Tuesday, August 26, 2014

PAS mahu tapi malu...

Dalam kecelaruan yang menimpa PAS sekarang sejak krisis MB Selangor adalah belum terlambat untuk membaikinya "once 4all" khusus mengelak perpecahan dalaman yang serius.
Semua yang terlibat sesama mereka wajar duduk dalam satu muhassabah diri dan kembali kepada satu ketetapan yang bersepadu.

Semua kekecohan ini dimula dan disemarakan oleh kumpulan musang berbulu ayam, anwarinas. Sesungguhnya PAS perlu memberi mereka pilihan dan bagi yang nyata jelas kiblatnya wajar dibersihkan, dipecat.

Langkah segera yang perlu PAS buat ialah mengistiharkan dan mencalonkan dua ADUN PAS untuk jawatan MB dan tetapi memberi keutamaan kepada Khalid untuk dilantik semula samada sebagai ADUN Bebas atau Khalid sertai PAS.

PAS harus bertegas, tidak perlu rasa malu atau bersalah  menuntut haknya untuk kerusi MB apabila konsensus dan tolak ansurnya tidak dihargai komponen malah dihina-hina, diugut dicabar dan langsung tidak dihormati.
Malam ini PAS akan bermesyuarat menentukan 2 nama yang dicalonkan. Sesuatu yang diharapkan ada kebijaksanaan di sana.

Langkah kedua segera ialah membersihkan semua virus anwarinas dalam PAS sebelum PAS musnah dikucarkacirkan oleh mereka ini.

Langkah ketiga ialah keluar dari Pakatan Haram.

Dengan tindakan sebegini sahaja segala persepsi dan sindiran kepada PAS dapat diketepikan dalam jangkamasa pendek. Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO perlu lebih berhati- hati selepas ini.

Tuanku Sultan Selangor Sudah Kenalpasti 3 Nama Calon..

Jika DAP dan PKR kekal mencalonkan hanya nama Wan Azizah..Anwar berjaya meyakinkan DAP, selain
dari Azizah..calon lain tidak ada kesetiaan kepada parti serta tidak boleh dikawal dan ini terdedah kepada situasi yang sama seperti Khalid lakukan.

PAS pula berdasarkan ketetapan Mesyuarat Khas terbaharu, atas pendirian mutakhir Hadi, nama Azmin akan dicalonkan..

Jika kedua nama ini tidak diperkenan, sudah pasti nama ketiga yang sudah dikenalpasti oleh Tuanku akan kekal sebagai MB sekurang-kurangnya sehingga November 2014 atau DUN dibubarkan lebih awal.
Sudah tentu keputusan Tuanku akan mendapat sokongan PAS, UMNO dan paling penting rakyat Selangor di belakang Tuanku.

Urusniaga politik akan terus panas dan lebih panas jika DUN dibubarkan. Dijangka sekurang-kurangnya di peringkat Selangor, parti dalam Pakatan Haram tidak di kategorikan sebagai berpecah tetapi masing2 akan membawa haluan sendiri termasuk bertanding sesama mereka di kawasan2 tertentu sebagai menguji kekuatan dan pengaruh.

Tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa membogelkan lawan masing2.
Tidak pasti samada Khalid berundur terus dari politik atau lawan tetap lawan dengan menubuhkan parti baru atau bersama PAS.

Dengan kepimpinan Najib yang sedang dikritik Mahathir dan ketidakterampilan Noh Omar di Selangor, dijangka UMNO sudah boleh dikira bernasib baik jika masih dapat mempertahankan jumlah kerusi yang sama.

Adalah lebih baik UMNO tewas di semua kerusi DUN Selangor jika benar rakyat mahu memberi isyarat yzng nyata, jelas dan tegas kepada Najib.

Khalid diludah...takkan lim kit siang diam je, mintalah zahed siasat...

Khalid ditampar, diludah....dikasari
Itu yang dipaparkan dalam beberapa blog termasuk itu adalah pengakuan Khalid..

Sudahkah Khalid buat repot polis, atau Khalid rasakan apa yang dia lalui adalah wajar kerana sikapnya sendiri (padan muka aku!!!!!)
atau Khalid lebih mengharapkan simpati dan publisiti sebagai lebih penting dari mencari kebenaran, mengheret ke muka pengadilan  beberapa lelaki tersebut...
Khalid ada saksi?

Khalid tidak berhajat ke mahu libatkan umno dalam hal ini?
Ada tak kemungkinan semua ini lakonan untuk menarik perhatian?
Mungkin "your gay brother" yang upah untuk buat kecoh...
Apakah Khalid dalam ketakutan sekarang!!!!!

Apa komen kawan2nya dari PAS..







# Krisis MB - Sultan minta 2 nama dari setiap parti dalam Pakatan Haram..DAP dan PKR tetap mahu calonkan satu nama sahaja.
PAS wajar calonkan Azmin dan Khalid...keputusan Sultan?
Tengok siapa yg kena!!!!

isu MB-mana yg lebih penting?

1. Penolakan permohonan Khalid untuk meletak jawatan @

2. Penolakan Azizah sebagai MB baru?

Monday, August 25, 2014

Muhyiddin senada Mahathir cuma belum berani...

Muhyiddin telah menjalankan sebahagian dari tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden parti untuk mengingatkan Najib bahawa teguran Tun perlu dipandang serius dan perlu ada tindakan.

Teguran Mahathir hampir 100% betul dan ianya menjadi garis panduan kepada rakyat untuk menilai najib sejauh mana tindakan susulan positifnya.
Jika teguran Mahathir yang masih ada pengaruh walaupun tinggal sedikit tidak diambilkira sudah tentulah suara rakyat yang lebih halus tidak akan diendahkan.

Najib yang dikelilingi kekebalannya atas faktor pengaruh, kroni dan kuasa wang jangan rasa terlalu selamat dan bijak !!!!!
Kekebalan yang ada kebebalan akan membawa mudarat.


Calon MB mesti dari PAS... Azmin disaran masuk PAS

Jika Tuanku Sultan Selangor hanya perkenan MB dari PAS sahaja sebagai menghormati majoriti (dap pas pkr bukan dalam satu pakatan yang didaftarkan sah) apa pula agaknya reaksi dari PAS sendiri, menerima atau menolak?

Ada yang sinis meramalkan PAS menolak bukan kerana faktor konsensus tetapi tidak bersedia mentadbir Selangor yang maju dan berbilang bangsa...takut untuk mentadbir cara Kelantan, takut dibenci dan hilang kerusi di PRU14 nanti. PAS sudah hilang selera dengan "Negeri Islam" yang pernah mereka war-warkan dulu, sudah selesa dengan keadaan sekarang?

Semoga PAS bersedia memikirkan kemungkinannya,  tidak menolak, menyahut cabaran dan buktikan...

Apa reaksi DAP, Anwar....
Kesian dengan jijah.....melolong agaknya !!
Kalau terpaksa...Azmin can join PAS..satu cadangan

Sunday, August 24, 2014

Rakyat Jangan Bergaduh Pasal Pemimpin, tingkatkan ekonomi masing-masing - Kreng Krong

Malas betol lha nak politiking laghi...

Jika ada PRU14 (KALAU SEMPAT ADA.. ??? hehehe), aku tak akan mengundi lagi (KERANA ALLAH).
Aku tak mau lagi bersubahat memilih pemimpin (yang akhirnya) menderhaka/mengkhianti sumpahnya kepada raja melayu, bangsa melayu dan agama islam. Aku tak percaya lagi kepada demokrasi jajaan yahudi zionis ini.

Aku yakin (JIKA MASIH ADA PRU14 lagi), itulah PRU terakhir dalam sejarah TANAH MELAYU.
Dipercayai, cina akan perintah Malaysia.
Betapa liciknya mereka menggunakan kuasa wang untuk membeli jiwa pemimpin melayu.
Pemimpin melayu pula semacam anjing, dibagi makan tulang (PUN) x malu berebut2x...
Jadik biarlah aku rakyat biasa masuk hutan, xde apa yang canggih dalam hidup aku pun aku tak kisah.
Sekurang-kurangnya miskin akan mengajar aku erti makna hidup, indahnya jika aku berjalan di bumi Allah ini tanap hiasan di badan tapi hidupku semata-mata hanya CINTAKAN ALLAH & RINDUKAN NABI (cewah... hehehehe).

JIKA PRU 14 X SEMPAT ADA... jeng3x... agak2 kenapa yer??? Sempat ker pemimpin2 politik yang tamak haloba perangai mcm vavi utan merasa PRU14???
Aku boleh resa kenapa jika xde. Tunggulah cerita hebat 2015-2017.



X payah berbalah k kalau x setuju pendapat aku. Aku ckap2 bodoh jer. Masing2x ada pendpt. X payahlah kita2 ni rakyat yang bodoh nak bergaduh sesama kita kerana x sependapat. Pemimpin mata duitan (NAK BAWAK DUIT MASUK NERAKA BANYAK2x KOT) tak kesah pun. Hehehehe.

KALAU PANJANG UMUR, BARU AKU MASUK BALIK POLITIK, TAPI POLITIK ALAF BARU, POLITIK STYLE ISLAM.. POLITIK BUKAN BERNISBAHKAN KEPARTIAN, BUKAN KEPUAKAN. BILA POLITIK STYLE BARU ITU AKAN MENJELMA KAT TANAH MELAYU? NTAHLAH, KALAU AKU MASIH PANJANG UMUUURRR.... JUMPALAH NANTI KOT...

Adiosss.....
Reply

Replies

  1. Lupa nak pesan2x, kalau sesiapa ada duit banyak kat bank, cepat2xlah beli emas.
    Beli dniar ker dirham ke... sebelum 2016 selewat2xnya. Simpan byk2x.
    Dipercayai dollar amerika akan e'lek, takder nilai, kosong, sifar selepas 2016 (tempoh berakhirnya kuasa OBAMA). Rakyat amerika akan jadik zombie.
    LIhat juga perkembangan matawang pakatan Rusia-China nanti (BRICCS). NATO dah lama baca nasib dollar US. Sebab tu meka buat pakatan matawang euro sebagai pemampan.
    JANGAN PERCAYA NILAI DOLLAR USA!.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...