Bahasa politik yg anda berdua gunakan, samada menafi atau mengaku cukup sefahaman adalah suara dan bahasa badan pemimpin politik yg rakyat sudah terbiasa...terlalu banyak rekod2 lama yg seiras.
Bagi rakyat, siapa yg berundur atau siapa yg terus nak tunggu sesuatu jawatan terpulang kpd kebijaksanaan anda sekelian...sejarah ada di dpn mata..mantan PM dan Mantan TPM ada yg sudah mati dan ada yg masih hidup.. rakyat mengukur mereka dan selepas ini giliran anda pula dinilai.
setakat mana amanahnya anda memikul tanggungjawab !!!!! jangan main2 dng nilaian dan sumpahan rakyat...rakyat bukan bermaksud ahli umno shj, ahli bn shj, ia termasuk juga rakyat yg tidak mengundi anda...anda ada tanggungjawab di situ.
Dan setakat mana anda sampai di sini? menang bertanding? atau ada prasyarat menang tidak bertanding?
dan akhir sekali apabila anda berdua dijolok kononnya tidak bersefahaman....janganlah cepat melatah, terguris setakat persepsi. ts muhyiddin tidak miskin jika berundur sebagai tpm, najib sendiri tidak tandus untuk mencari pengganti...
ingatlah kami, kami rakyat lah yg selalu dijolok dng pelbagai isu dan perkara... melayu dicelaka, Islam dipersenda, kos sara hidup meningkat...dan pelbagai lagi aksi monyet pemimpin bawahan anda...
itu yg patut anda sensitif dan melatah