Showing posts with label aziz bari. Show all posts
Showing posts with label aziz bari. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Sokongan membabi buta ke atas Aziz Bari...

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

“Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin,” kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

“Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti,” katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...