𝗘𝗵, 𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁-𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮, 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴-𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻.
.
.
Pernah tak kita jumpa orang macam ni? Minta dijauhkan lah sebab kalau ada mindset macam ni, susah nak berjaya.
.
.
Ini yang dipanggil sebagai Scarcity Mindset. Orang yang berjaya tak ada mindset ni, orang berjaya mempunyai Abundance Mindset. Apa beza antara dua mindset ni?
.
.
Abundance Mindset adalah orang berkolabrasi untuk berjaya, sentiasa bersikap baik dengan orang lain, berkongsi ilmu kepada orang lain, menerima perubahan, bukan sahaja pada bines tapi perubahan pada diri juga. Sentiasa optimis, berfikiran luas dan bersedia menerima risiko.
.
.
Sebab tu kalau kita tengok orang yang betul-betul berjaya, mereka tak berjaya seorang diri. Mesti ada kolaborasi dengan orang lain. Pernah dengar "No man is an island"? Manusia secara lumrahnya memerlukan komuniti untuk berjaya.
.
.
Mereka percaya bahawa untuk berjaya dalam bisnes, mereka perlu bantu bisnes lain, bukan menjatuhkan mereka. Kalau kita nak menang, tak semestinya orang lain perlu kalah. Mereka tahu bahawa win-win situation adalah jalan terbaik bukan sahaja untuk mereka, tapi untuk orang sekeliling mereka juga.
.
.
Scarcity Mindest adalah perkara yang disebaliknya. Orang yang mempunyai pemikiran ini menganggapkan semuanya ada limit. Sebab tu mereka menyimpan semua kelebihan atau ilmu hanya untuk diri mereka sendiri saja.
.
.
"Kalau aku kongsi strategi ni dengan orang lain, macam mana aku nak cari makan?"
.
.
Ciri-ciri scarcity mindset adalah bersaing untuk menang, pentingkan diri mereka sahaja, tidak mahu berkongsi ilmu dan selalu rasa curiga kepada orang lain. Mereka juga percaya keadaan akan selalu sulit, takut dengan perubahan, berpikiran sempit dan mengelak dari apa-apa jenis risiko.
.
.
Antara dua mindset ni, yang mana kita nak ada dalam syarikat kita?
.
Tulisan Ibu Hanim
#ibuhanim
#annemsleadership
Herry