.jpg)
Khalid meneruskan sisa hayat MB Selangor dengan menubuhkan kerajaan minoriti sehingga 22hb
Ogos menunggu keberangkatan pulang Baginda Tuanku Sultan Selangor dari luar negara untuk meneliti perkembangan semasa.Dalam masa yang sama adalah perlu Pakatan Pembangkang menghantar surat untuk mengadap Tuanku dengan menyertakan bersama 3 nama yang selari dengan kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jika berhasrat melancarkan proses perlantikan MB yang baru.
Pakatan belum lagi membuat persetujuan bersama walaupun DAP dan PKR bersetuju hanya mencalonkan Wan Azizah tetapi PAS mahu nama Azmin turut dicalonkan.
Keputusan PAS ini bermakna mereka menerima sebab-sebab Khalid perlu diganti berbeza dengan pendirian Hadi dan Nik Aziz sebelum ini.
Jika nama-nama yang dicadangkan tidak diperkenan Tuanku dan Pakatan masih bersikap degil, jawapan terbaik ialah pembubaran DUN.
# Pendirian PAS terkini masih menyusahkan Pakatan kerana turut mencadangkan nama Azmin kerana ia tidak selari dengan hasrat Anwar dan DAP.
Ini membuatkan Azmin turut memasang angan-angan kerana ia merupakan calon yang lebih layak dan bagaimana kesannya nanti jika namanya di reject Anwar saat akhir tidak dicalonkan?
PAS tidaklah perlu tunjuk jantan lagi - memadai ikut sahajalah kata Anwar.






.jpg)
.jpg)




