rakyat berharap setiap hari ada sahaja pemimpin umno keluar parti.. Ertinya hujung 2018 akan meriah dengan keluar parti.. Dan dijangka angin perubahan ini akan berlaku juga di PKR...tempiasnya akan berlaku juga di BERSATU?!

Akan ada berlaku "pukul dalam" untuk memberi imej BERSATU juga tidak stabil.

Pengunduran tok pa dan anifah mesti dituruti dengan pengunduran beberapa penimpin umno lain dalam masa terdekat jika itu satu perancangan..

Jika tiada,  keluar parti tersebut adalah peribadi dan terpencil,  umno masih kekal "kuat".

Pada asasnya peralihan jawatan PM antara Tun kepada Anwar should be smooth berdasarkan perjanjian awal lagipun Anwar the only candidate yang dianggap menepati keperluan masa..

Tidak ada suara lain yang membantah,  hanya Anwar secara terbuka dilihat sabar yang tidak sabar menuntut hak tersebut tanpa segan silu... Apabila Tun memenyatakan  tempoh peralihan lebih kurang dua tahun.. Isu ini mula menjadi kurang selesa..

Bisikan mula terdengar bahawa Tun telah mencari helah mungkir janji dan Azmin sedang dalam pembikinan PM dari kem Tun dan Daim.

Sudah tentulah Azmin berdasarkan aura,  ketokohan dan pengalamannya merupakan calon yang paling hampir layak menjadikan bisikan itu mampu menjadi sesuatu yang benar.

Kalau yang dibisik dicanangkan itu seperti dr mujahid, dr maszlee (selain dari Azmin)  sebagai bakal PM selepas Mahathir tentulah ia bukan satu ancaman kepada kem Anwar,  sesuatu yang mustahil dan mudah ditangani.

Bagi menghalang semua itu,  maka timbullah teori rampasan kuasa seperti undi tidak percaya ke atas PM di parlimen atau gabungan pkr+pas+umno membentuk pakatan baru untuk ambilalih kerajaan PH.

Boleh cuba,  belum tentu berjaya dan jika gagal,  bersedialah hilang semua jawatan dan pkr balik semula menjadi pembangkang.

Bagi rakyat,  selepas Najib kita sedia menerima siapa sahaja kerajaan dan rakyat berjanji mereka tidak akan lama jika masih ulang kemungkaran yang sama.


Mat Selangor

# akan diedit dikemaskini oleh admin jika perlu.

PEMIMPIN YANG MASIH KETUM KENA DIVIRALKAN.. PEROSAK PARTI DAN KERAJAAN BARU.


https://kedahlaniie.blogspot.com/2018/09/mb-kedah-mukhriz-masih-ulangi-perangai.html

Berundur atau undi tidak percaya..
Gantikan dengan yang lebih cerdik..

MUKHRIZ PATUT RASA MALU KERANA TIMBALAN PRESIDEN DAN MB ATAS EHSAN PEMIMPIN LAIN MENGHORMATI TUN DAN BUKAN ATAS KEUPAYAAN SEBENARNYA

KENAPA PEMIMPIN TIDAK JADIKAN POLITIK ITU SATU IBADAH

Kenapa perlu ada perebutan kuasa dan untuk itu ada agenda dan propaganda. 

Jika bukan kerana keuntungan berganda lumayan dalam politik, apa lagi yang mereka kejar. 

Untuk menegak Islam apa perlu sampai kafir mengkafir,  sembahyang dua imam dan bermusuhan sesama pemimpin Islam. 

Kalau berjuang demi Melayu,  kenapa masih tidak bertambah malah makin kurang,  tergadai. 

Politik Melayu berpecah bercakaran,  fitnah, merugikan,  kuasa menipis - itukah siasah Islam kita? 

Sebut korup 98% Melayu. 

Lihat akhlak cina singapura,  akhlak kapir - bercakaran dan huruhara kah setiap masa. 


PERKARA KECIK "TAK DENGAR NASIHAT" TAPI KESANNYA BESAR...

Apa yang berlaku kepada Najib dan Rosmah sekarang sejak umno kalah pru14 seperti dilaporkan media sosial adalah sangat malang sedih dan simpati sebagai seorang rakyat dan muslim. 

Walaupun ia hanya masih sekadar pertuduhan dan mahkamah belum membuat apa² keputusan tetapi tumpuan media kepada mereka sangat membebankan lebih² lagi kena turun naik mahkamah dan pejabat SPRM,  sudah tidak ada secebis kuasa untuk berkata NO. 

Berada di puncak kuasa dengan segala keistimewaan dan layanan penuh kini berada di bawah dan selfservice. Dari seorang anak bangsawan,  lahir dengan sudu emas kini berhadapan dengan satu suasana asing dan hina. 

Mana kawan² sahabat dan saudara.  Mujurlah lokman adam masih ada dalam saki baki perjuangannya walaupun penyokong tetap 50 orang. 

Semua ini tidak berbaloi sekadar ignore nasihat. Bermula dengan nasihat Tun dan beberapa orang lain termasuk keluarga sendiri. Najib sendiri tahu samada nasihat itu betul atau fitnah... 

Kalau itu sekadar fitnah,  persepsi atau konspirasi ia tidak mampu semudarat sekarang. 

Hari ini politik bergolak lagi,  akan ada yang ignore  nasihat dan overdo,  

Mereka yang berada di jalan yang salah,  di penghujungnya akan kalah terhukum juga. 

Sesal dahulu pendapatan.. 

ANTARA MASZLEE DAN MAHASISWA BIADAB, MANA YANG PATUT DIPERTAHANKAN...


7 hari tempoh mahasiswa kepada Maszlee,  di mana mahasiswa biadab?
Dan ada juga pemimpin yang mahu Menangguk di air keruh, campurtangan untuk meraih sokongan?

https://www.amenoworld.org/2018/09/maszlee-sebagai-presiden-ini-pandangan.html

     

KALAU BENAR UMNO MAKIN PARAH / NAJIB ARRESTED


https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/475563/18-ahli-parlimen-keluar-umno-shahidan-kassim




https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/09/19/najib-arrested-to-be-detained-overnight/

Tuesday, September 18, 2018

PEMIMPIN PAS DAH SESAT GAMAKNYA...


Bila ada kata PAS "pelampung" Islam itu merupakan kata sesat,  kata melampau,  kata sombong,  kata jahil. 

Islam begitu lemah,  kebenaran Islam tergugat dan Islam sedang lemas,  penyelamatnya adalah PAS? 

ALLAH GAGAL MEMELIHARA KEBENARAN AL QURAN? 

Hakikatnya siang malam,  berpuluh tahun PAS memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk survival parti dan politiknya?

Siapa pelampung siapa? 
Sudah sampai masanya PAS diharamkan.. 

Apakah kita yang sebelum,  hari ini dan akan datang berugama Islam dan beriman kerana PAS ujud di Malaysia dan kalau PAS tiada,  diharamkan,  maka orang Islam akan bangsat, kapir,  rosak dan sesat??? 


ANIFAH QUIT UMNO HISHAMUDDIN JUMPA TUN


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/09/19/now-anifah-resigns-from-umno/


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475475/hishammuddin-jumpa-tun-m

DALAM SEBOK² UMNO PAS COMOLOT, DIIKUTI ANGAN² PENUBUHAN PAKATAN MALAYSIA PKR+UMNO+PAS RUPANYA TIDAKLAH MEMBERAHIKAN BAGI MUSTAPA..



KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO

1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.

3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk. 

5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang. 

8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018

LAKI BINI BELUMBA KUMPUL JUMLAH KES MAHKAMAH...


Berkat doa penyokong yang selalu bertanya tanya dan meminta, kerajaan rakyat untuk rakyat telah tepati janji,  ini baru mukaddimah. 

Janji ini sangat penting ditunaikan lambat atau cepat kerana sepadan dan berbaloi atas kebangkitan rakyat menukar kerajaan. 

Monday, September 17, 2018

SUMBANGAN PAS KEPADA UMNO SANGAT SEDIKIT TAPI MARKAH PENUH, SAMA HEBAT SEPERTI SUMBANGAN UMNO KEPADA BANGSA UGAMA DAN NEGARA...

Yg songlap duit billion2 tu umno..

Yg gadai aset negara pd cina tu umno..

Yg xnak jadkan ruu355 sbgai usul tu umno..

Yg byar prunding 1 malaysia dr israel tu umno..

Yg labur kwsp kpd trump amerika tu umno..

Yg dlm rumah penuh duit dn trlepas dr kes tu umno..

Yg sekat duit royalti tu umno..

Yg tarik sgala biasiswa pendidikn tu umno..

Yg masa najib brmahrajalela tp xbuat apa2 tu umno..

Yg pecat pgawai sprm tu umno..

Yg peralat SPR tu Umno..

Tapi...

Yg sokong umno ialah pas.. Berhuhu lah..

YANG SOKONG UMNO IALAH PAS.. BERHUHU LAH... 

INILAH AGENDA UMMAH PAS UMNO, BUKAN AGENDA POLITIK COMOLOT?? !!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1108601229321779&id=691032107745362


Bila ahli dan akar umbi bercakap benar,  mikrofon dirampas... 

ISU PAKAIAN PERBARISAN PAS


https://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/isu-pakaian-jabatan-amal-malaysia.html



Seronok dan rasa bangga,  ada gaya Timbalan Perdana Menteri, atas sikit pangkat dari mat sabu. 
Cuma besok kalau DAP,  MCA,  MIC buat perkara dan cara yang sama jangan pula rakan sekutu melenting lenting melompat panas. 

KALAU MEMANG PEROMPAK, OTAK TETAP FIKIR NAK ROMPAK TANPA SEGAN SILU...


apakah umno berpendapat anwar dan pkr sangat desperado,  over greedy,  tidak berprinsip dan tidak ada jati diri untuk mengkhianati PH




MUSANG BERBULU AYAM PH SEDAR KE TIDAK

DALAM DIAM PH DIJERAT (TERUTAMA PKR)

Semalam saya ke pejabat Felda Wilayah di Tepuh Terengganu utk perbincangan pelantikan Ketua Peneroka @ naib pengerusi felda yang telah dijalankan...

Kami ke sana kerana yang telah dilantik itu terdiri daripada 100% orang umno...

Apabila sampai berjumpa dengan pengurus besar felda... dia berlakon sebagai ahli PKR & sentiasa menyebut nama Saudara Azan & dia kononnya dipanggil utk jadi ketua AMK negeri...

Apabila beberapa soalan saya kemukakan ternyata  dia menjawab seperti struktur pelantikan jawatan PKR macam umno...

Dia pula katakan... "x apalah... kita bagi masa 2 tahun je  ... saya yakin akan ada perubahan... orang felda pun akan menyokong PH"(kata pengurus besar felda)...

2 tahun yang dia cakap bagi saya... itulah masa yang telah dirancang bn dalam felda utk mengukuhkan kedudukan umno dalam semua felda d pantai timur...

2 tahun pada saya suatu tempoh yang lama & harapan kita utk mengembangkan pengaruh PH dalam felda akan menghadapi jalan sukar & mungkin PH akan berusia SEPENGGAL...

Keseluruhan struktur organisasi pekerja felda d Terengganu ini adalah terdiri daripada orang umno... dari kerani sampailah ke pengurus besar...

Mereka merancang supaya semua jawatan dalam peneroka iaitu:

1) Naib pengerusi (Ketua Peneroka)
2) Ketus GPW
3) Ketua Belia

Di isi dengan orang umno sepenuhnya  supaya semua peruntukan daripada pusat yang disalurkan melalui Felda mereka boleh gunakan utk mengoperasikan agenda mereka dengan berkesan...

Semalam telah siap juga terlatik NAIB PENGERUSI GABUNGAN utk mewakili negeri Terengganu ke pelantikan KETUA PENEROKA PERINGKAT KEBANGSAAN yang mana ketua peneroka kebangsaan ini antara TUGASNYA MENGIRINGI MENTERI...

Bayangkanlah sendiri orang yang mengiringi menteri PH adalah orang umno...

LOGIK KE PERKARA INI BERLAKU...

memang sekarang ni kita sibuk utk pemilihan parti...

Tapi kita sangat perlu prihatin bahawa musuh kita adalah orang yang dah 60 tahun jadi kerajaan...

Mereka amat arif tentang selok belok urus tadbir kerajaan...

Sekarang mereka sedang mengambil kesempatan atas keadaan ini...

Kita asyik utk berebut jawatan... umno dah menghidupkan agenda mereka utk mengambil alih semula kerajaan dengan menyerapkan orang umno di setiap peringkat penjawatan kerajaan...

Cuba anda fikir2kan...

Adakah kita wakil PH akan menjadi seperti kata pepatah...

"KERA DI HUTAN DISUSUKAN... ANAK DI RUMAH KELAPARAN"...

Kita orang akar umbi ini perlukan jawatan utk menyatakan KUASA PH di negara ini...

Kalau perkara ini tidak ditangani...

PH tiada HARAPAN utk mengambil alih kerajaan negeri sekurang kurangnya 2 negeri d pantai timur ni...

Macam mana ni... risiko ginih...


HAL GINI BERLAKU DI MANA2 KALAU TIDAK BERINGAT

1.  LOMPAT PARTI UNTUK ELAK DITUKAR, ELAK DI GAM, DOWNGRADE, SEJUKBEKU
2. MASUK PARTI KERANA NAK JAWATAN, PANGKAT
3. MASUK PARTI KERANA NAK KPD HABUAN  @ PROJEK

KUANTITI AHLI BERIBU2, TAPI TIADA KEIKHLASAN DLM PARTI BARU YG. DISERTAI. NAHAS JIKA BEGINI