Friday, May 31, 2019

KENAPA JEALOUS SANGAT ANWAR JADI PM


Anwar belum jadi PM, Tun kata Anwar bakal menggantikannya dan dia (Tun) akan kotakan janji tersebut.
Jika ADA yang menentang atau MENOLAK, Tun kata, itu bukan masalahnya..itu masalahnya mereka.

BAGI yang menyokong Dan tidak menyokong, bagilah peluang Anwar jadi PM - jika dia gagal, bagus Untuk umno Dan pas rampas Puterajaya di PRU15.
Jika dia SUKSES, umnopas kekal pembangkang.
What's the problem.

Di ketika kesedaran politik rakyat meningkat, nobody boleh buat sesuka hati seperti di era Najib, no way.

Jika Azmin atau SESIAPA sahaja rasa layak, mereka boleh Cuba, boleh rebut mengikut undang²..
What's the problem.

JANGAN ADA sabotaj Dan taktik Kotor untuk menyekat Anwar, jika ADA perebutan biar secara demokrasi Dan tamaddun..

JANGAN HEBAHKAN SANGAT².



Kadar semasa untuk rakyat pelbagai ugama BANGSA dan parti serta penyokong..

Thursday, May 30, 2019

JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN 2019

Baki terakhir untuk pulun..
Pengisian untuk kualiti..

Wednesday, May 29, 2019

ANTARA REDHUAN TEE DAN LIM.PENG CHIK



https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://inchenaim.com/diam/&ved=2ahUKEwjPx6_288HiAhXC4XMBHWwbDaAQFjAMegQIBBAB&usg=AOvVaw1j7BuZkwgoDT72_ct5umg0&cshid=1559173152725

PANDANGAN REDHUAN TEE tanpa sandaran Al Quran Dan Hadith..



https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.ismaweb.net/2019/05/29/kelakarlah-berbuka-puasa-di-gurdwara-sahib-ridhuan-tee/amp/&ved=2ahUKEwjNuYf08cHiAhVe7XMBHT2vAUkQFjAAegQIBBAB&usg=AOvVaw3zsgptx9B82Ca6UN_-ZLCO&ampcf=1

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/492095/chinese-man-who-insists-fasting-and-tarawih-prayers-his-4-adopted-malay


PERNAH TENGOK BABI TERBANG SAMBIL KETAWA..

aku belum pernah, aku cuma mampu bayangkan..

Yang lebih penting adalah untuk tahu apa puncanya sampaikan babi boleh terbang..

bukan sahaja terbang, tetapi juga ketawa..

# Dari segi tatabahasa atau nahu, perbuatan babi terbang memang tak ada dalam kamus..failed kalau ada murid yang beri jawapan sedemikian..
kikikiki

dalam keajaiban babi boleh terbang, ada lagi cerita yang syahdu, manusia suci masih ujud walau kepercayaannya ketika itu 'power and cash is king' sedang dipuncak.

kalau babi tahu, babi bukan setakat terbang, tapi boleh meroket..








selingan:
https://bankami.blogspot.com/2019/05/tindakan-najib-sedih-itu-tulus-atau.html

KALAU BENAR DAN MACAM TU, KERAJAAN MAHATHIR LEBIH TERUK DARI NAJIB


https://sozcyili.blogspot.com/2019/05/4-suspek-utama-bunuh-adib-disembunyikan.html

Tuesday, May 28, 2019

PENEROKA TIDAK DAPAT DUIT RAYA

Azmin kata no duit raya pada peneroka felda tahun ini, tetapi....

Anwar gesa kerajaan pertimbangkan semula, walaupun sikit hulur lah juga...

Tun kata tanya Azmin.

Apa kata peneroka felda..

NGO Felda gesa kerajaan..

Kata putus tentunya dari Menteri Kewangan.

# Jika peruntukan kepada majoriti Melayu, berbelit belit jawapannya, kalau peruntukan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan tamil, tak perlu tanya, tak perlu bising..diam² dah dapat.

Itulah persepsi rakyat.
Salah atau betul, ia tetap persepsi yang sedang bergentayangan...
Cara salah PH handle isu menjadikan UMNO dan PAS masih relevan dan terbaik..

PERSEPSI KITA MEREKA MENJUAL UGAMA SANGAT KETEPATAN..

Ceramah in banyak MEMBERI keinsafan tentang silapnya kita dan sesatnya mereka dalam menyampaikan sesuatu yang kulit...


Monday, May 27, 2019

MUHYIDDIN JADI API DALAM BATU?

https://www.malaysiakini.com/news/477614#.XOymoNShScc.whatsapp

Jawapan² Muhyiddin merumitkan lagi keadaan. Yang terbuku sebenarnya belum diluahkan... Bila dah terlingkup baru nak keluar isi hati.



Apa juga masalah dulu, sekarang dan akan datang di  BERSATU JOHOR perlu dikenalpasti dan berani membawanya bersama berhadapan dengan Pengerusi dan Majlis Tertunggi BERSATU untuk satu kata putus, once for all.

Alasan dan buruk baiknya MB bukan Pengerusi BERSATU JOHOR tentu ada sebab tertentu apabila berbeza di negeri lain.
Keputusan Tun dan dipersetujui (sukarela/paksarela) oleh Muhyiddin atas perlantikan Mazlan mungkin satu keputusan salah atau akan membawa masalah?

Pengguguran Mazlan sebagai exco bukanlah isu besar kerana ia boleh ditugaskan ke satu posisi lain sesuai dengan bidangnya (Apakah Mazlan dicalonkan sebagai MB sebelum ini?) tetapi meletakannya sebagai PENGERUSI BERSATU JOHOR ada kekoknya.

Kata Mazlan: MB akan dijemput dalam mesyuarat BERSATU negeri..
Kalau dia datang, kalau dia tak datang?

Setakat ini, ada atau tidak MB Johor memberi kata² positif atau bersikap sangat positif memahami prinsip situasi dan keputusan ini atau sekadar melepaskan batuk ditangga, akur paksa.


Kecualilah semua telah disemuka bersemuka mencurahkan yang terbuku untuk alir perjalanan BERSATU yang lebih mantap selepas ini.

Yang nak projek kena himpit MB, yang nak perjuangan tanpa ganjaran himpit Mazlan???? Macam tu ka..

Semua ini gara² MB tak dengar cakap parti dan tidak mahu ianya berulang lagi? period.

NAJIB BERJAYA MEMBERI PERSEPSI KERAJAAN HARI INI DITUBUH ATAS DASAR FITNAH DAN SEDIKIT MASA LAGI AKAN DIKENALI SEBAGAI KERAJAAN GILA BAYAR HUTANG RAKYAT JADI MANGSA..


Politik seharus digunakan untuk MEMBERI keselesaan kepada rakyat Dan bukan sebaliknya.

Jika rakyat MEMBERI undi untuk memenangkan sesebuah kerajaan berbaloi KE kalau selepas itu, SEPENGGAL rakyat yang SALAH Dan KALAH setiap Hari.

Kenapa rakyat PERLU mengemis kepada manifesto yang dijanjikan. Kalau tidak ditunaikan sepenuh, tunaikan separuh, kecuali kamu golongan pendusta.

Jika gagal, berundur sepertimana dulunya kamu minta  Najib berundur..

Rekod lampau bukan jaminan kamu mampu TERBAIK sekarang kerana rakyat yang kamu didik berilmu Dan berdikari sekarang mahukan sebuah perjalanan yang lebih pantas.

Generasi baru tidak ADA Masa melayan ISU perkauman, ISU kepartian yang kamu dendangkan.
Generasi sekarang bertanya di Mana peluang Perniagaan Dan peluang pekerjaan kerana bukan semua bapanya Menteri Dan bukan semua anaknya billionaire.


# Masa depan Najib dah boleh Agak di Mana penghujungnya tetapi Masa depan PH selepas di ANGKAT ke Mana Pula? Apakah Kos Sara hidup merudum rendah jika kerajaan asyik Gila bayar hutang?

KERAJAAN JANGAN GILA BAYAR HUTANG UNTUK DAPAT NAMA SEHINGGA KEBAJIKAN RAKYAT DIDUSTA..



Kemenangan dan sokongan rakyat untuk PH MENANG Dan Tun SEBAGAI PM adalah untuk kebajikan rakyat secara langsung bukan untuk membayar hutang sahaja.

JANGAN semuanya rakyat terkorban, sedangkan Pak Menteri sudah Mula KUMPUL harta melalui kroni Dan PINTU BELAKANG.
Kenapa tidak mereka berkhidmat sekadar separuh gaji Dan yang lainnya untuk bayar hutang.

Apalagi keperluan PM bergaji kalau semuanya free.

Melihatkan kepada peristiharan harta, sudah sewajarnya pemimpin ADA harga diri dari meminta rakyat memahami, bersabar, terkorban.



bila bergaduh dengan Sultan..pandai Pula kembali pada rakyat,  hasut rakyat..di mana keseimbangan?


Banyak lagi ISU yang membeban rakyat diberi alasan yang sama beribu Kali...enough.

UMNO MASIH BOLEH PAKAI TANPA ZAHID, NAJIB, LOKMAN..

Tanpa Najib bererti tanpa Rosmah.

Itu PANDANGAN aku SEBAGAI ahli umno.

Jika Hari in ADA orang umno kutuk PH, Kena cermin diri semula, SALAH siapa?
Kena halau dari Puterajaya di PRU14 kerana umno tidak nyahkan Najib Dan rosmah dari awal² sebab semua dapat habuan? SIAPA yang bangsat Dan keparat..
Hari ini Cuba tuding pada pihak lain..masih bacul seperti LOKMAN yang mempertahankan kemungkaran..

Cantas atau cutikan Najib Dan Zahid walau sudah terlewat tetapi masih belum lambat..SEMENTARA umno masih ADA yang Mahu menyokong.

Tidak ADA jalan lain untuk mensucikan Dosa kepada BANGSA Melayu Dan Islam kecuali merebut semula kerajaan di PRU15, BUKAN sahaja berpakat dengan PAS (masih belum cukup kekuatan) tetapi buang yang keruh ambil yang jernih dengan BERSATU dan AMANAH.

Umno PERLU KE DEPAN SEBAGAI otai untuk tunjukan kepada Tun bahawa umno sudah berubah Dan kembali kepada perjuangan.
Jika BERSATU Dan AMANAH tolak, biarlah BANGSA Melayu menghukum mereka.

Jika masih ADA kesumat benci Dan dendam, is nyata agenda EMOSI Dan agenda peribadi Dan bukan lagi Demi ugama, BANGSA Dan NEGARA.



Mersing
#ada sedikit ubahsuai ayat dari tulisan asal oleh admin.


Sunday, May 26, 2019

JOHARI GANTI MUKHRIZ 1JUN?




Memandangkan suara LOKMAN Adam tidak dihiraukan langsung oleh orang umno sendiri, secara simpati Dan kasihan aku pungut Dan paparkan di sini, semoga ADA yang sudi baca atau dengar..

.....

USAHA PENYINGKIRAN DATO’ SRI NAJIB DAN DATO’ SRI ZAHID MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN HARUS DIHENTIKAN!

Memandangkan bantahan saya tiada sebarang respond MT dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian, berkemungkinan kerana tulisan saya panjang sangat, maka saya permudahkan dengan menghasilkan video berikut.  Selain daripada itu, saya mendapati ada salah tanggap yang beredar di FB dan Youtube, maka penjelasan sebenar amat diperlukan. Video pertama berserta dengan infografik dan dipotong pada tempat tertentu, manakala video kedua video penuh tanpa infografik :

Video Pertama : http://bit.ly/pindaan-perlembagaan

Video Penuh : https://youtu.be/ILJNFlJsLdw

.....

Mencantas buah busuk yang merosakan parti seperti Zahid dan Najib bererti hilanglah tempat bergayut untuk LOKMAN Dan pengikutnya 10-50 orang.

Aku cadangkan mereka berdemo DEPAN PWTC, insyaAllah aku akan turut serta.

Jika bantahannya ditolak, aku cadangkan LOKMAN keluar umno Dan Cuba nasib jadi ahli di MIC.

Satu lagi cadangan, buatlah sikit drama air mata, kembali KE pangkuan Anwar.

Dalam satu lagi tulisan (yang tidak akan aku siarkan) LOKMAN menyatakan Johari PKR akan ambil alih MB Kedah pada 1jun dari Mukhriz? Tidak pula dinyatakan ke mana Mukhriz selepas itu?
Timbalan Perdana Menteri? Menteri PENDIDIKAN?
Kikikikiki..


BAGAIMANA ANDA INGIN TUNJUK BENCI DAP

1) letakan semua kesalahan pada DAP
2) kutuk MAHATHIR kaw²

No.2 itu lebih PENTING untuk tunjuk marah benci DAP.

Itulah politik harian segelintir Melayu.






USE YOUR BRAIN


Betul ke kerajaan buat u-turn?

Dasar berbaik dengan semua NEGARA, lebih² lagi jiran termasuk soal kemakmuran ekonomi adalah dasar umum yang sudah lama dilaksanakan tetapi PERLU memenuhi syarat menguntungkan rakyat Dan NEGARA.

Mempertingkatkan HUBUNGAN dengan China adalah dalam lengkongan maksud tersebut atau lebih tepat tidak mengulangi pendekatan SALAH yang dibuat oleh kerajaan lampau.


Saturday, May 25, 2019

TAHUN KEDUA PH, SUDAH ADA TANDA² KINI BERADA DI TRACK YANG BETUL...BACA SAMPAI HABIS

Musuh utama adalah rasuah dan yang paling teruk adalah yang merompak duit rakyat secata tamak haloba giler..

https://www.malaysiakini.com/news/477374#.XOlKn75MlPg.whatsapp

Baca SAMPAI HABIS..


Gabungan umno+pas jika sekadar MENGHARAP sentiment Dan ISU UGAMA Dan BANGSA untuk meraih dokongan di PRU15 belum cukup kuat jika PH benar² menghasilkan kosong rasuah...


Friday, May 24, 2019

PANTUN OF THE YEAR




MACAM SUCI, SOUND GOOD..



Penyatuan hanya selesai jika SALAH satunya bubar atau kedua duanya bubar dan tubuh satu parti baru, Presiden satu..

Jika masih aku pas aku umno, IA masih dua yang BERBEZA.

POLITIK MAKIN MEMBOSANKAN RAKYAT

Menyelam politik Malaysia Hari Demi Hari memualkan terutama atas sikap pemimpin² PH umpama lalat dalam botol, mereka pening sesama sendiri.

Tiada pendirian, tiada TULANG belakang, blur halatuju, goyah bila dikritik pembangkang.

Pembangkang Pula sudah tiada ISU rakyat, ISU sekecil kuman pun kalau dikira menguntungkan, di-up-kan untuk nampak relevan.

Parti Melayu baru, baju serba kuning, mungkin akan datang kepala pun kuning, ditubuhkan untuk APA?

Parti Melayu samalah juga dengan DAP kalau Tak main ISU racial, memang pupus.

Kelebihan kaum cina, politik mereka seiring dengan ekonomi, Dua Dua jalan.

Politik Melayu hingga lupa Dan lalai kepada ekonomi, APA agenda ekonomi Melayu, BERNIAGA habuk...

Samada Tun ataupun siapa selepasnya, samada kerajaan bertukar tangan sekali lagi, JANGAN impikan sesuatu yang indah.

Memang Melayu akan Makin teruk dalam semua segi.

ADA SESIAPA nampak cahaya Masa DEPAN yang lebih baik untuk Melayu?

INI LEBIH PENTING BAGI MUKHRIZ DARI MELAYAN BUDAK² MUFLIS ISU.





Hidup Mukhriz!

Lebih penting, Cari ISU kelemahan Mukhriz SEBAGAI MB yang tidak menguntungkan rakyat.

JANGAN up perkara remeh (bongok) utk jadi ISU.

# Permohonan maaf Mukhriz nyata langkah bijak SUPAYA tidak dipolitaikan.










PEMUDA UMNO JOHOR BANKRAP ISU, TIDAK MATANG..


Mukhriz telah mengangkat tangan tanda sembah hormat, itu adalah protokol rasmi....enough.

Lain² Tak PERLU ulas dan sentuh kerana is akan lebih kepada kebudak²an seperti Pemuda umno JOHOR.

Cukuplah Pemuda umno JOHOR didik BANGSA JOHOR sahaja dan belajarlah hormat  kebebasan kepada BANGSA lain untuk mempunyai hak peribadi masing².


Thursday, May 23, 2019

PAS DAN UMNO AKHIRNYA INSYALLAH BERSATU

Terima kasih Tun Dr MAHATHIR..
Sumbangan TERAKHIR beliau KE arah penyatuan Melayu.

Tetapi secara kualiti Dan pengisiannya masih terlalu awal untuk diperkatakan samada betul untuk kebaikan rakyat atau untuk mereka sahaja.

Lebih dari itu, di harap permusuhan ANTARA parti² Melayu lain dapat dikurangkan sebaiknya mencari titik persamaan..

Jika PAS masih berdendam dengan AMANAH, ertinya perjuangan adalah untuk jaga ego sendiri shj. Akhlak siapa?

Semoga semua Melayu berubah untuk kemenangan, maksudnya kena kurangkan kontroversi, kurangkan ISU, kurangkan politik.

MUKHRIZ DAN IBRAHIM ALI CURI CERITA






APEK YANG MEMALUKAN DAP DAN PH

MACAM TOMMY THOMAS, TAPI BUKAN..STILL SUKU SAKAT



Morally corrupted..

Wednesday, May 22, 2019

LAYAK KE NAJIB NAK BERDEBAT DENGAN LIM KIT SIANG..

Tempat Najib untuk berdebat yang paling sesuai ialah bersihkan dirinya terlebih dahulu di mahkamah.

Bust masa ini, Najib sekadar mantan PM, mantan Presiden - umno pun sudah mula menolaknya..

MENANG debat pun, Tak mungkin kembali SEBAGAI PM kalau KALAH debat di mahkamah.

Cukup² lah berpolitik menegak benang basah, biarlah rakyat Dan NEGARA fokus KE arah ekonomi Dan pembangunan NEGARA.

JANGAN rompak minda Melayu untuk memusuhi kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Yang terbaik ialah diam/pencen
Main dengan cucu/kucing
Pinjam kata nik abduh - di tikar sejadah.




# Sejarah lampau, najib lari lintang pukang bila tahu Tun hadir SEBAGAI penonton dalam program N2H.. Ini Kali?





Monday, May 20, 2019

MATRIKULASI PINTU BELAKANG MASUK U, APA YANG PELIKNYA?

Istilah itu bunyinya agak bahasa pasar tetapi menepati matlamat..persediaan anak BANGSA (praU) mengikut kesesuaian bidang masing²  sebelum layak KE universities dengan tahap Kelulusan yang setimpal..
BUKAN semua ditawarkan ke IPTA.

KINI BUKAN bumiputera mahu kuota mereka ditingkatkan..

MENTERI MEMBERI JAWAPAN YANG SALAH, BUKAN BUAT PERKARA YANG SALAH..


https://www.malaysiakini.com/news/476846

HENTIKAN DEBAT YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK PERLU

Saban jam, saban Hari, saban BULAN, saban tahun sudah lama Kita bercakap tentang politik.
Menangnya tidak kuatnya tidak tetapi Makin goyah Dan pecah.

Sosial Melayu makin bobrok, ilmu Dan ekonomi terus KETINGGALAN..

Sunday, May 19, 2019

APAKAH PEMIMPIN PAS DALAM KESESATAN ATAU JIWA KACAU?

https://www.amenoworld.org/2019/05/jangan-terpedaya-lakonan-dap-semasa.html

Jika ini lah corak pemikiran pemimpin PAS yang sangat sempit dalam masyarakat majmuk, parti ini perlu dikuburkan lebih awal supaya tidak ROSAK akidah umat.
Akhlak siapa yang mereka ikut?

Tak dapat anggur masam katanya.

https://bankami.blogspot.com/2019/05/nik-omar-jangan-percaya-dakyah-islam.html






TERUSKAN, BERTABAHLAH KAMU WAHAI PH..



Rakyat sesebuah NEGARA yang waras sentiasa mengharapkan kerajaan yang TERBAIK kepada mereka TANPA mengira BANGSA Dan ugama...

Suara sumbang awal sekadar suara yang masih marah kecewa kerana parti dukungan mereka tewas..

Menilai sebuah prestasi kerajaan yang baru setahun mengambilalih kerajaan 60 tahun datangnya dari rasa irihati..

TERUSKAN PH, BUKAN satu Dosa pun jika kamu lemah Dan kekurangan selagi niat kamu baik....APA malu kalau kamu tidak mencuri duit rakyat....apa takut kalau kamu Tak bunuh orang.....kekadang berundurlah setapak jika itu membantu kamu terus ke HADAPAN..

ISU NEGARA, ISU rakyat tidak ADA yang gagal untuk ditangani Demi Masa Dan iltizam.








Saturday, May 18, 2019

PH KERAJAAN SEPENGGAL, SO, APA MASALAH DAN ISUNYA?

Sudah ramai MENGHARAP? Mengugut? Atau  jika ikhlas ia adalah sebuah peringatan kepada PH...

APA isunya, APA masalahnya?

Jika ditakdirkan sekadar  dua atau tiga atau empat tahun sekalipun ia bukanlah satu kegusaran kepada sebuah NEGARA demokrasi.

MB JOHOR Osman saffian  MB TERPENDek tempoh, itu yang dia tempah, dia kena terima. Dapat peluang jadi MB pun sudah cukup baik..

ISU NEGARA PERLU diuruskan Dan ISU rakyat PERLU ditangani.
Rakyat sudah berjaya membebaskan NEGARA dari sebuah skandal kewangan terbesar yang kesannya sedang ditangani.

Terima kasih kepada kerajaan sekarang yang berusaha menanganinya walau terdapat limitation, kekangan dalam keadaan ekonomi suram, peningkatan Kos Sara hidup Dan matawang ringgit jatuh..

Demokrasi memberi mereka peluang secepat mungkin atau sehingga habis tempoh penggal untuk menguruskannya..

Gagal atau berjaya adalah hasil satu team..
Jika gagal, mungkin rakyat akan pilih kerajaan baru yang diharap lebih baik, so what's wrong.. normal kan.

PRU15 pilihlah semula siapa yang kamu suka..
Rakyat tidak PERLU mempertahankan mana² kerajaan dan parti yang gagal walau apapun jenamanya..

Setuju?


Sebelum sahur..

Marilah Kita banyak salahkan DIRI sendiri, BANGSA sendiri, orang sendiri...
Kerana itu lebih membaiki dan membina...

Abu jahal itu KAPIR harbi terkenal  jahat dan sentiasa memerangi MENGHINA Rasullullah Dan Islam..

Tetapi apabila ADA umat Islam mungkar, ADA atau tidak di dalam Al
Quran atau Hadith disebut semua itu disebabkan Abu jahal?
Ini pertanyaan?

Dan Allah ADA turunkan ayat yang lebih kurang berbunyi, sesungguhnya manusia itu (kamu) menzalimi DIRInya sendiri..




# Saban tahun, orang Taman Kita orang kampong  Kita berebut Dan berlumba PERGI umrah Dan haji..
Tapi dah berbelas tahun surau kamponh Kita Taman kita, solat subuh tetap 4-6 orang..
Pak imam, Bilal, noja Dan makmum seorang dua ...
Mana mereka?

# Hari ini sahaja berapa kali dah kita GHAIRAH layari blog itu ini, keluar MASUK berkali-kali, berbanding berapa Kali dah Kita surf Al Quran?

Kantoi


MENJELANG BERBUKA PUASA



Apa ISU?
SIAPA salah?

Itu BUKAN tajuknya..
Tetapi itulah sikap, perangai orang Islam ketika seminit Dua lagi nak BERBUKA PUASA..

APA imej yang dibawanya..
Kronik..

Friday, May 17, 2019

Thursday, May 16, 2019

JAWATANKUASA PUN ...: TAK BOLEH KAH AKTIVITI YANG MELIBATKAN PIHAK BUKAN ISLAM DIBUAT DI RUANG YANG LAIN..

Cina tu hanya ikut protokol yang dibuat oleh Jawatankuasa, bukan dia minta pun berucap mesti dalam ruang utama solat.

Ini juga bukan soal hukum boleh atau tidak boleh..
Tidak juga samada ucapan politik atau tidak.

Tetapi sesuatu itu lebih² lagi jika berniat  baik jika dilakukan secara bijaksana dan berhemah, kena pada masa dan tempatnya maka kuranglah kontroversinya.

Apakah Jabatan Ugama tidak mempunyai s.o.p





UNTUK MAJORITI MELAYU, PENJAWAT AWAM KENAPA CIPUT DAN HINA SANGAT...


Sebab Menteri Kewanganya cina?
Aku Tak fikir begitu..

Tetapi lebih kepada bebalisme Dan ketakutan pemimpin Melayu dalam kabinet MAHATHIR..
Bebalisme politik PH yang tidak berpenjuru...

Kerajaan tidak ADA duit Dan soal penjimatan BUKAN ketika musim perayaan..banyak cara lain Dan sekat semua bentuk pembaziran itu lebih utama.

Manusia PERLU dihargai.

Rule of laws, PENJAWAT AWAM memainkan peranan yang sangat penting dalam semua segi termasuk keselamatan dan pertahanan tetapi bila sampai bab peruntukan..ia sangat terkebelakang.

Kalau kau duduk di tempat mereka, tentulah kau kata kerajaan PH ini bangang Dan sangat MENGHINA.
Apabila Menterinya cina..maka akan dikata perkauman..
APAKAH PERSEPSI ITU SALAH?


Kenapa tidak RM2000 setiap orang kerana itu juga akhirnya menjana ekonomi semua orang dan NEGARA apabila dibelanjakan semula.


https://m.malaysiakini.com/news/475166

KOMEN YANG TIDAK DISIARKAN


https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/05/on-dr-mahathir-losing-his-grip-dap.html?m=0

Ini artikel yang komentar aku tidak DISIARKAN .
Aku Tak ADA masalah jika Komen tidak DISIARKAN kerana itu hak pengarang.

Tetapi oleh sebab aku ADA blog sendiri, aku siarkan artikel tersebut beserta komen aku yang tidak DISIARKAN..

Lebih kurang Komen aku..

Tuan Syed, you pun macam Asri, PEKAK..


Tentulah maksud aku blogger tersebut gagal melihat APA yang telah MAHATHIR lakukan..
MAHATHIR tidak hilang kawalan kerana MAHATHIR KINI lebih kepada penjaga rules of laws..

Hak samarata rakyat Malaysia selagi mematuhi procedure dan undang²..inilah asas kuat sebagai legacy yang akan MAHATHIR TINGGALKAN kepada Kita.

Wednesday, May 15, 2019

ISU EKONOMI MAMPU RUNTUHKAN KERAJAAN PH

Seolah tiada pakar ekonomi di Malaysia dan paling teruk, tiada TINDAKAN drastik untuk membendung kejatuhan ringgit.


Saranan Ku Li kurangkan pekerja asing, hentikan pengambilan pekerja asing tanpa skill BUKAN sahaja membantu nilai ringgit sekaligus mengurangkan masalah sosial.

Ini kritikan membina yang PERLU kerajaan fokus.



https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/14/pakatans-honeymoon-is-over-and-the-economy-is-faltering-says-gerakans-lau/#fh15qcmvehjcwJj8.41

BEBALISME..


JHO LOW SUDAH KENA CEK UP....


Tuesday, May 14, 2019

RULE OF LAWS BUKAN UNTUK SESIAPA

BUKAN UNTUK kepentingan Mana² kaum atau ugama tetapi setakat Mana seperti yang disebut dalam Perlembagaan NEGARA.

Di dalam.lain perkataan survive atau tidak sesuatu BANGSA itu atau ugama itu bergantung kepada kaum itu atau penganut ugama itu sendiri.

APA yang berlaku pada umno, tewas SEBAGAI kerajaan adalah kerana ROSAK dari dalam.
APA yang sedang pas hadapi sekarang (ISU Kartel rasuah) adalah masalah dalamann sesama mereka.
APA yang berlaku kepada BERSATU JOHOR adalah kerana ikut telunjuk yang menjolok mata.

Tidak ADA fear or favour atau jaminan kecuali rule of laws.

Rakyat samarata hak untuk MENGHORMATI APA yang sudah tertulis di Perlembagaan NEGARA.

SEBAGAI orang Melayu Dan Islam sewajarnya tidak PERLU ADA keraguan Dan bimbang sebaliknya cabaran utama adalah majukan diri untiuk dilihat BANGSA Dan penganut yang kualiti.

Jauhi pergantungan, subsidi Dan meminta-minta sebaliknya berdikari Dan berdayasaing dengan kuat.

Cabaran dari pihak lain samada sabotaj, konspirasi, strategi jahat hanyalah sekadar ancaman sampingan.
Itu mudah terjadi apabila dilihat BANGSA Melayu berpecah Dan Islam.. dinodai..

Isu Dan masalah peribadi tidak wajar dinegarakan, dipolitikan Dan berpartian saban Hari.
Sewajarnya Kita Mula berhenti bercakap sebaliknya kerja kuat majukan diri.








Monday, May 13, 2019

UNTUK BERLAKU ADILL

SABAR tunggu sehinggalah 2023 untuk mengundi semula, yang kata MENYESAL undi PH hari tu, sila SABAR untuk undian baru.

Semua orang yang sudah berdaftar, SABAR untuk mengundi di bawah pengurusan SPR yang lebih telus.

Jika kita boleh bersabar dengan kes perbicaraan Najib maka kenapa tidak boleh bersabar dengan kerajaan PH.

Kita boleh biarkan BN perintah 60 tahun kenapa tidak biarkan PH urusnegara 5 tahun.

Kemungkinan besar juga DAP akan minta persempadanan semula kawasan berasaskan jumlah pengundi terutama di kawasan bandar, padat pengundi.
Jika ini dilaksanakan, kawasan baru Parlimen majoriti BUKAN Melayu akan bertambah 20% Dan DUN hingga 40%..

Pertambahan ini akan memberi tambahan kerusi kepada DAP, MCA, MIC Dan PKR.

BERSATU, PAS, AMANAH akan melopong.

Ambil sikap wait and see, biar politik di tangan orang politik. Berlebihan cakap politik tidak membawa apa² keuntungan.


MASZLEE / JPA? JUAL MELAYU?

https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/12/perkasa-terkilan-pelajar-cina-penerima-terbesar-biasiswa-jpa/

ANAK HANTU



Sunday, May 12, 2019

DESAKAN KE ATAS TUN DAN PERANG KE ATAS PH SUDAH BOLEH DIMULAKAN


Tidak ADA sebab lagi untuk berkompromi apa juga yang terbuktit menjolok  mata, lambat laun kita akan jadi buta.

Janji manifesto, tingkatkan ekonomi masih boleh berkompromi demi masa tetapi sesuatu strategi jahat yang sedang di atur mesti dilawan dengan SEGERA.

Walaupun ia bermaksud menentang Tun juga.

Jika Tun tidak mampu, biar rakyat melalui umno atau pas,  kita terpaksa sokong untuk lakukan.

https://lifeofaannie.blogspot.com/2019/05/the-one-that-daim-cant-stand.html

https://lifeofaannie.blogspot.com/2019/05/the-one-that-daim-cant-stand.html

http://www.rockybru.com.my/2019/05/so-whos-daim-so-peeved-at.html


UMPAMA OTAI PENJENAYAH BERGABUNG DENGAN OTAI PENJENAYAH

Tentulah mana² kerajaan dan NEGARA dalam kedudukan merbahaya.

Lebih² lagi kalau Ketua Mafia Dan KONCO²nya dibiar berkeliaran.

Dulu berkartel dalam gelap, selepas kurap, panau, pekung terdedah kena lah buat dalam terang.

ADA juga yang kata, gabungan ini tidak merbahaya setakat mana pun kerana mereka akan berbunuhan sesama sendiri.

Jadi di mana Demi BANGSA Dan ugama - opera cina.




SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.. PATUTLAH TAKUT




BUKAN Tun Tak nasihat, BUKAN Tun Tak tegur, BUKAN Tun Tak kritik..
Tapi kau cakap kepala bapak..

Now kepala siapa yang berpeluh..

REAL BOSS BEAT KNOCK OUT FAKE BOSS


KERAJAAN DAHULU PENUH DENGAN JENAYAH DAN SKANDAL..

Dalam tempoh 10 tahun..
Bila kepala bapak rintik, anak mesti borek..

Saban Hari ADA sahaja skandal terlondeh..
Terbaru..
Ypeim..
Tanah Tentera..

Tupasal terbang ke Sandakan, balik tangan kosong, dah Tak ADA manusia waras yang nak percaya.

Bila masa PH nak tunaikan manifesto, asyik sebok tangkap penjenayah.

Saturday, May 11, 2019

PH PERLU PRO AKTIF DALAM BEBERAPA ISU PERUNDANGAN SUPAYA CAKAP SERUPA BIKIN RULE OF LAWS..

Antaranya

Prose's Pengampunan kepada Anwar Ibrahim

Pembebasan Rafizi Dan

Pembebasan Lim GUAN eng

PERLU ada Siri penjelasan supaya segala tuduhan pembangkang atau pihak lain boleh dikategorikan fitnah.

PERLU dibawa  ke Parlimen untuk dibahaskan untuk satu  peristiharan yang sah.

Ini bukanlah satu penghinaan kepada mahkamah atau Pengampunan DiRaja tetapi lebih kepada clearifacation case untuk tidak mudah dikerirukan pelbagai pihak.

Parlimen mempunyai pengaruh untuk menjustifikasikan keadaan.

Pembangkang adalah pihak yang sewajarnya membawa usul di Parlimen kerana mereka lah yang lebih gemar berbohong  kepada rakyat di luar parlimen..
Mesti bertindak, mesti berani kalau benar.

https://malaysia.yahoo.com/news/pardon-not-pas-sec-gen-013751491.html

SANDAKAN ?


RAKYAT DIBENAR MENGKRITIK PEMIMPIN?

Penafian TMJ bagi kes di atas, sangat di alu²kan...


Apakah kebebasan ini satu tanda kemajuan NEGARA?

Apakah ini membantu MEMPERKUKUHKAN perpaduan kaum di NEGARA majmuk seperti Malaysia atau akan menjadi perang² kecil yang tiada kesudahan?

Kritik dan menjawab kritik sewajarnya dalam batasan fakta dan bahasa.



Kerajaan,  Pembangkang,  penguatkuasa, penjawat awam, semua majikan, public servicers, bankers dan siapa sahaja PERLU BERSEDIA dipersoalkan dan belajar mempersoal terutama tentang kualiti dan integrity.

No more cincai cincai..




Friday, May 10, 2019

LAWATILAH BLOG² SEKAPAL...




Pada cai² sila lawati link in http://bloglistdinturtle.blogspot.com/?m=0 untuk mendapatkan berita sekapal..

KALAU sudi, sedekahkan Al fatehah kepada Allahyarham Bro Din Turtle selaku pemilik link tersebut. Allahyarham hanya menyediakan link dan tidak bertanggungjawab di atas isi kandungan blog yang tersenarai.

Sedekahkan juga kepada aku Al Fatehah untuk TERUS maju Jaya di dunia Dan aqirat.

Yang bersedekah akan DAPAT lebih ganjaran.

PILIH blog sekapal dan luahkan isi kepala sesama sendiri.

Di blog aku, propaganda Israel, Yahudi Dan komunis (menyerang kebenaran semata mata perbezaan parti atau individu) tidak akan DISIARKAN.




MANIFESTO PH BUKAN LAGI ISU BESAR DAN AKAN JADI BASI DI ERA TAHUN KEDUA DAN SETERUSNYA..

Selagi MAHATHIR PM, kabinet akan TERUS progresif, sesuatu yang tidak boleh disangkalkan kerana kelajuan Tun bekerja tidak DAPAT tidak setiap ahli kabinet terpaksa mengejar, lebih lebih lagi tukang report (rakyat) semakin cerdik.

Kemajuan Dan prestasi ekonomi NEGARA akan turut terkawal stabil apabila tambahan peluang pekerjaan kemahiran tinggi DAPAT diujudkan..Setakat ini pelan TINDAKAN belum nampak kecuali penerusan projek² mega menjanjikan lebih peluang pekerjaan kepada netizen.

Pengurusan pentadbiran Dan kewangan NEGARA akan diurus dengan baik.

Perlantikan Ketua Hakim NEGARA yang baru, penubuhan IPCMC Dan tambahan kuasa kepada SPRM Alan melengkapkan lagi halatuju rule of laws Dan pemansuhan beberapa akta akan menjamin kebebasan suara yang lebih dinamik.

Tetapi Dan hanya sesuatu yang lebih bimbang ialah berhubung penyatuan Melayu itu sendiri yang terbahagi kepada empat parti politik.

Perpecahan akan menjadikan Melayu minoriti Dan KETINGGALAN.

Kewajarannya umno PERLU diharamkan tetapi sekaligus ini akan menguatkan PAS.

Rekod menunjukan MAHATHIR selalu gagal mengawal Dan mengekang PAS.
kerana orang Melayu masih ditahap menghayati Islam secara kosmetik.

Benar Dan sejauh Mana pun MAHATHIR betul tetapi orang Melayu tetapi undi jubah dari ilmu.

Inilah nasib orang Melayu yang dikhinati pemimpin umno sepuluh tahun kebelakangan sebelum ini Dan kini rosak di tangan lebai.


satu pandangan

MAHATHIR KATA TIGA TAHUN PULA?

Kikikiki..

Politik MAHATHIR bukan setakat dengan pembangkang dan kaki bangkang tetapi juga dengan penyokong PH yang berpuak-puak.
Sokong PH tapi sokong SI anu sahaja..
Sokong PH tapi sokong kalau aku DAPAT jawatan..
Sokong PH tapi tapi dengan syarat..

Kenyataan MAHATHIR itu sengaja atau tidak, aku kurang pasti tetapi bontot yang relevan memang berasap..

Aku sendiri mengharapkan Tun hanya 6 bulan sahaja, Disember 2018 serahkan pada Anwar..tetapi itu tidak menjadi kenyataan..
Dari setahun jadi dua KINI jadi tiga.. Lebih tepat Bagi aku bukan tempoh tetapi Masa yang sesuai untiuk berundur..

Tun berundur apabila semua projeknya sedang rancak berjalan..
Tun tidak akan Ulang lagi kes Jambatan Bengkok..dikhianati oleh penggantinya secara bacul.

Kenapa PERLU tergesa saran Tun berundur?
APA hujah bernas..
Jika ADA pemimpin yang berhajat..PERLU JANTAN ke DEPAN berhujah..

Aku sendiri suka Tun berundur SEGERA tetapi siapa pengganti yang lebih baik darinya..itu sahaja yang aku mahu tahu..

Dan lebih penting APA PERANCANGAN yg boleh dilihat logik Dan berkesan..

Sekadar sebut nak kurangkan Kos saraan atau banyakan peluang pekerjaan Tanpa ADA plan TINDAKAN.. IA belum cukup kuat hujah untuk Tun berundur.


Negarawan bukan sahaja mengkritik tetapi ... Sedia dikritik


Thursday, May 9, 2019

SUDAHKAH KERJA² PEMBERSIHAN DI UMNO DAN PAS SELESAI?

Apakah ada tanda² pemimpin umno sekarang anti rasuah jijik rasuah jika diberi peluang semula memerintah?
itu persoalan pokok?

Soal umno akan menjaga kepentingan melayu dan Islam hanyalah retorik.
Apa yang mereka mampu kalau sendiri pun susah nak berenggang dengan rasuah, kroni dan salahguna kuasa?

SPRM belum kutip habis pemimpin umno yang boleh dikaitkan dengan korup, terbaru hanya bung mokhtar..apakah lain²nya sudah bersih?
Apakah sudah SPRM declare pemimpin umno lain bebas korup?
Atau SPRM tangguh dulu kerana terbeban dengan kes² yang sedia ada?

Kalau lihat kepada lokman adam, nyata umno masih jauh perjalannya untuk suci diri..

PAS lebih wajar menjadi sandaran kepada orang Islam dan melayu berasaskan kepada akhlak dan amanah mereka sangat jauh dari korup.
Kelemahan dari segi pengurusan, lebih cakap dari kerja, lebih celupar dari otak adalah kelemahan yang boleh dibaiki.

Di harap Kerajaan Negeri Terengganu akan melahirkan pemimpin² yang ada kualiti nasional dan international untuk dijadikan contoh kepada pengurusan negara akan datang.

Pemimpin² Melayu dan Islam selepas Mahathir ada potensi untuk porak peranda dan bertelingkah sesama mereka.

SINGAPURA DAN US PULANGKAN DUIT?


Duit APA?
Dari mana sumbernya?
Kenapa dipulangkan?

Tok arab gila derma lagi ke?



SOALAN atok untuk cucu² bengong...








BERSATU JOHOR WAJAR BUBAR DAN SERAH PADA UMNO UNTUK TADBIR NEGERI..

Baru PADAN muka semua..
Perangai pun dah lebih teruk dari umno..


HIBURAN


https://www.amenoworld.org/2019/05/najib-nafi-curi-rm4b-dana-kwap-melalui.html


# Raikan perbezaan pendapat dan bagi sesetengah orang itu cerita kayangan@bunian@maharajalawak.

Ini pun hiburan juga..

http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/5A4lp8gYMmI/rakyat-gumbira.html

# Bagi yang biasa tengok drama Melayu atau Hindustan, tengok awal sikit je dah cukup..Kita tahu happy ending, penjahat pasti mati kena tembak atau masuk penjara.

Wednesday, May 8, 2019

RENTETAN SKANDAL 1MDB

Sudah ADA yang MENGAKU salah..
Sudah ADA yang dijatuhkan HUKUMAN bersalah..
Sudah ADA yang MENGAKU tidak bersalah..
Sudah ADA yang sedang dalam prose's perbicaraan..
Masih ADA dungus yang mempertahankan..

Cuma yang tiada setakat ini..
Tiada yang dilepaskan dan dihukum tidak bersalah..

Skandal 1MDB, (Satu Malaysia Di Bodohkan) kini bukan lagi fitnah.


RAKYAT MENANG

Pertamanya rakyat MENANG di PRU14, singkir lanun.
Kemenangan terbesar, PH hanya tumpang kemenangan tersebut.

Keduanya rakyat MENANG di PRK, menangkan umno untuk memberi peringatan kepada PH yang lembab.

PH mungkin seterusnya kalah di Sandakan kerana ISU tempatan. Batu apinya Sarawak.

Kerajaan dari segi TINDAKAN digambarkan 5/10 tetapi Tun sendiri mengetuai kerajaan telah menyuarakan suara rakyat dengan jelas 8/10.

Rule of laws benar² mula mencengkam mencari SI pelaku dan kerajaan sedang heading ke arah yang rakyat mahu.

Keberanian dan ketegasan Tun yang disifatkan cari gaduh memang tepat pada masanya, cukup cukuplah rakyat dibuli.


Masa untuk rakyat MENANG sudah tiba melalui Pakatan Harapan. 






Tuesday, May 7, 2019

RINDU ERA PEMIMPIN JADI PENCURI..

Rosak iman dan rosak Ramadhan kamu tahun ini..

Wallahua'alam..


Yang baik tetap baik, ganjarannya di jannah. Yang buruk Dan mungkar selalunya Allah bagi advance cash di dunia untuk peringatan Kita semua.

ANWAR MEMPERKUKUHKAN MAHATHIR, INI MACAMLAH RAKYAT NAK TENGOK..



PANDANGAN RAIS YATIM

Tidaklah merapu macam LOKMAN Adam..




RULE OF LAWS, TERLALU BANYAK DAN TINGGI HARAPAN KEPADA IGP PH




HARI RAYA BERGELAP

sedikit detail


Satu lagi projek, PH.. ( :

Ada 1001 lagi perubahan baik yang boleh dibuat oleh kerajaan tanpa tambahan kos dan peruntukan untuk keselesaan rakyat di samping cukai tambahan kepada golongan mewah.

Bagaimana dengan plate nombor kenderaan, sewajarnya juga sedikit kelonggaran dan cukai dikenakan.


Monday, May 6, 2019

PRESTASI KABINET HANYA 5/10

Report card Tahun 1 dari 5 tahun..
Lulus..
Semua B Dan C, tak ada A

Subject Moral 0
Subjek Rasuah 0

Report card akan datang, Tahun 2, KALAU masih headmaster yang sama, SATU dua tiga akan kena buang..
KALAU headmaster baru, unpredictable.

Kenapa 5/10
Tenggelam disebabkan kebebasan bersuara di era PH adalah 8/10..boleh speed maksima 80/km/h

Belum lagi ADA kes yang lapor kena siasat, kena lokap, kena dakwa, masuk penjara...
Di Parlimen belum lagi ADA SOALAN yang tidak boleh ditanya.
Parlimen bebas dari pendekar jamban.

Soal BANGSA Dan ugama..
Sendiri jaga.


KENAPA NAK LEBIH² GANGGU PM?

Setakat nak cakap kerajaan Tak Bantu Melayu..
Setakat nak cakap DAP hina Islam..
Setakat nak cakap kos Sara hidup tinggi..

Memang boleh pun cakap..
Tapi Perlu ke tanam permusuhan benci?
Boleh ke sampai tahap berbohong Dan menipu kononnya kerajaan abai Melayu Dan Islam..

Tulin sangat ke jati diri hingga menghayati nasib petani, nelayan Dan miskin bandar.
Hakikatnya sendiri masih berumah besar, kereta besar, Wang besar..

Berlebihan gelisah, panas, rimas, melenting ini Tak masuk akal..
Tentu ADA sebab lain.

PH baru setahun, Kita tunggu lagi 2 tahun, PAKAT² balun...

Sunday, May 5, 2019

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU



KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.




Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.




Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.




Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?




Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.




Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.




Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggung jawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.



Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walau pun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahu pun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.


#Tidak DAPAT dikesan tarikh sebenar tulisan ini

BANTUAN SAMARATA KEPADA SEMUA NETIZEN YANG LAYAK



Itu saranan limguaneng atas kapasiti SEBAGAI setiausaha agung DAP.

80% Melayu adalah layak Dan selebihnya Dari kaum lain.

SEBAGAI Melayu yang mendabik dada KETUANAN Melayu, peratus itu sangat MEMALUKAN.

Lebih jijik, jika kita bersikap menghalang bantuan kerajaan kepada kaum lain yang senasib.

JANGAN seperti sebelum ini, bantuan berbentuk pinjaman bukan pada yang tulin layak Dan salahguna kuasa.



DI AMBANG RAMADHAN

Balik beramadhan..
Sarapan..
Makan tengahari...
InsyaAllah..makan malam..terawih..mentong/cholek

Siapa selepas MAHATHIR?
Siapa yang semampunya?
Itu ANTARA yang terpacul Dari mulut mereka-mereka-mereka bangsa JOHOR.

Uuhhh...ingatkan MAHATHIR sudah disalaherti, tidak diharhagai..
Alhamdulillah


Ramadhan..istiqamah menegakan kebenaran.

DI AMBANG RAMADHAN

Siapa yang ADA link blog budin, boleh Tak siarkan.

Hampir setahun Tak jenguk, katanya meriah, katanya aku popular Di Sana kikikiki .....katanya ADA nangoi DANGOI Dan penyokong boboi nak ajak aku berdebat di Sana...

Takut la sangat..

Nak ke Sana jenguk²..agar Tak meriah dengan fitnah, maki hamun sempena RAMADHAN ..Dan berkekalan.


Saturday, May 4, 2019

BACA SAMPAI MUNTAH..

Duit rakyat jadi duit mak bapak mereka..

Mak bapak pun takkan bagi pada anak kaki KENCING....


Dengar sampai PEKAK. Salahguna kuasa.
https://www.amenoworld.org/2019/05/penjelasan-kenapa-epu-tolak-permohonan.html

PEEBEZAAN PENDAPAT ISTANA DAN KERAJAAN SERTA KECEMAN ATAU KENYATAAN TERBUKA WAJAR DIHENTIKAN

Jika berterusan ia akan melukakan kedua dua pihak dan rakyat akan kecewa.

Jika berterusan, IA boleh menjurus kepada sesuatu yang lebih dukacita dan di luar jangkaan.

Rule of laws applied to all.


Friday, May 3, 2019

KHALED NORDIN THE BEST PERSON TO ANSWER..


https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/03/dr-m-govt-will-try-to-claim-rts-land-will-buy-it-back-if-johor-sultan-paid-for-property/

Tidak dimaklumkan..


Itu Tanah Persekutuan..


PEMIMPIN MELAYU DI PH HANYA PERLU AMALKAN RASUAH UNTUK DAPAT SOKONGAN UNDI MELAYU DAN MENANG PRK..

Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu? Apakah ini kerana mereka rasa terganggu?

Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan, kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya, amalkan?