Monday, August 31, 2020

MUHYIDDIN PERLU SEGERA JADI UMNO

Melewat lewatkan diri menjadi UMNO akan membawa ruang dan perbezaan yang besar sehingga dilihat kelak puak asing di dalam umno.

Disisih dan tidak diberi tempat di Majlis Tertinggi UMNO.

Jika masih mahu kekal BERSATU ia lebih merbahaya kerana kerusi PM dan TPM sudah pasti dituntut UMNO dan pas selepas PRU15

Mahathir sudah hilang pengaruh, tidak lagi perlu takut dan gerun..
Kikikiki..



Sunday, August 30, 2020

PEJUANG HARUS SENDIRIAN TANPA PERLU BERGABUNG DENGAN PH ATAU PN

Cukuplah pejuang menjadi platform kepada satu suara anti korup anti penyamun anti salahguna anti penyamun anti khalwat anti semburit anti pengkhianat.

Jika rakyat tolak perjuangan PEJUANG, itu bukan masalah kepada suara kebenaran. itu bukan pun satu kekalahan.

Melawan nafsu, melawan kejahatan, melawan kemungkaran bukan sesuatu yang mudah.
Mengajak sesuatu yang baik bukan mudah.

Platform ini memberi peluang kepada suara pihak ketiga, bukan soal menang undi atau menang jadi kerajaan tapi menang menegak kebenaran.

Kebenaran menang setiap masa.

https://shahbudindotcom.net/2020/08/31/pejuang-tiada-peluang-untuk-jadi-kuasa-ketiga.html

200 ribu akan ikut kenapa Azmin tak berani buat parti semburit?

Najib jadi pujaan, kenapa tak buat parti sepit dan kepit?

Bercakap menuding Mahathir, sendiri tak mampu lakukan segagah dan seberani Mahathir.

Menang dalam najis?
Best ke?

Sebagai blogger
Aku mahu mati ketika menyokong PEJUANG
Menyokong kebenaran..

Any problem with all ugais?

MERDEKA

Lebih dua ribu undi calon bebas satu petanda sihat, jiwa yang merdeka dari segala bentuk rasuah yang cuba disuap..

Kekal dengan prinsip kebenaran adalah jiwa merdeka.

Mereka yang diberi ikan, disuap, disubsidi, di brim kekal dijajah.

BENARKAH MAHATHIR SUDAH HILANG PENGARUH

Calon bebas tidak hilang wang deposit dan ada lagi lebih 30% yang tidak keluar mengundi menunjukkan Mahathir masih relevan.

Kecuali Muhyiddin yang lain semua turun dan calon BN tidak dapat majoriti penuh 15 ribu yang sokong UMNO dan PAS PRU14 menggambarkan kemenangan yang bukan cukup besar.

Apakah pendaftaran PEJUANG akan diluluskan ROS adalah jawapan sebenar Mahathir masih berpengaruh atau tidak.

Saturday, August 29, 2020

CALON PEJUANG TAK HILANG DEPOSIT..

Alhamdulillah..
Kekalahan yang sangat bermaruah.

Kekalahan yang membawa kemungkinan PEJUANG diluluskan ROS.




Friday, August 28, 2020

YANG PERLU LETAK JAWATAN IALAH KU LI BUKANNYA MENTERI UMNO DI PN

Sebagai Pengerusi Penasihat, jika pemimpin dan akar umbi tak makan nasihat, eloklah Ku Li letak jawatan bagi menunjukkan jawatan dan pangkat tidak boleh kompromi dengan prinsip.

Tetapi kalau 2 x 5..terus kekal.

Pandi lepas jawatan Pengerusi Disiplin apabila Zahid campur tangan..

DOA TANPA SEMPADAN

Segala Pujian Bagi Ya ALLAH. Tuhan Yg MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. 

Kepada KAU kami menyembah dan kepada KAU kami minta PERTOLONGAN.

Berkati akan usaha dan niat kami Ya ALLAH.

Mengharapkan KAU permudahkan urusan dan hajat kami Ya ALLAH.

YA ALLAH.... bukakan lah hati pengundi pengundi di Slim River di hari ini untuk mereka memandang calon kami adalah calon yang terbaik. 

Calon yang KAU tunjukkan kepada mereka.

Lembutkan  lah hati  mereka kepada calon kami. 

Bantulah kami. 
Tolonglah kami. 

Tiada PERTOLONGAN dan BANTUAN yang sebenar benarnya adalah milik dan anugerah MU.

Kami memohon kepada dengan penuh pengharapan. Rahmati lah kami... 

Pandanglah kami dengan KELEMBUTAN MU ya ALLAH.

Wa Sallallah ala Muhammad Wa alaihi Wassalam.
Walhamdulillah hi Rabbil Allamiin.




# Yang minat nak beli boleh PM 019 6655181
Tangan pendek
S -XL RM35
Tangan panjang
S - XL RM40

XXXL
Tangan pendek RM40
Tangan panjang RM45

Tidak termasuk kos pos
RM10

ROSE ORKED TRADING
0105 00100 36916
Bank Islam







JANGANLAH MINTA MENTERI ATAU PM LETAK JAWATAN..


Ini Malaysia, bukan Korea atau Jepun.

Walaupun sakit, kotor atau selekeh, cinta mereka kepada negara demi bangsa ugama sangat kuat.

Demi rakyat mereka sanggup lompat parti.

Malah ada yang sanggup menyamun untuk bantu anak yatim.

Jangan salah sangka, kaya pun sebab bini menabung sejak lahir.

Cuba tanya lobai, apa hukum letak jawatan?
Drebar lori jadi mangsa perbandingan...




BESOK KALAU CALON PEJUANG TAK HILANG WANG DEPOSIT..ELOK ZAHID TERJUN SUNGAI SLIM


DI SLIM UMNO LETAK TUNGGUL PUN AKAN MENANG..

Kekuatan UMNO sudah pulih..
Muhyiddin berundur atau bubar parlimen..




PAS SEDIA BEKERJASAMA DENGAN PEJUANG..

Berita mengesot...

Thursday, August 27, 2020

JANGAN UNDI UNTUK NAFSU DAN SYAITAN MEMERINTAH

Salam Jumaat.

TUN ULANG INGATAN: NAK KE NEGARA DIPERINTAH PENYAMUN PENYANGAK..


MAHU KE UMNO SERAP AHLI BERSATU JIKA BERSATU BUBAR..

Sama² toxid.

Apa untungnya UMNO untuk terima Menteri Bohong, Menteri Pakar Kelentong dan Menteri Pakar Tajuk semuanya dari BERSATU..

Dan bila Najib nak buat sumpah laknat projek runding terus di eranya?
Masih Tak Tau..


BANKER KALAU BERPOLITIK TUNJUKLAH CERDIK SIKIT

Di bank, mungkin tak ada siapa tunjukkan kau punya bangang sebab jawatan dan pangkat.

Tetapi kalau kau ulang sikap bangang di politik, bangang ditunjuk terus.

Ini apa isu ni?
Kikikikiki

Wednesday, August 26, 2020

DI SINGAPURA TIADA PAS UMNO BERSATU, YANG ADA HANYALAH PEJUANG..


TAHNIAH PDRM, SIASAT TANGKAP DAKWA WALAUPUN DIA ANAK SIAPA, JENAYAH KECIL ATAU BESAR


ANAK MUKHRIZ

Sebelum ini anak Tun Razak dijatuhkan hukuman 72 tahun dan di denda jutaan ringgit kerana salah gunakuasa@menyamun.

Dan puluhan lagi dakwaan@dan masih berkeliaran tanpa malu.

Rakyat berharap pemimpin jagalah anak masing²dan jaga diri sendiri.


WOOIIITTT KERAJAAN PN SERBABOLEH???? Penipuan besar menteri kewangan PN, kata Guan Eng

Penipuan besar menteri kewangan PN, kata Guan Eng: Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah "taktik jahat" oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


#Peluang rakyat menilai

AZMIN NAIK TARAF PAKAR KLENTONG KATA GUAN ENG

Finance ministry reveals details of 101 direct deal projects: Transport ministry tops the list with four projects worth RM4.47 billion.

#Semak Menteri mana di PH yg masih Menteri di PN tetapi hipokrit.

Zuraida dan Azmin antaranya - betullah kata Guan eng.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/26/kementerian-azmin-zuraida-masa-ph-turut-tersenarai-projek-runding-terus/?utm_source=FCM&utm_medium=Push

NEXT: SIAPA PEMILIK SYKT?

PARTI² KECIL KINI MAMPU MEROBEK UMNO PAS BERSATU

Tunggu penubuhan parti belia pimpinan Syed Saddique..


Tuesday, August 25, 2020

KALAU TAK BACOL DEDAHKAN SECARA TERPERINCI SETIAP KEMUNGKARAN KERAJAAN PH..

Kalau bacol, keluarkan tajuk sahaja..lepas tu suruh cai, NGO bangang dan pendedak spin..

PEMIMPIN POLITIK CUBALAH DEDAH KESILAPAN SENDIRI

Asyik dedah cerita pemimpin lain kebanyakan bercampur-baur dengan fitnah...

Kalau bab dedah diri sendiri, kononnya buat itu ini, banyak jasa dan budi..

Hakikatnya diangkat jadi pemimpin kerana beli undi, rasuah rakyat..

Berapa orang sangat diangkat dan terus disokong kerana prinsip perjuangan..boleh bilang dengan jari
Antara contoh yang terbaik ialah ku li..sampai kini masih diundi rakyat..

Bila agaknya kita nak dengar pemimpin dedah diri sendiri dengan cerita sondol sundal dan skandal dirinya...

Sekurang kurangnya nyatakan kesal, mohon maaf.
Bertaubat..bukan sumpah laknat.

Nik Aziz antara yg sempat pohon maaf pada rakyat..

Di Malaysia, belum pernah orang tidak bersalah dijatuhkan hukuman..
Yang dihukum memang bersalah..

Perlu ada rasa malu bila sudah dihukum..
Jangan lawan kebenaran dengan kemungkaran..
Tidak akan berjaya.

Politik Malaysia, apa yang nak diangkat mertabat..sekadar tipu helah..tubuh kerajaan pun sebab curi wakil rakyat kata Mat Sabu.

Apabila si pengkhianat, pencuri, penyamun, pedagang ugama bercakap soal bangsa, ugama dan negara..ada juga cai telan, terlopong kagum..

Kesian tak..

#Dalam satu perkembangan lain, Muhyiddin serah kepada pihak berkuasa berhubung kes perlanggaran kuarantin Khairuddin..?
Apakah itu sesuatu yang sangat berkesan? Atau sekadar bahasa manis?

Khairuddin sedang disiasat PDRM.
Apakah adil dan perlu dilakukan kepada Khairuddin sedangkan dia sudah pun membayar compound?
Apakah boleh dia didakwa lagi atas kesalahan yang sama di mana compound sudah dibayar?

Yang sesuai dan boleh ialah kementerian, menteri dan kerajaan di saman oleh rakyat kerana double standard.


CALON UMNO ADA HARAPAN UNTUK MENANG..



SINAR HARIAN BUAT CAI PANAS NONTOT..

Monday, August 24, 2020

TENTANGAN KUAT PH DI SLIM RIVER ATAU PN TAKUT DENGAN BAYANG SENDIRI..

PN kalau letak tunggul pun boleh menang di Slim River tetapi dilihat sedikit kalut berkempen dengan menghadirkan Menteri² Kanan dan Presiden parti² dengan cuba membawa isu kegagalan kerajaan PH.

Apakah kepopularan Muhyiddin sekarang belum dapat menawan hati rakyat.

Mungkin perlu tambah geng mahkamah untuk berkempen..

Apakah Mahathir yang segala maha buruk tidak boleh digunakan untuk merudum calon bebas hingga hilang wang deposit..

Atau banyak fitnah lagi yang perlu ditaburkan?


Sunday, August 23, 2020

MENGGERAKAN SAMAN KEMENTERIAN, MENTERI DAN KERAJAAN ADALAH PERANAN PEMBANGKANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

Kenapa menteri ingkar kuarantin tak didakwa di mahkamah, soal pembangkang: Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali berkata, tiada sesiapa yang melebihi undang-undang kerana akta digubal untuk melindungi rakyat dan negara.
.....
Pembangkang mempunyai peranan untuk menegakkan keadilan bagi pihak rakyat.

Jika itu gagal dilakukan apa sangat nak di harapkan kerajaan ambil tindakan ke atas orang mereka sendiri.

HARAPAN RAKYAT UNTUK MELIHAT DAN MEMILIKI SEBUAH KERAJAAN CEKAP BERSIH DAN AMANAH SANGAT TIPIS

Siapa yang anda harapkan?

CURI DUA EKOR AYAM, PULANGKAN BALIK 4 EKOR, DENDA SERIBU

Ok ke tak ok..

Ok sikitlah daripada curi 2B bagi rakyat 2R.

Saturday, August 22, 2020

WHAT TAKE YOU SO LONG?


Apa pilihan yang Azmin ada?

Walaupun Menteri Kanan yang diiktiraf Muhyiddin dengan 9 Ahli Parlimen Azmin tiada kekuatan menubuhkan parti baru seperti Tun.

Kat situ pun dah nampak out.

Menyertai BERSATU sebagai penumpang membawa maksud akan melepaskan kerusi di Gombak dan Bukit Antarabangsa dan berharap Puterajaya.
Apa rundingan dengan Ku Nan?

Sudah tentu jika pun mahu ke PEJUANG, akan ditolak dan jika diterima kredibiliti Tun akan terjejas.

Bersama Muhyiddin merapat dengan UMNO dan pas adalah yg terbaik, satu kepala, sehati sejiwa.

SIAPA LANTIK SI KHAIRUDDIIN DAN DIA DARI PARTI MANA?

Bila nak guling tengah jalan?
Ni ada kenan dari sumpah sesumpah sesiapa ke?
Dah pandai salahguna kuasa
Tak lama lagi korup..

Kalau kes curi lima ekor ayam..
Pulangkan balik dua ekor lepas..
Kes lagi ringan..apa nak bising²




TAKAT TU JE LAH LAW

budak tadika buat salah pun denda 1000
lembu buat salah pun denda RM1000
Menteri buat salah pun RM1000

Undang²adil samarata, samalevel, setaraf..

Friday, August 21, 2020

LANTAK KAU LAH SEBAB KAU MENTERI

Lagipun kau dari PAS, Jangankan UMNO sekarang ni pun BERSATU minta nyawa dari PAS.

Ini kecik punya hal, banyak benda benda lain kau boleh kencing ahli PAS apatah lagi yang lain.

Kau langgar procedure, kau tak hormat Istana dan sekarang kau nak peralatkan Istana pula.

Lantak kau lah, kau kan Menteri, bukan B40.

Asalkan kau MP undi kau sangat berharga di Parlimen dan penting buat Muhyiddin.

Thursday, August 20, 2020

JUMAAT


https://m.merdeka.com/dunia/apa-yang-membuat-rakyat-thailand-berani-demo-turun-ke-jalan-menentang-raja.html

MASA JADI PM NAJIB MESYUARAT DI RUMAH...

Itu antara sebab kini kedua duanya diseret ke mahkamah, ada kaitan?

PEJUANG, parti kecil yang jadi royan dan igau.

UMNO yang memiliki kerusi terbanyak di PN tetapi kerana berlabel geng mahkamah kenalah tunduk dan akur kepada parti ciput.

Mahathir Pengerusi dan Mukhriz Presiden - kebetulan kedua-duanya anti korup, dan anti penyamun.

Kalaupun bermesyuarat di rumah sahaja tentulah bukan ada agenda nak beli cincin berlian atau menyamun.



Orang umno kalau nak berkat dengar nasihat ku li dan kj..

APA ADA DAN APA YANG NAK DIBANGGA JADI AHLI BERSATU?

Setakat Muhyiddin jadi PM?
Azmin Menteri Kanan pun masih tak sudi jadi ahli?


MUSTAPHA MOHAMED DAN RADHI JIDIN TAK CUKUP POWER DI KELANTAN

200 ahli PPBM Kelantan keluar parti hari ini: Bekas timbalan pengerusi, Sazmi Miah berkata tindakan tersebut diambil selepas melihat perjuangan Bersatu telah jauh menyimpang daripada perjuangan asal.

# Jika benar ramai yg keluar BERSATU seluruh Malaysia, pemimpin BERSATU akan jadi pemimpin tanpa(kurang) penyokong sekaligus loss bargain power untuk kerusi di PRU...


Wednesday, August 19, 2020

UMNO SABAH JANGAN KARAS KAPALA



Menolak Bung Mokhtar mengetuai UMNO Sabah di pilihanraya negeri samalah seperti menolak Zahid jika PRU15 di adakan.

Tidak logik lagi jika menolak Najib dan geng mahkamah untuk datang berkempen kerana faktor "Najib" BN menang enam kali PRK.

Menolak Bung Mokhtar kerana kes di mahkamah tidak logik kerana UMNO sudah sebati dengan mahkamah belum menjatuhkan hukuman.

Malah Najib yg didapati 100% salah oleh mahkamah tinggi masih mereka gunakan mahkamah rayuan sebagai alasan... Lawak cash is king

Lebih logik ada yg mahu menghalang Bung sebagai Ketua Menteri kerana aku lebih layak.

Dan paling logik, bajet pilihanraya biarlah aku yang pegang dan kuasai.

Apapun, siapapun..jika orang Sabah sekali lagi tolak umno, kenalah angkat topi tabek hormat kepada sikap dan budaya mereka..tolak korup dan salahguna kuasa ...

Tak macam kita kan?

https://www.amenoworld.org/2020/08/kenyataan-lengkap-kenapa-rahman-dahlan.html

Dari segi prinsip dan etika memang PEJUANG terbaaeekk..

# aku baru up sikit je PEJUANG..cai dah meroyan, melenting, panas bontot..
kikikiki..
relax le brader






PAKAT²HAYATI

Parti Pejuang Dah Keluarkan Logo.

SENDIRILAH KENA JADI TOKOH MAAL HIJRAH CONTOH KEPADA KELUARGA DAN BANGSA MASA HADAPAN.. SERTAI SEBAGAI SATU JARIAH

Tuesday, August 18, 2020

NAJIB SUDAH DIDAPATI BERSALAH DAN DIHUKUM OLEH MAHKAMAH TINGGI TETAPI UMNO KATA BELUM BERSALAH KERANA RAYUAN?

Seseorang itu sudah melakukan satu dosa dan sekarang dalam proses taubat.

Kalau tobatnya diterima, dia bebas dari dosa?

Kalau tobatnya tidak diterima dia belum lagi bersalah sebab ada mahkamah lain yang belum buat keputusan..

Dan dia belum lagi bersalah sebab dia sedang mohon pengampunan..

Lambat betul untuk mengesahkan seseorang itu bersalah sebab ia datang dari satu kapal, satu kepala.

Al-Kesah pula..

Seseorang itu sudah dijatuh hukum oleh beberapa mahkamah dan beberapa hakim - tetapi seseorang lain pula bagitahu semua mahkamah dan semua hakim itu tak betul..

Mencuri susu di pasaraya bernilai RM20 atas sebab anaknya yang kebuluran boleh jatuh salah dan hukum dalam tempoh 3 hari.

Dan si pencuri susu dicemuh sampai lumat sebab dia tiada penyokong.

AL kesah

Mengkayakan anak Melayu Islam menjadi billionaire melalui perniagaan dicanang satu dosa besar tetapi memewahkan anak dengan filem lucah satu kerja mulia.

Begitulah kita jadi bacul. Tiada penawar  untuk mengubatnya.



ANWAR DAN LIM GUAN ENG MUNGKIN LEBIH BERNASIB BAIK JIKA TUN MASIH PM

Kedua dua mereka sedang menghadapi isu yang bersabit di Mahkamah.

Semasa Tun naik menjadi PM, beberapa pemimpin umno jadi "geng mahkamah"

Terima kasih Tun.
Selayaknya PEJUANG jadi satu² nya parti Melayu yang bermaruah.

Sunday, August 16, 2020

SEMPAT KE UMNO MEMBUKTIKAN KPD MAHATHIR MEREKA AKAN JADI KERAJAAN SEMULA DAN PRESIDEN UMNO KEMBALI SEBAGAI PM

Merujuk kepada Anwar, selagi Mahathir masih hidup hasratnya sebagai PM semakin pudar.

Bukan kerana Mahathir yang halang tetapi rakyat yang menolaknya.

Benarkah Mahathir berusaha untuk menekan kerajaan sekarang untuk segera mengadakan PRU15.

Apakah UMNO dan Zahid akan terima nasib yang sama.

Di masa Muhyiddin seperti enggan mengambil usaha membubarkan parlimen, hasrat UMNO akan tinggal impian.

Menjelang 2023 PRU15, geng mahkamah mungkin sudah pupus.

Saturday, August 15, 2020

KENALI MUHYIDDIN DAN AZMIN



Muhyiddin terus kena buli dengan Ahli Parlimen

UMNO perlu terus membuli kerana geng mahkamah perlu diselamatkan.

PEJUANG ELOK JAGA TEPI KAIN SENDIRI



Banyak lagi perkara lain tentang PEJUANG yang belum dikemaskini, masih berada di tahap kosong.

Kalau tetiba Tun tiada, boleh sahaja dianggap parti ini sebagai tuala buruk walaupun baru.

Lihat sahaja parti Ibrahim Ali, lebih kemas dan tersusun cuma belum berbisa

SAMADA BERITA PALSU@SALAH DAP@SALAH PEJUANG



ZAHID LEPASKAN YANG TERSUMBAT DI DADA...

PemimpIn dan ahli BERSATU di Slim River perlu sambut cabaran Zahid dengan tinggalkan parti itu..biar pemimpin pusat dan negeri yang sudah diberi jawatan turun berkempen..


Friday, August 14, 2020

KAH KAH KAH...HARAP SANGAT CEPAT DAKWA MAHATHIR


KENAPA MAHATHIR DARE TO SPEAK: “Hari ini Najib, Muhyiddin, esok penyangak lain pula akan sogok”

“Hari ini Najib, Muhyiddin, esok penyangak lain pula akan sogok”: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui mandat rakyat pada PRU14 lalu berjaya menggulung kerajaan kleptokrat namun, dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi rakyat dibelenggu rasuah dalam kerajaan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat sedang lihat kerajaan Muhyiddin membeli sokongan melalui anugerah jawatan dan wang. 'Kali ini semua mereka yang tidak sokong dilucut [...]


#Satu sebab sahaja Mahathir dare to speak:
Dia tidak lakukan rasuah, salahguna kuasa dan penyamun..
Jika ada pandangan sebaliknya boleh dedahkan dan ambil tindakan..
Dia juga mungkin lakukan silap atau salah yang perlu dibuktikan..normal

Sebilangan kecil sahaja seperti Mahathir, dare to speak dan paling penting sangat berpengaruh.

MEMANG TAK BEST KENA TIBAI-KENA BTG HIDUNG SENDIRI-KENA BATANG HIDUNG PENYOKONG

Melayu bangsa yang kuat rasuah – Malaysia Today




POLITIK MAHATHIR SAMPAI KE LIANG KUBUR..

Perjuangannya menentang rasuah, salahguna kuasa dan penyamun, pengkhianat, jual ugama akan dibawanya sampai ke liang kubur..

Aku bukanlah kaum yang menyekutukan Allah..
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah milik Allah..

Inilah yang menjadi bekalannya hingga sebarang masalah, cabaran, dugaan, penghinaan, dilucut kuasa dan jawatan bukan jadi satu halangan..

Sedangkan mereka, lawan dan musuhnya.. sentiasa berada dalam bimbang dan kegerunan kerana bekalan mereka tidak cukup bersih untuk dibawa ke liang kubur..

Tanyalah Najib, Zahid, Anwar, Azmin, Muhyiddin dan Hadi..apakah mereka tidak bimbang kehilangan pengaruh dan jawatan..
Jawapannya mereka sangat bimbang..

Mustahil untuk mereka melepaskan jawatan..

Thursday, August 13, 2020

SOKONG PENDEDAHAN NAJIB SEPERTI KITA SOKONG DAP LONDEHKAN NAJIB

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/sekarang-dap-baru-nak-mengaku-ada.html

Itu sebab parti seperti PEJUANG perlu disokong.

Dari PEJUANG, belum ada pemimpinnya diseret disabit dengan sebarang salahguna walaupun mereka sangat bersedia.

PEJUANG UNTUK MENYATUKAN MELAYU DAN BANGSA MALAYSIA

Yang anti rasuah anti penyamun sewajarnya menyokong dan menyertai..

Semudah itu.
Tak ada paksaan pun..

Kalau kurang setuju, boleh terus berada dan sokong parti lama dan pemimpin anda.

Nak meroyan buat apa?
Tak ada paksaan pun..

Lebih tepat..yang tidak sokong perjuangan PEJUANG tidak di alu alukan menyertainya..

Semudah itu.
Nak meroyan buat apa?

lebih baik cermin diri sendiri..
kenapa makin selekeh..



PEMIMPIN JANGAN OVER KOMEN - AKAR UMBI BERGULING NAK KETAWA..

Tun makin menjadikan musuh²nya tak keruan..

Nanti aku cuba karang ayat² power, ayat hiburan untuk mereka rasa tidak terancam, untuk mereka tidor lena.

Cuba aku nak ingatkan supaya kemaraan dan perjuangan Tun ini disekat, cubalah sekat jangan biarkan Tun PM semula.

Takut ada lagi yang diseretnya ke mahkamah, takut ada yang merayu akan jadi kayu.

Perjuangan anti rasuah anti penyamun - satu perjuangan yang perlu disokong.

Yang bersekongkol dengan segala bentuk rasuah, penyamun, pengkhianatan dan penjual ugama kini sudah tidak sehaluan sekata.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, penyatuan mereka hanya sementara..

Antara yang gila nak jadi kerajaan, antara yang gila kuasa dan paling worst penyatuan untuk lepaskan tengkok.

No wonder PEJUANG dapat sambutan.

Aku tak lah kempen pun..
Jangan meroyan...
Jangan maki hamun..
Jangan tunjuk sudah goyang..
Jangan over komen..




Tuesday, August 11, 2020

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Penguatkuasa Tahi ?

Bukan perkara baru..
Kita sangat hipokrik seolah ini seperti pertama kali berlaku..

Ikan bilis.

Monday, August 10, 2020

TINDAKAN MAHKAMAH ADALAH PENYELESAIAN TETBAIK BAGI SEMUA PIHAK

Samada dulu dan sekarang, samada pemimpin bekas kerajaan atau bekas pembangkang..mahkamah adalah jalan terbaik untuk selesaikan isu terutama bagi kes² yang sering diperkatakan publik, bermaksud ia ada asas jika dibawa ke mahkamah.

Motif politik, konspirasi sudah kurang sesuai kerana mahkamah disajikan fakta.

Jika pun atas motif politik, ia masih ada ruang di mahkamah untuk membersihkan diri.

Pemimpin mempunyai banyak kemudahan seperti kewangan dan peguam untuk membantu dan membela mereka.

Majoriti kes mahkamah berkait rapat dengan salahguna kuasa, rasuah dan penggubalan wang haram.

Ia sesuatu yang bukan asing bagi mereka.

https://www.malaysia-today.net/2020/08/09/najib-razak-asks-lim-guan-eng-10-simple-qustions/

MUHYIDDIN BELUM CUKUP SELAMAT PRU15 SETAKAT GUAN ENG DI HERET KE MAHKAMAH..

Sekurang kurangnya Mahathir, Mukhriz dan Maszlee wajar diheret sama dalam apa juga yang boleh dikaitkan.

Takkanlah mereka bertiga terutama Mukhriz dan Mahathir begitu punya bersih sedangkan sudah lama berjawatan.

Takkanlah Mukhriz di Kedah sangat suci, cuba korek²sikit.

Mahathir berpuluh tahun berlori lori dikaitkan dengan segala macam jenayah dan korup, takkan sebesar hama pun tak ada untuk diheret.

Najib baru 10 tahun, berpuluh dakwaan..dikatakan terlibat dengan skandal terbesar dunia? hukum penjara 72 tahun bukan biashe biashe..

Memanglah Muhyiddin tak campur urusan mahkamah tetapi takkan tiada sepatah dua kata pada BPR dan AG.

PARTI TAK BAGI DUIT, TAK BAGI JAWATAN, TAK BAGI PELEPASAN, TAK BAGI PEMBEBASAN, TAK BAGI JUBUR - MEMANGLAH TAK POPULAR

Penganalisis bebal termasuk pensyarah universiti, ahli akademik, ilmuan dan koporat tidak melihat dari sudut itu untuk menganalisa.

Apakah mereka tulis dan analisa beralas dedak, lupa asal usul diri yang dulunya datang dari  keluarga susah, lupa dasar pendidikan negara,  lupa dasar pandang ke timor..

Hingga buta untuk menonjolkan, menggalakan dan sokongan atas visi parti baru Tun - berprinsip dan anti rasuah dan anti-penyamun sebagai asas penubuhannya.

Mereka patut bertanya kenapa masih ada yang sokong Tun.

Mereka patut kecewa dengan sikap rakyat yang lupa kepada ajaran dan nilai ugama.

Mereka macam bangga Quran buruk lenyap.
Mereka megah dengan Quran baru untuk perhiasan.

Akai ada tak pakai.

BETUL KE PENYOKONG NAJIB MAKIN TIPIS

Ini berita pelesu atau berita dipelesukan..

Tun tubuh parti baru, yang datang 300 orang tanpa duit kocek RM50 - tanpa nasi bungkus + air mineral sebotol.

Balik tangan kosong, no pangkat no jawatan no udang galah.

Besoknya..bersahut sahutan sampai ke Johor kata sokongan.

Sunday, August 9, 2020

MUHYIDDIN BULI UMNO@UMNO BULI MUHYIDDIN@AKU DAH KONPIUS

Untuk imbang elok Muhyiddin acah Ibrahim Man Timbalan Perdana Menteri untuk menguji kesetiaan Azmin.


sedap betul bahasa lokman




RAHMAT TUN LEPASKAN KERAJAAN PH

Guan Eng VS Boss The Star - Kerana 19 Juta..

# Sebelum ini Najib pun tak kenal Jho low?


# Penubuhan parti baru anti rasuah sangat selari..


Friday, August 7, 2020

PARTI BARU MAHATHIR TAKKAN KE MANA

Tiada harapan untuk menang satu kerusi pun di PRU15.

Tak perlu ulas panjang, tak perlu ambil kesah.

Tak perlu sebut pun.


Thursday, August 6, 2020

MUHYIDDIN MAKIN SELESA

KEPAKARAN JULANG KERUMUN

Realitinya terpulang kepada Muhyiddin untuk jadi Presiden UMNO atau panggil puak ini lompat BERSATU..

Wednesday, August 5, 2020

YES KJ NURUL RAFIZI ANTARA YANG PATUT TERAJUI NEGARA SEKARANG..

Yang lain seperti Anwar, mat hassan, muhyiddin, zahid, hadi sudah sangat tua dan basi.

Dan yang terbaik tentulah gabungan bersama Mukhriz.

Monday, August 3, 2020

MINTA SUAPAN UNTUK UMRAH, DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN.. FIKIR²KANLAH

Rosmah aide Rizal demanded money for umrah, says witness: Rayyan Radzwill Abdullah said he persuaded his business partner to pay for the trip since it was for a religious cause.


# Dalam hal kena batang idung ni elok tanya puak PAS as a muafakat partner apa hukumnya..

BLOG AKU SUNYI SEPI

Seperti dijangkakan, selepas penyamun disahkan penyamun, blog aku kini sunyi sepi.

Kemungkaran akhirnya tumpas.
Ia satu titik permulaan yang bagus untuk keinsafan dan ketaubatan.

Alhamdulillah kuranglah maki hamun sumpah seranah dan recycle fitnah yang cuba menembusi, kerja menapis makin relax.

tq gais.

Kenny Maharaja Lawak

Saya keluar kerana tidak setuju kerajaan Sabah terus sokong Mahathir, kata Kenny: PKR bagaimanapun memecat Kenny kerana menyokong Musa Aman untuk menjatuhkan Shafie Apdal.

Dulu WARISAN sokong siapa?

Tetapi nasib baik, orang Sabah masih cerdik.
Kekalkan Sabah for Sabahan selagi KM bukan penyamun

Sunday, August 2, 2020

RAKYAT SABAH PERLU CERDIK MACAM ORANG SELANGOR..

Tolak sokongan kepada yang pro-penyamun pro-pengkhianat..

Tolak juga lebai jual ubat kuat di kaki lima.

Selamat.

Saturday, August 1, 2020

UMNO DAN BERSATU WAJAR MOHON MAAF PADA TUN

Langkah awal terbaik yang boleh dimulakan oleh UMNO adalah memohon maaf kepada Tun kerana tidak menyingkirkan Najib sebelum PRU14.
Akibatnya dihalau keluar dari Puterajaya dan membolehkan DAP menjadi sebahagian kerajaan merupakan satu kesilapan besar UMNO.

Hukuman ke atas Najib oleh Mahkamah Tinggi penjara 72 tahun dan denda adalah menyokong kebenaran atas apa yang Tun nasihat dan perjuangkan.

Zahid wajar mengetuai untuk menyampaikan permohonan maaf tersebut dengan syarat tindakan perundangan ke atas mereka diteruskan.

BERSATU juga perlu mengambil langkah yang sama kerana sikap terburu buru menubuhkan sebuah kerajaan kini tidak juga stabil dan mengundang kepada perpecahan parti²Melayu dalam pakatan dan muafakat serta perebutan kerusi PM.

Langkah ini membolehkan Tun dilantik mengetuai dan mempengerusi Muafakat Nasional dengan mengekalkan Muhyiddin sebagai PM dan TokMat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ku Li juga sesuai sebagai Timbalan Pengerusi yang bakal mengambilalih.

SIKAP TERPUJI AZMIN

http://suarapakatandaily.com/archives/29023



#Mendekati Tun adalah langkah terpuji.



ZAHID BAKAL TERKONTENG KONTENG

Sembang dah sembang, cakap dah tinggi.... Jangan lepas ni jadi sekadar sembang kosong syok sendiri .. Ada baik letak jawatan, kurang kan kon...