Friday, April 30, 2021

SOP HIPOKRIK

Untuk bersembang dengan Tuhan sila BERJARAK...


Selepas sembang dengan Tuhan, nak sembang pasal politik perut sendiri, boleh berapat...



Tak betul ke ITU pandangan rakyat...




Bila ada isu Menteri dan KEMENTERIAN main² tolak...bukan bidangkuasa kami.

PDRM yg disalahkan?

Hakikatnya 10 Menteri 10 jawapan yang berbeza.

Pagi lain jawab petang lain jawab.

KENAPA JO LO DAN SCAMMERS TIDAK DITANGKAP ERA NAJIB (?)

Pendedahan tentang makhluk² perosak ini sudah ujud, timbul, kecoh dan berulang kali disebut, disaran SIASAT, disaran tangkap dan Najib sendiri dicabar ke mahkamah membersihkan dirinya.

Kenapa Tak buat ?

Bukankah masa itu IGP, AG, Ketua Hakim Negara dan KSN sangat intim dan sokong Najib.

Bukankah masa ITU cash is king..


RAYUAN: SAMADA KAU MENYAMUN ATAU TIDAK. TIADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN

Kalau kau Tak menyamun, tidak ada satu pun bukti boleh buat kau sangkut.

Dibebaskan, alhamdulillah.

JANGAN MEGAH SANGAT....KATA IGP


 https://www.malaysiakini.com/news/572851


Penjawat awam perlu bersuara jika orang politik to much..

Ketegasan Hamid bukan sekadar last minute persaraan, tetapi JUGA sebelum.

Thursday, April 29, 2021

IGP BARU TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS..

Semoga menjadi contoh IGP yang lebih DINAMIK dan terampil mengatasi standard tinggi yang telah dibuat oleh Musa dan Hamid.



DARURAT, PKP PATUTNYA KERAJAAN GANDAKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT, BUKAN KEMUT, MENYUSAHKAN...


 

BARU TAU KE?

Seluruh pemimpin dan kabinet serta lantikan Muhyiddin gelap Masa Depan.


Hanya layak sertai maharaja lawak next season..




APAKAH SEBUTIR PERMATA LAGI AKAN HILANG...

 



Setuju... Sekurang kurangnya selepas darurat ditamatkan atau hingga hujung tahun atau selepas PDRM berada dalam status stabil dari unsur kartel...






Gambar Azmin cuci lantai Masjidil Haram jadi bualan | Berita Harian

Gambar Azmin cuci lantai Masjidil Haram jadi bualan | Berita Harian: KUALA LUMPUR: Gambar Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membantu mencuci lantai Masjidil Haram di Makkah, menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Arab Saudi.

SEBUTIR PERMATA YANG TERUS GEMERLAPAN...

Banyak sumbangan nya ke atas negara malah sama legend seperti bapanya, setaraf Mahathir dan Tun Razak.

Suatu yang sukar ditemui pengganti tetapi membekalkan ramai pegawai bank negara yang berwibawa.

Kes yang berkaitan dengan kemasukan duit ke akaun suami dan anaknya masih di peringkat siasatan.

TERLALU awal, belum ada PROSES pertuduhan... 

Tetapi ZETI mengambil sikap matang, berehat.




Wednesday, April 28, 2021

SIAPA YG LEBIH BESAR DARI MENTERI?

Menteri mungkin ada kuasa tetapi belum cukup besar... 

Cukup besar boleh tentukan keutamaan...

TAHNIAH USTAZ

antara nikmat syurga dunia..
 

PM9 WAJIB ANWAR KE?


Aku ok sahaja dan sokong sahaja andai Anwar terPM secara semula jadi, secara normal...

Ciri² untuk jadi PM kalau di letakan high standard dan banyak sangat syarat nya pun aku bimbang Kita Tak jumpa dalam Masa terdekat ni.

Lebih utama PM dipilih oleh rakyat dan carlon PM pun tidaklah terlebih promo diri sendiri...

Kerusi PM perlu dimiliki secara terhormat, bukan secara tipudaya, khianat atau paksa.

Sebagai sebuah parti kerajaan beberapa Negeri SETAKAT ini dan kini kerajaan pusat - pemimpin pas SETAKAT ini belum terlibat isu rasuah dan salahguna kuasa, siapapun presidentnya layak dicalonkan...

Cuma PAS perlu perbaiki akhlak kepimpinan siasah selari tuntutan ugama mengikut alquran dan sunnah kerana kesesatan sangat hampir jika tergelincir walau sedikit.




Disqualified

 

Tuesday, April 27, 2021

POLITIK, UNDANG² - DARURAT - EKONOMI MEMBOSANKAN RAKYAT MALAYSIA..

Sesuai masa dan tenaga difokuskan kepada yang lebih positif...



Bukankah Kita sepatutnya mempunyai sebuah kerajaan yang boleh tangani Krisis dan memenuhi HASRAT budaya lazim rakyat.

BILA CAKAP PARTI AWAK SAKIT? AWAK MELENTING...

https://www.sinarharian.com.my/article/135852/Wanita-UMNO-nafi-bertemu-Ahmad-Zahid,-sokong-Anwar 

Kalau sihat, kenapa asyik selak kain sesama sendiri...


SOLIDARITI KPD KHAIRUDDIN...

Saya ditahan di bawah SOSMA untuk lindungi Najib - Khairuddin | Berita Harian: KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, penahanannya oleh pihak polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah untuk melindungi Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AKHIRNYA...

Hakim Mohd Nazlan 100 peratus terkhilaf simpulkan Najib guna kedudukan - Muhammad Shafee | Berita Harian: PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan, pertuduhan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, adalah salah dan menyalahi undang-undang.

10 JUTA DILABUR

Labur RM10j buka Emas Fareha | Harian Metro: Emas Fareha Sdn Bhd melabur RM10 juta bagi membuka rangkaian kedai emas pertamanya, Emas Fareha di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.



Harga emas sedikit lebih tinggi sebanyak 14 sen per gram hari ini.

Tidak ada berita besar untuk mendorong harga emas lebih tinggi kerana pasaran sedang menunggu mesyuarat FOMC yang akan bermula malam ini dan akan berlanjutan keesokan harinya.

FED akan berkongsi mengenai dasar kewangan mereka terutamanya mengenai Inflasi.

Inflasi adalah topik hangat di seluruh dunia sekarang kerana harga barang dan perkhidmatan semakin tinggi.

Di sinilah emas berperanan untuk melindungi diri daripada inflasi.

Seseorang yang telah menyimpan 1 dinar (4.25gm) akan dapat membeli kambing hari ini (harga emas pada tahun 2000 adalah sekitar RM 90 per gram).

Harga perahu adalah sekitar RM 700 hingga RM 800 sekarang.

Sekiranya kita menyimpan wang tunai RM 382.90 (4.25gm × RM 90) dari tahun 2000, kita tidak akan dapat membeli kambing tersebut.

Itulah sebabnya emas adalah aset yang sangat baik untuk melindungi dari inflasi dan ia akan sentiasa ada.*

*Manfaatkan GLA kami untuk mendapatkan diskaun dan biarkan emas berfungsi untuk kami.

Kami dapat berkongsi dengan pelanggan kami mengenai penyelesaian yang dapat diberikan oleh emas pada masa krisis.

Dalam setiap krisis pasti ada jalan penyelesaiannya.

Tetap selamat


ADA YG DAH BAWA PERANGAI DAJJAL...

Dengar sampai habis untuk kenal diri sendiri... Dah ramai tanpa sedar follower tegar dajjal..



Cepat sedar dan insaf...

Monday, April 26, 2021

ZAHID KALAU TAKUT DAN CEMAS DENGAN KRITIKAN SILA LETAK JAWATAN

Belajar dari Tun 

Setidaknya dari Anwar 

Atau Najib pun boleh jadi contoh 

Kebal kritikan...

Prinsip nya kalau benar, jalan terus... 

Lebih PENTING, era media sosial, info di hujung jari, Jangan tipu... pakai spenda warna APA pun Hari ini, orang tahu...

Jangan asyik nafi perkara yang benar...


Yang dalam kain sendiri BELIA JOHOR buat pekak buta...



DI THAILAND TAK ADA KAYANGAN TAK ADA ORANG BUNIAN...

Hujan emas di Negeri orang, best lagi hujan batu di Negeri sendiri... 


 

LIMITASI




SOP YG MENJARAKAN


 

JDT WAJAR REHATKAN MORA... BOLA ITU BULAT.

Penyokong TFC bidas Mora | Berita Harian: KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak TFC kesal dengan kenyataan ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora yang melabel pemain Terengganu FC (TFC) tidak mempunyai semangat kesukanan selepas skuad Sang Penyu berjaya meleburkan rekod tanpa kalah skuad kendaliannya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

SEKALI LAGI TUN MENEPATI

Sekali lagi Tun MENEPATI dan menghayati  kehendak politik semasa without fear and favour.

Parlimen bersidang dan Darurat ditamatkan adalah intipati utama disamping memelihara kesetiaan dan kehormatan ke atas Agong terus kekal di kalangan mata dan hati rakyat.

Bukan sahaja kata² tetapi Tun turun padang.

Tidak seperti Anwar dan Lim Guan Eng SETAKAT cakap tetapi berhelah, sembunyi lari untuk turun bersama ke pintu pagar ISTANA.

Begitu JUGA umno yang boleh melakukan sesuatu yang jauh lebih hebat tetapi mengambil sikap dayus.

Semua MASIH mengambil pertimbangan kepentingan diri, mengharap tengkuk sendiri dilepaskan, biar rakyat mati.

Kalau bukan alasan ITU, APA yang logik sangat hingga penyokong sendiri mempertikai mempersenda...


Lokman adam mula hangin dengan umno...

MESYUARAT MT, tanya 10 pemimpin, ada 10 jawapan berbeza???


Baitul maqdis

Benarlah kata Baginda Nabi Muhammad Saw yang berbunyi....


◾SOLAT TARAWIH DI MASJID AL AQSA


Ketika ulama-ulama lain berfatwa solat kena jarak 1 meter ikut kehendak WHO, umat Islam di Palestin tetap berpegang teguh pada ajaran Islam sebenar. Benarlah apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW, kebenaran itu tetap berada di Baitulmuqaddis bukan di Mekah atau di Madinah.


Disebutkan dari Abu Umamah, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya sampai akhirnya datang urusan Allah.”


“Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?”tanya para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan serambi Baitul Maqdis.”


{Hadis Riwayat Ahmad}


Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-


“Janganlah kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya (saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka Allah akan memotongnya (iaitu Allah akan memutuskan daripada rahmat dan penjagaan-Nya)”

 

{Hadis Riwayat Abu Daud}


# Di Malaysia kalau kita tengok mereka yang digelar ustaz, tuan guru dan ulama oleh penyokong mereka sendiri atau mufti dan imam yang dilantik pemerintah... Nyata di sekeliling mereka adalah upah dan ganjaran.

Ini semua berkait rapat. Yang faham faham yang Tak faham sudah. 

PALING PENTING jauhi prasangka buruk dan fitnah, cukup MENILAI dan faham sendiri.

Sunday, April 25, 2021

TERIMALAH KEKALAHAN SECARA PRO

TFC tiada semangat kesukanan | Berita Harian: JOHOR BAHRU: Walaupun pasrah dengan kekalahan 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC), pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora tidak berpuas hati dengan corak permainan anak didik Nafuzi Zain yang tidak memiliki semangat kesukanan apabila kerap melambatkan permainan.





# Melambatkan perlawanan dalam pelbagai cara dan bentuk setiap kali mendahului lawan terutama di minit akhir adalah lumrah seluruh bolasepak dunia termasuk pasukan piala dunia samada secara ketara atau tidak...

90 minit perlawanan kenapa kelambatan 5-6 minit dijadikan alasan...

Sangat amatur...

Contohi amalan baik TMJ yang masuk bilik persalinan TFC untuk mengcapkan tahniah...

PUASA SETAKAT LAPAR DAHAGA + PHD

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2021/04/atok-mahu-umno-mampus-bersatu-dominan.html 

Saturday, April 24, 2021

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


LOKMAN ADAM AKAN DIBAWA MASUK SEMUA KEPANGKUAN UMNO @ MT?

Selepas Annuar MUSA disingkir Setiausaha Agung UMNO/BN..

Diikuti Tun Faisal yang digantung keahlian 6 tahun..

Terkini Shahidan Kasim disingkir Pengerusi Perhubungan Negeri 

Siapa next?..



PERHIMPUNAN PROTES

Peserta perhimpunan protes berdepan tindakan tegas - Polis | Berita Harian: KOTA KINABALU: Peserta perhimpunan memprotes pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, hari ini, akan dikenakan tindakan tegas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

SIAPA KARTEL DI PDRM

Hamid munculkan isu kartel di PDRM dan bakal meninggalkan jawatan nya...

Hingga sekarang rakyat MASIH tertanya siapa mereka dan seolah tidak terkesan.. perang psikologi terus berjalan dan seolah pihak kartel MASIH menunjukan kuasa dan mengawal keadaan.

Walaupun Ketua Polis JOHOR kata tidak AKAN mendedahkan tapi minta tunggu...
SETAKAT Mana sampai bila..yang dilawan cash is king - ia sudah menapak dan berangkaian dalam dan di.luar PDRM.

Isu tidak dikenakan baju lokap kepada penghina Islam dan suspek penjenayah amla...memberi gambaran kartel MASIH ujud?

PDRM perlu jawab.




VAKSIN MAU...


 https://www.gemilangdaily.com/panas-32-maut-di-uk-setelah-terima-suntikan-vaksin-astrazeneca/

MENGHARAP KEAJAIBAN

Serpihan kapal selam Indonesia ditemui | Berita Harian: BALI: Indonesia mengesahkan sudah menemui serpihan daripada kapal selam tentera, KRI Nanggala 402, yang hilang bersama 53 kelasi di perairan utara Pulau Bali.

SIAPA YG ADA TELO


 


Friday, April 23, 2021

MASJID KENA SAMAN KENAPA JADI ISU?

APA yang pelik masjid di saman? Aku lebih pelik apabila kau orang pelik..

Bila disaman, masjid patut bersyukur, ITU teguran terbaik.

Masjid diroboh, surau di roboh, ada pelik?

Ulama yang pertama masuk neraka, ada kau orang pelik?

Mufti pun ada yang masuk neraka, kau orang pelik?

Dah ramai ostat masuk penjara kerana meliwat anak murid...

Pemimpin sekular liwat, APA yang nak pelik, yang bahlol yang kononnya MASIH tidak percaya...

Kalau aku PBT, dah lama aku saman surau dan masjid yang tandasnya kotor...

Kalau aku PDRM, dah lama aku SAMAN kenderaan yang parking membahayakan pengguna lain tiap kali time solat jumaat.

Kena saman, RASA betul, RASA BAGUS APA yang patut buat? Lawan balik..

ITU hak yang ada pada setiap pihak dan setiap orang.

Kalau gereja dan kuil kena saman, APA PERANGAI kau orang??..

Dalam Islam, tiada siapa yang special, kecuali yang bertaqwa.



APA FUNGSI PENGUATKUASA PBT

Selalu sangat di media sosial mereka digambarkan SAMSENG berlesen yang tidak berhemah, tiada budi BICARA, datang SERBU serang dan sesetengah nya memukul orang awam...

Apakah peniaga warganegara dan tempatan yang tidak berlesen atau "salah dari segi undang²" dilayan seperti penjenayah dan pengganas?

Tentunya tidak bercadang dan tiada niat MENYALAHKAN mereka 100% tetapi APA yg diviral sangat tidak logik.

Pihak PENGUATKUASA perlu ada jururakam mereka sendiri pada setiap operasi bagi menunjukan mereka sangat berhemah mendidik orang awam dan pengusaha.

Mereka perlu rakamkan keganasan tidak bermula dari mereka dan rampasan merupakan tindakan PALING akhir selepas peringatan dilaungkan BERULANGKALI...

Penguatkuasa PBT perlu tunjuk mesra pelanggan, mesra rakyat dan tempat merujuk masalah dan bukan beraksi seumpama Tentera dalam peperangan atau FRU melerai keganasan.

https://www.facebook.com/groups/2800334073578200/permalink/2905201926424747/

https://www.facebook.com/100038944154908/posts/466483374659797/

#Aku pun dulu bahagian penguatkuasa, boleh seal premise, kilang jika langgar akta..tetapi tidak pernah dilakukan, takut zalim dari kesalahan yang dilakukan.

https://www.facebook.com/100041685760478/posts/592313145501539/

Lebih kepada kepada kata², nasihat, peringatan, amaran, saman dan pendakwaan.

Yang didakwa tidak pernah jadi musuh aku kerana mereka tahu aku sudah beri mereka peluang/Masa secukupnya.

JIKA UMNO TARIK DIRI SOKONG PN BANYAK PERUBAHAN BAIK UNTUK RAKYAT BOLEH DILAKUKAN.

Sebaik sahaja tarik sokongan, Zahid dan Najib perlu direhatkan supaya bukan sahaja lebih bersih tetapi nampak bersih.

Tanpa LIABILITI ini, Melayu AKAN KEMBALI sokong umno. 

Jika tidak, APA yg Kita boleh harap dari lubang yang sama.

Semasa umno tewas PRU14, FAKTOR dan pengemudinya Najib dan Zahid..... jika mereka MASIH kekal, kali ini dengan imej kluster mahkamah... Mana mungkin boleh menang? Mengharap Melayu mudah lupa!!!


Jika umno tarik diri dan Najib Zahid disingkirkan.....Dengan slogan no Anwar no DAP  Tiada lagi halangan besar untuk.umno sapu bersih semua kerusi dan KEMBALI menjadi kerajaan....

Mahathir tidak mungkin bersama PN yang boleh merosakan imej dan prinsip perjuangannya....

KESAH KITA...

 I'm back...

Hopefully aku xyah nak explain lagi lepas ni.

As Chief Group Operation Officer utk kump Malakat ni aku nak menjawab segala fitnah & tuduhan yg dilemparkan kepada Company kami & particularly to my partner, my nephew, my best friend & in syaa Allah... Jiran syurga aku  Fadzil Hashim.


Sebelum aku jawab satu persatu, aku nak clearkan cara bekerja di Kumpulan Malakat.

1. All Top Management MESTI hadir utk solat berjemaah di Malakat Mall. Reason, kalau apa yg Allah yg Maha Melihat & Maha Mengetahui suruh korang buat korang xleh buat, what guarantee kau akan ikut segala arahan aku?

2. Team building selama 3 hari setiap bulan duduk di banglo, makan tanggung, tidor dlm aircond, gaji & cuti TIDAK ditolak. Of cause la our team building kami ni lebih kepada mendekatkan diri dgn Allah & ikut cara Rasulullah. Faham apa itu Islam & dakwah mengikut para sahabat yg dibimbing oleh Maulana yg kami sediakan. Bukan duk aktiviti berpeluk lelaki perempuan dlm game yg bukan2.

*ini hanya utk pekerja lelaki sahaja.

3. Setiap kali masuk waktu solat, azan akan dikumandangkan didalam Mall kami. Bermakna semua WAJIB berhenti kerja & solat berjemaah. Itu pun korang xnak? Bukankah kecoh dlm negara ini Muslim tidak dibenarkan solat la.. X dibenarkan puasa la.. Ruang solat kecik la...

4. Asrama pekerja disediakan & STAFF MEAL disediakan secara HARIAN oleh F&B kami. Makan bukan kaleng2 k...

5. Pinjaman Peribadi disediakan utk emergency tampa perlu melalui pelbagai birokrasi. Aku ada je kat Mall tu. Aku yg sign approval. So far aku x pernah denied siapa pun yg benar2 memerlukan duit.

Cukup 5 ni dulu KEBAJIKAN Pekerja.


Now aku nak jawab pertuduhan liar & fitnah yg tersebar sehari dua ni...


1. Kalau dah gaji besar, kerja x siap, peluang diberikan selepas kesilapan demi kesilapan. Apa pilihan lagi company ada? Utk pengetahuan semua, our Masjid Tanah patut dibuka bulan November 2019. We have to delay because of this issue. Masih x mengaku?

Ada 1 kedai di Malakat yg kami invest agak besar, tetapi kedai mcm x siap. Dan setiap arahan yg diberikan x pernah di endahkan. Sampai bila kami nak tanggung? So.. Out u go.


2. Kes kena keluar Khuruj 40 hari kalau x kena berhenti kerja. Kau dgn kwn2 kau kena rush masa stone dlm Asrama pekerja. Pilihan sama ada polis ambik tindakan atau kami bela. Kami bela. Kami bagi pilihan, sama ada kau keluar 40 hari utk mengenal Allah SWT & perbaiki diri atau berhenti. Kau merayu nak keluar 40 hari sbb xnak duduk lock up & possibilities kena penjara sbb bahan bukti ada pada Polis. Tup2 kau x muncul kat banglo. Kau lari, kau ckp kau kena berhenti kerja, gaji x dpt, OT x dpt, EPF x dpt, wang sara diri x dpt, hadiah x dpt.. Mcm2 x dpt.. Tapi kau x cerita yg kau kena tangkap sbb isap dadah dgn gf kau!!!...


3. EPF x bayar tapi tolak gaji, OT x bayar... Korang kerja DC aka warehouse tempat brg semua sampai. Korang melantak makan minum tampa permission hari2 barang yg sepatutnya kami jual. Barang bersepah sampai rosak. Aku x pernah berkira semua tu. Tiba2 kau nak berkira dgn aku. Now bila aku nak lumpsum kan semua lost di DC then tolak OT & Gaji korang, korang xnak pulak sbb korang tau end up gaji 3 bulan + OT korang pun masih xleh bayar losses DC aku disbbkan korang. Aku cuma minta tangguh bayaran OT until cash flow company stabil. As per ur EPF kau ingat kalau company x bayar, kami boleh lepas ke dgn KERAJAAN MALAYSIA? We will pay eventually together with ur dividen yg ditetapkan oleh EPF & denda yg EPF kenakan terhadap kami.


4. Gf ckp BF dia berhenti sbb OT x bayar..

Girl.. Ur BF cerita x kat u kesilapan dia buat dlm kerja dia yg mengakibatkan kerugian pada company? Dia cerita x disbbkan silap dia sesetengah vendor kami marah sbb PO x keluar? Dia cerita x yg dia minta "percentage" dari vendor kami kalau dia setuju utk masukkan brg ke Malakat Grocer? Kenapa dia lari d moment I take over balik Procument department? Sbb dia tau I'm no nonsense punya manusia. Dia tau dia akan kantoi! 


5. Cikgu tadika kami yg dibayar hanya dgn shopping voucher sebagai gaji...

Cik adik.. Cuba tanya betul2 kat adik u tu... Shopping Voucher tu diberi sebagai door gift our dinner. Gaji dia masuk tiap2 bulan wout fail. Jgn la buat fitnah semata-mata nak Seronok sendiri.


Cukup la setakat ini. Sekarang aku cabar siapa2 yg nak denied tulisan aku ni... Mari bersemuka or call me. Kalau aku hutang korang, aku akan bayar setiap sen. Tapi tolong la yakinkan aku yg aku benar2 berhutang dgn korang.


*lupa nak bagi tau... Cerita viral yg penuh di FB & socmed minggu lepas tentang "cleaner" yg dapt Bonus BERIBU yg korang galak share sbb kagum dgn company tu...

Company tu adalah company kami yg korang hina ni.... Duit tu adalah pemberian sebagai penghargaan dari Fadzil Hashim yg korang hina ni. It's Brainy Bunch Annual Dinner Babey.. 


Once again... This is Adzhar Mohd Noor, I'm the Group Chief Operation Officer bagi Kumpulan Malakat & Brainy Bunch dan Pak Cik, Best Friend & Partner kepada Coach Fadzil Hashim. Hidup dan mati ku HANYA untuk ALLAH SWT. Kadang2 aku pakai serban, kadang2 aku pakai songkok, kadang2 aku pakai cap, kadang2 aku pakai blazer, Kadang2 aku hemsem, Kadang2 aku selekeh. But I'm just a simple person in this world yg mencari keredhaan Ilahi. My biz phone no +60192688519. Call me... 


BIAR MATI KU MENCUBA DEMI AGAMA,

BIAR SAKIT DILUKAI DAPATKU RASA,

BIAR NADI KU TERHENTI DEMI KE SYURGA,

BIAR SELAMANYA USAHA DEMI MARUAH AGAMA DAN BANGSA,

SELAMANYA... 


#MalakatMall #MalakatMallMasjidTanah

#BrainyBunch

#MakeMuslimGreatAgain

#Batu11Clans


,..................




 .....

FfDialog diadaptasi dari Penarik Beca (1955)

Azizah: Amran, aku sangka kita tak dapat berjumpa lagi

Amran: Begitu juga aku Azizah

Azizah: Lebih baik aku mati daripada menanggung siksa begini

Amran: Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar

Azizah: Nampaknya tak guna kita bersabar lagi Amran. Aku cintakan kau. Bawalah aku lari Amran

Amran: Tak boleh Azizah!

Azizah: Kenapa Amran? Aku rela mengikutmu ke mana saja

Amran: Sekarang ni PKPP Azizah. Kita tak boleh rentas negeri

Azizah: Habis kenapa ada orang boleh berbulan madu di Langkawi?

Amran: Mereka golongan bangsawan Azizah. Aku hanyalah penarik beca. Mokalo kena denda RM10K, dengan aku dengan beca sekali masuk ke dalam...

Director: Cuttttt. Apa yg kau merapu tu setannn...
----------------------------------------



...........




SELAMAT



 

Thursday, April 22, 2021

APA YG NAK KAU PERTAHANKAN...

Political animal ini aku dah dengar sejak tingkatkan enam, belajar kertas am tingkatkan enam, kebetulan cikgu kertas am aku pro PAS..seronok dia kupas dan gasak.

Political animal bila digunakan, ia pasti dirujuk kepada individu atau puak.

Lazimnya ia berkait rapat dengan character assassination..

Tak ada yang pelik, lebih² lagi dalam perhubungan yang bermasalah. 



Salahkan diri sendiri bila umno makin tidak dihormati dan dibuli.





DILEMA RAKYAT: SIAPA YG LEBIH KITA PERCAYA...

VAKSiN DAN KWAN !!!


Menurut Najib warta telah dikeluarkan untuk penggunaan wang KWAN bagi menampung program vaksinasi negara. Wang tersebut sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri hanya sekali dikeluarkan sebanyak 42 Juta untuk Wetland Putrajaya. 


Dan Najib mempersoalkan kenaikan kos seperti diumumkan oleh kerajaan dari RM 3 billion menjadi RM 5 billion. Tetapi dalam hal ini Najib seperti biasa akan memanipulasi apa sahaja untuk nampak dia betul. 


Najib hanya mengira kos untuk pembelian vaksin sahaja. Lihat betapa jahatnya makhluk ini cuba membunuh kerajaan. Harus diingat dalam hal ini kerajaan telah menyatakan kos tersebut adalah termasuk kos penyediaan dan penambahan pusat vaksinasi Covid. 


Untuk mempercepatkan proses vaksin tempat penyediaan haruslah banyak. Dan semua maklum penyimpanan vaksin ini khas dan tidak boleh sewenangnya diletakkan dalam suhu yang tidak sesuai. Akan merosakkan vaksin tersebut. 


Kos juga termasuk elaun tambahan frontliner yang bertanggungjawab menyelia pusat vaksin dan proses suntikan. 

Berapa ribu orang petugas kesihatan terlibat. Mereka harus dihargai dan kerja lebih mereka dihargai kerajaan dengan penyediaan elaun tambahan khas bagi tujuan tersebut. 


Jika mengikut jadual negara kita akan berjaya memvaksin semua penduduk dalam masa paling cepat. Dalam apa juga perancangan, kewangan harus diselesaikan dulu demi rakyat. Semua perkara perlukan pembelanjaan. Demi rakyat kerajaan ini sanggup berhabis ratusan billion sekalipun. 


Usah bezakan zaman Najib dan sekarang. Antara langit dan bumi keadaannya. Dalam hal vaksin ini kita berdepan perkara baru. Kali pertama kita hadapi. Kita tiada pengalaman. Setelah vaksin sampai baru kita banyak belajar dan faham bagaimana vaksin diuruskan. Dan langkah drastik diambil setelah berpengetahuan. 


Penambahan pusat vaksin dan vaksin adalah keperluan rakyat. Jadi apa masalah berbelanja untuk rakyat dan tidak membuat pinjaman luar negara. Kita menggunakan sumber dalaman yang kita miliki. Ini bukan kegagalan. Ini bukti bagaimana kerajaan hari ini meletakkan segalanya dimiliki demi rakyat. Itulah kelebihan kerajaan ini. 


Cuma sekarang kita hadapi masalah bekalan yang agak perlahan kerana pengeluar tidak dapat menampung permintaan seluruh dunia dan mengutamakan negara2 yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan untuk pembangunan vaksin dahulu. 


Pengeluar utamakan negara penyumbang2 ini dahulu. Tetapi sekarang pun proses suntikan tidak pernah berhenti. Kita telah selesai menvaksin hampir 1.2juta orang rakyat Malaysia. Kita antara negara terpantas jika mengikut jumlah populasi rakyat. Syukur. 


Kerajaan juga tidak menggunakan wang begini untuk melabur ke skim skandal merepek seperti Najib. Dan Najib tiada kredibiliti untuk bicara hal ini. Cermin diri dan akuilah Najib penyamun yang gagal mengurus diri. Apatah lagi negara. 


Najib akan mencari apa sahaja peluang untuk memanipulasi maklumat dan berita untuk menangkan dirinya. Dan pasukan penulisnya ini berbayar. Kita yang tahu cerita jangan berdiam diri. Lawan betulkan berita karut ini. 


Najib berharap sangat penulisannya akan pengaruhi rakyat. Dan kerajaan ini dijatuhkan atau dibenci. Tetapi dia terlupa. Rakyat sekarang bijak dan rasional. Ini kerajaan terbaik dalam situasi ini. 


Rakyat nampak, rasai dan nikmati hasil usaha mereka. Rakyat lebih bersimpati kepada kerajaan hari ini. Dalam kerajaan Muhyiddin ini berusaha keras untuk pastikan keselamatan rakyat terbela, ekonomi rakyat bergerak dan ekonomi negara berputar, masih ada rakyat malaysia golongan binatang politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk jatuhkan Muhyiddin dan kerajaan. 


Semuanya berkisar kepada kuasa. Kerana dari kuasa maka hukuman, pendakwaan dan pertuduhan mahkamah binatang2 politik ini akan gugur dan mereka bebas. 


Kata mereka Muhyiddin gagal. Ya Muhyiddin gagal. Gagal membantu mereka untuk salah guna kuasa melepaskan kes mereka. Itulah dosa Muhyiddin kepada mereka. 


Muhyiddin teruskan.  Kami akan membantu membela apa yang kami mampu. Percayalah orang baik Allah sayang. Allah tidak pernah aniaya hambaNYA. Teruskan memimpin penuh jujur dan istikhomah. Insyaalllah rakyat bersamamu dalam apa jua keadaan. 


Bukan perkara mudah memimpin dalam keadaan begini. Rakyat memahami dan mengerti. Dan rakyat faham mana serangan politik mana kisah yang benar.

CnP 


# atas isu, prihatin Najib perlu disokong.


Tidak ada sesiapapun menentang undang² cuma rakyat memberi pandangan ke atas undang²..ITU sahaja.


Kebebasan dan hak untuk membuat laporan polis..


ANDA DILARANG HANYA KERANA MISKIN


 .....


CnP

JUTAWAN BELASAH BODYGUARD KERANA BERPUASA DIBERI IKAT JAMIN RM50,000. 

“Saya bagi you gaji ataupun Allah bagi you gaji?”

Chung Chee Yang, 43, didakwa dengan 5 pertuduhan manakala pembantunya, Choo Hin Voon, 43, didakwa dengan 2 pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang, tengahari tadi. 

Dengan laporan polis dan jumlah sitaan hampir RM29 juta, kedua-dua tertuduh dilihat tampil di mahkamah tanpa baju banduan dan telah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan berkenaan. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dengan ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.

Tuduhan pertama adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk tuduhan kedua, Chee Yang yang merupakan bekas majikan kepada mangsa-mangsa terlibat turut didakwa dengan dua pertuduhan bersubahat bersama Hin Voon dengan mengarahkannya mencederakan Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam menggunakan rotan.

Tuduhan kedua terhadap Chee Yang adalah mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 324 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu bagi setiap pertuduhan.

Selain itu, tuduhan ketiga terhadap Chee Yang adalah dakwaan mengeluarkan kenyataan dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan terhadap Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri.

Dakwaan ketiga terhadap Chee Yang adalah mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang jika sabit, boleh dihukum penjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk tuduhan keempat, Chee Yang juga didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pembantu Chee Yang, Choo Hin Voon pula didakwa dengan dua pertuduhan kerana menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri.

Bagi setiap pertuduhan itu, Hin Voon didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di luar halaman rumah No 2A Lorong 9L, Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini, antara jam 10.30 hingga 11.30 malam, 13 April lalu. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman dan Mohd Fakhrurazi Ahmad di hadapan Majistret P Sarulatha.

Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam, Jacky Loi dan Abdul Hakeem Aiman.

Terdahulu Ashyraf Ashy'ari memohon mahkamah mengena ikat jamin RM200,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Chee Yang dan RM100,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Hin Voon selain kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis.

Bagaimanapun peguam tertuduh merayu supaya jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana kedua-duanya perlu menyara keluarga selain menjaga ibu bapa yang sakit.

Sarulatha bagaimanapun mengarahkan tertuduh pertama membayar RM50,000 untuk semua lima pertuduhan manakala tertuduh kedua dikenakan ikat jamin RM20,000.

Mahkamah menetapkan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Follow OK media untuk info terkini. 

#RakyatJagaRakyat #MediaOrangKita

Jom join group OK Info Orang Kita untuk perbincangan isu semasa:

https://www.facebook.com/groups/2800334073578200/?ref=share

MENJUNJUNG KASIH


Masalah negara tidak selesai sekadar jika darurat DITARIK balik atau Parlimen bersidang.

Siapa yang jadi kerajaan dan siapa PM perlu diambilkira.


RENTAS NEGERI UNTUK APA LAGI!?

Ada satu persoalan...

Yang boleh rentas Negeri ialah apabila ayah atau ibu atau kedua duanya mati...dapat berita, segera ke balai polis, mohon surat rentas...


Balik untuk APA lagi?



Palsu? Batu api? Atau realiti?

Wednesday, April 21, 2021

APA PERISTIWA 2016 YANG HITAM


KLUANG DIAMOND CLUB

Ada yang CADANGKAN aku tubuhkan kluang diamond fan club, aku cakap aku bukan blogger bagus taraf selebriti.




Follower pun Tak ramai, lagipun aku Tak mahu terikat dengan sesiapa.

PENTING bebas untuk menulis APA yang aku suka.

Aku cuma minat kalau tubuh kluang diamond club, tidak lebih 100 orang dan kalau buat perjumpaan sekurang kurangnya 15% boleh hadir untuk diskusi politik semasa sebulan sekali.

Disusuli dengan tubuh group wassap.

Boleh JUGA atur pertemuan dengan pemimpin sederhana tertentu untuk mendengar PEMIKIRAN mereka.

Hasil diskusi boleh diterjemahkan kepada tulisan untuk disiarkan atas nama kluang diamond club, minor third force.

Syarat nak join mesti join Quantum Metal terlebih dahulu dengan modal RM10,000.00 dan diberi ganjaran asset Emas (GLA) bernilai RM100,000.00.

Ini gambaran asas, secara detailnya kena daftar Percuma, log in system dan semua bayaran hanya sah jika dibayar secara langsung kepada syarikat.

Sudah tentu anda perlu faham dan difahamkan terlebih dahulu tentang perniagaan ini.




Dengan ada asset Emas RM100,000.00 setiap orang (masing² kawal sendiri) -  kos perjumpaan dan aktiviti kita tidak perlu lagi keluar duit kocek malah setiap bulan berpotensi mendatangkan keuntungan 5-10k..

Sesuai lah dengan nama kluang diamond club.

Kita boleh bermula dengan 10 orang.


Minat wassap di sini 




Minat, klik di sini..




Tuesday, April 20, 2021

UMNO JAGUH SEMBANG KARI, NO ACTION

Dengar khabar, Ahad ni nak buat sembang kari lagi... 

Dulu kencing kini dan selamanya...

Mendominasi kerajaan PN, kerajaan gagal kata Najib, 100% setuju.


PAS pandang rendah keupayaan umno..


APA YG KAU SAWAN NAK SANGAT UMNO PERINTAH SEMULA

Kerajaan PN, minoriti jadi PM tetapi kerajaan sekarang didominasi umno.

Maksudnya kalau umno tarik sokongan, kerajaan PN runtuh.

Tetapi mereka sokong Muhyiddin - ERTINYA baik atau buruk nya kerajaan sekarang, boleh tuding kepada umno.


Ni depan mata, kerajaan umno Negeri Perak...



Semalam, pkr kerajaan negeri SELANGOR, habis dirampas peralatan peniaga ramadhan oleh MBSA 


Kesimpulan keseluruhan, Rakyat jangan terpedaya pemimpin politik mana² parti pun..

Untuk survive, fikir dan usaha sendiri, Jangan fanatik bodoh nak puja pemimpin dan nak bergaduh sesama rakyat.

Jangan jadi lalat hijau.


TAK PASTI DULU KE BANGANG ATAU SEKARANG ....

Yang bersalah, yang silap tentulah bukan dia...

https://www.facebook.com/srikandi.melaya.9/videos/565221744434718/

Yang kekal bangang tetap lalat hijau.

MELAYU DAN RAKYAT MARAH TIDAK SEPERTI BIASA


Pandangan dan nasihat awal seorang Negarawan perlu diambilkira.

ISTANA wajar terpelihara kekal dihormati dan tidak tercemar dengan salahlaku orang politik yang sedang terdesak.
Tuanku wajar mengetahui situasi fikiran rakyat sekarang.

Mahathir tidak turun ke padang dengan fakta kosong.

ANWAR PONTENG?


 

Monday, April 19, 2021

JUMPA AGONG

keberkesanan selepas pertemuan sangat PENTING untuk menambah nilai kerajaan gagal yang didominasi umno.
 

APAKAH KJ MAKSUDKAN JUGA "PENJENAYAH"

Apakah penjenayah JUGA tidak AKAN ditangkap jika muncul untuk divaksin?


Dah Makin nyanyuk agaknya orang tua ni...

KOYAK RABAK


https://www.thevocket.com/tidak-kekok-cium-kaki-dalam-telefilem-lakonan-ellie-suriati-buat-netizen-tergamam/