Wednesday, July 29, 2020

HUKUMAN KE ATAS NAJIB MENJADIKAN UMNO MURAH DAN SUDAH BOLEH DIBELI?

UMNO bagai kehilangan ibu ayam, kucar kacir dan bapak ayam yang ada gagal mententeramkan..

Kini musuh dalam selimut sudah mula mencucuk jarum, suka atau tidak akhirnya umno kena tarik hidung.

Akan ramai pemimpin perlu memilih jalan selamat dengan menyertai PAS atau BERSATU jika mahu kerusi pilihanraya PRU15 kekal miliknya.

NAJIB MASIH NAK PAKAI TOPENG?

Aku rasa Najib akan terus popular dan survive selagi ada penyokong kayu dan tunggul..

Jadilah penyokong dengan memberi kesedaran kepada Najib bahawa dia telah lakukan banyak perkara yang baik kepada rakyat, bangsa, ugama dan negara tetapi itu tidak menghalalkan sesuatu yang silap dan salah.

Bukan satu lagi sumpah yang memakan dirinya tetapi bercakap benar dan terima hukuman.

Selamat berjuang, kembali ke jati diri.


NAJIB TAK MAKAN NASIHAT

TAK MUNGKIN NAJIB MENGAKU SALAH DAN KALAH...

Mahathir pun tak dengar nasihat Syed kotak..

Sama juga Anwar..


Saturday, July 25, 2020

BEBALAN CAI BERTINGKAT TINGKAT CUKUPLAH BANGANG MASA LALU

MEREKA PENGKIANAT

99% PUNCA BERAHI PM

‘Keberahian’ terhadap jawatan PM jatuhkan kerajaan PH, kata Hishamuddin Rais: Hishamuddin berkata, segala impian, kepercayaan dan harapan untuk melaksanakan perubahan struktur pentadbiran runtuh selepas tumbangnya kerajaan PH.


# Sewajarnya Mahathir terus bersara dan diam selepas meletakan jawatan PM?
Pilihan yg lebih baik...

Friday, July 24, 2020

Serah kerusi kepada Bersatu, ahli Umno akan berontak, kata Ku Li

Serah kerusi kepada Bersatu, ahli Umno akan berontak, kata Ku Li: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran, ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka, Bersatu. Memetik Utusan Malaysia, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, tentangan akar umbi perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu. Ini kerana katanya, kemarahan dan [...]

# Ku Li tidak berpijak di bumi nyata..
Begitu juga dengan isu Muhyiddin dipelawa sertai umno..

Apatah lagi tentang isu kerusi?
Setakat mana ahli memberontak hakikat pemimpin mereka pun kena "beli"
Pemimpin yg dibeli tidak akan menghasut akar umbi untuk memberontak..

Sebelum ini pun, semasa pemimpin mereka dikecam sebagai penyamun?
Apakah mereka bangun memberontak?
Semasa UMNO terlungkup dihalau dari Puterajaya atas faktor pemimpin mereka, adakah mereka memberontak?

Budaya ahli dan perwakilan terlibat dalam penggunaan wang di peringkat pemilihan cawangan, bahagian dan pusat mengesahkan lagi tidak akan berlaku pemberontakan..

Ahli PAS sendiri yg fanatik ditanam semangat bencikan UMNO kini menjilat sendiri ludah mereka secara selamba..
Why?

Sebab pemimpin mereka sudah berjawatan..

Itulah politik Melayu.


Monday, July 20, 2020

AKU LEBIH SOKONG KALAU PARLIMEN TANGGUH SEHINGGA NAJIB SELESAI PERBICARAAN


Haaaa..tepuukkk

Dia belum diiktiraf penyamun..
Mahkamah belum buat keputusan..
Yang buat keputusan hanya Mahathir..
Najib belum cabar dan saman keputusan Mahathir..

Sidang parlimen kurang penting..cadang tangguh
Najib lebih penting
Najib lebih perlu
Perlu cepat, jangan berlengah membersihkan diri..

Orang benar..
Mesti berani tidak lengahkan keputusan mahkamah..



Tidak guna budibicara tukar slot tapi guna budibicara tulis surat pada mahkamah..
Ada akal ke tidak?
Aku ni rakyat..tanya je..

Nasib baik aku dah mengaku aku ni Melayu.


Sunday, July 19, 2020

KERAJAAN PINTU ISTANA

Sejak dulu dan tiada kerajaan yang tidak datang dari pintu istana - Demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

Cuma kali ini, kerajaan kini menjual 'pintu istana' atas terdesak dan sesak yang tinggi.

Jual ugama, jual bangsa, jual negara sudah terbiasa dan kini jual pintu istana..

Apakah besok kalau korup, kalau tumpas pintu istana akan terpalit sama..

Sangat huduh, apatah lagi kalau yang 'membawanya' penyamun..

PENYAMUN PENGKHIANAT PENJUAL UGAMA PELIWAT / DAP

Kerajaan campuran akan datang..

Sebaiknya jawatan utama digilirkan kerana keterbolehan, kepakaran dan bakat masing² perlu diserlahkan lagi.

Umpama harimau, hutan manapun dia duduk, belangnya tidak dapat disembunyikan..
Dari belang, rakyat boleh kenal mana satu harimau kumbang, harimau akar dan harimau bintang..

Minat dan kesukaan rakyat kepada subsidi, buah tangan dan asalkan hulur perlu dilayan terus.

Itulah acuan, benih dan wajah kita.

Seronok kita menganjingkan si tua sekadar perbezaan nilai pendapat..
Dia  meletak jawatan seumpama melemparkan seketul daging..
Muncul lah si pengidam si pengidam tersembunyi unsangkarable...

Hari ini si tua terus berjalan mulia, gagah ke pusaranya..
Dia membawa nilai dan amanah yang tidak boleh dijual beli..

Di saat kita mengiringnya, pasti air mata berguguran..








#AMANAH BLACKOUT BERSATU pupus..

Friday, July 17, 2020

ADA YG BERANGGAPAN MAHATHIR LEPAS JAWATAN PM UNTUK MENGHALANG ANWAR PM, BUKANKAH ITU JUGA SATU SUMBANGAN TERBESAR DEMI BANGSA UGAMA DAN NEGARA

Aku kurang setuju dengan tanggapan tersebut kerana Mahathir masih bersikap terbuka untuk menerima Anwar jika dia mampu mendapat sokongan MP..

Muhyiddin bukanlah dalam kedudukan sebenar di hiraki PH untuk menjadi PM sebaliknya sesuai sebagai TPM jika Mahathir dilantik semula sebagai PM di kerajaan terbuka.
Malangnya itu tidak terjadi.

Kini Muhyiddin PM, popular di kalangan rakyat.
Najib juga popular di kalangan rakyat.

Terpulanglah kepada anda samada "popular" itu mengatasi  sah dan halal dan boleh membersihkan semua kekotoran?

LANGKAH MUKHRIZ BERDIAM DIRI DARI MEMBERI ATAU MEMBALAS ULASAN MEREKA YG MENGKRITIK MAHATHIR ADALAH LANGKAH BIJAK..

Perlukah Mahathir di bela dari mereka yang tidak setarafnya?

Kritikan ke atas Mahathir dari golongan penyamun adakah memberi kesan dan pengaruh?

Hakikatnya sokongan mereka pun Mahathir tak hingin..
rasa jijik dan loya.

Harapan mereka untuk menghentam Mukhriz juga tidak kesampaian kerana Mukhriz mengambil langkah lebih bijak, berdiam.

Kritikan dari golongan penyamun jangan dilayan.

Muhyiddin, UMNO tahu mereka tiada nilai pada Mahathir.

Wednesday, July 15, 2020

PEMILIHAN SPEAKER BARU PENYINGKIRAN SPEAKER LAMA BOLEH DINILAI DARI PERJALANAN PARLIMEN SEKARANG HINGGA PEMBUBARAN SAMADA BIJAKSANA ATAU JADI PAKTURUT..

GAMBARAN YG PALING TEPAT..

Partner paid me RM1 million in 'consultant fees' after landing solar project, says witness

Partner paid me RM1 million in 'consultant fees' after landing solar project, says witness: Rayyan Radzwill Abdullah says Saidi Abang Samsudin also promised him another RM10 million which never materialised.

Partner paid me RM1 million in 'consultant fees' after landing solar project, says witness

Partner paid me RM1 million in 'consultant fees' after landing solar project, says witness: Rayyan Radzwill Abdullah says Saidi Abang Samsudin also promised him another RM10 million which never materialised.

MAHATHIR MENCORAKAN POLITIK MALSYSIA

Anwar kempunan PM dan lebih teruk keluarga sendiri menyepi.

DAP dan AMANAH calonkan Shafie sebagai PM dan Anwar serta Mukhriz sebagai TPM yang diumumkan oleh Mahathir.

Sekaligus Mahathir menarik diri.

Mahathir masih kekal dengan prinsip tidak menerima penyamun dan Muhyiddin sendiri mengambil sikap meminggirkan.

Tetapi di dalam mengekalkan kuasa Muhyiddin terpaksa lakukan beberapa perkara tidak normal termasuk menawarkan jawatan kepada hampir seluruh ahli parlimen untuk menyokongnya..

Jalas dan nyata kerajaan PH pimpinan Mahathir masih terbaik berbanding UMNO dan PN.
Kalau bukan kerana DAP yang biadab dan OTAI yang meloncat sudah tentu PH antara yang sempurna.

Kerajaan hari ini sebelum PRU15 akan kekal sebagai kerajaan yang tidak mewakili rakyat keseluruhannya.

Kita tunggu pengesahan kerajaan hari ini atau tunggu keputusan baru rakyat di PRU15.


Monday, July 13, 2020

NOW NOT EVERYONE CAN FLY

Airlines can't cut ticket prices without subsidies, say experts: They say a return to pre-MCO levels will not be possible.

POLITIK MELAYU MAKIN SUCI BERSIH.. BELUM PERNAH ADA DALAM SEJARAH, POLITIK MELAYU SEKARANG SANGAT TINGGI DARJATNYA

Inilah "Dinasti Politik Malaysia"

Hatta nak cari buruk dan keji, kurang dan lemah langsung tiada...

Sebut nama² seperti Najib, Muhyiddin, Zahid sangatlah kita turut teruja dan bangga dengan watak dan keterampilan mereka.

Kalau sebut Melayu, itulah mereka contoh yang paling unggul.

sekian, adanya.

INI GAMBARAN LEBIH JELAS TENTANG POLITIK MELAYU TERKINI

INGATAN KEPADA AGAMAWAN YG MENGHIAS DIRI

VIRAL DARI SEBELAH UNTUK DISHARE BESAMA DAN TOLONG KOMEN UTK KEBAIKAN BERSAMA

PESANAN ISTIMEWA KEPADA AJK DAN KARIAH MASJID SELEPAS MUSIM PKP SELESAI

Ada sahabat yg menyaran kan _bukalah pintu masjidmu 24 jam,_(menutup tetapi tidak mengunci), agar engkau tidak malu di hadapan Allah yang membukakan pintu rezeki dan ampunan-Nya untuk kita semua setiap waktu.’

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri’tikaf malam atau bertahajjud.

_Pesan ke 2_, jangan pernah engkau tulis _‘Dilarang Tidur di Masjid‘_

Anda tidak tahu ada beberapa musafir yg sama sekali tidak punya wang untuk menginap di hotel. Akibatnya di lantai depan masjid-lah mereka mengistirahatkan kepenatannya. 

Setidaknya, sediakan karpet untuk kegunaan para musafir di masjid...

_Pesan ke 3_ jangan pernah engkau tulis _‘Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet" atau "Toilet Bukan Untuk Mandi‘_

Mengapa begitu perhitungannya kita dgn musafir, hanya menumpang buang air kecil atau membersihkan diri pun dilarang? Padahal ceramah Khatib mengatakan “kebersihan sebagian dari iman”. Khatib beri nasihat, tetapi AJK masjid buat sebaliknya.

_Pesan ke 4_, jangan pernah engkau tulis _Jangan membawa anak kecil"_atau berkata “Huss... jangan bising!” 

Ketahuilah anak² kecil itulah yang akan menjadi penerus kita nanti sebagai pemakmur masjid, baik selagi kita masih hidup maupun setelah kita wafat. Biasakanlah anak-anak kita dengan masjid. Jadikanlah masjid itu mesra kanak2 dan anak2 supaya kanak2 dan anak2 ini jatuh cinta kepada masjid. 

_Pesan ke 5_, ‘Bangunlah masjidmu sebaik mungkin, karena masjid bukan hanya sekadar tempat bersujud‘ tetapi digunakan untuk bermusyawarah, mengurus masalah umat, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin kita.

_Pesan keenam_, ‘Jangan bangga dengan jumlah infak yg ratusan juta tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid’.

Ingatlah! Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariyah. Bagaimana mereka akan mendapatkan pahala amal jariyah dan bagaimana pula Anda mahu mendapatkan pahala menjaga amanahnya, sedangkan wang infak tersebut tidak kamu gunakan sebaiknya untuk MANFAAT manusia lain? Sebaliknya Anda menyimpan wang infak masjid dan diuruskan dengan lemah. 

Apakah Anda tahu, boleh jadi di sekitar masjid ada manusia yang susah atau sakit yang memerlukan pembelaan dari wang infak masjid?

_Permudahlah setiap orang yang hadir ke masjid kerana ia rumah Allah!!!_

Barangkali kerana amal kecil itu bisa menjadi sebabmu ke syurgaNya. *_Bagaimana mungkin Anda menyebut masjid itu “Rumah Allah” sedangkan Anda atur buka dan tutupnya laksana kedai perniagaan atau harta peribadi._

Assalamualaikum.

Mesej ini ditujukan kepada sekelian komuniti taman perumahan dan kampung kampung, terutamanya kepada mereka mereka yang diberi tanggungjawab sebagai pegawai dan AJK mesjid atau surau.

Maaf cakap, didapati ada sebilangan pengerusi dan AJK mesjid yang menyangka bahawa amanah yang Allah berikan kepada mereka ialah menjaga bangunan dan halaman mesjid, mesti selalu cantik dan bersih, tidak boleh itu dan ini.
Tidak berkerut sedikitpun dahi mereka melihat saf saf kosong. Hanya berkerut bila dah dekat mesyuarat agung mesjid, dan berkerut tentang kewangan mesjid. Mesjid menerima dan menyimpan sedekah dan hadiah2 berharga, lalu mesjid dijadikan gudang menyimpan khazanah, perlu dikunci 24 jam kecuali waktu solat.

Para Ulamak diseru agar segera memberi Kursus Intensif kepada Para Pegawai dan AJK Mesjid perihal pentingnya menunaikan amanah menjalankan fungsi2 utama mesjid yang antaranya ialah fungsi IBADAH (terutamanya solat berjemaah), DAKWAH AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR, TAALIM WANTAALUM, PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT.

Bebaskan Para Pegawai dan AJK Mesjid dari belenggu mentaliti Tok Siak dan Tukang Kebun.
Janganlah ada mana2 Jabatan Agama yang membuat pertandingan Mesjid Surau Tercantik, kerana ini akan merendahkan mentaliti pegawai dan ajk ke level Janitor dan Tukang Kebun. Kalau nak, buatlah pertandingan Mesjid yang paling makmur, atau yang paling ramai makmum solat Subuh, yang paling cakna ahli kariah, yang paling kuat dakwah, yang paling hidup majlis ilmu, dsbnya.

Tidak dapat dinafikan betapa besarnya kemuliaan dan fadhilat orang yang ikhlas menjaga kebersihan mesjid dengan niat untuk memakmurkan mesjid.
Dan besar jugalah dosa golongan yang menghalang ummat memakmurkan mesjid dengan alasan keselamatan dan kebersihan mesjid.

Apakah alasan yang bakal kamu berikan kepada Allah bila tindak tanduk mu menghalang orang nak singgah solat pada pukul 3am, atau menghalang orang untuk iktikaf.

Mesjid bukan muzium. Mesjid bukan stor penyimpan barang berharga atau peti derma.
Dalam mesjid ada stor. Kunci stor sahaja, JANGAN KUNCI MESJID.

Afwan, wallahualam.

Thursday, July 9, 2020

NAK MENANG ATAU MENANG KEBENARAN

Nak kuantiti atau kualiti

Melayu tak ada dua² tu
Hanya nasib baik Non Malay pun tak ada kedua duanya..

Melayu ada kuantiti no kualiti - penyamun pengkhianat pun disokong..
Kaca lebih banyak dari intan..

Non Malay
Less kuantiti
More kualiti

Apa yang mereka (DAP) cakap, tentang kualiti akan menjadi ancaman kepada Melayu..

Jika ada Melayu (Tun) yang bercakap tentang kualiti, akan dijadikan musuh kepada Melayu.. PNBNMUAFAKAT

Berapa lama kuantiti no kualiti boleh survive?
Mereka bersatu bukan pasal kualiti tetapi untuk berkumpul menjadi majoriti, pegangan mereka demokrasi kata majoriti menguasai dan menjadi kerajaan?
Mereka tidak pegang pada nilai ugama iaitu kebenaran..
Mereka peralat dan halalkan segala tindakan atas nilai demokrasi?

Manusia kalau tak takut Tuhan? What do you thing this kind of people?

Melayu yang bercakap soal kebenaran, soal nilai ugama, di suruh mereka (Tun) mati cepat..
Yang mungkar, biar hidup lama?????

Berapa lama penyamun pengkhianat penjual ugama boleh hidup harmoni?
Mereka akan kekal bersama selagi masih ada khususnya (Tun) yang terus bercakap soal kualiti dan kebenaran..

Langkah dan tindak balas, ialah fitnahkan orang itu (Tun)..
Tentulah majoriti no kualiti akan terpengaruh..
Tupasal asyik membongak dalam blog...

Kita lazim buat dosa..
Tetapi yang paling takut ialah Allah tarik hidayah..
Kemungkaran terus disokong..
Buta tahap gaban..

Salam jumaat


WOW MAHFUZ - KAMU BERCAKAP FAKTA?

Anak Najib Razak sebahagian pengkhianat negara, kata Mahfuz – Malaysia Dateline

# ketika fitnah anak orang buat buat²lupa diri sendiri dan  lupa anak sendiri..

# tetapi jangan bimbang, rakyat Malaysia, bangsa melayu tetap tidak terpengaruh, tetap undi, tetap menang..

# lucky i'm Melayu first, Malaysian number two..
kannn

Tuesday, July 7, 2020

TAMRIN SEKOLAHKAN CAI DAN COL

Aku ni tak minat sangat dengan Tamrin tetapi keberaniannya mencuci langit tanpa takut dan segan silu kira A class.

kal ini cai dan col

BILA NAJIB NAK SAMAN MAHATHIR?

Hanya saman Mahathir dan menang itu sahaja kemuncak dan kemungkinan besar Najib boleh bersihkan dirinya dari tuduhan penyamun yang dilemparkan kepadanya.

lagipun itulah sahaja cara untuk heret Mahathir ke mahkamah kerana yg lainnya tin kosong dan fitnah semata mata ke atasnya.

Kalaupun Najib dibebaskan dari puluhan tuduhan sekarang, ia belum mampu membersihkan imej dan persepsi ke atas diri dan keluarganya .


Najib jangan berlengah.
Berani kerana benar.




Monday, July 6, 2020

MAMPUKAH MEREKA LAGA LAGAKAN UMNO BERSATU PAS

Sukar untuk berjaya kerana UMNO cukup takut kehilangan kuasa sekali lagi dan PAS memang akan genggam erat kesedapan kuasa Pusat.
Mereka akan berkompromi secara paksa rela..jarum cucuk gagal.

Muhyiddin sudah tunjuk kuasa belinya dari awal lagi.

Anwar akan ketuai PH sekali lagi, apa isu yang nak dibawanya?
Sekadar jadi makanan dan belasahan Azmin.

Mahathir dan 4 budak hitam - terus hilang dari garis politik Malaysia.
Bertanding pun akan tewas lebih baik bersara.
Jangan rasa rugi dan kalah atas perjuangan yang bermaruah.
Itu akan dicatit oleh sejarah tanpa menyamun, tanpa liwat, tanpa khianat.

Nak pilih siapa di PRU nanti? Maaflah..
Macam tak ada selera.

Saturday, July 4, 2020

TIADA PILIHAN: MUHYIDDIN AZMIN PERLU KEMBALI SEGERA RUJUK KEPADA UMNO

Mohon semula jadi ahli UMNO dan bubar BERSATU adalah pilihan terbaik Muhyiddin dan Azmin untuk kekal relevan seperti sekarang.

Runding cara boleh dibuat dengan Zahid dan Najib dalam situasi win win demi bangsa ugama dan negara sediapakai.

Itu selera bangsa Melayu sekarang.

Friday, July 3, 2020

NAK JADI ORANG BAIK YG DIAM DENGAN KEMUNGKARAN DI DEPAN MATA ATAU MUNGKAR BERSAMA MEREKA

Pilihan rakyat Malaysia makin jelas.

Untuk punya penyokong yang ramai, tidak dikecam..elok sokong kemungkaran.

Undi dan menang PRU/PRK boleh bawa masuk kubur untuk dipertaruhkan.

Dah sampai ke tahap tu.

Wednesday, July 1, 2020

TENGKUK BILA DAH TERJERUT AKAL MAKIN SEMPIT..

Mendedahkan kekayaan politician politician ...antaranya seperti Mahathir anak beranak..

Tunjukkan aku seekor politician yang ada kuasa, pangkat dan pengaruh tidak favour pada keluarga dan kroninya?

Soalan yang kita mahu, apakah itu diberi secara rasuah, korup, salahguna yang boleh kearah tindakan undang²diambil..

Kalau ada, seret..
Kalau tak ada..itu hanyalah sour grapes..

Dalam dunia ni hanya ada seorang sahaja yang kaya raya giler..
Yang menabung sejak dilahirkan..
Jual piring hitam lagu mak andeh laku keras..
Dapat derma dari tok arab yang sudah dalam kubur..

Itu suci dan sah kerana sangat logik dia kaya macam tu.

Kalau yg papa kedana jeles pada si kaya logikkah akal.
Tetapi kalau yang kaya bertaraf penyamun pun jeles..

Aku cadangkan dia jadi semula No 1 untuk menyamun.



# Tulisan ini tidak merujuk kepada sesiapa kecuali anda sendiri berkhayal berimaginasi dan berpersepsi pada yang relevan, itu anda punya hal..

ZAHID BAKAL TERKONTENG KONTENG

Sembang dah sembang, cakap dah tinggi.... Jangan lepas ni jadi sekadar sembang kosong syok sendiri .. Ada baik letak jawatan, kurang kan kon...