Wednesday, September 30, 2020

ADAKAH TUN AKAN MAAFKAN NAJIB? KENAPA BUAT SOALAN BODOH?

Najib bukan buat salah dan secara peribadi kepada Tun.

Apabila Najib dihukum secara sah...kesalahan Najib adalah kepada rakyat, parti, bangsa, ugama dan negara.

Mahkamah pun tidak memaafkannya.

Soalan itu kena tanya pada rakyat.

BERI PELUANG ANWAR JADI PM

Yes, why not

Peluang itu sudah lama ada dan sekarang peluang itu datang dan terbuka lagi..

Di halang..

Yes, halangan itu tetap ada dan sentiasa ada, dari dalam atau dari luar..

Malah ketika memegang jawatan itu pun, pasti akan ada yang mahu merampasnya..

Sekarang Muhyiddin di kerusi itu, normal jika Anwar mahu merampasnya..

Dan open to all juga..

The best man win..

Jangan menuding.



# Sokongan sebahagian pemimpin UMNO ke atas Anwar bukanlah UTK menjadikan dia PM tetapi untuk membolehkan dia berjumpa SPB Agong dengan harapan parlimen dibubarkan.
Tidor sebantal mimpi lain².


UMNO ITU MELAYU ITU UMNO MAKIN PUDAR

BERSATU itu MELAYU 

MELAYU itu BERSATU...

Ooooppss..Dalam BERSATU ada bukan Melayu.

Tidak relevan.


PEJUANG itu MELAYU

MELAYU itu PEJUANG..

Oooopppsss..itu sebab tidak diluluskan..

PROSES PM MASIH BERJALAN TETAPI ANWAR SUDAH BERJAYA DALAM SUDUT LAIN

MENJADIKAN ZAHID NAJIB BERPELUKAN DENGAN LIMGUANENG MAT SABU MAHATHIR PUN TIDAK MAMPU LAKUKAN..

Yang bagus, kenalah kita hargai dan puji.

Tuesday, September 29, 2020

KENAPA ANWAR TOLAK TAWARAN GANTI AZIZAH SEBAGAI TPM BAGI PERALIHAN KUASA BERJALAN LANCAR KERUSI PM?

Berulangkali tolak tawaran jawatan kabinet tetapi berulangkali umum akan ambil alih kerusi PM?

Anwar digambar begitu hebat malah dikata pengikutnya sabar tahap dewax tetapi agak malang hari ini menagih kerusi PM atas ehsan DAP AMANAH dan terpaksa mengemis dari UMNO.

# setakat ini hanya Zahid kata Yes sebahagian MP UMNO dukung Anwar


Lebih baik jadi Mahathir yang sudah tidak popular, yang sudah takut didekati kawan dan lawan tetapi tidaklah nyanyuk jadi bola, alat, perkakas dan boneka sesiapa dan bebas mahkamah.

Lebih penting bukan dunia yang hendak dikejar sehingga terpaksa tebuk atap.



#aku taksub Mahathir @ Mohamad Ali ke ni?

Kikikikiki..

KEPANDAIAN ORANG SABAH MAJUKAN DIRI WALAU NEGERI MUNDUR

Malaysia

Penduduk 32 juta

Timbalan Perdana Menteri - 0


Sabah

Penduduk 3.2 juta

Timbalan Ketua Menteri - 3


Singapura

Penduduk 6 juta

Timbalan Perdana Menteri - 1


STRATEGI MULA MAKAN DIRI

Ke arah  kerajaan Muhyiddin tumbang.

Anwar tidak cukup kerusi sebagai PM.

UMNO berpecah dua.

Apa solusinya?

PRU15 tidak wajar demi keselamatan nyawa rakyat..

Di Parlimen, akan ada tidak kurang 3 nama dicalonkan sebagai PM..




Zahid lebih selamat jika berada di belakang Muhyiddin 


ORANG SABAH JANGAN LAGI BERALASAN DAN MENUDUH KL MENZALIMI DAN MENJADIKAN KAMU MUNDUR

 You asked for it.



AKU INGATKAN TAK CUKUP TIDOR SEBAB BANGUN TAHAJJUD...

RUPANYA KERJA NAK MENEBUK ATAP UNTUK TUBUH KERAJAAN PENGKHIANAT..  


PRU14 memberi kemenangan kpd PH dan jika pun Tun letak jawatan selepas itu..

Kerajaan PH boleh memilih dan melantik PM di kalangan mereka.

Tetapi muncul golongan pengkhianat dalaman yang dibantu parti yang ditolak rakyat di PRU menubuh kerajaan... 

Itu persepsi politik.

Setakat mana penubuhan kerajaan sebegitu selaras dengan ugama?

Tidak ada darurat, tidak ada skandal, tidak melakukan  kezaliman dan selepas tubuh kerajaan apa yg diselamatkan?

Keutamaan mereka hingga sekarang ialah bagaimana mahu kekalkan kuasa dan apa caranya?

Selaras dengan ugama?


Monday, September 28, 2020

BANG NON SALAH KIRA KERUSI, MAJLIS SANDING TAK JADI.


 Sementelahan Tok  Kadi pun bercuti panjang..



SUDAH BANYAK KALI WAK JAHID & AJIB BERKOMPROMI, BERBUDI BILA LAGI MUHYIDDIN NAK BALAS SETIMPAL..

 Beralah bukan erti kalah..

Sekadar helah.

SIAPA SIFFU AZMIN


 Siffu membebel tentang demokrasi baru.

Azmin tekun menghadam.

NOTA IRING UNTUK NAJIB



Ever since BN lost GE14, I have observed how one man has risen above it all and is now even more "feared" than any other politician in the country. 
I have to salute DS Najib for the way he overcame his disappointments, endured humiliation and suffered with dignity intact. 

So many people on my FB have vilified him and his family, no doubt goaded into inhuman hatred stoked by his political enemies, that I came out of silence to say my piece. 

I am not an obsessed "pentaksub" and there are many things about UMNO and BN politics before GE14 that I really dislike, but I cannot help but notice how DSN has handled it all. 

It's like DSN has found his voice through social media and is using it for the greater good of the rakyat. 

He doesn't use it to whine about how he and his family are being politically persecuted and he doesn't play victim like some people we know.

 Instead, he is pushing back against all his detractors. Yes, the Court has issued their verdict and, if we believe the other whiny politician who claims political persecution, do we really know the truth? I don't really know. 

I sure so many "experts" have written lengthy opinions on it but even they only assume and infer. 
They don't have all the facts and I won't know how to decipher it so I refrain from passing judgment. 

I do believe DSN made many mistakes and chose the wrong people to trust, something no leader should do.

But he has earned my respect for how he has gone to the ground to meet people whom he may have not met before.

 He used to seem rather cut off from the ordinary struggling Malaysians but not now. His popularity as Bossku shows that the people appreciate it.

 Politicians only come calling when it's election time but not Bossku. He is everywhere and meeting everyone all the time.

 What's good is that he doesn't have anything to give but his time and his attention. That is often worth more than money. Good for you, sir!

One last note, DSN never once pulled his wife as a shield to protect himself.

 Unlike some politicians who only remind us they have long suffering wives when they are in deep shit, 

DSN always tried to protect his wife. For that I salute him. He is more of a man than many. I wish him well.

From Puan Hanizah Hashim via FB

https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/3544756202235081/









Sendiri punya pekung tidak relevan nak salahkan pihak lain..

NOTA KAKI

 

Sejak dari Tun Razak lagi, hasil minyak Sabah hendak dibolot oleh Kerajaan Persekutuan... Baca semula sejarah ini


SEJARAH LALU NEGERI SABAH 



Pada tahun 1975 Tun Razak (PM Malaysia) memanggil Tun Mustapha (CM Sabah) di Pejabat Perdana Menteri untuk memaksa Tun Mustapha supaya bersetuju 95% hasil minyak Sabah di serahkan kepada Malaya tetapi Tun Mustapha manolak sebaliknya mencadangkan 95% milik Sabah 5% diserahkan kepada Malaya.


Apabila Tun Mustapha manolak permintaan Malaya maka Tun Razak panggil Tan Sri Harris berbincang penubuhan Parti Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) untuk menumbangkan kerajaan USNO pimpinan Tun Mustapha di Sabah.


Tun Razak buat fitnah kononnya Tun Mustapha mahu bawa Sabah keluar dari Malaysia dan menjadi Sultan Sulu di Sabah, kemudian semua musuh musuh Politik Tun Mustapha terutama Tun Fuad Stephen dan Datuk Peter Mojuntin di jemput menyertai penubuhan Parti BERJAYA.


Selapas USNO berjaya di tumbangkan maka satu mesyuarat di antara wakil kerajaan persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah diadakan di Pulau Labuan iaitu pada 06.06.1976 dimana tujuan mesyuarat itu adalah untuk memaksa Tun Fuad selaku ketua Menteri Sabah menandatangan perjanjian setuju terima kerajaan Negeri Sabah menyerahkan 95% hasil minyak kepada Malaya tetapi Tun Fuad tidak bersetuju menandatangan perjanjian yang di cadangkan oleh Tun Razak.


Ketika Tun Fuad dan Rombongan kabinet Negeri Sabah pulang ke Kota Kinabalu, mereka terlibat kemalangan/nahas pesawat yang membawa kematian kepada Tun Fuad dan Datuk Peter Mojuntin pemimpin politik Sabah yang berani dan tegas dalam mempertahankan hak Sabah. 


Namun sesuatu yang pelik dan amat mengecewakan kita rakyat Sabah kerana kes ini tidak di siasat oleh RCI tentang penglibatan dalang disebalik kejadian ini kerana peristiwa ini terjadi setelah satu peristiwa Tun Fuad menolak kehendak dan kerakusan Malaya ke atas minyak Sabah dan tindakan Haris Salleh dengan kadar segera bersetuju dengan kehendak Malaya untuk Sabah terima 5% sahaja minyak Sabah.


Selapas parti BERJAYA dipimpin oleh Tan Sri Harris memerintah Sabah dibawah telunjuk UMNO Malaya maka bermula lah melapataka di Sabah apabila satu demi satu hak Sabah diambil oleh Malaya bermula dengan hasil minyak 95% diambil oleh Malaya, hasil cukai Sabah 95% diambil oleh Malaya,status Negara Sabah di turunkan menjadi sebuah Negeri ke 12 di Malaysia, Pulau Labuan di serahkan kepada wilayah persekutuan.


Pada tahun 1985 Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi wira kerana berjaya menumbangkan kerajaan parti BERJAYA,tetapi satu kesilapan besar oleh PBS ialah tidak menepati perjanjian dengan USNO untuk membentuk kerajaan campuran.


PBS memandang remeh dengan USNO kerana hanya memiliki 16 kerusi berbanding PBS 26 kerusi,PBS tidak sedar bahawa USNO sengat penting untuk menjadikan gabungan PBS dalam membentuk kerajaan Negeri Sabah kerana USNO adalah wakil Bumiputera Islam.


Kemelut politik Sabah telah diambil kesempatan oleh UMNO/Malaya untuk menguasai Negeri Sabah sehingga membawa kepada pembubaran USNO.


Selapas UMNO bertapak di Negeri Sabah maka wujudlah IC Project dikalangan warganegara Filipina dan Indonesia di Sabah yang di dalangi oleh UMNO bertujuan menghapuskan kuasa politik  Bumiputera bukan Islam di Sabah.


Selapas jumlah Pengundi Bumiputera Islam sudah jauh mengatasi jumlah Pengundi Bumiputera bukan Islam di Sabah, maka persempadanan pilihan Raya pun di buat di Sabah mengikut populasi kaum.


Mengikut persempadanan pilihan Raya terbaru di Sabah, daripada 73 kerusi DUN:


Bumiputera bukan Islam hanya 17 kerusi kaum Cina 9 kerusi bermakna 47 kerusi DUN  milik Bumiputera Islam.


PRU14  membawa sinar baharu kepada rakyat Sabah apabila parti Warisan muncul dan berjaya menumbangkan beberapa pemimpin Kanan UMNO, maka atas kesedaran UPKO bahawa Bumiputera bukan Islam harus bangkit mempertahankan hak Sabah maka UPKO memilih menyertai Warisan untuk membentuk kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan  (PKR dan DAP) di Sabah.


Selama 26 bulan kerajaan campuran Warisan, UPKO, PKR dan DAP di Sabah berjalan, kerajaan Negeri Sabah sentiasa berusaha menyatupadukan rakyat Sabah melalui pendekatan agama dan tolerensi Adat. 


Dalam pendekatan agama dan pengamal adat anak Negeri, kerajaan Negeri Sabah cipta sejarah apabila perayaan Christmas untuk orang Kristian yang selama ini hanya di beri satu hari cuti, kini telah diberikan dua hari cuti,pengamal adat anak Negeri Sabah dari OKK, KAN, WKAN, semua kakitangan Mahkamah Anak Negeri dan Ketua kampung yang selama ini tidak pernah menerima bonus, kini dibawah kerajaan sekarang di beri bonus bersama-sama dengan kakitangan kerajaan.


Lembaga padi Sabah yang di hapuskan oleh kerajaan BERJAYA atas arahan Malaya kini di tubuhkan semula bertujuan menstabilkan harga beras, kilang minyak masak yang selama ini tidak di bina di Sabah kini sudah di bina bertujuan untuk menstabilkan harga kelapa sawit di Sabah,kilang berasaskan product getah kini sedang dalam proses pembinaan bertujuan menstabilkan harga getah dan banyak lagi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Sabah.


Walaupun kerajaan Negeri Sabah sedang bertungkus lumus membangunkan Negeri Sabah namun satu kekangannya ialah masalah bajet,maka dengan itu kerajaan Negeri Sabah sentiasa bekerja keras untuk menuntut hak hak Sabah yang di rampas oleh Malaya dikembalikan kepada Sabah.


Dibawah kerajaan Pakatan Harapan daripada 20 tuntutan Sabah dibawah MA63 kerajaan Pakatan Harapan sudah tunaikan 17, malangnya setelah  kerajaan tebuk atap mengambil alih kerajaan Malaysia, tuntutan Sabah sudah terhenti.


Selapas melihat kerajaan Negeri Sabah tidak tunduk kepada UMNO dan kerajaan tebuk atap, maka pembangkang timbulkan isu kononnya kerajaan Negeri Sabah penternak PTI, kerajaan Negeri Sabah beri IC kepada PTI, isu ini disensasikan bertujuan menjatuhkan kerajaan Negeri Sabah.


Disini saya mahu minta kepada UMNO dan Gabungannya:


1. Mana bukti PTI di berikan IC oleh kerajaan Sabah (Warisan)?


2. Siapa yang berkuasa keluarkan IC?


3. Mana laporan polis kerajaan Sabah bagi IC kpd PTI?


Apabila persoalan-persoalan ini gagal ditangkis oleh UMNO & Kerajaan tebuk atap(PN),....


Maka berlaku la usaha Putrajaya untuk mengambil alih tampuk kuasa Kerajaan Negeri Sabah dengan cara menyamun dan merompak YB-YB kerajaan Sabah. Mengapa sesuai digunakan perkataan samun & rompak? Sebab YB-YB katak yang menyokong mereka itu akibat dari tindakan tekanan untuk dikaitkn dengan pelbagai kesalahan akan dihadapkn ke mahkmah serta disogok jutaan ringgit, yakni katak2 yang diugut & dipaksa melompat bukannya katak2 yang melompat sendiri seperti sebelum2 ini. Suatu usaha untuk mengekalkn KETUANAN MALAYA di Sabah.


Tentang geran tanah yang diagih agihkan oleh kerajaan Sabah sekarang ini memang benar proses dimulakan oleh kerajaan terdahulu tetapi geran tanah yang diproses oleh kerajaan terdahulu adalah geran Komunal bukan geran tanah persendirian, kerajaan Negeri Sabah telah tukar kan geran Komunal itu kepada geran individu.


Malaya khususnya UMNO memang tidak mahu Sabah di perintah oleh parti tempatan kerana jika kerajaan Negeri Sabah di tadbir oleh parti tempatan kerajaan pusat tidak boleh campur tangan dalam  soal pentadbiran Negeri Sabah sebaliknya jika UMNO termasuk parti2 yang bergabung dengannya yang berkuasa keatas pentadbiran kerajaan Negeri Sabah kunci kuasa kerajaan Sabah di pegang oleh UMNO/ Putrajaya.


Dibawah konsep pentadbiran kerajaan UMNO di Sabah, rakyat Sabah benar-benar kehilangan kuasa dan hak dibawah perjanjian MA63, lihat bagaimana Tan Sri Musa Aman selaku ketua Menteri Sabah yang di lantik oleh UMNO begitu marah apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan bangkitkan isu royalti minyak Sabah dan MA63 di dewan Undangan Negeri Sabah, Tan Sri Musa layan Dr Jeffrey seperti anjing dengan menghardik "apa review review " 


Malangnya satu kesilapan besar Dr Jeffrey apabila UMNO tersungkur pada PRU 14 sepatutnya Dr Jeffrey bergabung dengan Datuk Seri Shafie Apdal untuk membentuk kerajaan Negeri Sabah tetapi Dr Jeffrey memilih bergabung dengan Datuk Seri Musa Aman, orang yang sengat jelas tidak berminat menuntut hak hak Sabah yang di rampas oleh UMNO Malaya. dimana kononya Dr Jeffrey tidak bergabung dengan Datuk Seri Shafie Apdal kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Dr jeffry dan sehinggah kini tidak ada bukti Datuk Seri Shafie Apdal menolak syarat-syarat itu dan hanyalah alasan yang diputar belit kerana kecewa UPKO terlebih dahulu bergabung dengan Warisan PH dan mendapat tempat dan kedudukan selesa dalam gabungan itu.


Sebagai rakyat Sabah saya sentiasa berdoa agar Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dari PBS dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR pada suatu hari nanti terbuka hati untuk kembali kepangkuan perjuangan asalnya iaitu menentang  UMNO dari terus berkuasa di dewan Undangan Negeri Sabah  supaya apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersuara menuntut hak hak Sabah di dewan Undangan Negeri Sabah  tidak ada yang menghalang.


Maka dengan itu pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Kali ini sengat penting untuk rakyat Sabah berfikir habis habisan kerana pilihan Raya ini melibatkan maruah dan harga diri Pengundi Sabah.


Sekian dari Saya


CHARLES MAGADAP

Penolong Setiausaha Pengalola

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sabah


Disokong oleh

Para Pemerhati & 

Para Pengkaji

Politik Tempatan Sabah


# PRN SABAH 26/9/20 mungkin berbeza jika Tun turun Sabah berkempen untuk WARISAN menang bermajoriti

Sunday, September 27, 2020

TERKINI

SETAKAT PAGI INI 

MEDIA PERLU MEMBETULKAN TAJUK KEPUTUSAN PRN SABAH

 Tajuk yang betul


PRN SABAH TIADA PARTI YANG MENANG MAJORITI.

WARISAN MENANGI KERUSI TERBANYAK.

PEMBENTUKAN KERAJAAN NEGERI DAN KM KINI TERBUKA KEPADA GABUNGAN PARTI.

Jika itu tajuk yang digunakan, KM terbuka kepada gabungan parti yang berjaya membentuk majoriti dan mempunyai kata sepakat  hanya seorang KM.

Ini akan membuatkan semua parti sedar dan cermin diri dan hanya yang cukup syarat boleh mengadap TYT.

MENANG TAPI BERBALAH

Niatnya kerana pangkat kuasa dan pengaruh..

Bukan niat untuk bangsa ugama dan negara..

https://www.thethirdforce.net/pergolakan-di-sabah-gabungan-rakyat-sabah-makin-kurang-stabil/?fbclid=IwAR33_CzEmR8hJ9jESu826nuhIax28jKjAXL8Ds3WpoQG5uHAQOcqj-Qh10o


Secara kepartian, Bung Mokhtar sekutu Najib tidak layak berbanding Hajiji kerana BN kurang kerusi..tetapi masih tidak mahu beralah..

Secara GRS mereka layak membentuk kerajaan negeri tetapi terbelit dengan perbalahan sesama sendiri bagi jawatan KM.

Penangguhan memberi ruang kepada WARISAN untuk mencari gabungan baru menjadi majoriti.

Parti yang menang kerusi kecil kini menjadi king maker dan sudah tentulah bersyarat dengan harta karun pangkat dan kuasa kerana secara terangan mereka sedang lakonkan di hadapan rakyat.

Tidak dapat tidak dipercayai UMNO sekali lagi menjadi mangsa keadaan kerana salah percaturan.

WARISAN sudah tentu lebih sedia bergabung dengan Hajiji untuk kebaikan rakyat Sabah. 

MENGENALPASTI SIAPA ULAMAK

 Cirinya..bukan atas penampilan, bukan atas nama tetapi..


" Samada dia takut pada Allah atau tidak.. "

Jadi nilaikanlah pada cakapnya, perbuatannya, amalannya, akhlaknya, amanahnya.

Ulamak bukan milik sesuatu kumpulan atau sesuatu yang digelarkan sesama mereka.

Jika ada yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai ulamak - berhati hatilah.

Hi hi bye bye

 




JADI MB PUN CARA TEBUK ATAP BARU DUA BULAN - KOMEN POLITIK MCM PEGANG MENTERI DAH 20 TAHUN

Saya dimaklumkan Anwar adalah Pengumum Majoriti' - MB Kedah

#Nak kritik Anwar pun cerminlah diri dulu..
Fokus jaga rakyat negeri..bukan tersengih dengar rakyat mengeluh susah

TUN KURANG SETUJU PRU DLM MASA TERDEKAT


 

CALON KM SUDAH DIPILIH..

 



Berita menyusul

Saturday, September 26, 2020

KEGAGALAN TUN TURUN KEMPEN DAN ULANGI CALON PM ADALAH SHAFIE PUNCA WARISAN KALAH TIPIS..

Penolakan Anwar untuk mendapat sokongan PEJUANG juga punca 5 calon PKR tewas.

Dan hingga ke hari ini Anwar masih lagi kekal PM Menanti dan jika gagal, akan datang  lebih sukar.

Najib Zahid menjauhi Mahathir, yang dekat dengan mereka Sungai Buluh.

Muhyiddin juga mengambil pendekatan menjauhi Mahathir  tetapi kenapa setiap hari kerajaannya seperti telur di hujung tanduk ..

Mahathir perlu didekati dihormati sebagai seorang negarawan (universiti science politics) atas ilmu dan pengalamannya. Ambil dan cedok mana yang baik sahaja.

Menjauhi sebuah universiti sekadar bodoh sombong lagi merugikan.



# Yang ingin memberi komen sila pastikan emosi anda terkawal.

SHAFIE LEBIH AFDHAL KM SABAH?

 Satu²nya parti yang memenangi kerusi terbanyak dan dianggap pemenang berbanding dengan kombinasi parti parti lain yang tidak berdaftar di bawah satu ikatan undang²..

TYT Sabah mempunyai pilihan yang lebih baik dari segi undang² untuk melantik KM Sabah yang sah.

PRU14 Parti yang menang besar adalah PKR dan Wan Azizah ditawarkan sebagai PM terlebih dahulu oleh SPB Agong sebelum melantik Mahathir mewakili PH.

Shafie boleh ditawarkan terlebih dahulu untuk menerima atau tolak.

WARISAN boleh menubuh kerajaan minoriti atau menawarkan pergabungan dengan parti lain..




KEMARAAN ANWAR SEBAGAI PM TIDAK MEMBANTU PKR MENANG BESAR DI SABAH..

Abah lebih popular dari bang Non.

Pegurusan politik yang bijak Azmin Ali dan Hamzah menggambarkan Muhyiddin sukar digugat oleh sesiapa pun lebih lebih lagi jika Tun dan Anwar tidak sekapal.

Selepas PRN Sabah, nama Shafie sebagai calon PM agak pudar dan lebih strategik jika Muhyiddin segera menawarkan kerjasama dengan Shafie bagi memperkuat kedudukannya.





PRU SUDAH BOLEH DI ADAKAN BILA²MASA

Kemenangan di Sabah menunjukkan seluruh rakyat Malaysia ada keseragaman sikap dan sama cerdik..

LEBIH SELAMAT SETUJU SOKONG ANWAR

 Pembubaran parlimen dan PRU tidak memberi jaminan menang khusus kepada pemimpin BERSATU.

Serah jawatan pada Anwar dan masih kekal di kerusi sekarang, pilihan terbaik.

Tahun depan boleh buat langkah Sheraton KE2 dan rampas semula jika berpeluang.

Bincang dengan Anwar, penyerahan bersyarat lebih baik.

Kawan dan musuh bukan selamanya.

Berpelukan dengan DAP sekadar darurat, dibolehkan.



Mula² konon geli, lama² lali.

Bung ahead in Lamag, Warisan man close behind

Bung ahead in Lamag, Waris

an man close behind
: There are 8,159 voters in the constituency.

PKR SAPU BERSIH


 

JIDIN JIMIN HAMJAH WAJAR BEREHAT..


 Disarankan mereka bercuti dan berehat dari memikirkan soal bangsa, ugama, negara, rskyat...


Utamakan dan fokus bagaimana nak mempertahankan jawatan dan kuasa..itu lebih penting.



Friday, September 25, 2020

MUHYIDDIN NAJIB 0-0

 Jika Najib dengar nasihat Mahathir, berundur, Muhyiddin naik jadi PM.

Tidak perlu berdepan dengan situasi sekarang. UMNO terus kuat dan tidak sinonim dengan korup.


Anwar yang terlibat dengan kes mahkamah liwat juga sebab tidak ikut nasihat Mahathir.

Dipecat sepatutnya terus keluar negara beberapa tahun dan balik semula aktif politik secara terhormat.

Tetapi tidak, sebaliknya melawan.

Lawan tetap lawan, lawan sampai masuk penjara. Bolehkah label peliwat dikikis?

Bolehkah Najib kikis label penyamun?

Cash is king - Mahyuddin dipecat oleh Majlis Tertinggi. Hilang peluang jadi PM. Mahyuddin kena 1-0

Nasib baik dikutip Mahathir jadi Presiden.

Langkah Sheraton - UMNO mengharap balasan. Sudah terlupa Muhyiddin ketinggalan 0-1.

Melalui mahkamah Najib dihukum penjara 72 tahun.

1-1 barulah 0-0 Najib Muhyiddin. UMNO kena sedar.

Muhyiddin (kosong pengaruh) dipungut Mahathir diletak Presiden BERSATU akhirnya mengkhianati dan rampas kuasa.

Bolehkah label pengkhianat dikikis.

Label itu makin parah jika pendaftaran PEJUANG tidak diluluskan.

Peliwat-Penyamun-Pengkhianat  kini diambang perebutan kuasa sesama mereka. Sebaiknya mereka berkompromi dan bergabung !!!



Tun tidak akan lagi bertanding di PRU15.

Tutup buku secara bersih, berprinsip.

Bolehkah label Negarawan dikikis?


Abaaq Angg


RAKYAT SABAH DIMINTA TOLAK PENYAMUN TETAPI DI SINI BOLEH TERIMA PENYAMUN ASAL AKU DAPAT JADI PM?

Guan eng dan mat sabu boleh dapat semula jawatan lama.

Pemimpin PH yang merajuk boleh kembali tunjuk muka..apa malu jandaku

Wan Azizah boleh dilantik Duta Khas China Taraf Menteri..

Ramai pemimpin PH rindu gaji dan kereta mewah seperti sebelum ini..


ALHAMDULILLAH

 Bergulung guling lidah puak PKR sekarang sedang melogikan menghalalkan merasionalkan kenapa penyangak penyamun sudah boleh diterima jika mereka menyokong Anwar.

Jika di sebelah sana, PAS akan berfatwa untuk memberi perlindungan (tabayyun)  maka di sebelah sini AMANAH lah pula bermadah memberi keharusan apabila kena batang hidung sendiri.

Jika Melayu Islam Otai Reformis dah boleh terima sudah tentu puak kapir DAP takkan tak boleh terima.

Jadi yang di luar sana terima lah secara terbuka berlapang dada kerana Anwar ini bukan biasa biasa tetapi kurnia.

Masa Mahyuddin naik pun dengan cara tebuk atap, kita terima secara redha, tanpa peperangan - tentulah jika Anwar naik pun jika secara pecah dinding sekali pun kita kena redha juga secara baik.

Dan sedang dalam percaturan ini, tiba² ditakdirkan ada pula yang muncul dan dinobatkan (Tun) sebagai PM9 dengan kaedah mereka sendiri, kena lah terima juga secara sangka baik.

Boleh kot..

JANGAN ZALIMI ANWAR

Perbezaan parti..

Perbezaan ideologi..

Tidak suka..

Tidak minat..

Tidak mahu..

Bantah dan bangkang..

Adalah hak masing² tetapi jangan zalimi, halang, sabotaj haknya untuk menjadi PM mengikut lunas undang²..


Beri peluang Anwar teruskan apa yang dia mulakan.. yang lain buatlah aktiviti sendiri




FAHAM DAN HADAM


 

TIDAK SEPERTI LANGKAH SHERATON..DARI SEGI STRATEGI PUN ANWAR DAH LEMAH DAN BLUR

 Muhyiddin cukup masa untuk counter-attack.




Mungkin juga ada perbincangan dan penyesuaian untuk memenuhi citarasa UMNO supaya mereka terus kekal menyokong Muhyiddin.




Satu pihak lain juga yang berminat boleh menyusun semula strategi yang lebih baik untuk menghalang Anwar sekaligus menyingkir Muhyiddin.

Yang terbaik ialah jika DAP dan geng mahkamah bukan sebahagian dari kerajaan.

Thursday, September 24, 2020

DEMI MASA YANG TAK KUNJUNG TIBA, JANGAN SAMPAI BOSAN ADA PEMIMPIN PKR SENDIRI YANG HILANG KEPERCAYAAN DAN TARIK DIRI SOKONG ANWAR

GUAN ENG SOKONG ANWAR UNTUK LEPAS TENGKOK JUGA?

SIAPAKAH CALON PM YANG BOLEH DITERIMA AKAL

 Jika Parlimen dipergunakan sepenuhnya untuk mencari calon PM yang paling majoriti mendapat undi, berikut aku senaraikan..

1) Muhyiddin

2) Anwar

3) Shafie

4) Ku Li

5) Mahathir

6) Mat Hassan

Kerajaan hanya diketuai oleh seorang PM tetapi kemajuan negara bergantung kepada team of cabinet.


Di era PM terdahulu 4,3,2,1.. terdapat begitu ramai pemimpin yang bekerja kuat untuk rakyat walau sekadar berjawatan Menteri malah ada Pegawai Kerajaan yang sangat bagus.


Antara nama yang boleh dikatakan terbaik adalah Ghazali Shafie, Musa Hitam, Khir Johari, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Ku Li, Dr Mahathir,  Sanusi Junid, Hamid Albar, Ghafar Baba, Samy Vellu, Lim Kheng Yek, Muhyiddin, Najib, Paklah dan ramai lagi..

Mereka terinspirasi dengan Perdana Menteri semasa dan bekerja untuk rakyat..

Tetapi selepas PM4.. Pemimpin duduk dibawah ketiak PM dan bekerja untuk perut sendiri. Itu sebab jarang kita temui yang mencipta nama sendiri dan hebat kerana mereka tidak bekerja untuk rakyat...

PM5,6 dan 8..adalah antara yang terbaik di era PM4 tetapi sebaik sahaja memegang tampuk kuasa, hilang pedoman.






HADAM BARU FAHAM

 Asal penubuhan PKR itu sendiri bersifat peribadi untuk membebaskan dirinya dari liwat dan salahgunakuasa.

Tidak berjaya, yang salah tetap bersalah dan dihukum..

Kini PKR juga untuk memenuhi cita² peribadinya sebagai PM.

Otai² sila teruskan reformasi anda.


Nurul Rafizi sila buat comeback. Husam Musa tukang pacak bendera.

Lokman Adam teruskan bersandiwara.. tukang tibai Muhyiddin bp Bossungkur

Satu lagi bahaya menunggu adalah DAP akan dapat lebih jawatan kabinet dan tambah kuasa.








APA KATA TUN

 KENYATAAN MEDIA


1. Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kita simpulkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoritinya di Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.


2. Jika kita menerima kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid adalah benar di atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka Tan Sri Muhyiddin tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.


3. Yang penting sekarang ialah meneliti samada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti untuk kekal dikerusinya. Samada Datuk Seri Anwar mempunyai majoriti adalah perkara kedua dan ini sesuatu yang perlu dia buktikan.


4. Umum tahu bahawa majoriti yang dipunyai oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara satu atau dua orang sahaja – maka jika seorang atau dua orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Tan Sri Muhyiddin.


5. Bagi pihak saya, Tan Sri Muhyiddin dari peringkat awal lagi tidak mempunyai majoriti tetapi telah berjaya menutup kebenaran itu dengan membawa ketua-ketua parti mengadap DYMM Yang diPertuan Agong dan membuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.


6. Kerana itu, sejak dari perisytiharan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, saya telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.


7. Jika Tan Sri Muhyiddin berjaya mengalahkan undi tidak percaya itu maka selepas itu tidak timbul lagi isu dia tidak dapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


8. Jika dia kalah, Ahli-Ahli Dewan Rakyat berpeluang mengusulkan calon Perdana Menteri yang baru dan sesiapa yang mendapat majoriti akan dapat menerajui Kerajaan tanpa terlalu banyak tekanan berkaitan legitimasi.


9. Jika ini dapat kita lakukan maka kita dapat mengelakkan dari perlunya mengadakan pilihan raya umum pada ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19.


10. Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah saya nyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin awal-awal lagi.


11. Ketika itu saya membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah.


12. Tetapi Tan Sri Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai.


13. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di atas tujuh tuduhan kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Muhyiddin.


14. Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid semalam mengesahkan bahawa sokongan dari UMNO memang bersyarat.


15. Dan sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar juga pasti bersyarat walau tidak diumum. Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid. Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Tan Sri Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan Kerajaan.


16. Terpulanglah kepada Tan Sri Muhyiddin memikir akan pilihan yang terbuka padanya.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Ahli Parlimen Langkawi

24 September 2020

SOALAN CEPUMAS PADA ABAHKAU..



Kalau nak luluskan PEJUANG pun dia belum berani, usul undi tidak percaya di parlimen pun di pendam.. apalagi nak berjuang mempertahankan pengkhianatannya melalui pilihanraya..


 

Wednesday, September 23, 2020

RAKYAT DAH TAK SABAR UNTUK MELIHAT MAT SABU GUAN ENG BERSALAM DAN BERPELUK MESRA DENGAN ZAHID NAJIB

 Alangkah indahnya politik Malaysia.


Apa pendirian terkini Mat Sabu dan Lim Guan eng bila mengetahui geng mahkamah adalah sumber utama yang menyokong Anwar adalah Zahid dan najib


Hanya Tun sahaja setakat ini masih berpegang erat kepada prinsip dan perjuangannya.


Hanya Muhyiddin dan Hadi sahaja yang sanggup comelot dengan Zahid Najib.


ANWAR HARUS DIBERI PELUANG MENGADAP SPB AGONG..

 Walaupun ada di kalangan penganalisa berpendapat hanya PM yang layak bertemu Agong untuk memaklumkan kedudukannya tetapi dari segi keadilan ia harus dibenarkan juga kepada pihak lain yang relevan.


Sejauh mana PM jujur memaklumkan kepada Agong akan kedudukan sebenarnya?

Agong sendiri wajar untuk mendengar dari pihak lain bagi pertimbangan sebelum membuat apa² keputusan.

Keterbukaan ini juga mengelak dari pelbagai persepsi terutama dari rakyat yang mempersoal keadilan. Amat malang jika Istana mula menjadi keraguan.

Sudah tentu dakwaan Anwar memiliki majoriti perlu dibawa ke parlimen atas titah Agong di adakan undian tanpa berlengah.

Jika tanpa titah Agong, parlimen diperguna untuk melengah usul tidak percaya, itulah yang terjadi atas usul Tun.

Sebab itulah mengadap Agong sangat perlu dan keputusan Agong selepas itu sangat penting dan perlu bijaksana dan adil untuk kepentingan rakyat.

Membubarkan parlimen merupakan langkah yang lebih sempurna tetapi ketika negara sedang menghadapi wabak penyakit dan ekonomi yang tidak memberansang ada lebih baik ia merupakan pilihan terakhir.


PERANCANGAN ANWAR NAJIB ZAHID GAGAL

Kebetulan ketiga tiga mereka mempunyai isu yang sama.


Kes mahkamah yang sukar untuk lepas bebas.

ANWAR HARUS DIBERI PELUANG SECARA DEMOKRASI DAN ADIL..


Rakyat hanya perlu berani menghadapi perubahan samada buruk atau baik


Anwar perlu bertindak segera sebelum WARISAN perintah semula Sabah dan Shafie mengambil langkah yang sama..mendapat sokongan majoriti MP untuk menjadi PM dengan sokongan Tun dan DAP.

Anwar dilihat membuat sidang akhbar secara tergesa gesa, rengkas dan tanpa kehadhiran pemimpin PH lain memberi gambaran kurang padu dan meyakinkan.
 



LORI UNTUK DISEWA


https://www.facebook.com/100000191317855/posts/3983956498287355/?sfnsn=wa&extid=7WQzYFhsbe3Q7rTF
https://www.facebook.com/100000191317855/posts/3983956498287355/?sfnsn=wa&extid=7WQzYFhsbe3Q7rTF
 Setakat ini belum ada yang buat tempahan..






Tuesday, September 22, 2020

LIVE ANWAR TUBUH KETAJAAN BARU




Majoriti Ahli Parlimen DAP menyokong Anwar walaupun parti belum membuat pendirian.


Dijangka parlimen akan dibubarkan sebagai halangan kepada Anwar.

Berita belum sahih
-GPS dikhabarkan antara yang menyokong Anwar menjadikan majoriti lebih dari 10
-di sesetengah media memaklumkan SPB Agong sudah keluar dari IJN









KENAPA BOSSUNGKUR MINTA TANGGUH


 

WARISAN AKAN TEWAS JIKA MASIH TIDAK PECAT MOHAMMADDIN KETAPI..

 Bukan bermaksud menghina alasan yg digunakan oleh Shafiee  sendiri seolah memperbodoh rakyat..


Dia memang sedar dan sengaja menghina cuma dia tidak jangka diviralkan dengan meluas dan memberi kesan..


Jika di awal ini pun Shafie masih sama seperti Najib, Mahathir dan Muhyiddin yang gagal memecat menteri yg bermasalah...Shafie juga golongan yg tidak menghormati rakyat, wajar kalah.


Hilang mode menyokong jika pemimpin bersikap mempertahan malaunnya walaupun berbuat salah...


BELUM JUMPAKAH LAGI SEBAB UNTUK TIDAK MELULUSKAN PENDAFTARAN..

Monday, September 21, 2020

PENGHINAAN KE ATAS PIHAK KESELAMATAN TIDAK CUKUP DENGAN MEMOHON MAAF DENGAN SERIBU ALASAN

 Wajar diheret ke mahkamah dengan hukuman berat termasuk buang daerah minima 2 tahun.


Boleh kritik tteapi mesti ada fakta dan bermotoif untuk tambah baik.


Menghina pihak keselamatan bukan jarang, agak kerap berlaku dan sewajarnya dipandang serius.

TERKINI: SHAFIE HANYA LAYAK KETUAI KABINET TONG SAMPAH


No wonder Sabah terus miskin dan mundur jika pemimpin mereka seperti ini.


Mohon maaf?
Kurang pasti samada peti undi boleh memaafkannya atau tidak..



Sunday, September 20, 2020

SHAFIE WAJAR DIBERI PELUANG SEBAGAI PM BAGI MEMPERBAIKI KESILAPAN KL/PUTERAJAYA MENGABAIKAN SABAH SARAWAK

 Menjadi PM secara tulin mendapat mandat rakyat melalui pilihanraya atas kemenangan parti atau pakatan parti dan bukannya atas sokongan MP yang melompat atau yang dibeli.


Belum terlambat kerajaan tebuk atap untuk membubarkan parlimen dan kembali menjadi kerajaan secara terhormat.





ULAR LIDI DAH TELAN NAGA

 UMNO dan PAS sudah kena queen control dengan BERSATU... Lebih menarik berjaya melaga lagakan antara PAS dan UMNO dalam beberapa perkara.


Isu KM Sabah, PAS kata terpulang kepada Muhyiddin. UMNO jadi bengang.


PAS juga hilang maruah kepada AMANAH kerana langsung tiada calon di PRN Sabah - awal² lagi konsep PAS yang menunggang ugama dikesan ditolak oleh pengundi Sabah. Hanya di Semenanjung masih ada yang sedia jadi pengikut membuta tuli.


PRU15 adalah tempat sebenar UMNO-BN yang hilang kuku akan tunjuk taring dan PAS sudah pasti mahu melebar lebih banyak kerusi dan semua ini mustahil akan capai kata sepakat dalam pembahagian kerusi sekaligus terpaksa bertanding sesama sendiri pada sesetengah kawasan atas rasa kekuatan masing²..


UMNO-BN tidak akan mengizinkan lagi Muhyiddin sebagai PM selepas PRU15 kerana puas sudah kena buli.

BERSATU satu²nya serpihan UMNO yang sedang menguasai induknya, UMNO sedang kena gigit.

MANA LEBIH UNTUNG BAGI PH - BERBAIK ATAU BERMUSUH DENGAN TUN

 Saranan Husam Musa supaya PH khususnya AMANAH dan DAP tidak berbaik dengan Tun bukanlah sesuatu yang pelik kerana Tun sendiri sudah menyatakan tidak akan bergabung dengan PH atau PN.


https://www.amenoworld.org/2020/09/berbaik-dengan-tun-bererti-bermusuh.html


Ertinya juga di PRU, Tun tidak juga mengharapkan kerusi ehsan PH sebaliknya sama² bertanding.

DAP sudah berpendirian, next PM adalah Shafie jika Anwar tak cukup syarat.


Jika Tun tidak mahu bergabung dengan UMNO kerana faktor penyamun apa pula peliknya kali ini kalau tidak mahu bergabung dengan PH kerana ada peliwat.


Penyokong Tun tak ramai, tapi bererti tidak akan berganjak untuk menyokong peliwat penyamun dan pengkhianat.


Husam tokoh atas kertas, basi dan tak laku di negeri sendiri, dulu ikut bontot Nik Aziz untuk dapat nama kini ikut buntot Anwar untuk dapat tempat selamat.

Hatta Muhyiddin pun tak tawarkan apa² tempat kepadanya.


Pendirian Tun dan Anwar yang tidak akan bekerjasama lagi adalah terbaik untuk mengukur sejauh mana PH boleh jadi kerajaan tanpa Tun.

PRU15 akan menyaksikan Penang, Perak dan Selangor akan dikuasai DAP kerajaan negeri diikuti kemungkinan besar Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


Husam Musa wajar lompat ke PKR tanpa segan silu jika Mat Sabu tidak ikut pandangannya.


Situasi politik sekarang untuk kejar menang atas habuan pangkat dan kuasa dengan menghalalkan jua apa cara sudah terlebih normal, sudah sampai tahap taksub dan kemaruk, secara terbuka jadi katak dan apa malu dibeli.

Jadi pembangkang seolah jadi ahli neraka sedangkan pembangkang adalah tempat paling selamat dari kemungkaran.


Menjadi ahli politik untuk integriti sudah tiada, sudah paling minoriti, sudah tiada daya untuk menang satu kerusi pun.


Apapun, itu lebih bermaruah dan akan terus diperjuang.


CADANGAN NOTHING TO HIDE MUHYIDDIN MAHATHIR KOT KOT PDRM SEKALI LAGI PENYELAMATNYA..

‘NOTHING TO HIDE’ - BERANIKAH MUHYIDDIN?

Cadangan tersebut sangat baik tetapi kalau nak luluskan parti PEJUANG pun masih belum..apakah ada keberanian lebih dari itu

https://shahbudindotcom.net/2020/09/20/nothing-to-hide-beranikah-muhyiddin.html

Saturday, September 19, 2020

ZAHID BUNG MOKHTAR PERLU DISINGKIR JIKA UMNO TEWAS SECARA TERUK DAN MEMALUKAN DI SABAH.

 Bukan tidak ada di dalam kepimpinan UMNO sekarang yang menunggu untuk "tepuk tangan" jika UMNO kalah teruk dan memalukan sebagai satu sebab untuk menyarankan kewajaran Zahid dan mungkin juga geng mahkamah disingkirkan.


Apa erti kami sudah berubah seperti kempen Bung di Sabah jika yang membebankan terus dibiar berkeliaran mengendeng di dalam UMNO, rehatkan mereka.


Jika PRU15 secara benar di adakan dalam masa terdekat, apakah nama² mereka termasuk Zahid dan Najib akan terus tercalon? Jangan sampai hilang akal?



ADA KE DAP HINA OKU

 Di Malaysia tiada musuh yang kekal kecuali isu.


Jika isunya kau biadap, jijik, engkaulah musuh rakyat.



Masa nak jawatan, kau sakan menyondol..
Jika penat dan letih - letak jawatan.









KEMBALI BERJUANG UNTUK PAPA...

 Setakat tu je lah..

Patutnya ada fikiran terbuka, berlapang dada, kerusi PM bukan dipilih parti tetapi dipilih rakyat..


Kalau Anwar ukur baju dibadan sendiri dan mendapat sokongan rakyat...silakan


Semasa ruang kosong kerusi PM, kenapa Anwar gagal dapat sokongan majoriti MP, kenapa Muhyiddin..lu pukir lah sendiri


Melihat kekuatan Shafie sekarang, jauh lebih berpengaruh, bukan setakat cakap, tapi action..

Kena juga ingat, kes pengampunan Anwar masih dlm proses mahkamah.





Friday, September 18, 2020

PRU15 - HANYA DAP YANG AKAN SURVIVE

 PRU15 dijangka selepas PRN Sabah walau apapun keputusannya.


Itu sangat diharapkan supaya satu kerajaan yang kuat, dua pertiga majoriti dapat ditubuhkan.


Di PH, hanya DAP kekal cemerlang, PKR sukar melepasi 10 kerusi dan tiada tanda survive untuk AMANAH dan PEJUANG.


Yang mengguasai adalah UMNO BERSATU dan PAS


Kecuali WARISAN menang cemerlang, senario politik semenanjung akan terkesan.



ORANG SABAH TOLONG AJAR ORANG SEMENANJUNG

 Kasi ajar

Kasi belajar

Mana satu kaca mana satu intan..


APAKAH ZAHID SINDIR MUHYIDDIN

 Zahid masih rasa tidak selamat berkaitan kerusi KM yang sepatutnya berdasar milik siapa yg miliki kerusi terbanyak dan bukannya dinamakan oleh seorang PM yang paling lemah.


Tetapi senario semasa juga menunjukkan kerusi boleh dibeli dan broker sedang berkeliaran menjadikan Zahid sedikit cemas. Musa Aman still around dan disebut sebut bakal TYT baru jika WARISAN kecundang.

Dan yg paling cocok dengan TYT baru tentulah Hajiji.





HARI MENGUNDI MAKIN DEKAT, PM KE SABAH JANGAN TANGAN KOSONG..

 Era Najib bila tersepit, dia umum projek sana sini billion²...


TOLONG ULAS SIKIT..


 

Thursday, September 17, 2020

PELUANG ORANG SABAH UNTUK DIHORMATI DUNIA.

 Pilih WARISAN

Tolak penyamun, pengkhianat dan pedagang ugama.


Jangan tanya apa Shafie buat baru dua tahun perintah..

Tanya Musa Aman apa dia buat 15 tahun..

Tanya Najib dia datang Sabah jumpa Musa Aman atau jumpa rakyat..

Tanya Muhyiddin, Hamzah datang jumpa TYT untuk rakyat atau untuk tebuk atap..

Sekolah pun masih papan dan papan. 

AZMIN KE SABAH, JANGAN ULANGI SEMBURIT?

Shafie tidak layan cabaran Azmin: Cadangan Datuk Mohamed Azmin Ali agar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdebat dengan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor untuk menentukan siapa calon ketua menteri Sabah yang lebih baik tidak diendahkan. Bahkan, Shafie berkata, 'Mereka boleh berdebat tapi saya mahu berjumpa pengundi,' ketika menjawab soalan media mengenainya. Mohd Shafie berkata, lebih baik beliau turun padang bagi [...]

MAKCIK TU TANYA SEKALI DENGAN TUNAI KA? JAWABLAH YA ATAU TIDAK

 Kepala bana hang dok gurau ketika orang tengah susah..


 akai boh pala lutut




Jawatan MB bukanlah untuk dibangga tetapi sebaiknya menjadi kuli dan hamba rakyat.
Jadi MB ambil contoh dari Saidina Omar bukan setakat banding aku lebih ok dari MB yang sebelum.




Wednesday, September 16, 2020

RAHMAN DAHLAN SUDAH WARNING.. / PAS YESMAN MUHYIDDIN

 Rahman Dahlan awal² sudah tolak Bung Mokhtar supaya tidak mengetuai kempen PRN Sabah atas statusnya, OKT.


Akibatnya, dia tidak disenaraikan langsung sebagai calon.


Kalau amaran Dahlan diambilkira, yang sewaktu dengannya seperti Zahid juga tidak layak untuk turun berkempen kerana status OKT.


Terkini banduan pun turut turun berkempen..


Oleh itu apabila bersatu cadangkan Hajiji sebagai KM ia sangat berketepatan kerana UMNO sendiri meletakan diri mereka low class..

Azmin yg ulang kembali nama Hajiji sekadar membuktikan UMNO sudah hilang taring hatta pas pun sudah kena ikat tangan.

PAS BERPERANAN SEBAGAI YESMAN KEPADA MUHYIDDIN

Semakin dilewatkan PRU15 UMNO yang sedang diperbudak OleH MUHYIDDIN akan mula hilang pengaruh.


Jika ada yg sudah tersumbat ke dalam satu demi satu, UMNO tinggal nama.


Jika ini berlaku, persepsinya atok yang popularnya merudum tetap sukses.

See...

PKR DAN DAP TIDAK MAMPU MEMBAWA PERJUANGAN PEJUANG

 





Mahathir  terkeluar dari Maharaja Lawak... lawaknya tentang anti korup. anti salahguna kuasa, anti penyamun kurang sambutan, popularnya merudum..


Top lawak teratas masih antara Muhyiddin, Hadi, Najib, Azmin, Zahid dan kini Bung mokhtar makin popular..


Seperti yang dikata sebelum ini, kenapa Mahathir lahir di tengah bani melayu? Kenapa dipanjangkan usianya? Banyak silap dan salahnya sebagai manusia? Tetapi sebutlah satu nama yang mungkin boleh hampir dengan jasanya? 

..


Yang tidak menyokongnya - Mahathir tidak rugi apa²pun

Yang menyokongnya - Mahathir bukan dapat untung apa²pun

Popularnya merudum - Mahathir tidak rugi apa²pun

Untung rugi adalah rakyat, bangsa dan masa depan ugama. 

Kalau rugi sokong Mahathir, hentikanlah...

Yang dibawanya akhlak dan amanah..

Yang diserunya kebenaran..

Semua itu bukan untuk kepentingan dirinya.

Jadi PM 22thn22bln bukan secara kekal kuasa dengan beli kaldai atau monyet dan diberi jawatan.

Nak jadi dan mahukan Mukhriz somebody dan PM adalah dongeng dan fitnah terbesar.

Jika itu visi, ia sudah boleh dilakukan sejak dulu secara monopoli, kukubesi dan bersekongkol dengan penyamun dan pengkhianat.

Membentuk  mewaris dan membina Mukhriz supaya berakhlak dan beramanah itu lebih utama. Menang dan kalah pilihanraya, dipecat masih sekadar cerita dunia.

Anaknya kaya dengan jadi saudagar unta bukan satu dosa, kekal berjaya hingga sekarang kerana bukan jual filem seks, bukan menyamun.


Kalau ditakdirkan Tun jadi PM semula pun, apa yang mustahilnya.. kalau dicermin dirinya langsung tiada zina khalwat semburit kianat tebuk atap penyamun penyangak pencuri korup penunggang ugama.


Alhamdulillah.

Popular merudum bukan satu dosa.

Perjuangan diteruskan samada berparti atau tidak kerana  di penghujungnya ia tetap berakhir di sebuah lubang kubur yang sama bagi semua orang untuk diadili dunianya.


ITU YANG RAMAI LUPA DAN MEMBEZAKAN TUN DENGAN MEREKA 

Akhlak dan Amanah.












Tuesday, September 15, 2020

RISIKO BESAR SELEPAS PRN SABAH

 Siapapun yang akan membentuk kerajaan di Sabah, hadiah utama kemenangan ialah risiko covid19 yang kemungkinan mendadak naik jika SOP MKN tidak diberi keutamaan.


Dan yang tewas juga samada kekal di Sabah atau bawa balik ke semenanjung juga membawa risiko yang sama.





Wajar selepas ini di wartakan tiada lagi PRK, PRN dan PRU sehingga 2023..sekaligus yang berhasrat lompat parti pun berkurangan dan tiada keperluan 


Ini membolehkan juga PEJUANG diluluskan tanpa kerajaan rasa terancam dan takut yang melampau.


Kerajaan jangan terlebih main matematik politik, sebaliknya tunjuk bijak angka ekonomi angka pekerjaan yang mampu mereka hasilkan.


Menteri kewangan kena tunjuk brain lebih baik dari lim guan  eng 

Mengheret Lim Guan eng ke mahkamah satu kewajipan dan kemenangan politik tetapi bukan kejayaan dari segi ekonomi.

Menteri ekonomi jangan ulang serba tak tau dan sebok mengekor PM ke sana ke mari.

Dilabelkan sebagai kerajaan tebuk atap sangat buruk dari segi rekod dan sejarah tetapi masih belum terlewat membalas dan membaikinya jika dapat memakmurkan rakyat tanpa skandal.


Macam mustahil.




Adik TYT Sabah Bertanding PRN Sabah.. Calon Warisan?

Adik TYT Sabah Bertanding PRN Sabah.. Calon Warisan?

PENYAMUN KALAU HULUR AMBIK, UNDI JANGAN


Pilihlah pemimpin utama mana pun yang kamu yakin boleh membawa banyak kebaikan untuk rakyat.

Tetapi setiap dari kamu mesti seperti Tun, tidak boleh dibeli, disuap dengan duit penyamun.

Jika ada yg hulur ambil tetapi jangan diberi undi. Awal² lagi mereka sudah korup.

Monday, September 14, 2020

MAHATHIR WAJAR KEMPEN PRN SABAH


 Peluang UTK Mahathir melalui warisan lenyapkan pengaruh saki baki UMNO dan bersatu sekali gus tampal mulut penyamun

Sunday, September 13, 2020

UMNO MAKIN DIBENCI

PRN Sabah: Bekas Ketua Hakim sokong Warisan Plus: Selepas ura-ura yang mengaitkan Tan Sri Richard Malanjum akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat hadir pada majlis pelancaran jentera kempen calon Upko Ewon Benedick pada Sabtu lalu. Lapor Borneo Post, Malanjum dalam ucapannya menyokong Warisan Plus dan meminta rakyat Sabah memilih calon gabungan itu pada pilihan raya [...]

Kebencian UMNO di Sabah bagai sukar dibendung + penyingkiran bukan parti tempatan

UMNO MULA  DIBENCI dengan jelas di era Mahathir menasihat menegur dan akhirnya melawan pemimpin² umno yang korup dan salahguna kuasa.

Salahguna kuasa dan korup samada sudah disah, dihukum, dibukti dan samada belum tetapi sudah menjadi sesuatu yang disebatikan dengan UMNO agak sukar dikikis.

Kepimpinan seperti Zahid akan memburukkan lagi keadaan.

Nama²seperti kuli, Mat Hassan, anwarmusa, sabri, KJ, Khalid Nordin dan sewaktunya juga tiada kekuatan pengaruh bersih...

Asset hanyalah akar umbi dan inipun akan makin longgar dan lemah jika mula sedar ditipu, dikencing...

HADI LAYAK KE MAHARAJA LAWAK PERINGKAT FINAL

 Bodoh sombong pemimpin PAS sebagai penebuk atap, yg pertama setuju Muhyiddin PM dan menggelar king maker sudah mula menunjukkan mereka adalah yang paling bahaya menjadi kerajaan pusat, lebih bahaya dari DAP.


Antara yang paling bahaya kerana jika kena puak sendiri melakukan kesalahan, ia akan dihalalkan dengan alasan.

Itu satu penyakit.


Penyakit yang lebih teruk, alasan itu menggunakan dalil yang dipetik dari Al Quran dan Hadith bagi menghalcara sesuatu yang dihalalkan oleh mereka.


Raja segala penyakit, ia diseru diarah diikuti oleh semua malaunnya jantan betina.


Dan ibu penyakitnya, yang berilmu turut setuju dan membisu.


Berbeza dengan pihak lain yg salah tetap salah dan jika pembelaan pun ia masih atas lengkungan pandangan dan bukan diseret alasan ugama secara membabi buta.


Lebih kebabian semasa di pihak pembangkang, hudud jadi perjuangan seperti mati syahid, tetapi apabila jadi kerajaan, jangan tanya hudud sebab kuasa kerajaan perlu dipertahan diutamakan, inilah perjuangan syaitan namanya.


PAS tidaklah king maker tetapi king joker di Sabah, diketawakan dan Hadi masih tersengih.


APA YG SPRM AKAN BUAT?

 Melihat atas bawah setiap wakil rakyat sekarang  tidak dapat tidak lari dari satu persepsi...

Korup

Salahguna kuasa

Melompat parti


Jika SPRM seperti sekarang, tak akan ada banyak beza kemajuan.






Saturday, September 12, 2020

MUSTAHIL ZAHID BERANI TENTANG KEVMAHUAN MUHYIDDIN ISU KM SABAH

 Mengkaji situasi Zahid dan Bung Mokhtar adalah tidak logik mereka berani membantah kemahuan Muhyiddin mahu KM dari Sabah.


Selain sedang menghadapi kes mahkamah, faktor PAS akan terus sokong Muhyiddin dan Anwar juga sedia mengisi tempat UMNO akan lebih memburukkan keadaan.


Atas bahaya itu jugalah Shafie hidu awal dan hanya 7 kerusi untuk PKR di PRN Sabah mengelak PN mampu bersepakat dengan PKR jika tiada sesiapa dapat undi majoriti

MUHYIDDIN DAPATKAH DIA LARI DARI SASARAN KRITIKAN MAHATHIR

 Muhyiddin PM paling lemah hingga tidak berani melantik TPM dan memecat Menteri yang langgar peraturan kuarantin . Dia juga corrupted seperti Najib..


Gambaran Mahathir terhadap Muhyiddin samalah seperti gambaran Mahathir terhadap Paklah, Anwar, Najib, Zahid dan sewaktu dengannya.


Tidak siapapun setakat ini mampu membersihkan diri sebaliknya berada dalam situasi yang payah.


Paklah separuh jalan dan PM pertama hilang dua pertiga majoriti.


Anwar kempunan PM sampai ke sudah.

Zahid Presiden UMNO pertama bukan PM.


Najib PM pertama Malaysia dihukum bersalah oleh mahkamah dan di era Muhyiddin, namanya semakin terpinggir


Apakah Muhyiddin mampu membersihkan dirinya sebelum Mahathir tiada?


PR Negeri Sabah pengukur terbaik masa depan politik Muhyiddin


Perkara paling baru: pKR dan pAS makin tak laku di Sabah.

Pakatan Rakyat Sabah akan menenggelamkan PM, PN, BN sekaligus UMNO bakal pupus - dengan BERSATU dicalon KM.

Melalui Muhyiddin - meminggirkan UMNO vissi Mahathir terus berjalan 


Friday, September 11, 2020

PAS PKR SENASIB SAMA STANDARD DI SABAH

 Di sini boleh lah kelak di ukur sikap Hadi dan Anwar apabila "ditampar"


Tunggu reaksi mereka

Thursday, September 10, 2020

SIAPA YANG KENA TAMPAR

Shafie Afdhal dikatakan "tampar" Anwar apabila hanya mengquoatakan 7 kerusi sahaja kepada PKR dan 1 kerusi kepada AMANAH.

Lapan kerusi itupun bakal ghuyup.


Sebelum itu Bung Mokhtar juga bukan setakat tampar tapi terus 'tendang' Musa Aman dengan tidak senaraikan sebagai calon.


Calon PAS, macam geget jari..


UPKO juga tak puas hati.


Apa yg berlaku di pihak WARISAN dan PN seimbang kini dengan masalah dalaman masing²

Tuesday, September 8, 2020

SA DDICALONKAN PM - STRATEGI TUN TIGA LANGKAH KE DEPAN DARI PESAINGNYA



Pilihanraya Sabah seolah sudah dihidu awal Tun dengan mencadangkan Shafie sebagai PM sebagai tanda sokongan moral kepada orang Sabah untuk tiada pilihan bagi orang Sabah untuk memilih Shafie sebagai KM sekaligus setapak mara untuk Shafie sebagai PM.

Orang Sabah Sahaja Yang Boleh Ubah.

Sekaligus parti dari Semenanjung akan ditolak dan parti dari Sabah yang bersekongkol PN  akan bertanding sendiri jika jumlah kerusi yang dapat berkurangan.

Orang Sabah hanya undi parti tempatan sedang menguasai suasana dan WARISAN yang nyanyikan lagu yang sama mempunyai potensi menang yang lebih besar.

Jika suasana ini sampai ke kemuncak, tidak mustahil UMNO BERSATU DAP PKR lenyap dari bumi Sabah.

Monday, September 7, 2020

NIAT JAHAT IALAH CUBAAN PENGARUHI MELAYU JANGAN SOKONG MAHATHIR

Ini adalah asas serangan untuk melemahkan pengaruh Mahathir ke atas Melayu.

Oleh kerana Mahathir itu sentiasa kuat dan imej bersihnya dari sebarang pertuduhan mahkamah walaupun bertimbun fitnah -  sangat menggugat mereka.

Dan Mahathir itu sangat berani dalam soal menyatakan kebenaran.
Dia ajak Melayu jangan jadi si bacol.
Jangan tutup mulut dengan perut buncit.

Sikap Mahathir yang terlalu memimpin menjadikan dia tidak peduli apa yang Melayu suka seperti subsidi, racist dan pelampau ugama.
Dia ajak Melayu jangan jadi pemalas.

Walaupun padanya akhlak dan amanah dipegang kuat tetapi tanpa tunjuk pandai doa, pandai bersumpah, berserban dan berlebai serta tidak petah kumat kamit mulut berpidato demi bangsa, demi ugama - Mahathir jauh ketinggalan sokongan dari Melayu.

Pun semua itu, dia jalan terus.
Manusia tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah.

SEMAK: BUKAN SALAH IBU MENGANDONG

Terkini

Siapa MP Selangor dari UMNO join BERSATU..

Berita tersasul.

Sunday, September 6, 2020

CITA²YANG SAMA HOBBY YG SERUPA - PEREBUTAN - AKHIRNYA HUBUNGAN TIDAK SELESA

ANWAR DAN PKR JAUH LEBIH SELESA TANPA AZMIN....

PAS dan UMNO yang tidak akan memberi laluan kerusi kepada Azmin janganlah penyokong mereka tergedik terkinja percaya sangat...itu bahasa politik mahal yang perlu dibayar.

BERBANDING PAS DAN BERSATU, RAMAI PEMIMPIN UMNO LAYAK SEBAGAI PM

Sebab itulah juga TPM tidak layak diberi kepada UMNO kerana majoriti layak PM sahaja.

Ku li, Zahid, Annuar Musa,  mat hassan, Khaled Nordin, Bung mokhtar, Nazri, Kunan juga antara nama² yg boleh.

Standard PM yg macamana?...Muhyiddin, Najib, Paklah? Ramai yang boleh.

JANGAN UMNO BUAT2 TAK NAMPAK, ANNUAR MUSA PUN ADA WIBAWA JADI PM!!


SILAP UMNO DAN PAS TIDAK JEMPUT AZMIN MASUK PARTI MEREKA

Siapa Cepat Dia Dapat... Azmin Ali.. Bukan Azwan Ali Ye...

Friday, September 4, 2020

KERAJAAN SEKARANG HINGGA HABIS PENGGAL

UMNO lebih selamat dalam kedudukan sekarang dan desakan bubar parlimen sekadar sandiwara, jaga nama.

PRU15 tidak menjanjikan kemenangan besar kepada UMNO lebih² lagi kalau mahu terus bertegas bertanding di semua kerusi.

Jika kompromi sudah tentu ada sebahagian yang tidak puas hati.

Dalam kedudukan sekarang, yang sedikit cemas adalah geng mahkamah.
Yang berjawatan cool sahaja.

Wednesday, September 2, 2020

SETAKAT MANA MEREKA MAMPU MELAWAN PRINSIP PERJUANGAN YANG DIBAWA MAHATHIR..

Bukan sahaja orang Melayu hari ini tetapi sudah dicuba oleh pelbagai bangsa malah di peringkat antarabangsa termasuk kuasa besar untuk memburukan Tun dan menutup mulutnya.

Apakah mereka berjaya?

Kalau hari ini ada melayu yang bertindak memburuk dan memfitnah Tun, mereka boleh teruskan... berjaya sedikit sedikit...berjaya sementara...

Sukar sekali untuk menang kerana pengkhianatan, kemungkaran akan ada banyak halangan sesama mereka untuk melawan kebenaran.

Sekadar nama seperti Najib Zahid Anwar Muhyiddin Azmin Hadi dan sebagainya.. apakah mereka cukup bersih untuk face to face dengan Mahathir..

Untungnya mereka sekadar ada pencacai yang sanggup menyalak kerana seketul tulang..

Sokong semata mata kerana duit, kuasa pangkat dan pengaruh umpama kucing menggesel yang simpan kurapnya.



  1. Tiba tiba saja artikel ini jadi viral, tak perlulah tuan badan nak tweet bagai..masuk bakul angkat sendiri..
Sekaligus artikel ini menjawab akal pendek pengkritik Tun.


Tuesday, September 1, 2020

SUKU SAKAT CAI BACOL DAH SUSAH CARI MAKAN..

Kalau Mahathir hilang pengaruh...



Kikikiki

BILA GST NAK DIPERKENALKAN SEMULA - 10% ADALAH WAJAR

Kerajaan PN kena perkenalkan semula secepat mungkin GST dengan kadar yang lebih baik, 10%..

Takkan nak kekalkan cara kegagalan PH dengan SST.

Kos sara hidup sekarang ni pun bertambah baik, harga barang jatuh merudum, RM50 shopping di pasaraya, sarat bonet belakang kereta..

CERMIN DIRI SEBELUM KRITIK TUN..



Ramai yang masih tidak faham akan tindakan Tun Mahathir menentang kerjasama parti Bersatu bersama UMNO. Ramai yg mengecam dan menghina Tun atas alasan beliau menghalang penyatuan kerjasama politik bangsa Melayu. Tak kurang juga yg melempar tuduhan bahawa Tun sudah menjadi kuda tunggangan DAP dan memuja parti itu.

Saya pernah menyatakan sebelum ini, jika kita ingin memahami tindakan Tun menentang kerjasama Bersatu dengan UMNO ini, kita mesti melihatnya dari sudut seorang negarawan yang sayangkan negaranya. Kalau kita hanya melihat dari sudut politik semata-mata, kita pasti tidak akan dapat menjumpai sebarang jawapan. Ramai yang tidak faham akan perkara ini lantas ada yang sanggup menghina dan melempar berbagai tuduhan liar terhadap seorang negarawan terulung negara. Tindakan mereka ini sungguh menyedihkan.

Ramai yang lupa bahawa Tun yang dilahirkan dalam tahun 1925 itu adalah saki baki kecil saksi Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup di negara ini. Beliau mengharungi sendiri pengalaman hidup dijajah dan melihat sendiri bagaimana bangsanya dihina, disepak dan diterajang oleh bangsa lain. Jadi, janganlah salahkan Tun jika semangat beliau memartabatkan maruah bangsa dan negara itu sentiasa berada pada tahap yang luar biasa. Zaman penjajahan, zaman perang dunia, zaman darurat komunis, zaman menentang Malayan Union, zaman menuntut kemerdekaan. Semua zaman itu, Tun pernah alaminya sendiri. Jadi, siapalah kita nak mempertikaikan semangat perjuangan Tun.

    
Kalau kita baca sejarah hidupnya pun kita boleh tahu bahawa, di zaman remajanya lagi, Tun sudah buat kerja tampal poster anti penjajah, menulis didada-dada akhbar meniup dan membakar semangat orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan, menulis buku mengenai keusahawanan dan bermacam-macam lagi untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Saya juga senaraikan di sini beberapa tindakan berani yang telah dibuat oleh Tun demi agama, bangsa dan negara bagi mengingatkan para pembaca siapa itu Tun.

Ketika mula-mula menjadi ahli parlimen, beliau lantang bersuara dan memperjuangkan hak orang Melayu hingga dilabel sebagai seorang “ultra” Melayu. Beliau tidak gentar mengkritik pemimpin hingga ke satu tahap, beliau sendiri dipecat keluar dari parti UMNO. Begitulah semangat dan keberanian Tun apabila memperjuangkan perkara yang melibatkan maruah dan kepentingan bangsa dan negara.

Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh Tun ialah mengarahkan penempatan tentera di Terumbu Layang Layang, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia daripada dicerobohi oleh negara jiran. Ini berikutan berlakunya ancaman dan perebutan wilayah di Gugusan Semarang Peninjau atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Spratly . Bagi menguatkan lagi tuntutan dan meluaskan liputan kawasan (ZEE) Malaysia ini, Tun bertindak tegas dan berani dengan menambak laut dan seterusnya menaiktaraf Terumbu Layang Layang menjadi sebuah pulau buatan manusia. Pulau Layang Layang seterusnya dibangunkan sebagai pangkalan ketenteraan dan pusat peranginan bertaraf dunia. Tindakan ini sekaligus menguatkan lagi tuntutan hak Malaysia keatas kawasan-kawasan dipersekitaran pulau berkenaan yang diketahui kaya dengan sumber petroleum. Hasil dari tindakan berani Tun ini, negara dapat menjamin kedaulatannya dan mendapat limpahan nikmat dan faedah dari segi ekonomi hingga ke hari ini. 

Dua bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Tun telah mengerakkan satu corporate manoeuvre yang begitu licik yg hingga ke hari ini begitu terkenal dengan gelaran “Dawn Raid” iaitu mengambil alih syarikat perladangan terkemuka dunia Guthrie secara mengejut melalui London Stock Exchange. Peristiwa klasik lagi epik yang mengemparkan dunia korporat ini membolehkan Malaysia menguasai semula lebih 100,000 hektar tanah perladangan dalam dan luar negara yang sebelum ini dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh pihak British. Apabila kerajaan British cuba bertindak balas dengan menghapuskan subsidi dan menaikkan yuran pendidikan sebanyak 3 kali ganda keatas lebih 17,000 pelajar negara yang menuntut di sana, Tun membalas dengan memperkenalkan polisi “Buy British Last”. Tun juga bertindak untuk memboikot dari menghadiri Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) 1981 di Melbourne dan 1983 di New Delhi tanda protes terhadap tindakan kerajaan British itu. Tak cukup dengan itu, Tun menuntut semula Carcosa Hill yang diberi secara percuma oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British selepas merdeka. Hasil dari tindakan-tindakan berani dan tegas Tun ini, kerajaan British pimpinan Margaret Thatcher terpaksa tunduk dengan menyediakan dana khas bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia berjumlah £160 juta serta mengembalikan Carcosa Hill kepada Malaysia dalam tahun 1984.

Semasa krisis matawang Asia 1997, Tun bertegas untuk mengatasi krisis tersebut menggunakan kaedah sendiri tanpa menerima bantuan dan bailout daripada International Monetary Fund (IMF). Ini kerana pakej bantuan dari IMF itu juga menuntut setiap negara mengamalkan konsep pasaran bebas dimana ekonomi setiap negara hendaklah dibuka kepada orang luar tanpa sebarang syarat. Tidak ada sekatan lagi terhadap apa-apa langkah pemilikan aset-aset strategik negara oleh orang asing. Menyedari akan risiko dan ancaman ekonomi yang bakal dihadapi terutama kepada orang Melayu jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak IMF ini, Tun membuat keputusan yang amat berani dan tegas dengan bertindak melawan arus. Apa yang saya maksudkan dengan “bertindak melawan arus” ini ialah Tun mengambil langkah yang bertentangan sama sekali dengan apa yang dicadangkan oleh pemikir-pemikir ekonomi dari Barat. Langkah menurunkan kadar faedah, menetapkan kadar matawang dan capital control hampir menyebabkan Malaysia menjadi pariah dunia. Satu dunia terutama negara-negara Barat mengecam tindakan Malaysia ini. Negara-negara sahabat seperti Jepun dan Korea turut menjarakkan diri mereka dari Malaysia. Namun demi kepentingan negara, Tun tetap tegas dengan keputusannya. Dan sejarah telah membuktikan bahawa tindakan Tun itu adalah tepat dan sangat bijaksana. Hinggakan beberapa tahun selepas krisis itu berlalu, pihak IMF dan kepala syarikat dana lindung nilai, George Soros itu sendiri mengakui kesilapan mereka dan memuji langkah-langkah yang telah diambil oleh Tun dalam menghadapi krisis matawang itu.

Apabila pentadbiran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dilihat terlalu berbaik-baik dengan Singapura dan timbul beberapa isu seperti pembatalan projek “Jambatan Bengkok” dan terdapat aktiviti jualan pasir secara besar-besaran ke negara republik itu, Tun keluar dari persaraan dan bangkit mengkritik Pak Lah secara terbuka. Tun rasa terhina dengan alasan bahawa kita terpaksa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Singapura untuk menjalankan apa-apa aktiviti pembinaan di dalam negara kita sendiri.(merujuk kepada projek Jambatan Bengkok) Alasan ini seolah-olah menggambarkan bahawa Malaysia sudah hilang maruah diri, hilang kedaulatan dan menjadi pak turut pada negara lain.   

Apabila skandal 1MDB meletup dan menjadi tumpuan dunia, nama dan maruah Malaysia tercalar dengan amat teruk sekali. Masyarakat dunia memandang hina terhadap Malaysia dan para pemimpinnya. Ada yang menjadikan pemimpin negara sebagai bahan lawak dan halwa gelihati apabila alasan bodoh seperti derma Raja Arab 2 billion digunapakai oleh Najib bagi mempertahankan diri. Alasan-alasan bodoh ini hanya menguatkan tangapan masyarakat dunia bahawa Najib sedang menipu dan memang bersalah dalam skandal 1MDB tersebut. Hanya penyokong-penyokong totok Najib yang berada dalam negara sahaja yang masih sanggup terima penipuan ini walaupun dikalangan masyarakat dunia hanya mentertawakannya sebab alasan yang diberikannya itu terlalu bodoh dan tidak disokong dengan sebarang bukti jelas. Bill Gates, antara orang terkaya di dunia dan mempunyai berjuta-juta followers di media sosial sendiri telah memilih buku “Billion Dollar Whale” yg menceritakan salah laku pemimpin negara dalam skandal 1MDB ini sebagai buku bacaan pilihan beliau. Beliau menggelarkannya sebagai “It’s a sad story of corruption and international finance”. Cerita sedih mengenai rasuah dan kewangan antarabangsa. Bayangkan betapa meluasnya tahap kehinaan yang ditanggung oleh Malaysia pada ketika itu apabila personaliti-personaliti hebat bertaraf dunia juga melahirkan rasa jelak dan meluat mereka terhadap kegiatan-kegiatan rasuah dan pecah amanah yg dilakukan dikalangan pemimpin-pemimpin negara. 

Pada mulanya, Tun beberapa kali menegur secara lembut meminta Najib meletak jawatan secara terhormat bagi menyelamatkan maruah negara. Nasihat Tun ini ditempelak oleh Najib dengan begitu biadap sekali. Siapa pun tak akan lupa makian Kepala Bapak Kau yg dituju Najib kepada Tun. Kemudian disambut pula dengan tindakan-tindakan kurang ajar pemimpin-pemimpin UMNO yang silih berganti menghina Tun atas dasar ingin terus menyokong dan menghalalkan aktiviti rompakan Najib ini.  Kedegilan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih setia menyokong Najib ini akhirnya tidak memberi pilihan lain lagi kepada Tun selain dari bekerjasama dengan parti DAP dan seteru lamanya Anwar Ibrahim. Kita harus sedar, Tun perlu menjatuhkan pentadbiran Najib ini bagi menyelamatkan maruah negara dari dilabel sebagai sebuah negara kleptokrat yang tebal aktiviti rasuah dan pecah amanah dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Tun juga ingin menyelamatkan negara dari menanggung hutang yang amat besar yang terpaksa ditanggung bukan saja oleh kita tetapi turut menimpa anak cucu kita akibat dari bencana dan malapetaka 1MDB ini.

Semua tindakan-tindakan Tun yang saya nyatakan ini amat jelas menunjukkan bahawa apabila maruah dan kepentingan negara terancam, Tun akan pasti bangkit dan berani ke barisan hadapan untuk mempertahan dan memperjuangkannya. Tiada keraguan dan tiada kemusykilan lagi. Inilah watak seorang negarawan yang begitu sayang dan cinta akan negaranya. 

Pembaca yg dihormati sekalian. Nama Tun Dr Mahathir dan Malaysia ini sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan lagi. Ibarat Mahatma Gandhi di India dan Nelson Mandela di Afrika Selatan, nama Mahathir ini gah di seluruh pelusuk dunia dan ia secara tidak langsung turut mengangkat nama Malaysia itu sendiri. Tun ialah seorang pemimpin kelas dunia, menjadi sumber inspirasi dan ikutan kebanyakan pemerhati. Menjadi tumpuan dan topik kajian masyarakat intelek dan sering dijemput berkongsi pengalaman dan idea-idea di forum-forum antarabangsa. Pendapat dan pandangan beliau terhadap sesuatu isu itu sering ditunggu tunggu. Ucapan-ucapan beliau di persidangan dan forum bertaraf dunia sering dinanti-nanti.

Kita masih ingat lagi bagaimana wakil dari negara-negara serata dunia berbaris panjang untuk bersalaman dengan Tun selepas beliau habis berucap di Persidangan PBB tahun lalu. Kita masih ingat bagaimana pekerja-pekerja hotel di Jepun berbaris hormat sambil memberi tepukan kepada Tun ketika beliau mahu menaiki kenderaan yg membawanya ke lapangan terbang untuk pulang ke negara. Kita masih ingat bagaimana Presiden Indonesia, Joko Widodo mengetepikan protokol apabila sanggup menunggu di boarding stairs kapalterbang ketika menyambut kedatangan Tun ke Indonesia. Kita masih ingat bagaimana Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengakui yang dia berasa gemuruh bila berjumpa dengan Tun. Kita masih ingat bagaimana Presiden Rusia, Vladimir Putin berkeras untuk membuat kunjungan hormat pada Tun di kediaman Tun di The Mines walaupun Tun pada ketika itu bukan lagi Perdana Menteri. Semua mereka ini sangat kagum akan ketokohan dan kewibawaan Tun. Beliau begitu disegani dan menjadi sumber inspirasi bukan hanya kepada masyarakat dunia tetapi turut juga kepada pemimpin-pemimpin dunia.

Tapi, bayangkan apa akan jadi andai Tun dilihat bekerjasama dan bersahabat semula dengan rejim kleptokrat yang dipandang hina oleh seluruh masyarakat dunia? Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap Tun? Apa akan jadi pada pandangan masyarakat dunia terhadap negara Malaysia? Terhadap bangsa Melayu? Terhadap agama Islam?

Jika Tun menerima semula UMNO dan Najib Razak, masyarakat dunia akan menganggap Tun ini seorang yang hipokrit dan penuh kepura-puraan. Negara Malaysia terutama orang Melayu itu dilihat sebagai satu bangsa yang korup, tidak amanah dan tiada maruah! Atau Melayu itu satu bangsa yang terlalu bodoh dan senang ditipu kerana masih boleh menerima dan mengangkat seorang pemimpin super korup seperti Najib itu sebagai seorang ketua dan pemimpin negara. Pendek kata, negara Malaysia yang kita cintai ini akan dipandang sehina-hinanya dan menjadi pariah dunia. Tun sebagai seorang negarawan yang cintakan negaranya sudah tentu tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Oleh sebab itulah Tun menentang keras, sekeras kerasnya kerjasama politik diantara parti Bersatu dan UMNO ini hingga sanggup melepaskan jawatannya sebagai seorang Perdana Menteri.

Kehebatan insan bernama Mahathir bin Mohamad ini sebenarnya telah banyak membuka peluang untuk Malaysia. Beliau mengangkat nama Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani dan dikagumi masyarakat dunia. Berapa banyak peluang perniagaan mahupun pelaburan yang telah diperolehi di negara-negara yang begitu menyanjungi Malaysia dan Mahathir? Negara negara seperti Jepun, Turki, Bosnia, Cuba, Pakistan, Uzbekistan dan negara-negara Afrika sangat mengangumi kita. Hanya bermodalkan nama Malaysia dan Mahathir sudah cukup untuk membuka peluang perniagaan dan pelaburan dan seterusnya memberi kelebihan kepada usahawan-usahawan negara kita. Bayangkan kelebihan kelebihan ini akan hancur musnah andai masyarakat dunia sudah tidak hormat kita lagi. Bayangkan peluang perniagaan dan pelaburan akan hilang begitu saja andai masyarakat dunia pandang jijik dan hina terhadap kita.

Tun telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak peduli akan legasi yang bakal ditinggalkannya. Beliau menyerahkan kepada masyarakat dan sejarah untuk menilai dan menghukumnya kelak. Kita harus sedar dan mengakui bahawa Tun lakukan semua ini hanyalah kerana maruah agama, bangsa dan negaranya. Untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara dari dihina masyarakat dunia. Beliau lakukan ini bukan untuk kepentingan dirinya atau hendak naikkan anaknya menjadi Perdana Menteri. Tun mungkin tidak ada banyak masa lagi. Tapi selagi nyawa dikandung badan. Selagi roh tidak dijemput Ilahi. Patah paruh bertongkat dagu. Demi negara yang dicintainya ini, Tun akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir hingga ke hujung nyawa. Itulah refleksi seorang negarawan terulung bertaraf dunia. Semoga Allah s.w.t. berkati perjuangan Tun.