Monday, December 31, 2018

MAJORITI RAKYAT RASA KESAL DIKENCING...

Antara perkara yang dianggap dikencing adalah kerana kerajaan  menangguhkan beberapa janji manifesto..terkini kerana kerajaan menangguh penurunan harga runcit petrol... itu lah antara viral yang dikatakan dikencing...

Majoriti rakyat sudah tentu rindu pada kerajaan lama, kencing besar²an, kencing tak sikit, tak kecik..kencing biliun biliun..

Semua itu ditutup dengan dedak..

Apa saja boleh konar baring, boleh buat duit, boleh belit, boleh kepit..songlap besar²an..

Itu yang dirindukan pecacai...




ANUGERAH KEPADA TUN JAWAPAN SETIMPAL KEPADA TUKANG FITNAH LAKNATULLAH..



SIAPA pendusta dan tukang fitnah itu?
Tidak dituju khusus kepada sesiapa tetapi mereka menonjolkan diri sendiri dengan emosi ayat tin kosong sejak dulu hingga sekarang.

ANUGERAH di atas bagai satu tamparan yang sangat pedih bagi pendusta dan tukang fitnah...

Cerminlah diri sendiri..HIDUP tanpa keberkatan dan dirundung masalah satu demi satu, berubahlah sahabat..



Sunday, December 30, 2018

APAKAH BERSIH DAN REFORMASI AKAN MENJAGA KESUCIAN ISLAM DAN KEPENTINGAN MELAYU..

Adalah lebih baik pilih SaHAja PAS, atau pilih semula umno jika jawapannya tidak atau tidak pasti.

BERSATU masih kurang jelas dari segi kepimpinan dan arah tuju. Sesuatu yang drastik perlu diambil seperti bergabung dengan AMANAH untuk satu uniti Melayu Islam.

Sendirian, hanya akan menjadi makanan serigala.

PAS bukanlah yang terbaik tetapi setidak tidaknya daripada terjun gaung lebih baik sekadar terbabas di lereng.

PERJUMPAAN di Morocco, satu kebetulan.

PERINGATAN PADA ANWAR; AZMIN BUKAN MUSA HITAM

Sejarah mencatatkan, hubungan Tun dengan Musa Hitam mula retak apabila Tun melantik Ku Li ke jawatan Kabinet walaupun Ku Li tewas dengan Musa dalam perebutan jawatan Timbalan President.

Musa Hitam letak jawatan TPM tetapi KEKAL di dalam umno.
Ada kalangan pemimpin tertinggal umno diketuai wan mokhtar memujuknya tetapi tiada SIAPA mengikut jejaknya.

Perkara yang hampir sama berulang, Anwar lantik semula calon Timbalan Presiden yang tewas sebagai NAIB President Dan InI dibantah oleh  Azmin.

Azmin bukan Musa Hitam.
Anwar bukan Mahathir.


Tun happy je nak serah, Muhyiddin kata ok, Mukhriz kata ok.. 
AKHLAK KENA JAGA

https://www.amenoworld.org/2018/12/anwar-bakal-disembelih-oleh-azmin.html

Saturday, December 29, 2018

PKR PERLU SEGERA PECAH DUA..

Itulah solusi terbaik, pantas dan jelas. Tak sesuai nak berpolemik, kuntau dan berdrama panjang.

Anwar tidak perlu namakan sesiapa sebagai orang Azmin seolah dia mengaku dirinya Presiden yang tidak disegani, tidak di iktiraf dan tidak layak sepenuhnya.

Mesyuarat Agung Khas, Azmin bertanding lawan Anwar untuk jawatan Presiden.

Yang kalah perlu tinggalkan PKR.


ADA SESIAPA DI SINI YANG TIDAK MAHU JADI PM?

Adakah satu dosa dan satu kesalahan jika seseorang berusaha ke arah itu tanpa menggugat undang²..

Molek berfikiran terbuka dan berlapang dada... 

Sangat jelik KALAU Tun mahu KEKAL sebagai PM hingga PRU15, bukan dipertikaikan kelayakan dan kebolehan tetapi peluang mencorak Negara mesti diserahkan pada generasi muda dengan segera.

Sudah lewat JUGA bagi Muhyiddin, Anwar, Hadi, Lim Kit Siang, Mat Sabu, dan Mat Hassan... Enough, bosan.

Tolaklah yang muda² naik, memadai curah pengalaman dan kongsi ilmu.












APAKAH SEKARANG SUARA ANWAR DIBUAT MELALUI http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Bukanlah suatu yang salah atau bimbang tetapi pembaca boleh juga menggunakan saluran yang sama berkomunikasi secara tidak langsung dengan Anwar.



#ambil Secara positif

Friday, December 28, 2018

MUHYIDDIN PERLU FOKUS JANJI MANIFESTO DEMI KEBERUNTUNGAN RAKYAT, BUKANNYA SEBOK DENGAN JANJI KURANG PENTING ANWAR GANTI TUN...

Blog ini berulangkali nyatakan sebahagian besar yang menyokong PH hingga berjaya tawan Puterajaya bukanlah kerana manifesto panjang PH tetapi lebih kepada mahu Najib berundur, umno tewas.

Penghijrahan orang Melayu sokong kerana ada nilai tambah iaitu Tun akan jadi PM, kalau bukan Tun, sorry to say..kami tak akan undi PH. 

# ITU faktor utama kemenangan, faktor penghijrahan undi melayu tegar umno kepada PH

Lain² faktor adalah kebersamaan yang ditunjukan oleh komponen parti menjadikan faktor Tun bertambah kukuh.

Tanpa kebersamaan, faktor Tun juga akan runtuh.
Kebersamaan tetapi tanpa faktor Tun, Hari ini PH KEKAL pembangkang.

Kajian menunjukan tiada perubahan ketara sokongan MAJORITI rakyat ke atas kerajaan malah dasar kewangan sekarang menjadikan rating guan eng meningkat..

ITU bererti beberapa janji PH ditangguhkan yang semuanya melibatkan kewangan disokong dan popular..

Yang bising? ITU royan pembangkang yang semulajadi..dari asal pun tak undi PH, yang kata kesal undi PH  pun hanya drama pecacai...

Sebagai pengundi PH, aku tidak kesal.. aku akan terus sokong, tangguh janji manifesto bukan satu dosa..tangguh janji bukan munafik.. 

Hanya dosa dan munafik..
Alasan PENANGGUHAN adalah  auta, tipu dan bohong..
Ada niat tidak tunaikan semasa berjanji/bermanifesto..

PH AKAN runtuh jika Ada Dua perkara InI. TUN JUGA akan ditimpa kebinasaan.

Anwar GANTI Tun adakah manifesto? Atau sekadar janji dalaman PH? Di mana fokus KEBERUNTUNGAN RAKYAT?

KALAU Anwar bagus - lantik sebagai TPM. InI masa uruskan agenda rakyat bukan sebok dengan strategi dan agenda politik.
Hilangkah ketokohan Anwar KALAU bekerja bawah Tun sebagai TPM?
Malukah Rafizi KALAU Anwar sebagai TPM di peringkat awal?
Sekurang kurangnya Nurul mungkin Tak loya MUAL Dan MUAK?

PRU15, rakyat sudah tidak fokus kepada faktor Tun atau faktor Anwar, tetapi rakyat Tanya APA yang telah kerajaan buat keseluruhan kepada kebaikan RAKYAT..

Masa TU, ikrar berkobar  janji akan dan kalau,  berjubah berserban, bermuka muka manis sudah tidak berkesan - kamu sudah diberi peluang..



Janji dicapati makan diri - PH jangan leka..


TMJ DICABAR MASUK POLITIK



Tentunya TMJ boleh menyumbang lebih besar bakti kepada BANGSA Johor Secara langsung?

Parti Mana agaknya pilihan TMJ?

INI SIKIT ADA LOGIK



Ada kredibiliti
Kajian dari kebebasan minda, bukan agenda ..

Tidak ada siapapun letak jawatan selepas kajian sebagai tanda protes....tiada MUAK Dan MUAL..

Lim GUAN eng meningkat... Kepercayaan dan kerajinan...

Yang Palin WIN..menepati pemahaman awal bahawa PH MENANG bukan atas faktor janji² manifesto  kecuali lebih kepada rakyat sangat MUAK Dan MUAL dengan Najib Dan umno

Faktor manifesto lebih tertumpu kepada janji Tun sebagai PM Dan Anwar akan dibebaskan.... Ini telahpun ditunaikan..
PH mendapat bonus Dan kekuatan sokongan tambahan apabila Lim GUAN eng DILANTIK menjadi Menteri Kewangan.

Kerajaan perlu tumpu kepada tambah peluang pekerjaan Dan dana perniagaan untuk merancakan ekonomi Dan sekaligus kos Sara HIDUP menjadi mampu.

Kajian seterusnya, SIAPA pengganti Tun yang lebih diperlukan rakyat?
Setakat mana (peratus) rakyat mahu Tun dikekalkan?
Rafizi dicabar buat...


# Perkembangan laun Rafizi dilantuk Naib Presiden, Anwar tentunya memerlukan orang kanan selepas Nurul berkorban..

Apakah Rafizi akan tolak perlantikan tersebut. Macam tak logik soalan tu?


Thursday, December 27, 2018

SETAKAT MANA PAS KETINGGALAN DARI AMANAH..


BERAPA JUMLAH SEBENAR KEAHLIAN BERSATU

135 Bahagian
115 Armada
98 Srikandi
3000 Deligasi
Perhimpunan Agung BERSATU 28/12/2018

Armada perlu menjadi pendesak dan pembangkang di dalam parti.
Serikandi perlu dikerah meningkatkan keahlian.

Jika tiada perubahan besar keahlian dalam tempoh lima tahun, BERSATU akan hilang kelancaran jentera pilihanraya. Tidak wajar bergantung lagi kepada jentera konponen.



Wednesday, December 26, 2018

KALAU NAK BATALKAN UMNO ATAU BUBAR UMNO, BUATLAH SEKARANG...

UMNO sudah patut dibubar atau dibatalkan sebaik sahaja PRU14 selesai.

Malangnya entah APA yang menghantui dan mempengaruhi hingga umno dilanjutkan dan kini semuanya terlewat, mustahil dan tidak mungkin tidak logik lagi dibubar dibatalkan.

UMNO sudah kembali dilandasan yang betul dan sedikit lagi pembaikan seperti menjauhi najib dan zahid, akan menjadi cukup relevan dalam politik Malaysia.

UMNO tidak perlu bergabung dengan PAS apalagi BERSATU, CUKUPLAH usahasama Dan SALING menyokong sesama sendiri untuk kepentingan Melayu Islam.

Orang Melayu perlu menyokong semula umno, Tun dan Anwar perku kembali semula dan mengetuai umno.

Cara inilah SaHAja Melayu akan dipandang tinggi, dipandang kerana proses pembersihan dan kebangkitan. TUN WAJAR lagi sekali membina semula APA yang diruntuhkannya/menewaskan umno.

APA guna berparti kalau BANGSA berpecah.



# Sudah tentu bicara InI ditujukan pada pemimpin, komen macai mantan dedak hanya seperti anjing menyalak bukit, Tak boleh pakai .



ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA


https://makeameme.org/meme/scaramucci-to-media-597e2f






SKANDAL TERBESAR KERAJAAN PH DIDEDAH?

Pembenci PH benar² tiada isu kepada kerajaan semasa.

Terpaksa pungut isu remeh untuk diperbesarkan.

Skandal terbesar..
"Surat Mujahid (kekanda) kepada Nurul (adinda) dijadikan isu.."

Itu je lah yang mereka mampu..


Tuesday, December 25, 2018

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP

Semasa proses permohonan BRIM, ada yang layak MEMOHON telah ditolak oleh kerajaan BN.

Ada JUGA yang tidak MEMOHON kerana geli dan protes pada Najib yang sondol billion dengan merasuah rakyat, ciput..

Ada sesiapa yang boleh jelaskan.

HADI DISERANG: PENJELASAN



Mentaliti menyalahkan pihak lain seperti DAP masih menjadi satu escapism untuk menutup kelemahan diri.
https://www.amenoworld.org/2018/12/punca-hadi-diserang-didedahkan-identiti.html

Strategi DAP atau bukan, even strategi Yahudi sekali pun, semua pemimpin kena bersedia.

Ilmu Islam bukan sekadar Fiqh, Tauhid dan Akhlak tetapi seisi langit dan bumi.

"Serangan" ke atas Hadi di london sangat ringan kerana sekadar dia mengetuai sebuah parti pembangkang.

Bagaimana kalau menjadi sebuah ketua negara?
Takkan acapkali masih mahu mencari kambing hitam.

# Tulisan yg mengaitkan DAP dalam serangan tersebut bukan pandangan PAS tetapi penulis berkaitan.
# lokman adam juga membela Hadi dan salahkan DAP, ampu ini tidak berbaloi bila Hadi kata NO to umno.


Monday, December 24, 2018

PH KEKAL HARMONI

Kesimpulan:

Kerajaan PH akan berjalan lancar dari masa ke semasa..
Isu kecil isu nasional dilerai dengan cara baik..
Semua parti komponen membuat pengukuhan masing²..
Anwar ganti Tun secara terhormat..

Tidak ada pergolakan jika masing² jaga akhlak, amanah dan berdisiplin.





Menjadi pemimpin bukan setakat cabaran dikampong Dan di kalangan puak sendiri SaHAja..



PRESTASI MAHATHIR DIKATAKAN MENURUN - SETAKAT MANA MEREKA KECEWA ATAU SEBENARNYA PAKAT² TEPUK TANGAN?

Pertama, kena tahu, kena lihat, kena dengar pihak mana yang memberi kenyataan tersebut..

Kemungkinan ia berlawanan dengan apa yang dimaksudkan..

( Sudah tentu pandangan pecacai di sini tidak akan diambil kira kerana tahap ketaksuban menutup sel akal untuk berhubung ).

PRESTASI menaik dan tinggi, APA yang mereka mahu SEBENARNYA dari Tun?

Suka diingat kepada golongan ini, jika PRESTASI Tun memuncak, rakyat akan bangkit mahukan Tun KEKAL selagi hayat berkemampuan..
InI bukan Berita BAIK bagi sesetengah pihak..

Adalah penting cari SETIAP ISU  dari Perlis, Sungai Petani, Permatang Pauh sampailah ke Sabah dan hingga ke lubang cacing ...

UMNO sudah tidak mampu lakukan tugas kamikaze ini!!!
Kena tukar cara..

Sudah MUAK Dan MUAL KALAU diungkit lagi tentang kleptokrasi, itu tidak lagi menjadi musuh, bola kempis.. sasaran sekarang yang menghalang adalah APA SaHAja tentang BERSATU dan Tun.

Siapa kata cash is King sudah berakhir?




Dulu mamat ni tinggi darjat ampusana ampusini, sekarang merudum - buat lawak hilang akal...
Bongap..bukan aku kata, puak dia (Kj) kata..





BRAVO MUHYIDDIN!!!


Atas nama "rundingan" ia wajar diteruskan, jika ia bukan satu ancaman malah memperkuatkan WARISAN, kenapa tidak BERSATU di Sabah.

Jika ada selain WARISAN yang membantah, ia sekadar penyakit yang berjangkit dari Semenanjung.

Ada parti lain takut hilang pengaruh.

Sunday, December 23, 2018

ALMOST ISU BESAR KERAJAAN PH SIFAR

no big rasuah..
no big membazir..
no big penyelewengan..

Isu kos sara hidup adalah isu seiring dengan mana² kerajaan. Harga barang runcit dan asasi pengguna tidak pernah merudum di mana² negara.

Tetapi itu bukan alasan untuk kerajaan tidak perlu tangani..
Prosesnya sedang berjalan...

Kuasa rakyat menjatuhkan pemimpin kerajaan zalim jahat telah berlaku dan kuasa itu perlu disasarkan kepada boikot harga cekik darah yang diambil kesempatan oleh perniaga yang tamak dan jahat.

Parti pembangkang sebok membetulkan parti sendiri, tiada masa untuk rakyat.

Pihak yang makan dedak baru Gred A terpaksa kerja keras mencari bahan untuk di spin, guling dan burukan Tun berselindung atas nama kritikan dan kebebasan BERSUARA Malaysia Baru.

Sarang tebuan dijolok, nasib kau orang lah...


MANDAT: ...CAKAP APA YANG SALAH ITU SALAH




Tupasal TELINGA macai jiban menanah bila mandat dilaksanakan..

Kerajaan akan terus mendapat kepercayaan jika yang betul itu tetap betul sekaligus tidak langsung tergugat dengan persepsi hasutan..


ANTARA KELEBIHAN URUSNEGARA PH IALAH SEMUA KENA SEDIA TAHAN TELINGA..

TUN, Maszlee, Mujahid antara yang sudah lalui...

Yang lain² belum..jangan sampai nak tampar wartawan?

Lim kit siang sendiri gemar nak saman..

Ada yang belum diuji, sudah MUAL MUAK letak jawatan..

Ada yang main angka untuk tembak kaki kawan sendiri..


RON95 KERAJAAN TAK PERLU TURUNKAN..

Manifesto PH, stabilkan harga petrol runcit...Tak perlu turun atau naik.

Penetapan semula hanya elok dibuat SETIAP enam bulan Sekali berdasarkan purata dan jangkaan.

Turun atau naik jika kerap sekadar menganggu harga barang Pengguna lain.
Lebih teruk Dan tetap menjadi ISU ialah harga barang tidak juga turun kalaupun harga petrol diturunkan, enough.

Lebih penting, lebihan bayaran pada harga petrol runcit kerajaan salurkan kepada bentuk Pembangunan lain atau bayar hutang Negara.

Harga Petrol dunia dijangka naik semula dengan mendadak berdasarkan pergerakan tentera amerika di teluk parsi dengan sasarannya Iran.

ISU harga petrol sekadar mahu di politikan.

Saturday, December 22, 2018

APAKAH PANDANGAN DAN PENDEKATAN TUN TERHADAP UMNO YANG SUDAH BERALIH PUCUK PIMPINAN

Apakah ada usaha² positif sedang dilakukan oleh kedua pihak supaya yang kalah tidak kalah semua dan yang menang tidak menang semua.

Sudah tentu sesuatu jika itu baik untuk Melayu dan Islam, kena sokong.
BERSATU dan UMNO mempunyai ideologi perjuangan yang tidak berbeza untuk mudah duduk semeja.

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION / MELAYU BERSATU

Jangan geli dengan saki baki UMNO yang ada, sekurang-kurangnya kita dah tahu setakat mana kudis dan kurap mereka.


RAKYAT GAGAL BERPERANAN..

Yang malas akan terus ketinggalan walau peluang dan rezeki depan mata.

Yang rajin, kurang keluh, kurang tuduh, usaha terus maju...kalau susah - jiran, adik beradik, kerajaan tidak akan hantar beras kerumah...

Nasi dalam pinggan, kalau tak suap, perut akan terus lapar..

Segelintir ustaz ceramah menghasut, doa supaya kerajaan lingkup, merapu, memporak peranda umat..bila tidak tersenarai..mengeluh macam rezeki itu keluar dari radio tv.

Hari ini yang terjejas, siapa? melayu..
Sebab..hidup pergantungan kepada kerja dan memilih pekerjaan..
Pendapatan terhad.

Saranan Rasul, 9/10 rezeki datang dari perniagaan diabaikan..
Yang pulun, cina..
Bila mereka kaya..
Sakit hati..
Salahkan DAP..
Salahkan kerajaan..

Banyak lagi..
Rakyat yang gagal..
Gagal membantu diri sendiri..

cara mudah,
salahkan kerajaan..
membongak.




Asasnya kerajaan tidak berdiam, terus berusaha membantu rakyat..
Selebihnya rakyat perlu berperanan, pro-aktif

KERANA MULUT TIDOR TAK LENA, MASA DEPAN BINASA - ELOK SEMUA PILIH JALAN SELAMAT..

https://faktatv.wordpress.com/2018/12/22/saya-tidak-teragak-agak-untuk-buang-dap-daripada-pakatan-harapan-jikalau-lim-kit-siang-pentingkan-diri/





KENYATAAN YANG MAKAN DIRI DAN PARTINYA..... MUAL MUAK MENYAMPAH TAKUT PADA BAYANGAN...

Nurul terkorban sia-sia kerana tiada siapa yang bangkit  kerana ramai yang melihat itu agenda peribadi....





Kenyataan ini membolehkan Tun mendapat sokongan Melayu 99.9%.


PANDANGAN DUA SEN NAJIB DIHARGAI TETAPI TIDAK DIPERLUKAN BUAT MASA INI..

Kerajinan  Najib menciap mengulas dan mengkritik kerajaan PH dewasa ini sangat luar biasa berbanding semasa berkuasa, lebih pendiam, lebih mengelak dari wartawan untuk ditanya soalan² bonus dan cepumas.

Hari ini tanpa ditanya, sendiri ciap.

Secara ikhlasnya siapa yang baca?
Siapa yang baca sampai habis?
Who cares?

Bukanlah sombong, tetapi rakyat sudah muak (pinjam bahasa Anwar/Nurul) lebih² lagi rakyat mempunyai pengetahuan tersendiri, boleh berfikir sendiri dan rata² tidak bodoh, sudah tidak boleh ditipu lagi...

Majoriti kaum bukan Melayu dan minoriti Melayu telah membentuk majoriti rakyat memilih PH untuk menjadi sebuah kerajaan.

Sampai ke hari ini majoriti rakyat percaya pilihan mereka tepat terutama skandal² yang dulunya persepsi kini nyata.. Benarnya 100% 90% 80% sekadar ukuran..

Sebuah kerajaan di dunia tidak ada yang sempurna lebih² lagi pasukan ini pegang tampuk kuasa belum setahun..masih bayi, tiada dosa berbanding yang sudah tua seusia 60 tahun..

Kami beri mereka masa lima tahun samada berdiri gagah perkasa atau tunggang terbalik...bagus dikekalkan, kalau buruk, pilih yang lain.

Najib lebih baik fokus pada masalah diri dan keluarganya, soal pertuduhan di mahkamah..hormati pilihan rakyat.

Diam dan bersihkan diri kamu. Jika menang, jadi semula calon 2023 jika memang kamu seorang pemimpin berjiwa rakyat, tidak tipu rakyat.

Tun Dr Mahathir atas kebenaran, diluar perancangan kembali menjadi PM kali kedua, dan jika kamu (najib) juga benar..boleh lakukan perkara yang sama.

Jika kamu (najib) salah dan kalah, itulah sejarah yang kamu tempah.

Yang kekal adalah kami, sebagai rakyat.


REMEH TETAPI KEPUTUSAN MASZLEE POPULAR

Ibu bapa dan murid lebih suka kasut hitam.

Itu tinjauan media dalam persiapan ibubapa berbelanja untuk persekolahan yang akan dibuka Januar 2019.

Lebih legaaa..kerajaan ada memberi bantuan kewangan.

Kenalah puji kalau bagus, berlapang dada.

UMNO KEMBALI WARAS, SUSUN SEMULA STRUKTUR...YANG BERMASALAH KINI PH - ADA PENGKHIANAT...

Khususnya dari Menteri yang menyusahkan kerajaan dengan dasar, keputusan dan ucapan semborono sehingga sukar untuk dipertahankan oleh parti.

Dalam satu keadaan lain, tidak boleh dinafikan ada cakap² yang seolah mahu menghalang Anwar sebagai pengganti Tun dan balasannya usaha memburukan Tun giat dijalankan.

DAP memerhati dengan penuh minat.

Penyingkiran Najib merupakan satu proses yang sangat baik dan berhadapan perbalahan antara PKR dan BERSATU juga satu lagi proses politik Melayu Islam yang belum ada kesudahan.

Proses meningkatkan ekonomi Melayu terabai sejak Pak Lah ambil alih dan kini dalam nasib yang sama.

Inilah menang sorak (politik), kampong tergadai (ekonomi)..

Friday, December 21, 2018

JIKA MAHATHIR TAK MAKAN SAMAN DI MAJLIS PRESIDEN PH ATAU TIDAK BERKESAN DI MESYUARAT KABINET, SERANGLAH MAHATHIR HABIS²AN DEMI RAKYAT..


Keluarlah PH..
Keluar dari Malaysia..
Undi tidak percaya di parlimen..
Boleh mulakan dengan Pembubaran DUN Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor..

Serang secara berdepan, serang secara bertindak..

Demi rakyat, bukan kerana demi tak dapat jawatan..bertindaklah sebelum lewat.

https://4.bp.blogspot.com/-xw5wT1-VF2A/XBzu6w9yaUI/AAAAAAAByQs/j-Ktd3qbC78NwDxxMKhhrtV_0rwMcg03QCLcBGAs/s1600/1.jpg

Yang tiada jawatan, sewajarnya serang pembangkang yang asyik hasut rakyat. Bukan serang kawan sendiri yang ada jawatan dan tugas...

https://bankami.blogspot.com/2018/12/amaran-syed-saddiq-terhadap-ramasamy.html


https://www.nst.com.my/news/nation/2018/12/442815/dr-m-takes-dig-rafizi-over-approval-ratings-claim

PEMIMPIN BERSATU DAN TUN SENDIRI JANGAN OVERACTING DAN OVERSAY TERHADAP UMNO..

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/25/too-late-to-ask-mahathir-and-pribumi-members-to-rejoin-umno-says-mukhriz/?jwsource=cl

Sesuatu yang melampau Allah tak suka.

Bersederhana, jangan takbur dan ego. Perlawaan sertai umno harus ditolak dengan kata² hormat, bukan memperlekeh, menghina.

Lebih² lagi BERSATU tanpa Mahathir akan jatuh merudum, lebih teruk dari AMANAH.

Jangan cakap KD tak payung.



NAJIB SAY NO KETUA UMUM UMNO-LOKMAN BINGAI KATA KJ / SIAPA PULA YANG AKAN IKUT JEJAK LOKMAN - CUBA TANYA PULA ANWAR - NAK KE JADI PM SEKARANG?

Manifesto PH tidak dapat ditepati kerana kewangan negara jauh lebih teruk dari apa yang jangkakan.

Situasi negara kini sudah diketahui umum.

Jika sekarang Anwar atau Lim Kit Siang bersedia menjadi PM dalam kerangka pulihkan negara, refomasi dan malaysia baru, sila bentangkan pelan dan perancangan.

Menuduh Tun mungkir janji menobatkan Anwar sebagai PM sedangkan masa belum sampai nyata ada agenda tersembunyi dan takut bayang sendiri bagi pengampu di sekelilingnya.

RAKYAT MENUNGGU MENTERI KEWANGAN YANG LEBIH BAIK DARI LIM GUAN ENG..

DAP failed, Lim Kit Siang gagal..

Lim Kit Siang hanya pandai cakap,  lari dari tanggungjawab apabila tolak sertai kabinet?

Majoriti manifesto PH tidak dapat dilaksanakan kerana Menteri Kewangan sekarang tidak terampil dan mampan mengurus sumber kewangan.

Thursday, December 20, 2018

TUN WAJAR MEMIMPIN SEMULA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION / MELAYU BERSATU

Bagai orang mengantuk di surung bantal apabila DAP umum mahu keluar PH jika agenda mereka tidak dilaksanakan?

Pucuk dicita ulam mendatang.
Orang Melayu memang memerlukan satu faktor kuat untuk BERSATU.

DAP wajar juga namakan lebih awal siapa kawan dan siapa lawan mereka.

Orang Melayu terpaksa pilih samada Tun atau Anwar jika mereka tidak bersama sebagai peneraju.

Jangkaan Jun 2019 atau lebih awal.

APAKAH PERLU HALANG PERCATURAN POLITIK TUN MEMBINA SEMULA KUASA MELAYU..

Tun lebih AWAL bersedia..

Kuasa POLITIK dominan Melayu lebih menstabilkan Negara dan memberi keadilan sosial daripada kuasa campuran pelbagai kaum yang banyak pertikaian, tuntutan melampau dan drastik.

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/perang-kit-siang-dap-akan-keluar-kjaan.html?m=1


PENGERUSI PKR NEGERI, BERAPA ORANG DARI TEAM A, BERAPA ORANG DARI TEAM B


https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/20/pkr-leaders-deny-message-about-azmin-and-20-other-mps-jumping-to-bersatu/



Wednesday, December 19, 2018

AMARAN KEPADA PH SAHAJA TIDAK CUKUP, APA SOLUSINYA..

Kos sara hidup yang semakin tinggi, puncanya kerana kerajaan PH tidak tunai janji?

Apa janji jika dilaksanakan kos sara hidup akan rendah?

Apakah kos sara hidup tinggi kerana kerajaan berjimat?

Ada berlaku rasuah besar²an atau keberhutangan yang tinggi?

Jika Anwar PM Rafizi Menteri Kewangan Nurul Menteri Ekonomi masalah politik dan ekonomi negara selesai?

Atau negara diambilalih PAS, atau dikembalikan kepada Najib,  semua akan sempurna?

Jika ada jaminan, jom kita desak Tun berundur.

ATAU SEBENARNYA KESEMPATAN MENCIPTA ISU (?)


SESUATU YANG TUN PERLU CONTOHI DAR HONDA BERHUBUNG STATUS MENTERI PUTUS WAYAR..


KALAU BUKAN RAKYAT (ORANG MELAYU), NASIHAT SIAPA YANG TUN AKAN DENGAR...

Pengajaran kepada Tun M bahawa pilihan dan kepercayaannya terhadap seseorang kali ini meleset juga dan sejarah telah menunjukan berkali kali.

Wayta WAJIB dipecat kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya akan terpalit.

Kerana Najib umno runtuh dan kerana wayta (malah ada beberapa Menteri lain) boleh membawa  Tun, BERSATU dan PH sangat rendah dan hina di mata rakyat.

Kerajaan yang baik bukan setakat anti rasuah tetapi mempunyai Menteri yang bertanggungjawab kepada semua rakyat. Tiada kezaliman memecat Wayta malah itulah keadilan, khusus yang sudah hilang nyawa.

Majlis Presiden perlu dirujuk dan nasihat rakyat perlu didengar.

Jangan tambah kekecewaan rakyat kerana PH tidak tunaikan janji manifesto dengan alasan kerajaan tidak mampu.

Apakah memecat seorang Menteri pun, PM tidak mampu.


RATING TUN JATUH 20%


Satu kajian dan angka yang masuk akal, malah dijangka akan jatuh murudum apalagi kalau blog Budin pun sudah mengikut jejak Celah Gelegar!!??

Jatuh rating, tidak popular, akan ditolak rakyat adalah perkara biasa dalam politik lebih² lagi ketika sedang mencaturkan strategi..

Dari PKR dan DAP sendiri majoriti sudah tidak menyokong lagi, penyokong tegar umno kekal menolak Tun termasuk PAS..

Tidak ada pertambahan sokongan setakat ini tetapi kemasukan beberapa bekas pemimpin umno bagi Tun sangat penting bagi menambah sokongan dan kekuatan.

Walaupun mendapat kritikan hebat dari komponen terutama DAP dan PKR tetapi semua itu bukan satu alasan untuk menghentikan kemasukan mereka yang melalui tapisan.

Inilah risiko tetapi inilah strategi, malah PAS juga sarankan umno dibubar dan sertai PAS.

POPULARITI MEROSOT, STRATEGI KE DEPAN.

Tuesday, December 18, 2018

SELEPAS MAT HASSAN DIBERI KEPERCAYAAN MENJALANKAN TUGAS PRESIDEN, BOLEH KE TIDAK MAT HASSAN SERAHKAN TUGAS ITU PULA KEPADA HISHAMUDDIN ATAU KJ (?)

Mat Hassan juga sudah tentu boleh mengarahkan Setiausaha Agung memanggil EGM untuk membuat beberapa keputusan penting termasuk melucut Presiden.

Mat Hassan juga boleh membuat keputusan melalui Majlis Tertinggi atau Lembaga Disiplin untuk memecat Najib dan Zahid.

UMNO juga wajar saman dan TUNTUT GANTIRUGI ke atas Najib Dan Zahid kerana sikap dan tindakan mereka menyebabkan integriti umno terjejas dan hilang kuasa KERAJAAN di PRU14.

Lompat parti bukan satu jenayah http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/gR1OgWMbhAM/umno-saman-wakil-rakyat-keluar-parti.html

Tindakan itu boleh diambilkira sebagai halatuju dan membersihkan imej umno.

Pinjam istilah Budin - zahid kini sudah jadi bola kempis.

ZAHID TIDAK BERCUTI TIDAK LETAK JAWATAN...

Sekadar menyerahkan tugas President kepada Timbalan President atas kepercayaan (selagi dia percaya)  di satu majlis dialog.

Boleh membawa maksud  bila² masa boleh diambil balik dengan sekadar ISTIHAR "sudah tidak percaya"?

Bukan di Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Majlis Penyerahan Tugas.

Tempoh Masa? Serahan kuasa? Valid Perlembagaan UMNO?

Status: UMNO tiada kesudahan, masih berbelit.


TERKINI ZAHID



SIAPA YANG MASUK SYURGA ATAU NERAKA, SIAPA YANG ISLAM DAN KAPIR BOLEH TANYA USTAZ INI..






Monday, December 17, 2018

BERSATU PERLU TERIMA SEMUA YANG MENYERAH DIRI DAN MEMATUHI SYARAT YANG DIKENAKAN....

Berdasarkan sejarah penulisan saya di blog ini, di sekitar dua bulan kemenangan PH, saya berharap Anwar dapat segera menggantikan Tun di hujung Disember 2018 atau awal 2019.

Situasi semasa tidak menunjukan tanda² tersebut malah sudah ada artikel membayangkan Tun berundur bukan satu option selari dengan adanya saranan Tun pegang terus sepenggal.

Berbalik kepada kata² Tun, dia akan pegang janji dan serahkan kepada Anwar sekitar dua tahun..sekarang berbaki setahun lebih sehingga Mei 2020..

Niat awal mengundurkan Najib tetapi kedegilan umno menyebabkan niat bertukar kepada ambilalih Puterajaya, selamatkan Malaysia dan alhamdulillah berjaya.

UMNO sudah terima hukuman, keluar dari Puterajaya, pemimpin yang terbukti busuk dan bersubahat sudahpun didedahkan sebahagiannya, puluhan tuduhan tidak mampu datang dari konspirasi atau balas dendam melainkan kebenaran, hanya menunggu masa disahkan.

So, next apa?

Membangunkan semula Malaysia.

Bagaimana Melayu dan Islam?
Pemimpin mana yang boleh disandarkan kepada perjuangan Melayu Islam?

Sekadar menyebut beberapa nama mungkin boleh tetapi "kekuatan" tidak cukup, kebolehan juga kurang.


( Sekadar menyebut nama Hadi Awang, pemimpin parti Islam, yang diberi gelaran Tok Guru oleh penyokong sendiri itu tidak cukup - Ilmu Al Quran bukan sekadar pandai menghukum halal dan haram tetapi  menggerakan negara dan dunia kepada nilai Islam itu sangat bermakna.

 ( Hanya pemimpin Islam yang berani dan bijak berhadapan dengan segala musuh Islam dan kuasa besar seperti Yahudi. Israel, Amerika, China lebih menggambarkan kualiti pemimpin Islam bertaraf dunia.

 ( Sekadar anti DAP dan takut²kan penyokong dengan DAP adalah pemimpin jenis lorong dan simpang.

 ( Sekadar menjerit di jalanan anti ICERD, anti DAP tidak cukup untuk menunjukan Islam itu sangat kuat malah itupun meniru cara orang kapir membuat bantahan.

Dan langkah awal ke arah itu ialah penyatuan, berjemaah bersatu dan kekuatan mesti datang dari satu bumbung untuk mendominasikan yang lain.
Mesti berketuakan seseorang yang sangat strategik walaupun tidak sempurna.

Dalam hal ini lah, yang buta, yang pekak,  yang capek, yang kusta perlu di alu²kan bersama kerana bersama keburukan, ada kebaikan dan saling lengkap melengkapi.

Dalam perang  demi ugama bangsa dan negara selagi mereka sanggup menggadai nyawa tidak ada alasan untuk menolak penyertaan mereka.

Kualitinya adalah "penyatuan" itu sendiri yang dipimpin oleh seseorang seperti Khalid Al Walid.

BERSATU tidak punya alasan untuk menolak sesiapapun atas sebab masa lampau mereka (itu semua sudah berlaku) asalkan mereka menyerah diri dan mematuhi syarat² hadapan yang dikenakan.

Dalam peperangan, musuh yang menyerah diri tidak boleh ditembak, dihukum mati tetapi dipulihkan dan diberi tugas² ringan yang tidak memudaratkan.

Jika kamu tidak boleh memaafkan sesama kamu, saudara kamu bererti kamu sanggup menyerahkan mereka kepada kaum lain untuk "disembelih"?

Anwar adalah pengganti terbaik selagi dia menyokong Mahathir.


LALUAN MUDAH RAFIZI DILANTIK NAIB PRESIDEN?



Tanpa alasan kukuh meletakan jawatan kerja SEORANG politikus Yang mahu diberi lebih perhatian..

Sunday, December 16, 2018

ZAHID NOWHERE2H

Jadilah jantan, buatlah Mesyuarat Majlis Tertinggi segera DAN arahkan Setiausaha Agung panggil EGM..

Itulah keyakinan dan harga diri peribadi dan UMNO.

OPEN SAY TO NURUL IZZAH, MANA LEBIH BALIGH, KELUAR UMNO JADI AP BEBAS ATAU MENANG KERUSI UNDUR DIRI BAGI LALUAN PADA ANWAR + CUBAAN MENCURI 19 SEPTEMBER (RUJUK KOMEN JOE HARRY) ???

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/16/party-hopping-ticks-off-nurul-izzah/#ER7VmPa4gF7f6Uof.41

NURUL Tak perlulah tunjuk suci Dan malu², elok bawa adik², ipar duai masuk POLITIK sekarang, Tak lama lagi Anwar Akan jadi PM.

LIM GUAN ENG Dan Lim kit siang dah mulakan pun, sedikit Sebanyak bau² bacang Dengan Tun pun dah dapat tempat.

Rakyat buka mata, tutup mata sebelah selagi tidak melampau tapi jangan ingat rakyat bodoh dan lupa sejarah.






TIDAK ADA MUDAH BAGI SIAPAPUN GANTI TUN, ANWAR PERLU SOKONGAN BERSATU SEPERTIMANA MAHATHIR PERLUKAN ANWAR..

Siang malam, bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan, bukan hentaman kosong Dan fitnah.

Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan, nyata hentaman  dulu berasas.

Bukan setakat najib, pemimpin UMNO yg masih sokongnya pun dikritik Dan akhirnya seluruh parti UMNO dilihat bermasalah. 

Hari InI APABILA Ada antara mereka keluar UMNO Dan MINORITI menyertai BERSATU, KENAPA penyokong HARAPAN melatah Dan Cuba salahkan BERSATU untuk menerima mereka.

Jangan Lupa, PH hanya disokong pengundi Melayu 30% itupun lebih kepada faktor BERSATU Dan sedikit dari AMANAH.

KALAU PKR atau DAP, tidak Akan Ada lonjakan undi Melayu Dan BN tetap menang PRU14.

PENGHIJRAHAN pemimpin UMNO ke BERSATU sekarang atau Akan Datang atas rasa selesa, tidak banyak beza antara perjuangan BERSATU dan umno kerana semua pernah bersama Tun Dan Muhyiddin.

PENGHIJRAHAN InI tidak juga menggugat Anwar sebagai pengganti Tun malah Anwar perlu pada kekuatan BERSATU Dan AMANAH menyokongnya dari tekanan DAP.

Walaupun PKR mempunyai kerusi terbanyak tetapi belum cukup kuat bersendirian menghadapi DAP.

Tidak Ada pengganti Tun, sesiapa sahaja pun PM  tidak akan mudah dan selesa mengendalikan kerajaan. Dia akan hadapi tekanan DAP seperti belanda minta tanah. 

Rafizi dan Azmin masih berlaga angin, tiada sokongan 100% kepada Anwar.

Itulah penyatuan Islam Melayu Yang dimaksudkan.

KENAPA gentar pada sebangsa Dan seugama.
KENAPA masih pandangan serong kepada mereka yang keluar umno sedangkan kita hentam mereka jika masih sokong umno.


Dalam darurat dan masa depan, Melayu Islam mesti disokong, semua orang lakukan kesilapan masa lampau.

Siapa kamu untuk menghalang Dan semborono mempertikaikan niat mereka.




http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/tok-mat-ku-nan-noh-mahu-keluar-parti.html



Friday, December 14, 2018

STAY DI UMNO BERERTI MASIH MEMPERTAHAN NAJIB DAN ZAHID....LEBIH MULIA DARI BERKETUAKAN TUN? OPEN SAY TO SHAHRIR





Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.

Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!

Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?

Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melom pat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janjijanji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing pusing dan berdolak dalik dalam banyak perkara. Dalam soal "rule of law" pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, bolih dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun bolih berubah bila dihadapkan di mahkamah.

Isu ratifikasi ICERD pun bolih berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.

Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.

Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan olih menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yg termenung seketika memikirkan samada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditenguk lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!

Tenguk-tenguk, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan olih kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua-pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadia melompat parti ini. PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

OPEN SAY TO KJ

Surat Rafizi panjang lebar kepada KJ adalah kerana dia SEORANG Yang suka BERCAKAP, cakap banyak sesuai sebagai mantan calon Timbalan Presiden Yang tewas.

Sebagai full-time politician, motif Surat tersebut kepada KJ sangat berlapis lapis.

Hanya satu kelemahan Rafizi, dia kroni Anwar walaupun bukan puppet (?)
Tetapi tidak salah juga KALAU bayangan itu dia tampak kuat.
Malang kedua duanya belum cukup kuat untuk menahan kemaraan AZMIN.

Menasihat KJ jangan sertai BERSATU tidak bermaksud menghalang KJ jika berminat menyertai PKR?

TEORI Rafizi, AZMIN penghalang Anwar jadi PM seolah reda sebaik SaHAja Rafizi tewas, ertinya teori itu hanya gimmick Rafizi menghalalkan pencalonannya (?) Murahan betul...

Oleh itu Menjemput KJ Secara tidak langsung, Secara simbolik prihatin merupakan strategi terbaik untuk menentang AZMIN?

Jangkapanjangnya, jika Anwar digagalkan menjadi PM, satu lagi reformasi jalanan akan muncul menuntut janji atas slogan "RAKYAT MAHUKAN ANWAR SEBAGAI PM" akan bergema?

PKR Ada potensi keluar pakatan menjadi pembangkang Dan jika Ada kawtim molek, DAP Akan turut serta ke arah pembentukan kerajaan... Tetapi perancangan InI akan lemah jika di UMNO, semuanya sudah keluar..


Situasi InI, Yang lebih bimbang bukanlah DAP.

Open say to KJ.. dia boleh KEKAL sebagai SEORANG lagi Musa Hitam. Ada nama, Ada Rupa, Ada bakat,  tiada jasa.


CUKUPLAH HANYA PKR - MELAYU YANG BUKAN PARTI MELAYU..

Penyatuan parti² Melayu atau pembubaran mana² parti Melayu termasuklah umno, BERSATU, PAS atau AMANAH sekalipun, ia sangat wajar.

CUKUPLAH  parti Melayu Ada satu atau Dua SAHAJA untuk menjaga kepentingan UGAMA BANGSA Dan Negara.

Suka atau tidak, umno KINI menjadi lebih titik hitam walaupun begitu banyak jasa sebelum InI. 

Ratusan tuduhan jenayah ke atas beberapa pemimpin umno di mahkamah sudah tidak mampu untuk  UMNO mempertahankan integritinya.

Akar umbi akan menjauhkan diri dari Cawangan, Bahagian dan aktiviti umno. Parti yang digerakan atas asas duit akan lumpuh.

Mempertahan Zahid menunjukan UMNO masih tidak insaf, tidak kembali kepada semangat perjuangan asal, tidak berubah, hilang arah.


Surat terbuka Rafizi lebih ikhlas jika PKR menawarkan diri keluar dari PH Dan menjadi pembangkang bersama UMNO.


  • Tetapi tidak kah InI berlawanan Dengan hasrat Anwar Yang kemaruk  kerusi PM?


Surat terbuka untuk APA?



HILANGNYA SEORANG BLOGGER YANG HEBAT..TULISANNYA YANG SELALU DINANTI NANTI..AL FATIHAH








Thursday, December 13, 2018

KEKAL UMNO ATAU MASUK BERSATU.. AKAR UMBI SEDANG TUNGGU

Bukan sesuatu yang pelik kalaumana law maker Dan pemimpin POLITIK Melayu Islam memilih BERSATU (baca Tun) untuk disertai khususnya dari kalangan umno?

Bagaimanapun Ada beberapa nama sudah dimaklumkan, TIDAK AKAN DITERIMA.

Apakah bung mokhtar, Ahmad maslan, shahrir antara nama Yang DITOLAK?

Berbanding PKR (baca Anwar) Yang sudah LAMA ditolak Orang umno Dan AMANAH (baca mat sabu) Yang berbau PAS, jauh Sekali DAP.

PKR sebagai balasan AWAL menyatakan menolak penyertaan pemimpin pembangkang?

Sudah tentu Yang terPaksa berminat untuk menyertainya adalah SEPERTI zahid, Raheem, nazri, ku Nan?
DAN SUDAH TENTU PKR JUGA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG SAMA - Menolak demi menjaga integriti mereka, menjauhi orang² ini.

Dan tidak Ada Yang pelik jika Ada wrong move dari PKR (baca Anwar) akan Ada pula PEMIMPIN² dari PKR sendiri keluar Dan sertai BERSATU.



BERSATU SALING tidak tumpah umno semangat 46, perjuangan asas melayu umno lama, darah umno (baru) Dan hanya bersalin kulit menjadi BERSATU Dengan membuang roh² lanunan.. 

Yang sertai BERSATU kena tunjuk ikhlas pro kerajaan, kena tunjuk ikhlas pro BERSATU Dan salah satu prasyaratnya tanpa boleh memegang jawatan dalam tempoh setahun.

Syarat InI adalah tapisan kebersihan, tapisan keselamataN untuk keselesaan mereka Yang memegang jawatan dalam BERSATU Dan di dalam kerajaan itu sendiri.

Syarat InI agak berpadanan untuk mengukur sejauh Mana ikhlas Dan sabar mereka Yang sertai BERSATU.

Hakikatnya kerjaya dalam POLITIK Yang sudah jadi darah dangig kena diteruskan Dan pilihan perlu dibuat untuk KEKAL di parti lama atau parti Yang lebih bersih udaranya.

Hijrah Dan taubat, lakukan Secara diam Dan simbolik..

Secara politiknya Anwar menyatakan TOLAK kepada pemimpin pembangkang, 

DAP menyatakan bahaya kepada kerajaan PH..

AMANAH terus tambah Ahli dari semua penjuru...

DAP Dan PKR dilihat senada dalam beberapa ISU UTAMA termasuk ICERD Dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Dan faktor InI menyebabkan BERSATU makin lama, makin laku, makin diperlukan oleh Melayu Islam.

Secara teorinya, perancangan untuk menjatuhkan Tun luar Dan dalam sudah bermula sejak AWAL... Hinggakan angkat SUMPAH JAWATAN PM pun  DILAMBATKAN(?) Dan perancangan Yang seterusnya juga buntu kerana semua tidak menyebelahi mereka.

Sukar untuk percaya, perancangan itu sudah dihentikan..
Sukar untuk percaya Tun tidak tahu semua perancangan itu...
Sukar juga untuk percaya Tun tidak Ada strategi  Dua langkah dihadapan... 

Yang ketara, Tun makin mampan dan Stylo.

PALING ummmph ..Tun Secara terbuka akui peranan besar Dan utama PKR telah menyebabkan PH menang PRU14..

Anwar Dan Rafizi, wajar rasa legaaa..




DAP KENA CERMIN MUKA..

Langkah penyatuan Melayu cuba dihalang...


Rubbish atau tidak, mereka dipilih oleh rakyat, kerusi umno jauh lebih banyak dari DAP.




LIHAT SIAPA PULA YG JOINT BERSATU DI PERLIS..





Wednesday, December 12, 2018

PENYATUAN PARTI² MELAYU WAJIB SOKONG..

Sebaiknya secara terangan dan lebih penting dari itu, penyatuan bukan bermotif untuk lindung dan lari dari perbuatan jenayah yang telah dilakukan.

Tidak juga "kuasa dan jawatan" menjadi penyebab utama.

Kalau penyatuan masih atas kepentingan perebutan kuasa dan bukannya keinsafan atas nama ugama bangsa dan negara, maka ia juga tidak bertahan.

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/zahid-anwar-dap-akar-umbi-umno-bantah.html?m=1

Penyatuan umno+pkr juga di alu²kan.


ZAHID MAMPU MERAWAT UMNO..


Tuesday, December 11, 2018

DAP MULA KEPANASAN DENGAN TUN

Antara isu utama, apabila Tun menolak ICERD dan membenarkan perhimpunan 8/12/18

Kedua..
http://feedproxy.google.com/~r/limkitsiang/rss/~3/WgJZBZ9KJGQ/


SKANDAL RASUAH DI MALAYSIA WAJAR DIBUAT TUGU PERINGATAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH DAN DAYA TARIKAN PERLANCONGAN

Ia wajar menjadi ingatan bahawa rasuah hanya merosak ugama bangsa dan negara.

Negara terjebak kepada keberhutangan yang tinggi dan negara mampu terjual terjajah kepada negara asing.

Malah isu rasuah telah mengakibatkan sebuah empire kepartian berasas Melayu tumbang di PRU. 
Gagah perkasa di Puterajaya akhirnya mengemis di jalanraya.

Rasuah juga menjadikan rule of laws diputarterbalikan untuk kepentingan puak dan menghalalkan cara.

Hukuman boleh dikenakan kepada yang terlibat tetapi memulihkan imej dan maruah negara mengambil masa yang agak lama.

Kerugian atas rasuah ini sangat besar dan daya tarikan perlancong boleh dijadikan asas dan sumber ekonomi menampung semula kerugian.

Pelancong dari China tentu nak tahu setakat mana mereka terlibat. Pelancong antarabangsa, America, Australia, Swiss, Singapura, Arab tentu juga akan MENARIK pwrhatian mereka.

Jangan lupa tugu kapalmewah equaminity Dan filem lucah, beg TANGAN Dan segala mak nenek harta rampasan. Bangunan LUTH Yang senget dikerjakan Dan felda Yang botak Padang jarak Padang terkukur.

Apakah kita lebih suka mengambil sikap  melupakan episod ini begitu sahaja tanpa tugu peringatan pengajaran kepada generasi akan datang?

BUDAK KECIL MINTA PERHATIAN

Kerajaan Pusat disaran tidak melayan kenyataan² hingusan budak kecil kuasa sekangkang kera.


Sunday, December 9, 2018

ANWAR, SHAFIE APDAL ANTARA YANG BELUM ISTIHAR HARTA...

Demikian dilaporkan SPRM.



Menteri Yang Paling Sengal Di PH. Isi borang la badigol...


PERHIMPUNAN SECARA PERKAUMAN SANGAT BAHAYA UNTUK NEGARA

Perhimpunan anti ICERD 081218 sewajarnya jadi yang terakhir bagi negara dan pihak keselamatan wajar bertegas dalam hal ini.

Perhimpunan atas nama isu tetapi bermotif politik perkauman atau hanya disertai satu kaum sahaja harus tidak dibenarkan lagi sama sekali pada masa hadapan.

Ia bukan sahaja perlu dihalang di saat² akhir tetapi mana² pihak yang bersuara mahu adakan,  mahu anjurkan, awal² lagi perlu didakwa atas "hasutan".

Perhimpunan bersifat ingin menunjuk kekuatan kaum bukan penyelesaian dalam mana² isu dan tidak juga mampu menakutkan kaum lain. 

Malaysia tidak perlu ada ikutan perhimpunan jalanraya sebagai penyelesaian isu dalam era tamaddun dan teknologi sekarang.

Singapura dan Israel tidak menang di dunia walau berapa juta pun rakyatnya keluar di jalanraya tetapi mereka cukup ditakuti kerana disiplin dan kekuatan ekonomi.

Kekuatan bangsa Yahudi adalah menguasai ekonomi dan pengaruh di belakang tabir terutama di Amerika dan PBB.

Bangsa Melayu Islam di Malaysia tampak masih ada kekuatan dengan adanya susuk tubuh badan dan kelibat Tun Mahathir.
Dan Anwar mampu mewarisinya jika mempunyai keinsafan dan disiplin akhlak dan amanah yang berterusan.

Selepas itu?
Cukupkah demonstrasi jalanan jadi kekuatan Melayu Islam?

MINORITI MELAYU GOPOH (SEMALAM) DIPERSOALKAN KECERDIKAN MEREKA..



Saturday, December 8, 2018

ISU BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ADALAH ISU UTAMA MASA HADAPAN SEIRING DENGAN ANTI KORUP

Cadangan penyelesaian mesti bukan datang dari satu pihak Yang bermotif pungut HUTANG semata mata tetapi lebih kepada realities kehidupan yang berhadapan dengan kurangnya peluang pekerjaan Dan kos Sara HIDUP yang terlampau tinggi terutama di bandar berbanding dengan Pendapatan Isi Rumah.

Format PINJAMAN PTPTN juga wajar dikaji semula dan tabungan minima wajib  harus bermula di usia AWAL...

Konsep insurance pendidikan boleh digunapakai dan disesuaikan supaya pembelajaran peringkat tinggi dibiayai.
Ia  perlu dikendalikan secara non profit.

Premium atau simpanan ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar BAYARAN BALIK pinjaman atas format pinjaman sekarang.

Tiada ISU HUTANG selepas tamat belajar.

Duduk bersama antara semua pihak dalam merungkai ISU sangat diharapkan.

BERAKHIR SUDAH SEBUAH DRAMA KAKI KENCING DIBANTU SATU PUAK YANG SUDAH LAMA HANCING..

Malangnya ia tidak mampu mensucikan puluhan tuduhan mahkamah dan isu 90 juta.

Minta tolong lokemanadam cari isu baru untuk berhimpun lagi.

LEPAS NI BERTEKAK PULA JUMLAH YANG HADIR..

Friday, December 7, 2018

SURAT SOKONGAN MASIH UJUD?????? KALAU TIADA NILAI, KENAPA BUAT???


https://m.malaysiakini.com/news/455236

POTONGAN GAJI PEMINJAM PTPTN WAJAR DITERUSKAN..

Potongan gaji adalah kaedah yang paling sesuai untuk memaksa peminjam membayar semula.

Yang dipertikaikan sekarang adalah kadar potongan tersebut yang membebankan. Pertikaian itu logik berdasarkan PH sendiri gagal menunaikan janjinya.

Kadar potongan wajar bermula dari gaji minima RM2k atau kadar potongan serendah RM50 hingga tidak melebihi RM500 sebulan dengan kelonggaran boleh rayu serta kadar ini diulangkaji setiap dua tahun.

Peminjam juga wajar diberi ganjaran (diskaun dan sebagainya) menarik jika mampu selesaikan pinjaman secara pukal atau dalam tempoh pendek,  enambulan-setahun.

Pejabat Pendidikan Daerah wajar dijadikan pusat rujukan peminjam untuk berurusan dan bantuan nasihat.



bekaspeminjam

#


Thursday, December 6, 2018

SUKACITA MELIHAT UMNO JADI PEMBANGKANG

Melihat umno jadi pembangkang hari ini sangat melegakan. Ahli Parlimen mereka lebih waras, celik biji mata sahaja laungan perjuangan demi bangsa dan ugama mula bergema.

Berbeza dengan dulu, pemimpin umno dari peringkat cawangan hinggalah ke Presiden lebih seronok dan sebok hal projek dan cilok?
Ada yang mahu menafikan?

Apa yang mereka tuduh kepada pembangkang semasa berkuasa dulu, kini dijilat.
Bermaksud tidak semua apa yang dulunya pembangkang bawa adalah salah dan hari ini apabila umno jadi pembangkang, ia juga relevan.

Dan apa yang dulunya pembangkang bawa, dakwa dan persoalkan kini satu persatu dibuka semula untuk dikenalpasti kebenaran !!!!!

Pembangkang yang kini menjadi kerajaan akan lebih telus dan terbuka dan sangat cepat untuk rakyat kesan salahguna. salahurus atau penyelewengan.

Kini giliran umno, semua isu akan di politik kan?

Sedikit beza, Speaker di Parlimen bersama Timbalan²nya sangat terbuka dalam berbahas, itu barulah pendekar namanya.

Setakat ini pun, tanpa umno, Melayu masih hidup dan lebih bermaruah. Pemimpin² Melayu di kerajaan PH bukan sahaja bersih tetapi juga nampak bersih, akhlak dan amanah.

Jika ada pun, soal kelemahan dan kekurangan pada Menteri² Melayu, itu lebih kepada pendekatan yang berbeza dan kurang pengalaman.

Apapun MB Johor, Perak perlu diberi perhatian selalu terutama MB Johor, apa lencana apa baju yang dipakainya?
Apakah masih berbaju rakyat atau baju tauke baru?
Apakah Ketua Pembangkang di Johor juga turut hilang suara?







Wednesday, December 5, 2018

DEMI ICERD, KELANTAN CUTI PERISTIWA AHAD, TERPEDAYA BISIKAN SYAITAN..

CUTI tersebut adalah satu galakan kepada kerja membazir kos dan tenaga, tidak produktif, risiko keselamatan - bisikan SYAITAN.

PADA MASA MEREKA MENJERIT TENTANG KOS SARA HIDUP YANG TINGGI PADA MASA YANG SAMALAH JUGA MEREKA ANJUR AKTIVITI MEMBAZIR DI ULIT DEMI BANGSA UGAMA - HIPOKRIK BENAR PEMIMPIN KAMU.

RAKYAT MAKIN PAPA KEDANA DENGAN GELAGAT PEMIMPIN YANG SALAH ARAH.

Di seluruh Kelantan hujan berterusan sudah melebihi 7 hari dan tiada tanda henti.. malapetaka dan bencana alam sebagai ujian, itu yg patut difokuskan.

Kenapa kerajaan negeri kelantan yang mendapat jolokan darulsampah tidak berjihad kepada kecekapan pentadbiran, tingkatkan kebersihan dari timbunan sampah sarap setiap perbandaran dan majlis kerajaan tempatan.
Haroknya mendangor sampai ke siak..

Penjawat Awam dipergunakannya untuk maksud parti dan POLITIK?


Monday, December 3, 2018

MACAI JANGAN LAGI KUTUK DAP, UMNO SUDAH SEDIA BEKERJASAMA..

Apakah umno sudah sedia jadi barua DAP seperti AMANAH? yang sebelum ini sakan dituduh oleh PAS.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/03/umno-keeping-options-open-may-even-work-with-arch-rival-dap-says-annuar-musa/


Saya ulang lagi sekali, amaran keras kepada pecacai umno, jangan kutuk² lagi DAP, sayang dan sanjung seperti lakukan pada jho low dan jho jib.


AWAT YG NAJIB KALUT DAN LORAT..



Bukankah dia sendiri menyatakan mahu mensucikan dirinya di mahkamah malah berbueh mulut siang malam menjawab.

Teruskan berjuang, manatau jadi hero dalam sejarah 1mdb?

Saturday, December 1, 2018

KEKALAHAN AWAL ORANG MELAYU IALAH MENGAKU. SUDAH HAMPIR KALAH..

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/02/perkasa-says-wont-remain-patient-and-threatens-to-run-amok/

Bila situasi  dan bagaimana orang bukan Melayu tahu orang Melayu sudah hampir kalah, sudah muflis idea untuk menang, sudah tidak berdaya untuk menang, pasrah!???

APABILA ADA PEMIMPIN MELAYU ISTIHAR NAK MENGAMUK!!!

Itulah kebodohan paling nyata, PALING memalukan, PALING tidak strategic APABILA membuka pekung di dada, orang Melayu sudah terdesak, sudah hampir kalah?

PALING MALANG, seolah Melayu hampir kalah Dan dunia sudah nak kiamat. Seolah di dalam dunia InI hanya Melayu terbaik, termulia?

Apakah akhlak Dan ciri mulia, Islam anjurkan MENGAMUK?
Apakah empire Islam dibina, lebih penting "DITERIMA" kerana amuk?

Persoalan Yang perlu diambikira Dan dijawab adakah MENGAMUK itu menang Dan menyelesaikan masalah? Dan jika masih kalah, apapula tindakan/next selepas MENGAMUK?

Jawapan Yang tepat adalah terus kalah, terhina Dan MATI/pupus.

Ertinya MENGAMUK bukan penyelesaian, MENGAMUK bukan langkah AWAL, bukan langkah logik atau langkah terakhir...

Perang diistiharkan jika Ada pihak lain buat perkara Yang sama, jika sekadar mereka jolok, patahkan galah mereka Dengan bijaksana, Dengan ilmu Dengan pengaruh Dan kuasa, tidak Dengan salahguna kuasa, zalim atau overuled.

BANGSA akan KEKAL Dan dipandang hormat Dan mulia.


# apakah mca akan keluar BN, tak mungkin?

TIDAK ADA TAULIAH BUKAN HALANGAN UNTUK BERCAKAP BENAR TENTANG POLITIK, EKONOMI, ISU SEMASA, REALITI NEGARA...

  https://vt.tiktok.com/ZS8pn7xVb/   Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk di...