http://lifeofaannie.blogspot.com/2020/11/dr-mahathirs-twisted-words.html
Peringatan: Komen Yang Menyalahi Al Quran dan Hadith Serta Perundangan Tanggung Sendiri.
Saturday, October 31, 2020
MUHYIDDIN BERHADAPAN 4 PENJURU
Kebiasaannya mana² kerajaan berhadapan dengan pembangkang dalam menguruskan negara.
Tidak bagi Mahyuddin..menjadi kerajaan dengan cara yang kurang enak menghasilkan musuh dan pesaing yang lebih banyak..
Secara dalaman, UMNO menggasak, menekan dan akan terkam bila² masa..
Di pihak pembangkang bukan sahaja kerja membangkang tetapi berhadapan dengan penyokong Ketua Pembangkang yang meratib pagi petang siang dan malam kerusi PM.
Satu pihak lagi yang dikhianatinya PEJUANG yg belum lagi diluluskan dengan alasan pandir.
Rakyat juga tanpa berpihak kepada parti melahirkan rasa tidak puas hati cara kerajaan sekarang tangani covid19, masalah ekonomi dan sebagainya..
Kerajaan sendiri mengharap pinjaman dari KWSP dan rakyat juga mahu dari sumber yang sama.
Monotorium tidak dilanjutkan.
Pas Sementara mula dibenarkan pada pendatang haram.
Kadar jenayah meningkat.
Rakyat Sabah terancam bekalan tidak sampai..
Dan penjuru ke lima ialah masalah dari diri sendiri, masalah kesihatan, masalah majoriti, masalah undi tidak percaya, masalah nasihat kepada Agong yang tidak diterima.
Dan yang keenam..dikhianati dan ditikam belakang oleh orang kepercayaannya..
Jadilah manusia yang sempurna, berundur.
#AKU ULANG: PEJUANG BELUM DILULUSKAN ATAS ALASAN PANDIR KAKROS.
Friday, October 30, 2020
KE ARAH PROSES MEMAHAMI PERLEMBAGAAN...
PILIHANRAYA TUKARLAH KEPADA 3 TAHUN SEKALI
Negara ketandusan pemimpin dan jika tersalah pilih PM dan parti, masa untuk menggantikan dengan lebih baik agak lama, 5 tahun.
Dengan tempoh tiga tahun, PM dan parti yang terpilih juga mempunyai tempoh yang singkat perlu bersaing menunjukkan prestasi.
Parlimen perlu diberi kuasa penuh dan bebas.
Jika 5 tahun dikekalkan, pilihan lain yang boleh dibuat ialah kedudukan PM perlu dibuat secara undian sulit mandatory di parlimen setiap dua tahun.
Rampasan kuasa, pintu belakang, tebuk atap perlu dibuat secara sah undian sulit di Parlimen dan bukannya melalui SD dan Sidang Media.
Malangnya Muhyiddin - baru 7-8 bulan sudah dipertikai.
BENDA MUDAH JANGAN DISUKARKAN DENGAN NIAT LAIN
Parlimen Batu Sapi.. Pastikan tiada parti lain masuk bertanding, serah sahaja pada Warisan.
Menang tanpa bertanding.
Takkan ada parti lain termasuk PNBN tak faham bahasa.
PRN Sarawak..masih ada separuh tahun dan apakah Covid19 masih belum dapat dikawal?
Contohi negara lain yang sukses mengadakan pilihanraya di waktu covid19, terdekat adalah Singapura.
Antara pengawalan, haramkan kedatangan polikus dan penyokong dari Semenanjung.
Ini PRN, tiada kaitan dengan pusat.
Dalam politik semasa Sarawak, kerajaan negeri sekarang mampu dengan mudah mengekalkan kuasa.
Sekali lagi, perundingan parti boleh dibuat dengan status sekarang.
Menang tanpa bertanding.
Malah banyak lagi langkah dan darurat adalah yang paling akhir.
DARI SEGI HIRAKI UMNO TAJUDDIN LAYAK TPM..
Kalau kita selak rekod Tajuddin terutama sikapnya dan tingkah laku di parlimen.. elok benar tidak dilantik.
Pendedahan dan pengalaman Hishamuddin bekas Menteri Kanan mantan Ketua Pemuda Mantan Naib Presiden @ Bendahari BN lebih sesuai dilantik.
TPM budibicara PM.
Thursday, October 29, 2020
WAJAR PEMIMPIN AMBIL YANG JERNIH..
Tun
Najib
Muhyiddin
Anwar
Zahid
Azmin
Ku li
Hadi
Mat Sabu
Ibrahim Ali
Shafie
Antara yang mungkin perlu duduk semeja bermaaf maafkan mencari titik persamaan dan melupakan permusuhan peribadi politik walaupun mungkin sebenarnya tiada.
Duduk semeja bukan bererti seluruh dan semua perkara akan selesai..yang berhadapan dengan tindakan undang² kena teruskan.
Yang mahu jadi PM boleh usahakan.
Duduk semeja sepakat supaya perjalan politik dalam keadaan sopan dan bukan tipu muslihat jijik.
Yang tiada majoriti, undur secara hormat.
Suburkan demokrasi, hadap undi tidak percaya dengan tenang.
Covid19 dan ekonomi negara perkara pokok yang masing² perlu memberi sumbangan fikiran dan kerjasama.
Tidak ada siapa pun kalah dan tidak ada siapa pun menang...
Cuma buang keruh.
Agong mungkin boleh jadi tuan rumah yang menganjurkan.
KALAU JADI PM TAKUT² BERHENTI SAHAJA LAH..
Jadi PM jangan atas rayuan dan simpati, biar atas integriti, kemampuan, akhlak dan amanah...
# ohhh..macai² bacol pun berdoa siang malam jangan diluluskan..
SAYA SEDIH KENA AJAR TEGAK ISLAM PADA ORANG MELAYU
Nasib baik tak sebut Melayu malas dan bacol, melenting pula puak ni..
Dr Bala juga patut sedih kepada pemimpin PAS yang ada ilmu tinggi tapi tak amal..masih malaun malaunta bila dah jadi kerajaan ada jawatan ada kuasa..lupa pada isi perjuangan semasa jadi pembangkang..perjuangan atas bibir sahaja.
Wednesday, October 28, 2020
HUBUNGAN BERSATU DAN UMNO LIABILITINYA DURI DALAM DAGING HANYA ZAHID DAN NAJIB
Tanpa Zahid dan Najib di UMNO, hubungan akan jadi lebih mudah dan ikhlas , semua perkara boleh dirunding dan selesai.
Sekarang ini pun najib dan Zahid rajin berkiblat kepada Anwar.
Jika PAS dan BERSATU boleh intim, kenapa tidak UMNO.
Tanpa Zahid dan Najib juga.. jalan lebih mudah untuk gabungkan BERSATU UMNO PAS MAHATHIR WARISAN, insyaAllah.
MAHATHIR TIDAK DIGANGGU DI ERA MUHYIDDIN BERBANDING ERA NAJIB
Kerajaan Muhyiddin walaupun di kritik hebat malah Muhyiddin, Azmin dan Hamzah difitnah dan di maki hamun tidak pula melayan atau mengambil tindakan balas kepada para pengkritik mereka.
Lokman Adam masih bebas bersuara.
Malah Tun juga masih menyerang kerajaan Muhyiddin tetapi langsung tidak dibalas, kalau ada pun, sangat kurang.
Berbanding era Najib, Tun terus dihina, diperlekeh dan diganggu.
Tepat sekali kerajaan Muhyiddin secara mukanya kurang berpolitik dan tidak menyalahkan kerajaan lampau sebaliknya pandang ke depan.
UMNO juga sangat berpuashati dengan Muhyiddin cuma Zahid dan Najib yang kepanasan dengan kes mahkamah mereka.
Semoga Muhyiddin kekal tidak mencampuri urusan Mahkamah.
Lambat laun, Zahid dan Najib akan disingkirkan dari UMNO..
MAJORITI AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG ADALAH MATANG
Mereka mewakili dan menjaga kepentingan rakyat.
Lim Guan Eng berada dalam kedudukan pendakwaan terpilih...
Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan cubaan menghalangnya sebagai PM..
Di pihak parti kerajaan, ramai MP berhadapan dengan kes mahkamah dan mereka mungkin lebih bertindak untuk kepentingan peribadi ketika sedang berkuasa.
Parlimen akan bersidang dan mereka lebih memahami keperluan dan tanggungjawab.
Mungkin dalam diam mereka sudah berkompromi dan mempunyai calon yang boleh membentuk kerajaan baru dengan pantas dan perbentangan bajet yang lancar.
Rakyat perlu sokong kepada yang boleh memberi keutamaan kepada rakyat.
Merebut kuasa pada waktu ini tidaklah bererti membelakangkan rakyat jika semua pihak patuh kepada peruntukan undang² dan perlembagaan.
Demokrasi sopan perlu diterus dengan bijaksana dalam apa jua keadaan. Keadilan mesti diberi kpd semua pihak dan tidak menguntungkan satu pihak shj.
ANNUAR MUSA ATAU HISHAMUDDIN MANA YG LEBIH LAYAK..
TPM kalau selain bukan Zahid sekadar strategi divide and rule yang cukup berjaya.
Apapun bertangguh lah selepas sidang parlimen atau selepas bajet diluluskan.
Majoriti MPUMNO lebih rapat dengan Hishamuddin dan lebih mudah beralih ke BERSATU menjelang PRU15.
Tuesday, October 27, 2020
UMNO TAK BERPECAH CUMA MENAKUTKAN..
UMNO mahu diurus ikut kepala dan sudah ada strategi mana yang mahu dicantas.
Sokong Anwar pun bukan ikhlas sekadar nak kencing.
Pemimpin mula berfantasi tentang masa depan..
Penyamunan masih kerja suci..
Kelakar, Muhyiddin boneka Tun??? Kalau dah percaya kenapa masih pekat melekat sokongannya?
Banyak lagi..
Impian Lokmanl melihat bajet 2021 gagal?
Sebelum ni pun banyak ramalannya ke longkang..
UMNO dah jatuh, dah no so special untuk dilayan sebagai tuan.. cuma nasib baik Najib masih berfungsi bercakap bagi pihak kebaikan rakyat...
Tidak dinafikan bab kebajikan untuk rakyat, Najib kedepan..
APA PERANAN PAS DAN MENTERI UGAMA DI KERAJAAN PUSAT
Ustaz, Mufti kalau berceramah di luar dan PAS masa jadi pembangkang ...pijak semut pun tak mati..
Seolah pegang kunci pintu syurga.
Tetapi apabila pegang jawatan dan jadi kerajaan hanya berperanan jadi pak pacak depan pintu gerbang Putrajaya.
Apa perubahan kerajaan sekarang berbanding dulu?
Setakat mana covid19 ditangani secara Al Quran dan Hadith?
Setakat menutup pintu masjid dan solat berjarak?
PAS yang mentadbir Kelantan begitu lama mempunyai pengalaman baik menguruskan kerajaan negeri dan mentarbiah swasta dan rakyat sepatutnya boleh diguna-pakai di pusat.
Kelantan miskin kerana kurang sumber bukan kerana salah urus cara Islam.
Malangnya PAS bukan ke arah itu apabila berpeluang berada di pusat sebaliknya terikut dengan DNA UMNO yang menuju kehancuran.
Dapat Kedah bukan sebok dengan meninggikan syiar Islam tetapi lebih terkinja dengan balak dan Velfire..
Berubahlah..
Setakat tu je lah.. yang kulit, yg kosmetik, kuman seberang laut cepat nampak..
Yang besar gajah, depan mata, amnaah dan tanggungjawab.. buat buta buat pekak..
# Jika Muhyiddin enggan, tokoh sesuai untuk terus bekerjasama adalah Anwar dan bawa sekali DAP dalam pendekatan nilai amanah dan akhlak, bukan sekadar tumpu pada hukum.
KALAU SEMUANYA DAH OK SEBAIKNYA AZMIN MEMANGKU TUGAS PM DAN HAMZAH MENTERI KANAN
KEAJAIBAN..
Kebenaran dan keikhlasan dan kesucian dan...menyebelahi Muhyiddin Azmin Hamzah apabila sekarang semua parti menyatakan sokongan untuk lulus bajet dan sekaligus tiada lagi undi tidak percaya..
Sedangkan 24 jam yang lepas, segala keburukan ada kepadanya dan bagai tiada lagi dapat dihalang kejatuhannya.
Jadi apa sebenarnya politik ini? Kebinatangan dan najis?
Apa sikap perlakuan pemimpin dipertonton kepada rakyat.
Dan besok berubah lagi..
Monday, October 26, 2020
SEMUA TEKANAN POLITIK MUHYIDDIN BERUNDUR TELAH BERAKHIR..WISELY INILAH MASA MUHYIDDIN BERUNDUR SECARA TERHORMAT DAN BERJIWA BESAR..
Kalau bijaksana dan tidak mengikut nafsu..
Itu yang terbaik bagi ending hayat politik..
Jangan tunggu sampai diasak ke dinding dan secara dimalukan..
SETAKAT MANA TITAH TUANKU DIHORMATI, POLITIK NAK BEREHAT BERAPA HARI...SAMPAI PRU15?
DAP tolak dan tidak sokong Anwar sebagai PM secara halus beralasan titah Tuanku.
Setakat mana UMNO akan ambil tindakan kepada MP yang tidak akur keputusan MT tolak Anwar dan DAP.
Muhyiddin belum selamat.
MT BELUM ADA KEPUTUSAN..
Pertamanya kerana Presiden tidak mempunyai cukup kewibawaan.
Sudah tentu pendiriannya sedang ditentang hebat hingga memerlukan lebih masa untuk bermesyuarat.
Keduanya kerana Presiden bukan PM seperti sebelum sebelum ini. Tiada kuasa dan pengaruh? Apa yang dibimbangkan jika berbalas hujah.
Muhyiddin akan dipertahankan oleh MT yang mendapat habuan kabinet dan sebagainya.
Sokong Anwar menjadikan UMNO parti minoriti yang tetap dibuli.
Sokong Anwar lebih menjurus untuk kepentingan kumpulan dan individu tertentu sahaja.
Tiada sidang akhbar?
DAH PENAT, DAH MALAS, DAH BOSAN..SUKA HATI KAU ORANG JE LAH, LETAK JE NAMA NAJIB SEBAGAI PM..PALING LAYAK UNTUK PUASKAN HATI
Harap berpuas hati..
Don't worry, tak ada siapapun nak halang..
Tak kesah walau tak rasional..
Yang penting asalkan kau orang bahagia
Letak sekali Lokman sebagai Timbalan..
Dan Don't worry, aku tak siarkan komen yang tak setuju..
Nak beli saham..bukan nak menyamun.
HANYA BERSATU DAN UMNO YANG PALING DARURAT
Pagi petang malam meeting..
Ular lidi masih telan ular sawa
Agong titah no darurat..bukan Muhyiddin sorang je patut rasa macam ditampar tapi UMNO yang ada kabinet di dalamnya, yang angguk dan enggeh keputusan Muhyiddin.
Apakah Uolls rasa UMNO akan tarik diri..
Norway
Sorrruuu...
Menarik..ramai yang terlepas pandang
KITA TAK PERLULAH TENSION
SATU LAGI TAMPARAN BUAT MUHYIDDIN..
Sunday, October 25, 2020
MAHATHIR CALON YANG PALING SESUAI..
Samada secara SD atau di Parlimen Tun adalah tokoh yang paling sesuai untuk negara kerana pengalamannya, aura dan kesaksamaannya dalam mengurus negara untuk kepentingan rakyat selari dengan titah Tuanku.
Tetapi jika pemimpin dan parti masih mahu berpolitik benci, kotor, jahat untuk tengkuk dan perut sendiri - Tun bukanlah calonnya dan sukar di sokong samada SD atau parlimen.
Itulah hakikatnya.
Menarik..
AMPUN TUANKU, LINDUNGILAH RAKYAT DARIPADA NAMA² INI..
Siapa yang sokong Anwar dan nama² tersebut ada pada Agong.
Tetapi dibumi nyata, mereka tidak membuat perakuan, mereka diam dan tidak menafikan.
Sudah tentu Istana memerhati, maklum dan faham politik.
Apakah nama² ini boleh dipercaya lagi???
Darurat Muhyiddin siapa pula yang sokong, yang turut hadir..
Mereka datang dari parti mana? Apakah sama parti sama nama yang menyokong Anwar.
Sudah tentu Istana memerhati, maklum dan hayati.
Apakah nama² ini boleh dipercayai lagi???
Ampun Tuanku, lindungilah rakyat dari mereka ini.
#Muhyiddin juga kena ingat, jika teruskan juga kerajaan.. di dalam selimutnya ada ular²merbahaya, si katak dan si pengkhianat - atap sentiasa bocor.
NEGARA PERLUKAN PERALIHAN KUASA YANG LANCAR @ KU LEIGH @ RAFIDAH @ BAIK UNTUK EKONOMI
Belum terlambat untuk Muhyiddin melakukan suatu kebaikan kepada negara untuk di catat sejarah dan memaafkan kesilapan lalu.
Keputusan Istana harus dilihat sebagai petanda kelemahan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Perlu difikirkan peralihan kuasa yang lancar dan paling kurang pergeseran percaturan politik malah masih dalam situasi menang-menang.
Peralihan kuasa kepada sebuah kerajaan baru yang lebih stabil, progress dan dinamik - jauh daripada rasis, pelampau ugama yang hipokrit dan ketaksuban kepartian@pemimpin.
Boleh dinamakan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh tokoh politik yang berpengalaman, sederhana dan diterima ramai seperti Ku Liegh @ Rafidah.
Sekaligus parti kerajaan sekarang PN dan gabungan terus kekal dan menyokong.
Muhyiddin perlu lakukan segera sebelum dirasuk nafsu di sekelilingnya.
Dapatkan dan dengar nasihat negarawan.
KABINET BESAR, 73 KAYU SEMUA DIMAKAN ANAI²
Ketulahan dan karma..
Ingatan buat semua.. Yang dulu, sekarang dan akan datang..
Ayah yang tua jangan dihina dikhianati.
Jangan didik anak² tak hormat atok..
Cari dan mohon ampun sekarang, bukan cari di padang Mahsyar..
PLAN A GAGAL, APA PULA PLAN B
Anwar kecewa
Sementara
Kena banyak bersabar
Lebih baik fokus PRU15
Memainkan peranan Ketua Pembangkang dengan berkesan
Muhyiddin kecewa
Demoralised
Azmin dan Hamzah boleh ator lagi beberapa langkah..
Tidak banyak langkah politik boleh diambil kecuali langkah menambat hati rakyat.
TIADA DARURAT TIADA UNDI TIDAK PERCAYA OK KE SEMUA
Adakah benar perebutan kuasa menjejaskan pengawalan kovid19?
Semasa peralihan kuasa selepas Tun letak jawatan dan Muhyiddin tubuhkan kabinet, ada kekosongan lebih kurang dua minggu masalah covid19 terus ditangani Kementerian Kesihatan atas perancangan yang dibuat sebelum itu (era PH)
Adalah logik juga peralihan kuasa seperti undi tidak percaya, kerajaan baru jika Muhyiddin gagal jika diteruskan pun tidak akan mengganggu perancangan Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, PDRM dan kementerian lain yang terlibat.
Aktiviti politik secara sopan mengikut perlembagaan dan persidangan parlimen sewajarnya tidak dihalang dan tidak dijadikan alasan yang keterlaluan.
Hak Anwar dan ahli politik lain dan juga sebahagian besar keinginan rakyat untuk mempunyai kerajaan baru juga harus dipertimbangkan.
Cubaan Muhyiddin mengujudkan darurat gambaran kerajaan yang lemah dan hilang akal.
Apalagi Annuar Musa yang minta nasihat perundangan dari rakyat biasa menggambarkan 73 ahli kabinet makan gaji buta dan sudah hilang daya fikir.
Mana nak letak AG dan Menteri Undang² seolah buntu dan kaku.
PARLIMEN BUKAN MILIK ANTARA MUHYIDFIN DAN ANWAR SAHAJA
Jika Muhyiddin tewas dalam undi tidak percaya, tidak semesti Anwar secara automatik mengganti Muhyiddin menjadi PM.
Ia terbuka kepada calon lain juga seperti Najib, Shafie, Azmin dan Ku Li..
No darurat..
Menjunjung kasih Tuanku.
Saturday, October 24, 2020
PENYELESAIAN JANGKAPANJANG SEKURANG KURANGNYA HINGGA PRU15
Tolak darurat.
Image negara dan pelaburan kena dijaga dan hakikatnya masih ada beberapa langkahk lain yg boleh diguna-pakai untuk tangani covid19.
Pakar, ilmuan, agamawan kena kerap duduk semeja.
Undian di Parlimen.
Menggantung parlimen akan membawa implikasi yang sangat besar.
Negara jiran yang bergolak rakyatnya di jalanan perlu diambilkira.
Undian mengekalkan kerajaan sekarang atau kerajaan baru #tanpa darurat.
Undian mesti dilakukan secara telus, adil dan amanah.
Dijangka tiada penyelesaian lain yang terbaik dari ini.
Rakyat boleh menerimanya dan berlapang dada.
ABAHCOW PM TERBAIK KESAYANGAN RAKYAT CUMA KURANG JANTAN UNTUK LETAK JAWATAN
Sama seperti Najib sebelum ini.
Kesudahannya apa?
Contohilah Paklah sekurang-kurangnya, jangan tunggu kemusnahan, kemudaratan dan terlalu lewat untuk berbuat demikian.
ISTANA WAJAR TITAH USUL UNDI TIDAK PERCAYA AGENDA UTAMA PERSIDANGAN PARLIMEN
No darurat..
Malah Istana wajar mengeluarkan titah usul undi tidak percaya harus menjadi agenda utama parlimen.
Penyelesaian politik dalam membentuk kerajaan yang sah perlu dibuat oleh parlimen.
Semasa Tun menjadi PM Interim, beliau telah mencadangkan kepada Speaker persidangan parlimen khas untuk mendapatkan seorang PM dan pembentukan kerajaan yang dipilih oleh MP melalui pengundian.
Malangnya cadangan itu ditolak kerana statusnya PM Interim.
Itu kesilapan Tun, beliau tidak patut meletak jawatan di luar parlimen.
Beliau patut memanggil sidang khas parlimen dan meletak jawatan di parlimen.
Kemudiannya parlimen terus bersidang untuk memilih seorang PM yang baru bagi pembentukan semula kerajaan.
Jika ada kebuntuan tiada calon yang mendapat majoriti, maka barulah dirujuk kepada Agong.
Di harap Muhyiddin meletak jawatan di persidangan parlimen 2hb NOV dan menyerahkan kepada MP memilihnya semula atau tidak.
Darurat bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana masih ada 1001 langkah pengawalan yang belum dilaksanakan.
JAWAPAN KEPADA MUHYIDDIN, AZMIN DAN HAMZAH
Resign..
Jangan sampai rakyat sebut dalam bahasa yang lebih kesat dan bertindak di luar dan melepasi kesabaran.
Penyakit jalanan di Thailand dan di Indonesia sekarang sangat membimbangkan.
Paling bahaya ada musuh baling batu sembunyi tangan untuk merosakkan keamanan
KENAPA PAS TIDAK MEMAINKAN PERANAN UTAMA (ALQURAN)DLM ISU SEMASA
PAS yang kononnya berteraskan perjuangan Islam sejak awal lagi menjadi sebahagian kerajaan gagal memainkan peranan membangkitkan apa yang mereka perjuangkan semasa jadi pembangkang.
Malah mereka kecam termasuk ke atas ahli sendiri jika bertanya tentang kegagalan itu.
Fokus mereka lebih kepada pengekalan kuasa menghalalkan cara.
Hingga ke saat akhir semasa Muhyiddin mahu darurat kan negara PAS tidak menggunakan Al Quran sebagai pandangan mengurus negara.
Seolah AL Quran itu tidak mempunyai ilmu politik dan pengurusan negara sebaliknya merujuk semata mata kepada perlembagaan negara yang ditinggal penjajah.
Cukup celaka dan semoga Allah celakan pemimpin² ini di dunia lagi untuk menjadi pengajaran kepada umat tentang pembalasan pendusta ugama dan munafik.
BANGUN PAGI CELIK BIJI MATA BUKAN TANYA BUKAN FIKIR APA LAGI TIPU MUSLIHAT AKU UNTUK KEKAL KUASA
Tidak juga tanya, apa undang² nak guna..... sampai tahap begitu muflis otak...
Contohilah pemimpin apa perlu untuk rakyat..
#era skandal 1mdb, Najib pun guna segala alasan nak kekal kuasa, tapi tertiarap juga.
SPEKULASI DARURAT: AGONG TENANG, RAKYAT TENANG² SHJ..
Muhyiddin gelabah
Abah kau gelabah
Semburit gelabah
Zahid gelabah
Najib gelabah
Anwar gelabah tetapi mengharap..
Mahathir..tak kot
Kikikikiki
Friday, October 23, 2020
ANNUAR MUSA BUNTU ..ATAU GELABAH?.
BANYAK LAGI LANGKAH PENGAWALAN COVID19 BOLEH DIAMBIL KENAPA TERGESA KE ARAH ISTIHAR DARURAT
MAHATHIR PUN KENA MINTA AMPUN DENGAN GOLDMAN SACH
Kalau tidak, jenuh juga nak jumpa di padang Mahsyar..
INI TANDA² NAK PILIHANRAYA KE?

Larangan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sejak 2015..
TAKKANLAH NAK JADI PM HARAP BELAS EHSAN
Tun halang Anwar..
Kikikiki
Dok ratib siang malam oleh pencacai, cincau betul..
Mengemis, minta belas ehsan, suruh sokong membuta tuli abang Non jadi PM?
Punya kemaruk, punya lekeh sampai tahap tu...
Woiii nak jadi PM, jiwa kena kental, muka kena tebal, watak hebat, sikap matang, rekod bersih, akhlak tinggi, amanah no1..nombo cukup..
Ada ke semua tu, kalau ada .jalan terus.
Jangan melalak sepanjang jalan...Tun halanggg..
Macam budak²
Thursday, October 22, 2020
MENGGELONSOR..
Melihat politik dan kerajaan hari ini dan masa akan datang..
Pattern dan trend tidak akan lebih baik kalau dilihat kepada kepimpinan semua parti politik..
Tidak ada seorang pun yang ikhlas berakhlak dan amanah pada diri mereka sendiri pun..apalagi pada rakyat dan negara..
Ada yang berketerampilan ikut sunnah..sekadar kulit
Jika aku terlepas pandang, nyatakan sosok tubuh itu..
Bagaimana dengan Penjawat Awam dan Pihak Penguatkuasa seperti SPRM, PDRM, AG, Mahkamah...
Jawapan sudah ada...
Apakah rakyat boleh membantu dan membetulkan keadaan..
Melihat kepada pemikiran dan sikap rakyat.. ia sekadar menambah mempercepat lagi rosaknya tamadun manusia..meruntuh negara.
Kemuncak negara sekadar 2003..menurun dan kini menggelongsor..
Sebutan akhir zaman..seperti tiada lagi harapan negara kembali bangkit dan sekarang pun tanda² kebangkitan semula itu tiada..
Di tangan tua atau tangan muda..hasilnya sama sahaja..
# AKU NI MENULIS DALAM KADAR ILMU YANG RENDAH, TAK PANDAI..
HARAP YANG KOMEN ITU LEBIH CERDIK BERKONGSI ILMU
Kalau lebih teruk dari aku, cukuplah baca sahaja.
Salam Jumaat.
GENCATAN SATU PIHAK SAHAJA?
Gencatan diisytihar oleh satu pihak sahaja?
Sepatutnya melibatkan dua pihak yang bersetuju..
Kalau satu pihak, ia bukan gencatan tetapi bendera putih..satu alasan, satu drama kerana menemui jalan buntu..
Nafsu tidak gencatan, tidak berhenti.. jalan terus..macam api dalam sekam..membara..lagi bahaya.
Niat UMNO, mempertikai, memberontak, letak syarat, ugut telah diketahui BERSATU, apakah mereka berdiam di tempoh Zahid istihar gencatan?
Gencatan datang dari mulut Zahid bukan keputusan MT.
Merombak kabinet, memecat Hisham, KJ, Halimah dan Dr Adham sangat merbahaya buat UMNO dan Muhyiddin..
Apa tindak balas mereka?
.....
Covid19 adalah carpet dari sudut politik..semua masalah politik termasuk isu ekonomi, isu mahkamah disapu disimpan bawah karpet..
Kerajaan perlu tangani covid19 secepat mungkin semolek mungkin, jika gagal ia akan memberi kesan rekod buruk di PRU kelak..
Jika ia mampu ditangani segera, berkurang, terkawal dan zon hijau.. ia akan memberi kesan baik di PRU nanti..
Dan jika reda masa itu, apa yg tersimpan bawah karpet akan muncul kembali...
OH DIA MENGIDAM DATUK BANDARAYA KL..
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2020/10/surat-peminat-dia-berjaya-jatuhkan.html
Tak pula dia nafikan...
Harap somebody bagitau abahkau..
Aku akan undi dia kalau berani masuk bertanding...
Kalau menang dapat jawatan..ini standard Khairuddin katakiri je..
INILAH YANG RAKYAT TUNGGU DARI KETUA PEMBANGKANG
https://www.sinarharian.com.my/article/106472/Anwar-bidas-kerajaan-Muhyiddin
Minta Ketua Pembangkang yang budiman tunjuk ajar sikit PN dalam mengurus kerajaan..
Kerajaan PH dengan jumlah kabinet yang terhad, mengawal covid19 dengan baik jauh lebih baik dari PN..
Muhyiddin bantu rakyat pun hasil dari duit jimat cermat kerajaan PH.
Jika pembangkang berpuluh kali menunjuk ajar, memberi peringatan kepada PN dan jika selepas itu ada ruang dan peluang ambik alih kerajaan sudah tentu rakyat turun berduyun sokong..
Peralihan dan pertukaran kerajaan mesti ada potensi dan gaya mengurus yang hebat untuk rakyat bangkit dan sokong.
Setakat ambil alih kerusi PM..rakyat tak stim
Wednesday, October 21, 2020
RAKYAT KALAU RASA DIZALIMI ELOK BERDOA. CAKAP BANYAK PUN TAK GUNA ..
Kena terima hakikat..kerajaan sekarang bukan kerajaan rakyat tapi tebuk atap..
Ada Ketua Pembangkang pun, dia pun kalut nak jadi Perdana Menteri.
Pandangan rakyat, undi rakyat tidak lagi menentukan siapa jadi kerajaan...
Gunakan kuasa doa...
Tak perlu ada sokongan majoriti, dengan satu doa dizalimi pun, kalau Allah perkenan, mereka berubah diberi hidayah atau tersungkur dari kerusi.
SELEPAS GAGAL SEBAGAI PM ANWAR DIMINTA MENASIHAT PRESIDEN PKR SUPAYA MEMBERI TEGURAN KPD MENTERI BESAR PKR DI SELANGOR UNTUK ATASI ISU AIR ISU NEGERI YANG BERULANG..
Tunjuk dulu bijaksana di tempat sendiri... Prihatin dan sayang rakyat.
MANA UTAMA? KEPERLUAN PERLEMBAGAAN ATAU PERATURAN MESYUARAT?
USUL MASZLEE TAMPAK KETERLALUAN TETAPI TEPAT DAN SESUAI DENGAN SIKAP TAK ACUH SPEAKER
Mengenalpasti kesahihan kerajaan samada memiliki majoriti adalah paling utama dari segala hal.
Parlimen adalah tempat sewajibnya.
Sepatutnya kerajaan semasa yang perlu segera berbuat demikian bagi menutup mulut pembangkang tetapi ia berlaku sebaliknya.
Jika ia tidak dilaksanakan kali ini dengan pelbagai alasan ia tetap tidak boleh lari dari masalah sebenar.
Covid19 dan isu ekonomi hanya boleh di atasi jika negara mempunyai kerajaan yang sah di sisi parlimen samada Muhyiddin kekal atau pemimpin lain.
Kerajaan yang disahkan oleh parlimen tidak lagi boleh digugat sehingga PRU15 perlu juga dimeterai selepas ini.
Tuesday, October 20, 2020
MAHATHIR MAKIN DIYAKINI PM SEKALI LAGI
https://shahbudindotcom.net/2020/10/21/tun-mahathir-pm-kali-ketiga-malapetaka-buat-negara.html
Aku sendiri rasa tidak penting Tun jadi PM sekali lagi tetapi untuk menghalang dan menafikan pun macam buat kerja bodoh juga.
Seperti umum ketahui, Tun bukan lagi pilihan mana² parti politik tetapi tidak boleh dinafikan ada silent support dari rakyat. Sebesar mana?
Tidak besar tetapi prinsip perjuangan yang dibawa Tun boleh bertahan dan memberi pukulan kepada pemimpin²politik sekarang..
Tanpa kes mahkamah di tengah² fitnah besar sejak dulu menunjukkan dia bersih..dan sebab itu lantang bersuara tentang korup dan salahguna kuasa.
Bolehkah seseorang yang tahu dia pun penyamun berani menentang pemimpin penyamun, pengkhianat yang ada kuasa?
Kat situ pun kita dah tahu kualiti asas dan prinsip yang ada padanya.
Bodek ke tu? Ampu ke tu? Taksub ke tu?
Bangang simpan sikit..
...
Pemimpin popular yang dapat sanjungan, siapa mereka?
Anwar, Zahid, Najib, Muhyiddin, Hadi..
Kalau hebat kenapa terkial kial?
Kalau hebat apa pembangunan, kemajuan tanpa skandal?
Sebab no kualiti..
Tercemar.....
Sebab itu Tun masih relevan..
Berlapang dada lah..
Nelayan ke laut pun perlu ada ilmu...
Nelayan tua ilmu tinggi...rasa selamat berbanding yg desperate, gelojoh dan kemaruk.
HUSAM TONJOLKAN SEMULA DIKIR BARAT DENGAN MENGAMBIL PERANAN TUKANG KARUT..
Kehebatan Husam seperti yang dicanangkan oleh seorang dua kawan lama makan budu semeja - kini rasa ketinggalan..
Pencapaian tiada, pilihan jadi tukang karut untuk tampak relevan..
Sebaiknya menyokong Anwar yang semakin sepi dengan sokongan..
http://msomelayu.blogspot.com/2020/10/malaysia-perlukan-arkitek-kuntsugi.html
http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/PWEL03duSgs/husam-kampong-congo.html
ANWAR HANYA HANTAR SURAT SYOK SENDIRI...
Agak² penganalisis politik taraf prof (kangkong) dan pakar perlembagaan melenting tak kalau aku kata lagu tu..
Otai reformasi jangan marah..
Tanya saja.
ADAKAH ANWAR BENTANG DI MAJLIS PRESIDEN SEBELUM UMUM ADA MAJORITI ....RAMKARPAL SEMBANG CURRY.
USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PM DI PARLIMEN BUKAN UNTUK KEPENTINGAN MAHATHIR - ADA BADIGOL YG TAK FAHAM
Ia adalah untuk menyuburkan demokrasi berparlimen dan jika undian usul itu gagal ia memberi kebaikan kepada Muhyiddin menguruskan sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh parlimen dan bukan lagi kerajaan tebuk atap.
Jika usul itu berjaya dan tiada siapapun mendapat majoriti - ia dipersembahkan kepada budibicara bijaksana Agong menanganinya
Jika Muhyiddin dilantik PM Interim - terimalah shj secara berlapang dada.
#boleh kot sebut badigol sebab dia pun maki hamun pemimpin.
Siapapun yang ada majoriti 112 boleh bersiap sedia dan ambil peluang jika usul undi tidak percaya diluluskan. Siap sedia dengan SD bukan surat syok sendiri.
Monday, October 19, 2020
GELAGAT PEMIMPIN PAS BILA JADI KERAJAAN PUSAT PALING MELOYAKAN..
Menjadi tahap bahaya jika menjadi parti dominan kerajaan.
Takut jadi seperti perumpamaan "mahal tali dari berok"
Banyak yang dicakap, yang dijadikan perjuangan sebelum jadi kerajaan sekarang jadi habuk..
Dulu kalau tak sokong apa yang diperjuangkan PAS jadi syaitan..
Sekarang, kalau tanya PAS kenapa tak laksanakan bila dah jadi kerajaan..
Yang bertanya itu pula syaitan..
Siapa sebenarnya bapa syaitan akhir zaman?
Tanya saja..
UMNO PARTI KERAMAT, MULIA, ELOK BUAT KERJA YANG BERMARUAH - JADI PEMBANGKANG
Kalau kerajaan sekarang kurang bagus, kuat membuli, zalim pada pemimpin seperti Zahid, Najib, Tajuddin, Khaled.. tinggalkan.
Buat kerja mulia, perjuangan untuk rakyat dan negara sebagai pembangkang.
Tetapi jika untuk perut dan tengkuk, kekalkan bersama.
BILA TARIKH MATI
Saja tanya..
Yang sudah berumur 60 tahun ke atas, apa perfume mahal pun yang dipakai.. yang bau hanya bau tanah..
Apa pangkat dan seluas mana pengaruh, bila masuk liang lahad, dikambus tanah, dipijak pijak supaya mampat...
Yang mengiring ke kubur kelak tiga perkara, dua balik, satu ikut..kawan²dan harta..yang ikut amalan sahaja..
Kelak Allah tanya, umur harta pangkat dan kuasa yang diberinya, kamu buat apa..
Semasa hidup, kamu sokong siapa?..
Jika pemimpin yang kamu sokong itu malaun, kamu juga dikira subahat.. sebatan ke atas kamu sama banyak dengan malaun.
Di mahkamah baru baru ini didedahkan cybertrooper yang makan dedak..
Siapa pula yang sealiran sefahaman dengan mereka..
Na'uzubillah..
Wallahua'klam..
BOLEH TAK CUTI POLITIK SEMINGGU?
Unless ada emergency call..
# Dalam tempoh seminggu..diharap ada perkembangan Dr Maszlee yang dijangka keluar PEJUANG dengan menyertai PKR.
Berpotensi sebagai Timbalan Presiden dan mampu menarik golongan muda berpelajaran dan fresh politik bagi masa depan politik Malaysia.
Perjuangan dalam multiracial seperti PKR sangat sesuai untuknya.
Terikat dengan prinsip perjuangan Tun style lama dan statik sangat tidak sesuai kepada Maszlee yang dinamik dan flexibility.
Bijak macam Anwar juga..Lain do tanya lain jawapannya..meleret corner ke lain
YANG PALING COROT TIDAK DAPAT SOKONGAN ADALAH MAHATHIR TETAPI YANG PALING DIGERUNI JUGA MAHATHIR
Dah tak betul agaknya fikiran ahli-ahli politik terutama penyokong kuat Anwar dan Muhyiddin yang masih menyerang Mahathir dan menganggap halangan masih atas peranan Mahathir.
Puad jharkasi menganggap Mahathir sedang membunuh Muhyiddin Anwar dan UMNO dengan satu batu - wow!!!
Ahli PKR meloncat bila khalid Samad membayangkan Anwar akan lebih berjaya jika mereka dapat duduk semeja semula.
Tanpa sokongan Tun - peluang Anwar tipis.
Tun sudah declare buat situasi sekarang, dia tidak menyokong dan tidak mahu dikaitkan dengan mana² calon PM.
Sebab itu juga tiada pencalonan nama Shafie dibuat walaupun Tun memaklumkan ia kekal sebagai calon PM sejurus WARISAN tewas di PRN Sabah.
Di tulisan terbarunya juga Tun ulangi bahawa hanya konsep Kerajaan Perpaduan sahaja mampu menstabilkan politik dan negara.
Idea Tun itu setakat ini tidak popular walaupun logiknya betul tetapi mungkin kesukaran implementasinya.
Ignore sahaja cadangan parti PEJUANG yang belum lulus, ciput sokongan menamakan Tun sebagai calon PM - itu sekadar semangat juang - jangan jadi gentar dan gerun.
Sunday, October 18, 2020
MUHYIDDIN KEKAL PM TETAPI KEMBALI KEPADA UMNO SUPAYA UJUD KEKITAAN..
Dan terus bekerjasama dengan PAS memantapkan gabungan penyatuan Melayu.
Ajak MP lain untuk bersama UMNO memperkukuh gagasan Melayu.
Jika pun ada perbezaan pendapat, ia masih sekadar ribut dalam cawan.
KITA NI KATEGORI RAKYAT BANGANG KE TIDAK?
Yang dengar dan percaya pada orang politik..
Sebab itu orang cina kurang ambik pot dan sebok dengan politik..
Mereka fokus perniagaan sebab siapapun PM..dia tak akan datang hantar beras besok di rumah kita.
Dan kalau si pulan tak dapat jadi PM pun.. dia masih pakai kereta mewah..
Jom berpada pada
PEMIMPIN YG SEDANG BEREBUT KUASA PATUT MALU KEPADA KETUA PENGARAH KESIHATAN....
Campur tangan politik melayan beberapa permintaan kelonggaran pada kegiatan tertentu (non-economy) patut segera dihentikan..
https://www.sinarharian.com.my/article/105888/Covid-19:-KKM-mahu-pelaksanaan-PKPB-diperketat-lagi
WARGANET NETIZEN RAKYAT PERLU TENANG² SAHAJA.
Biar orang politik sakit kepala menyelesaikan masalah yang mereka sendiri cipta.
Fokus kepada ekonomi sendiri beribu kali lebih baik.
Salam sukses.
MASA YANG SEMAKIN BERGERAK SEKADAR MENJARAKAN LAGI KERUSI PM PADA ANWAR
Muhyiddin makin kukuh.
DAP menjadi punca serta alasan dan antara sebab beberapa pemimpin UMNO alergik untuk menyokong Anwar.
Pemimpin UMNO yang awal menyokong Anwar terpaksa tarik diri takut Anwar no numbers (tiada sokongan penuh DAPAMANAH) dan bimbang yang muncul kelak Tun/KuLi .
PEJUWANG
Lebih baik bersama Muhyiddin yang masih boleh diugut dan dijolok. Untung sabut timbul.
UMNO king maker tapi tolor sendiri tersepit.
Saturday, October 17, 2020
KINI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA KEBIJAKSANAAN TUANKU
Dipercayai tiada siapapun akan dapat majoriti sokongan MP termasuk jika dilakukan undian di Parlimen.
Yang paling hampir di senangi oleh semua demi rakyat dan negara adalah Ku Li secara win-win rasionalnya jika kepentingan perut dan tengkuk diletakkan sebagai kepentingan kedua.
Tun, Muhyiddin, Anwar mempunyai watak kontroversi antara sama lain.
PM Interim atau Kerajaan Perpaduan sehingga PRU15 adalah sementara yang terbaik dari segi kestabilan negara dan mengurangkan politicking.
Rakyat perlu berlapang dada dan berusaha serta berdoa satu keputusan bijaksana Tuanku dapat diputuskan dengan segera.
Tentunya ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
ANWAR TAK RUGI APA²PUN JIKA TIDAK JADI PM
Yang mungkin sedikit rugi ialah rakyat Malaysia yang tidak dapat menilainya sebagai seorang PM.
Tidak menjadi PM menjadikan dirinya dipersepsi hebat kalau jadi PM.
Seperti Muhyiddin yang sudah berpeluang menjadi PM, rakyat dan sejarah akan menilainya.
Bagi Anwar ini adalah masa terbaik untuk nya menawar diri menjadi PM dengan sokongan yang ada dan mengambil peluang kekeruhan UMNO BERSATU.
Ambil peluang atas kedudukan dirinya, lim Guan eng, Zahid dan Najib yang berhadapan dengan kes mahkamah, Kamikaze.
Kalau tak ambil peluang sekarang, bila lagi..
PRU15 tanpa Tun di sisi PH adalah bencana, sokongan undi Melayu akan merosot.
Hatta Selangor dan N9 juga tidak akan selamat.
Kecuali PM Interim atau PM Kerajaan Perpaduan..selain dari itu.. kedudukan ekonomi semasa dan akan datang membuatkan siapa sahaja PM jika berlandas parti akan selalu goyah digoyah.
TEMUBUAL DENGAN NAJIB...FAKTA DAN AUTA
Malas sikit nak ulas sebab makin banyak persoalan akan ada berdasarkan jawapannya.
Seperti Mahathir, Najib dan semua orang akan mengambil langkah yang sama mempertahan diri apabila ditemubual.
Samada temubual itu mampu mensucikan diri seseorang?
Sebagai hiburan kepada penyokong dan pemuja, Yes tercapai.
Mahathir ada skandal? Dilabel skandal kalau ada bukti perundangan, kalau tidak ia persepsi dan fitnah.
Siapa cari siapa di padang masyar.?
BRIM kepada rakyat kalau bagi tanpa udang sebalik batu, Yes itu bukan rasuah..
Tapi kalau sebalik batu, ada sakau bilion bilion.. brim adalah bapa rasuah.
Surat Mahathir menyatakan tidak suka dasar tanpa sebut dasar apa?
Bersangka baik pada di masa itu tanda hormat, kenapa tak jumpa dan tanya?
Bawa badan pemikir memperjelas kepada Tun?
Tak tanya dan tak jumpa sebab Mahathir sudah tahu lubang kamu.. (?)
Nothing to hide, kenapa lari?
Banyak lagi...
....
Apakah Najib terlepas dari senohong gelama ikan duri sejak pemerintahannya?
Berapa kali senohong?
Sekarang ikan duri masuk mahkamah..
Kenali Najib secara fakta?
Ikutilah kes mahkamahnya..
...
Kenali Tun secara fakta?
No case..
........
Use your brain.
PANDUAN DAN TATACARA STRATEGI NAK JADI PM
Anwar kena call mat Sabu dan Guan eng..bagitau dia dah ada majoriti.
Telefon Tun, offer nak join ke tidak.
Selepas itu Guan Eng dan Mat Sabu buat sidang akhbar umum Anwar sudah ada majoriti dan MENDESAK SEKERAS KERASNYA ANWAR MENGADAP AGONG.
Secara siput dan kemaluan Anwar buat sidang akhbar umum ada majoriti dan mohon perkenan mengadap Agong.
Anwar mengadap Agong, bawa dokumen dan senarai nama yang panjang² sekurang kurangnya dapat duduk dengan Baginda satu jam (bukan 25 minit) atau lebih memperinci
Lepas keluar jumpa wartawan dan memaklumkan semuanya telah sempurna cuma menunggu titah perintah Agong sahaja.
Tiada sidang membawang di adakan selepas itu.
Jika ada pun apa² statement dari Istana, berdiam seketika sebagai menjunjung kasih.
Itu cara tak kecoh.
Cara berwibawa.
SIAPA JURUCAKAP RASMI UMNO
Yang kedengaran macam katak panggil hujan..
Ramai sangat.
Dah ramai pemimpin mereka bercabang kepala.
Pagi sokong Muhyiddin, petang sokong Anwar.
Parti kalau dah hilang wibawa, hilang berkat..dah nak runtuh begitulah gamaknya.
Uikksss...lupa
Jangan sebok dengan parti orang..
Kah kah kah
Friday, October 16, 2020
UMNO TERGUGAT BILA MUHYIDDIN POPULAR
Sejak Muhyiddin muncul sebagai PM dengan pelbagai pakej bantuan rakyat di musim covid19 ia juga telah menyingkir jenama BOSSKU secara perlahan Lahan.
Bila Muhyiddin buat senyap dalam isu politik, rakyat jatuh hati.
Jangkaan semua calon BERSATU akan bungkus di pilihanraya nyata salah apabila calon BERSATU menunjukkan prestasi di PRN Sabah malah Ketua Menterinya pun dari BERSATU.
MUHYIDDIN kini jadi faktor penarik rakyat yang memperlihat ahli, penyokong, pengundi tegar UMNO mula meminati dan memberi sokongan kepada BERSATU dan ini pasti menggugat kerusi UMNO di pilihanraya akan datang.
Tidak mustahil ramai MP UMNO akan sertai BERSATU di saat akhir PRU15 untuk dicalonkan semula di parlimen tersebut atas calon kerusi BERSATU..
DAN jika semua geng mahkamah sangkut di sungai buluh (INILAH ISU UTAMA), parlimen tersebut tentu bertukar tangan kepada BERSATU dengan alasan calon UMNO akan tumpas..
Inilah antara gambaran yang memberi panik pada UMNO.
PAS JUGA SUDAH BERPALING KASIH.
Langkah Sheraton disokong UMNO secara borong atas keyakinan dapat menguasai kerajaan PN selepas itu kerana mempunyai kerusi terbanyak nyata meleset atas kecerdikan Muhyiddin Azmin Hamzah.
Kes mahkamah Zahid dan Najib sudah hampir ke peringkat akhir dan tanpa kelibat mereka, usaha BERSATU menjadi dominan tercapai.
UMNO beberapa kali membelakangi nasihat ku li dan merasa ia bukan ancaman.
Kemaraan ku li hari ini menyebabkan sokongan 100% kepada Anwar tergugat dan sekaligus sokongan ku li kepada usul undi tidak percaya akan merobek majoriti Muhyiddin ..
Tiada yg majoriti, bukankah itu lebih mudah kepada Agong untuk membuat keputusan?
MUHYIDDIN WAJAR DEDAHKAN PERINCIAN TUNTUTAN UMNO
Adakah mereka mahu jawatan kanan?
Adakah ada mereka minta bebas dan lepaskan kes² mahkamah sekarang?
Pendedahan ini perlu bagi rakyat menilai apa kemahuan sebenar UMNO?
Sepatutnya UMNO istiqamah untuk Muhyiddin fokus isu negara yang lebih penting..sehinggalah 2023 PRU15..
Kenapa kalot?
Untuk rakyat dan negara atau untuk perut dan tengkuk sendiri.
KEADILAN MESTI DIBERI KEPADA ANWAR
Suka atau tidak..
Sokong atau tidak..
Itu isu lain..
Anwar mesti diberi keadilan dan layanan yang baik.
Jangan ada sabotaj, diskriminasi dan konspirasi untuk menjadikan laluan sukar kepadanya.
Tekanan yang melampau akan menghasilkan kezaliman dan simpati rakyat
Anwar disiasat 6 kes, segera dan serenrak,?
BERDOALAH JANGAN ABAH KENA CUCUK HIDUNG..
Dan berdoalah jangan sampai abangnon kena paksa senaraikan nama..memang tak ada pun.
Thursday, October 15, 2020
UMNO JANGAN TALAM DUA MUKA
Jika sokong Muhyiddin, sokong sepenuh hati, jika ada masalah dalaman, bincang sampai menang, cepat atau lambat.
Berlapang dada dan tunggu PRU15 untuk bentuk kerajaan jika yakin ada kekuatan.
Apabila UMNO secara terbuka juga akan sokong Anwar, inilah punca politik tidak stabil kerana Anwar hanya menjalankan tanggungjawab dan peranan orang mengantuk disurung bantal.
Hentikanlah politik ugut dan samseng untuk kepentingan segelintir pemimpin.
UMNO ada Presiden tetapi bertaraf tunggul.
Setiap pemimpin tiada kawalan tiada halangan memberi pandangan dan pendapat masing² yang kadang bertentangan dengan Presiden.
Bila bekas ahli, Lokman Adam kadam Najib kecam Presiden, tiada siapa bangun mempertahan?
Ini parti cap ayam ke?
NAJIB TAK NAK JAWATAN MENTERI SELAGI NAMANYA BELUM DIBERSIHKAN
UMNO muafakat dengan PAS gagal membersihkan nama Najib?
Apa yg Hadi buat? Apakah bekerjasama dengan PAS tidak cukup membersihkan nama seseorang? Siapa Najib di sisi PAS? Hingga masih tercemar dan kotor?
Najib memberi bayangan Menteri di kabinet mana? Muhyiddin atau Anwar?
Siapa agaknya yg kurang siuman mahu melantiknya? Najib tidak ada apa²jawatan dalam parti.
Dengan status banduan yg sedang merayu, buang masa melantik Najib.
Jika Najib mampu membersihkan namanya, jawatan menteri sudah tidak sesuai.
Dia mampu menjadi semula seorang PM yang terbaik jika insaf dan ikhlas.
Ia harus bermula dengan memohon maaf kepada Tun sebelum terlambat dan mohon maaf pada rakyat.
Mohon maaf adalah jati diri yang mulia bagi seorang manusia dan pemimpin
NASIHAT PADA ANWAR
Aku yang bodoh politik ni pun nak juga bagi pandangan dan nasihat.
Luar dari Kuala Lumpur dan Selangor..buatlah di PD atau rumah MB nisemilan.
Panggil dan kumpul semua MP yang menyokongnya, buat satu tandatangan deklarasi menyokong dan petisyen di sidang akhbar antarabangsa..dan mohon serah kepada Agong kemudiannya.
Tu baru boleh kata, kerajaan Muhyiddin tumbang.
Kalau sendiri no numbers, tidak dapat dibuktikan..nasihat penyokong supaya diam dan beradab.
Biar Agong buat keputusan.
Minta Khalid Samad simpan sikit gelojohnya nak jadi semula Menteri.
#Jangan lupa SOP dan bersedia bayar denda bagi yang langgar daerah dan kuarantin - itu sendiri mau ingat.
MUHYIDDIN DAH MASAK DENGAN UMNO
Wednesday, October 14, 2020
DAP LETAK SYARAT PADA NAJIB DAN UMNO UNTUK BEKERJASAMA
Apa syaratnya.
Lim kit siang buat²lupa bahawa Lim Guan eng juga perlu mengaku terlibat dalam skandal terowong..
Kerjasama DAP dan UMNO di bawah Anwar bukankah suatu yang mustahil kerana kepentingan diri mengatasi prinsip.
#Idea Tun Kerajaan Perpaduan makin nampak kebenarannya untuk atasi kemelut sekarang.
#Muhyiddin tidak perlu letak jawatan kerana UMNO belum tarik diri dan Anwar tiada senarai nama yang mencukupi.
PEMIMPIN BUKAN MALAIKAT, KENAPA TIDAK BERTERUS TERANG..
Pemimpin yang bercakap tu pun bukan tiada rekod pernah berbohong..
Pemimpin yang bercakap tu pun rakyat dah kenal..
Bila tak berterus terang..makin tidak boleh dipercayai..
Lupakanlah sekejap demi takyat, demi ugama, demi bangsa, demi negara..rakyat tahu betul ke tidak sebab jadi pemimpin bukan sehari dua..
Cakap je lah..
Sebab kes mahkamah saya..
Sebab saya nak jadi menteri semula..
Sebab saya takut kehilangan jawatan..
Sebab ada kepentingan diri dan kroni..
Kan senang macam tu.
Malaikat dan malaun kan banyak beza..
KEMASKINI TAJUK: PERANG UMNO BERSATU KITA LIHAT SAHAJA SEBAB DUA²NYA BUKAN BETUL..
Apapun kedua duanya sangat²memerlukan sokongan PAS.
Katadua Najib kepada BERSATU ada asas yang sangat baik.
PENYOKONG ANWAR MASIH MEROYAN..
Anwar sewajarnya sudah tidak perlu dipertimbangkan sebagai PM.
Ucapannya di sidang media selepas berjumpa Agong dan penjelasan sebenar pihak Istana selepas itu membawa gambaran Anwar tidak bercakap secara telus.
Adalah membimbangkan gaya dan cara cakapan ini jadi amalan Anwar jika menjadi seorang PM.
Cukuplah gaya ini pada seorang mantan PM yang lalu..rakyat dah serik
Siakap senohong gelama ikan duri
Kepada penyokong Anwar, meroyan dan menuding jari kepada siapa??
Salah sendiri..
Tanya mat sabu dan lim Guan eng kenapa tiada suara sokongan???
Penyokong Anwar bukan main lagi kutuk Tun, adakah Anwar tidak menghormati penyokongnya..